Assalamualaikum semua.....Salam Ramadhan Kareem...
Sudah lama rasanya aku tidak meng'update' blog ini. Mungkin kerana sibuk atau buat-buat sibuk.:-)
Sebelum itu,suka untuk aku ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sebaik-baiknya. Pesanan dari aku,"selamat posa penuh tau..:-)".
Entri kali ini aku ingin bercerita satu perkara yang perlu dijawab bila ditanya dari mereka yang masih atau sengaja tidak memahamkan diri dengan Islam. Di dalam bab poligami khususnya. Semenjak dua menjak ini kita sering mendengar kritikan melampau dari golongan yang ingin menyamakan kaum perempuan dan lelaki atau menuntut keadilan untuk kaum perempuan. Bagi mereka, Islam kelihatan seperti menindas golongan perempuan di dalam beberapa perkara hukum. Itu bagi mereka. Hakikatnya,Islam sama sekali tidak pernah menindas kaum wanita. Bahkan munculnya Islam yang telah dibawa syariatnya oleh junjungan besar النبي صل الله عليه و سلم
meninggikan martabat seorang wanita itu sendiri. Seperti mana yang telah kita ketahui, orang arab ketika zaman jahiliyyahnya telah membunuh anak perempuan mereka dari kecil lagi. Bagi mereka kaum wanita di sisi mereka apalah sangat. Segalanya berubah bila Islam muncul.
Golongan ini sering mencanangkan bahawa Islam tidak adil terhadap kaum wanita dalam beberapa perkara. Kaum wanita kelihatan lebih terkongkong jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Orang lelaki semuanya boleh buat sesuatu perkara. Namun perempuan?? Kata mereka ketika lantang mempersoalkannya. Adil bagaimana yang diinginkan oleh golongan ini?? Jika lelaki memakai kain pelekat dan kopiah ke masjid, adakah mereka inginkan perempuan berpakaian seperti itu juga?? Begitu? Begitulah hendaknya jika konsep adil yang mereka kemarukkan sangat itu. Allah sudah tetapkan sesuatu perkara itu lengkap untuk hamba-hambanya. Bergantung pada kita untuk ambil atau buangkan saja ketetapan itu. Yang menjadi masalah bagi kita sekarang ini ialah bila kita tidak pernah rasa 'bersyukur dengan nikmat dan sobar dengan dugaan.' Semuanya tak kena mengikut logik akal mereka. Jika beginilah sikap golongan ini,turunlah malaikat sekalipun(fardhu takdir) ke bumi membawa khabar hukum dari Allah,mereka tetap tidak akan mempercayainya!!!
Jika Al-quran dan hadis kurang diyakini, apatah lagi golongan ulamak?? Sedangkan jika tiada ulamak yang menafsir dan mengistinbatkan hukum dari dua kitab agung ini, mungkin kita masih lagi hidup di dalam zaman kegelapan. Tapi apa dah jadi dengan kita??? Bila diri sudah mampu berkata-kata, takabbur mula menguasai diri. Kita merasakan kita sudah hebat dengan hanya menggunakan akal fikiran yang mereka tak sedar,Allah pemberi akal fikiran itu!!
Kita berbalik semula kepada isu kita yang awal tadi iaitu poligami. Poligami ini ialah panggilan bagi mereka yang berkahwin lebih dari seorang. Jika berkahwin seorang sahaja dipanggil monogami(kalau salah tolong betulkan). Dan golongan ini menyatakan konsep poligami ini menindas kaum wanita. Lancang sungguh mulut mereka. Mereka sedarkah dengan apa yang telah mereka perkatakan itu?? Jika terang-terangan hukum berkahwin lebih ini menindas kaum wanita,tidak akan ada izin dari Allah. Dalam Al-quran jelas membenarkan berkahwin lebih ini. Seperti firman Allah setelah diterjemahkan,
" Maka bernikah oleh kamu akan barang yang baik pada kamu daripada perempuan itu, dua atau tiga atau empat............"
Terang lagi bersuluh Islam membenarkan! Islam sengaja menindaskah jika membenarkan kahwin lebih ini? Itu hanya jawapan mereka yang mengikut hawa nafsu semata-mata! Setiap apa yang Allah izinkan itu ada hikmahnya. Antaranya ialah kita dapat membela kaum wanita dan anak-anak mereka yang kematian suami. Wanita yang lebih usianya, akan berkahwin jika menjadi yang nombor dua sekalipun. Dan banyak lagi hikmah dan kelebihan bagi wanita itu jika bermadu. Mereka mengatakan poligami ini menindas bila melihat para suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami seelok-eloknya. Ya! Benar, Islam tidak membenarkan menzalimi isteri-isteri dan anak-anak. Tetapi bukan kerana salah berkahwin lebih ini. Ia bergantung kepada individu sesorang itu. Islam bukan sekadar membenarkan berpoligami, bahkan Islam memberikan pula tunjuk ajar dan hukum bagaimana berhadapan bila berbilang-bilang isteri ini. Islam tidak sekadar 'menyuruh kita ke kedai membeli barang tanpa membekalkan wang kepada kita'...
