11 July 2009

Satu hari di Sheffield...

Assalamualaikum semua..

Kelmaren sehari suntuk aku berjalan2 sekitar Sheffield.Start dari pukul 10 pagi kuaq umah sampai laa pukul 9 ptg lebih baru sampai umah.Sini maghrib pukul 930 malam.Isyak pukul 1130 malam.Subuh pukul 230 pagi.Zuhur 112 tengahari.Asar pukul 530 petang.Semua tu taqriban belaka.Sini payah nak dengaq azan.Letih sangat hari ni...Aku cita sikit laa tentang hari ni...Ada peristiwa menarik yang aku nak kongsi ngan kawan2 semua....


Susahnya nak solat di England.

Aku pi pasaraya yang kedua terbesar di UK(Kak aku laa yang abaq camtu).Sampai sana jaa memang besaq sungguh pasaraya tu.Luas....Aku ikut ja kak aku pi mana pun...Dia kan mushrifah aku.Orang pompuan ni apa lagi???Shopping laa keja dema....X larat aku nak mengekoqnya..Jumpa kedai ada sale jaa,nak beli.Murah sikit ja nak serbu..Aduuhh.Orang pompuan.Bini aku nanti jangan camtu sudah laa noh.Hehehehe.Tapi memang murah betoi pun.Bagi kak aku yang dok sini memang laa murah.Cuba tukaq ke genih tengok....Bayangkan 1 pounds sterling bersamaan 9 genih.Ok kan??Haaa...Tau pun.

Kak aku suruh aku beli baju,seluaq.Tapi aku x minat laa..Nak beli jersi Arsenal,mahal plak.Aku cuma beli kasut bola,beg,spek mata ngan topi kartunis(xtau nak abaq camna bentuk dia).Banyak kedai jugak laa kami meronda.Aku tanya kak lang zohor masuk pukul berapa?1 lebih jawabnya...Kalau camtu zohor memang dah lama menjengah.Aku terus bergegas cari botol untuk isi ayaq.Supaya mudah nak amek wuduk nanti.Aku tau dah,memang xda surau pun dalam pasaraya tu.So aku pun ajak kak aku keluaq sat solat di luaq jaaa...Aku pun cari port baaaek punya nak solat..Hampa tau dak kat mana aku cari port??Tepi tempat parking keta jaaa.Hehehehe.Aku cari kat tempat orang yang x lalu lalang sangat.Sebab 'bersih' sikit dari tempat lain kan.Lagi satu aku xda sejadah nak hampaq sama.Satu lagi masalah yang timbul.Mana kiblat nih???Kak aku bawa kuaq kompas kiblat,jadi kami pun mula kan operasi mencari arah kiblat.

Bila dah dapat,aku pun zhon laa arah kiblat tu.



Susah kan solat kalau dah camnni.Bersyukurlah kita di negara majoritinya Islam.Aku solat juga kat parking keta pun.Janji tertunai tanggungjawab aku.

Bersyukurlah kita kerana dok kat negara Islam yang menjadi majoritinya.Beginilah kalau kita dok negara kafir.Masjid atau surau payah nak jumpa.Di Mesir,mana2 pun ada kan masjid.Malaysia jugak camtu walau x sebanyak di Mesir.Azan juga payah untuk berkumandang.Bersyukurlah kita......Kak aku plak kalau jadi camni dia akan solat dalam fitting room(bilik persalinan dalam pasaraya) ja.Bayangakanlah begitu payahnya nak solat jika di luaq rumah...


Kejutan budaya bagiku.

Ada benda pelik yang aku tengok ngan kepala otak aku sendiri.Aku sebutkan di sini antaranya lah.Pertamanya bila aku mula2 masuk umah kak aku..Kasut x bukak maaaa...Umah omputeh kan.Mana bukak kasut..Sampai dekat ngan bilik baru bukak.Kalau dalam bilik pun pakai gak memang nak kena laa kak aku ni.Haaaaaa...

Kita mana ada wat camtu kan..Kasut mai dari mana entah.Tiba2 x bukak.Nak kena pelangkong??Omputeh memang dah besa dah camtu.So,orang melayu kat sini pun terkesan jugak laaa...Tapi omputeh masuk ngan kasut sampai dalam bilik maaaa.

Keduanya,tandas depa(Tandas luaq laa.tandas dalam umah ok jaa).....Paip bukan ada cam kat malaysia.Memang payah sungguh laaa..Nak masuk tandas mesti kena bawa ayaq botoi sama.Baru mudah untuk bersuci.

Ketiganya,kalau kita makan kat food court,bekas makanan kita tu,kita yang kena angkat sendiri buang sisanyaa dalam tong sampah.Kalau di food court Malaysia,lepas makan kita tinggal jaa atas meja tu.Kan?


Keempatnya plak orang pompuan kat sini slamba ja hisap rokok di khayalak ramai.Cam dah jadi adat depa...Mana x nya.Boleh dikatakan ramai hisap rokok.Walaupun buka smua laaa.Tapi ramai laa yang aku tengok.Selamba ja hisap rokok tepi suami.Yang anak kecik dia dok dalam keta tolak tu..Hahahaha.Camtu pun ada noh..Pelik2.Lagi satu aku tengok dia hisap rokok di luaq kedai makan,sambil2 anak dia dok main2 tepi dia...Aku gelak dalam hati jaaa...Kuar pasaraya selamba jaa cucuh rokok.Laki x pelik..Ni pompuan laaa...Memang ramai laa camtu..Merokok..Mungkin dah adat depa,so x pelik laa bagi masyarakat depa..Tapi adat yang camni jangan dok ikut naaaah...Mamnuk!

Pastu ada lagi....Ni bab kedai makan plak.Kedai makan ni makan style buffet.Dia masak masakkan India,Thailand dan Cina.Kedai makan ni,hampa bayaq 10 pounds satu kepala,makan ja nak makan apa pun.Nak tambah berapa kali pun xpa..Tapi dia bagi dok dalam kedai dia takat 2 jam ja.Haaaa..Kalau kita x abis makan,dia akan cas sebab membazir..Hahahaha.Camtu plak...Pelik kan???Hehehehehe.


Ni lah kedai makan yang aku maksudkan tuu...


Ada banyak lagi...Tapi x larat nak cerita dah......Memang banyak lah benda pelik yang x pernah kita alami....Kalau nak rasa,mai laa sini....Hehehehe.





No comments: