25 March 2009

YAB Dato' Seri Ir. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN: Tokoh Politik Paling Popular Yang Cerdik





" Kemelut politik yang melanda negara sejak kebelakangan ini amat merisaukan semua termasuk rakyat biasa yang sedang dicengkam dengan masalah ekonomi berpanjangan. Isu politik di Perak umpamanya menjadi perhatian masyarakat Malaysia dan dunia.

Perkara pokok yang ingin diutarakan dalam posting ini ialah munculnya seorang ahli politik baru yang begitu popular akhir-akhir ini. Beliau mula dikenali ramai sejak PRU12 yang lalu. Beliau tambah terkenal setelah berlakunya masalah perebutan kuasa kerajaan negeri dan perundangan tubuh negeri di Perak. Tokoh yang dimaksudkan ialah Datuk Ir Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak yang telah ditendang keluar dengan rakusnya oleh BN daripada kerajaan Perak.

Walaupun Nizar dihalau oleh BN dengan cara yang amat keji, namun rakyat Perak tetap menganggap bahawa beliaulah MB Perak yang sebenarnya. Mengapa rakyat Perak berpandangan sedemikian? Jawapannya, beliaulah pemimpin yang dicari-cari oleh rakyat selama ini. Beliau mempunyai ciri -ciri dan kriteria seorang pemimpin yang mencukupi untuk diangkat sebagai pemimpin dekad ini. Beliau seorang yang bertanggungjawab,amanah, berprinsip,berpendidikan tinggi, pegangan agama yang kuat, bijak, cerdik, merendah diri, berwawsaan, prihatin dengan masalah rakyat dan negara, dan banyak lagi. Beliau juga disenangi semua kaum di Malaysia.

Justeru, Keengganan beliau meletakkan jawatan MB menyerlahkan lagi kecerdikan beliau bukan derhaka! seperti sangkaan sesetengah orang terahadapnya. Tindakan dan ketegasan beliau enggan melepaskan jawatan MB menyebabkan semua pihak mengakui kebijaksanaan dan kecerdikan akalnya mempertahankan hak dan kebenarannya berlandaskan prinsip perundangan. Inilah pemimpin yang paling sesuai dan layak mentadbir bukan saja sebuah kerajaan negeri malah beliau layak sebagai PM kita.

Jika kita melihat teori RAHMAN yang begitu sinonim dengan PM dan bakal PM Malaysia, maka Nizar yang paling sesuai menggantikan Pak Lah, bukan Najib,bukan Muhyidin,bukan Anwar, bukan Hj Hadi dan bukan sesiapa.

Inilah yang dinamakan perancangan dan ketentuan Allah swt yang Maha Bijaksana, tiada siapa tahu kecuali DIA. Allah memilih Nizar kerana keperibadian akhlaknya, kesufiannya serta kekuatan mentalnya. Dalam tempoh setahun sahaja, tiba-tiba beliau amat dikenali ramai bukan sahaja di dalam negara malah peringkat antarabangsa. Ketokohan dan kepimpinannya yang disimpan selama ini sudah sampai masanya Allah menolak beliau ke hadapan untuk menjalankan amanahNYA mentadbir kerajaan negara yang tercinta ini. Beliau ialah Mr Clean yang sebenarnya.

Pergolakan politik yang berlaku di Perak sekarang ini menjadikan Nizar lebih matang dengan sepak terajang politik, serta mempersiapkan diri untuk memimpin negara. Kepada semua warganegara Malaysia yang mulia, marilah kita sama-sama bermufakat dan sepakat, berikanlah sokongan padu kepada Ir Nizar sebagai PM In Waiting."


P/S : Diambil dari tranungkite.net....hasil nukilan
Oleh: roothjhaminah


Dari aku : Aku bangga kerana dapat MB camni...tengok muka pun tenang hati aku..sejuk mata memandang... TAKBIRR!!!.....PAS FOR ALL...

1 comment:

Z said...

ermm die pandai ckp banyak bahasa...mak cakap kalau belajar banyak bahasa boleh elak nyanyuk..