16 November 2010

Gerakan Islam: Antara punca kekalahan....

Assalamualaikum semua.

Sudah lama penulis tidak mengemaskini blog ini. Alhamdulillah hari ini Allah izinkan jua.


Sebagai pejuang gerakan islam tak kira di mana jua kita berada, pasti kita menghadapi cabaran dan dugaan. Dan dugaan itu semuanya adalah tarbiyah dari Allah untuk sama-sama kita muhasabah dan bersyukur dengan apa yang berlaku. Gerakan islam berparti ini lebih menjurus kepada memasuki pilihanraya. Pendek kata menjurus kepada keterlibatan gerakan islam bersama sistem demokrasi yang asalnya bukanlah dari islam. Namun seperti kata seorang tokoh gerakan islam di Malaysia, " Kita ambil barang musuh ini dijadikan senjata untuk melawan balik musuh.."

Setelah sekian lama kita berjuang, akhirnya Allah izinkan kita untuk menang. Kita bersyukur, maka tertubuhlah sebuah negeri yang dipimpin oleh pemimpin dari gerakan islam di samping dibantu oleh gerakan-gerakan yang lain. Ramai dikalangan pemimpin gerakan islam menjadi pimpinan atasan kerajaan negeri. Samada sebagai exco kerajaan negeri atau wakil rakyat. Ketika kita sekarang berada di puncak kejayaan, Allah sentiasa memerhatikan kita. Adakah kita ini bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan ini? Maka di sini penulis datangkan beberapa perkara yang memungkinkan kejayaan yang sedang kita kecapi sekarang ini bisa jatuh. Jatuh bukan kerana musuh itu kuat. Tapi kerana masalah dalaman yang berlaku.

Antara perkara yang membolehkan kita kalah dan jatuh ialah sikap wakil rakyat yang tak pedulikan masyarakat kawasannya. Ketika kempen pilihanraya dulu, kita boleh pergi ke sana ke mari untuk berkempen. Turun padanglah orang kata. Namun setelah menang, mengapa muka kita susah nampak di kawasan sendiri? Adakah kerana sibuk sehinggakan terlalu jarang nampak muka kita? Masyarakat di kawasan kita mula bersuara. Tak puas hati dengan cara kita memimpin. Maka jangan terkejut pilihanraya akan datang kita akan jatuh. Kalah bukan kerana musuh itu kuat, tapi kerana masalah yang kita datangkan sendiri. Rupa-rupanya penyakit kita ialah hubburriyasah(cintakan jawatan) dan hubbuljah(cintakan kemegahan). Kita hanya nak kepada jawatan wakil rakyat dan bermegah-megah dengan jawatan itu sahaja. Apa nak jadi pada orang kampung, kita tak pernah peduli. Maka kerana sikap kita beginilah, Allah jatuhkan kita sebagai muhasabah diri... Jangan salahkan para pengundi di kawasan kita sendiri.

Dan antaranya lagi ialah masalah dalaman gerakan islam itu sendiri. Ada yang dengki kerana tak dapat jawatan atau kelebihan seperti mana orang lain dapat. Maka menyebabkan kita sudah mula pandai untuk mengkhianati ahli jemaah kita sendiri. Ke sana ke mari kita menjaja dan memburukan namanya hanya kerana kita tak dapat jawatan dalam jemaah kita. Akhirnya jemaah jadi kacau bilau. Bila berterusan keadaan begitu berlaku tanpa ada baik pulih, maka Allah ajar dengan kekalahan..

Ingatlah wahai para pemimpin gerakan islam khususnya... Dulu kita pernah susah. Tapi bila Allah uji pula dengan kesenangan, mengapa kita mudah lalai? Jawatan yang ada bukan untuk dimegahkan. tapi sebagai amanah. Oleh itu marilah sama-sama kita pelajari ilmu tasawuf untuk hilangkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita. Antara sifat mazmumah itu ialah cintakan dunia, cintakan pangkat, cintakan kemegahan, riak, takabbur, umpat, mengadu domba dan lain-lain. Inilah penyakit dalam gerakan islam yang berlaku hari ini. Jika kita lambat menang, bukan kerana musuh itu kuat, tapi kerana kita telah ketepikan 1 ilmu yang wajib dipelajari iaitu ilmu tasawuf....... Marilah kita muhasabah kembali... Salam perjuangan dari penulis. Takbir!!.

5 comments:

ahmad hisyam said...

antara lain yg menjadi punca kekalahan adalah.

-apabila kita diberi jawatan oleh pimpinan kita tolak mentah2 dgn alasan tiada perbncngn terlebih dahulu.
-kita merasa diri kita terlalu hebat sehingga segala yg org lain bt semua tak kena.
-perbincangan disebalik tabir utk menjatuhkan pimpinan.
-tdk mengetahui adab menegur pimpinan sebab kita ambik konsep "nahkum bidhowahir" tak sekalikan dgn konsep "thiqah" kepada pimpinan.
-kita duk mintak pimpinan bt itu dan ini kita sendiri bt apa?

semoga apa yg dimuhasabah di atas dapat kita jaga bersama. Pimpinan dan ahli bkn saling menghujum tp saling bekerjasama antara satu sama lain.

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

macam x puas hati kt sseorang ja..syukran.. :-)

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

tp klu guna cara kotor utk kekalkn kuasa,mmg xkan kalah dh.huhuh.jenis cmni mmg x kalah dah...seolah2 nmpak mcm demokrasi..tp ditaktor rupanya..yg ada hnyalah boneka.klu cmni caranya,kompom x kalah dh. :-)

Al-Mufakkir Hamidi said...

Salam.

boleh berkongsi idea x?

mungkin juga ada dalam pimpinan gerakan Islam yang susah utk berlapang dada. Tidak boleh terima kritikan orang bawah. Menganggap diri adalah terbaik.

Juga mungkin ada pimpinan yang masih lagi lemah dalam melawan hawa nafsu. Sebab itulah berlaku penyelewangan. Kalau orang atasan tak dapat kawal nafsu, macam mana orang bawah nak contohi?


Soalan ana: Macam mana kita nak selesaikan masalah ini?

Syukran.
Wallahua'lam.
:) Salam Mujahadah 'ala nafsi.

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

wassalam...salam ukhuwwah dri sy.

kelemahan yg berlaku kpd kepimpinan dn org bawahab merupakan kebiasaan.ini krn manusia itu tak sempurna.namun jln yg trbaik ialah perbaiki balik.

teguran dri org bawahan itu perlu.namun ada jalannya.tp jika sudah ditegur mengikut jalannya masih buat2 x dgr,maka teguran secara trbuka dilakukan.itu pn masih ada kepimpinan x akui kesilapan.mreka masih lagi truskan perancangan mreka.org bawahan bukan nk jatuhkan pemimpin.tp nk pemimpin itu muhasabah dn lakukan peruhahan.tp apalah sgt suara org bawahan?maka teguran sperti dibakul sampahkan..

org bawahan kecewa.tp apa bleh buat.ini kita bicarakan soal kepimpinan.bukan niat nk jatuhkan ssiapa.klu nk wat cmtu,dh lama org bawahan buat.samada melalui kekerasan atau undi tidak percaya.

jd utk selesaikan masalah ini.kita perlu terapkan sungguh2 ilmu tasawuf mcm sy sbutkan dlm blog.

mngkin di sini nmpk org bawahan hnya nk salahkn kepimpinan.hakikatnya org bawahan ini bersama2 kepimpinan dn tahu selok belok gerakan.bukannya org bawahan yg hnya reti dok di umah tido sja tiba2 bising pd kepimpinan......