23 July 2009

IKAN TALANG MASIN DAN SAMBAL BELACAN.

Assalamualaikum semua.........

Semalam aku ada pergi satu kedai ni.Kedai makan hebatlah juga.Kak lang belanja...Macam besalah kan??Aku mana ada duit pon.Kak lang nak sambut sempena dia dah grad kot.Mana aku tau...Janji dia nak belanja kan..Bodohla kalau tolak lagi..Kak lang kata halal makanan kat situ.So,aku takda masalah lah.Kak lang promote aku makan steak.Aku ikut jaa sebab memang seumur hidup tak pernah makan daging steak ni.Ni lah peluang aku nak tengok(bukan tengok saja lah)steak ni.Macamana rupanya??Kak lang pesan sesuatu yang nampak macam spagheti.Ada kepah dalam tu.Aku tak pasti nak letak nama apa.Apa-apa hal pesan air dulu.Datanglah jus oren bersama gelasnya singgah sebentar di sisiku sebelum diambil semula oleh waiter nanti.Tak lah lama sangat tunggu steak aku ni.Steak aku ni nama dia Pollo Crema..Ni makanan Itali seperti yang telah Kak lang maklumkan sebelum tu.

Setelah sekian lama aku menunggumu,akhirnya kau tiba jua...............


Cuba tengok muka orang yang tak pernah makan steak.Pelikkan??


Inilah dia steak yang dipesan tu...Pollo crema.Daging ayam ni...

Aku dan bersedia untuk menglahapnya..Awas!Jangan tiru aksi ini di rumah.



Alhamdulillah,telah memakan lah oleh aku akan steak ituuuuuuuuu.Terus terang aku cakap,tak lah sedap sangat.Biasa-biasa aja.Sos dia yang warna putih tu buat aku jadi muak laa.Rasa macam gulai lemak pon ada juga sikit-sikit.Sikit-sikit aja.Bila dah selesai saja,aku bagitau Kak lang..

"Kak lang,bagi atehla kan,nasi berlaukkan ikan talang masin ngan sambal belacan lagi sedap.."

Bila diri ini sebut saja perkataan itu(ikan talang masin dan sambal belacan)membuatkan aku benar-benar terliur.Itu lah antara makanan kegemaranku...Nasi yang berlaukkan ikan talang masin dan sambal belacan.Betul-betul favourite aku..Aduuuuh.Dah lama tak makan..Dulu masa balik Malaysia,mak aku ada tanya...

"Mu nak makan apa kimi?Mak nak masakkan ni.Bukan senang mu kelik ni."

Aku dengan selamba jawab....

"Ateh teringin nak makan ikan talang masin ngan sambal belacan lah mak."

"Mu ni laaaaaa.Kalu hat tu mak buleh masak hari-hari.." balas makku.

Tapi itulah hakikatnya..Itulah kegemaranku..Bila dah ada di Mesir ni memangla payah nak makan camtu.Orang kampung aku ada balik tahun ni.Aku dah suruh abahku kirim kat dia sekilo ikan talang masin.Hehehehe.Tak sabar nk makan ia...Goreng garing-garing pulak kan..Pergh!

2 comments:

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari said...

sedapnya..hehehehe..

anisSsYahIDA said...

apa nama restoran nie?..
awat duk sheffield x pernah tau ada restoran macam nie yang halal..huhu..