21 September 2009

BILA KHATAMNYA KITAB MUHIMMAH......

Assalamualaikum semua....

Masih sempat untuk aku ucapkan selamat hari raya 'eidul fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat amnya. Maaf di atas salah dan silap selama ini.

Sudah agak lama aku tak menghantar 'posting' terbaru. Alhamdulillah,pada malam raya ke2 ini ALLAH beri kesempatan untuk aku menaip entri terbaru. Kali ini aku ingin menceritakan serba sedikit kisah aku bersama kitab Muhimmah. Aku mula membacakan kitab ini di kelas tafaqquh Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sekitar bulan 11 tahun 2008 dahulu. Dan Alhamdulillah, dengan izin ALLAH,aku berjaya mengkhatamkan kitab ini pada bulan ramadhan baru2 ini(16.9.2009). Secara jujurnya,aku bukanlah mengajar di kelas tafaqquh. Tapi lebih kepada muzakarah bersama kawan2 yang lain. Aku bukanlah seperti mereka yang lain, yang mampu untuk mengajar. Aku hanya baca kepada kawan2 yang lain dan beri peluang kepada mereka untuk memberikan pendapat masing2. Sebelum ini aku telah khatamkan pengajian kitab ini pada 25.6.2005 dari guruku ketika di Madrasah Tahzibunnufus,Parit Panjang dahulu.
Madrasah Tahzibnnufus,Parit Panjang..(Pondok Ustaz Awang Lanai)

Sukanya aku ingin menceritakan serba sedikit isi kandungan kitab ini. Kitab Muhimmah ini telah dikarang oleh seorang ulamak hebat, Al Alim Al Allamah Syaikh Abdullah ibnu Abdurrohim Al Fathoni( Mengampuni oleh ALLAH baginya dan umat muslimin, amin). Antara isi kandungannya ialah kitab ini menceritakan tentang hukum, azab dan kecelakaan bagi isteri yang menderhakai suaminya. Selepas itu diceritakan pula pahala dan ganjaran bagi isteri yang taat dan mengikut bagi suaminya. Di bahagian yang seterusnya pula diceritakan kecelakaan dan kebinasaan akibat mempunyai isteri kerana berkahwin. Ini khas untuk para suami. Dan tidak lupa juga pada bab kelebihan dan faedah kerana berkahwin. Selepas itu,menceritakan tentang suami yang beristeri lebih yakni giliran yang adil bersama isteri2nya. Dan dinyatakan pula tentang hukum dan balasan kerana berkelahi dan tidak bercakap lebih dari 3 hari dengan taulan. Seterusnya menceritakan tentang hukum dan azab bagi mereka yang memutuskan silaturrohim antara keluarga. Dan diakhir kitab ini pula menceritakan nama2 yang baik yang perlu diletakkan pada seorang anak mengikut hari,siang mahupun malam anak itu dilahirkan. Dan sedikit doa untuk anak ketika dia berusia 7 hari dan ketika ingin diberi nama dan aqiqahnya.

Itulah serba sedikit isi kandungan atau sinopsis dari kitab Muhimmah ini. Alhamdulillah aku berjaya tamatkan pembacaan kitab ini selepas berbuka puasa. Bermula dari lepas asar sehinggalah terpaksa masuk pada waktu berbuka. Aku rehat sebentar kerana berbuka dahulu. Dan disambung sedikit lantas menghabiskan terus kitab ini. Selepas solat maghrib bersama2,disediakan sedikit jamuan untuk kawan2 yang hadir. Aku mengharapkan ALLAH memberikan kami kebajikan dan menjadikan kami orang yang beramal dengan apa yang telah dipelajari...Amiiin..Ya Robbal 'alamin...

Pada malam harinya selepas majlis khatam kitab ini, ada seorang teman menegurku di YM.

"Ustaz,kitab Muhimmah dan masyi,bila lagi nak kahwin?"


Aku tersenyum sendirian mendengar pertanyaan darinya. Siapa yang tak mahu berkahwin? Cuma belum tiba masanya lagi. Walaupun keluarga aku sudah memberikan 'lampu hijau',tapi aku tak terburu2... Dulu mungkin aku pernah fikirkan tentang kahwin, tapi sekarang aku nak tumpukan dulu pada pelajaran dahulu. Tapi jika jodoh datang dalam masa terdekat ini, aku tak tolak kemungkinan itu. Terima jaaaa. Hehehehehe... Mungkin benar rasa hati ini.... Bila khatamnya kitab Muhimmah, jodoh makin hampir?? Wallahu a'lam. Hanya ALLAH yang maha mengetahui....

Bersama Tok guru aku,Tuan Guru Ustaz Al Amin Al Mansuri Al Kalantani

3 comments:

asked said...

assalamualaikum tuan . macam mana nak beli kitab Ini ya

asked said...

assalamualaikum tuan . macam mana nak beli kitab Ini ya

yem said...

as salammualaikum tuan.. mcner nk beli kitab ni ya