Tapi kerana mengikut hawa nafsu,mudah saja mereka menghukumkan poligami ini menindas kaum wanita. Ketahuilah,wanita sekarang bertambah ramai dari lelaki. Jika tidak dimadukan mereka ini,terbelakah nasib mereka? Kita bukan syiah untuk membenarkan berkahwin mut'ah! Kalam-kalam mereka yang 'kotor' ini telah diamarankan oleh Allah dan Rosulnya melalui karangan ulamak di dalam kitab Muhimmah. Telah berkata tuan pengarang,
" Hai segala kaum perempuan,apa yang terlebih besar bala' daripada penasihat baginya jikalau tiada engkau mau menurut nasihat ini. Maka bahawa sungguhnya jika tiada ridho dengan suaminya beristerinya yang lain, maka terkeraslah datang bala' padanya dunia dan akhirat serta dengan beberapa kemaluan pada besok hari. Maka beberapa banyak daripada segala perempuan yang jatuh ke dalam murtad lagi kafir dengan mengikut hawa nafsunya yang tiada kesukaan kerana bernikah suaminya akan perempuan yang lain........"
Ada juga orang kafir yang menanyakan soalan mengapa wanita tidak boleh kahwin lebih, sedangkan laki boleh. Islam sudah susun rapi mengapa lelaki saja yang boleh berkahwin lebih dan tidak kepada perempuan. Diberikan akal yang salim ini, kita mampu berfikir. Cuba kita menggunakan akal yang sejahtera ini untuk berfikir. Apakah hikmahnya perempuan dilarang berpoligami. Secara fikiran logiknya wanita boleh bersama dengan sesiapa saja yang dia inginkan. Seperti mana orang kafir melakukannya. Tapi Islam melarang keras!!! Walaupun cuba mencari jalan yang sah sekalipun! Tetap tidak membenarkan. Kenapa?? Salah satunya yang kita mudah nampak ialah masalah dari segi nasab keturunan. Islam menitik beratkan tentang nasab keturunan. Sebab itulah Islam melarang keras untuk hampiri zina. Apatah lagi melakukannya. Cuba bayangkan jika seorang perempuan itu berkahwin dengan 4 orang lelaki dalam waktu yang sama. Jika anak yang dilahirkan nanti nak dibinkan kepada siapa??? 4 orang suami masing-masing telah memberikan benih. Semuanya akan mengaku bahawa yang lahir itu anak mereka. Apa akan terjadi? Berlakulah permusuhan atau pergaduhan..
Aku memberikan satu contoh kepada kawan-kawan semua. Contoh teko dan cawan. Perumpamaan Islam membenarkan lelaki berpoligami. Si suami diumpamakan sebagai sebuah teko dan para isteri pula seperti cawan. 1 teko berisi air teh sebagai contoh. Dan 4 buah cawan kosong sudah sedia untuk dituangkan air di dalamnya. Maka teko berisi air teh tadi pun dituangkan ke dalam 4 buah cawan kosong tadi. Maka wujudlah lah air teh di dalam 4 cawan kosong tadi. Jika orang bertanya sekalipun, air apakah itu? Pasti dijawab air teh...... Seperti itu jugalah bagi suami yang beristeri 4, bila orang bertanya kepada 4 orang isterinya itu, anak siapakah itu? Pasti dijawab, itu anak si fulan(suami tadi).
Dan kita buat pula perumpamaan jika mereka yang nak si isteri juga berkahwin 4. Contoh yang sama. Teko dan cawan. Teko masih diumpamakan sebagai suami dan cawan sebagai isteri. 4 teko berisi air yang berbeza. Teko A air oren, teko B air kopi, teko C air milo dan teko D pula air tebu. Masing-masing teko yang berbeza air tadi melambangkan berbezanya orang atau suami. Dan 4 teko berisi air yang berbeza tadi akan dituangkan pada 1 cawan yang kosong tadi(mewakili si isteri). Maka bermulalah episod 4 teko berlainan air tadi dituangkan ke dalam 1 cawan kosong tadi. Setelah semua teko tadi cuba membahagi-bahagikan air masing-masing dalam 1 cawan, maka cawan yang kosong tadi mula membuahkan air. Dan ketika orang akan bertanyakan, air apakah yang ada di dalam cawan tersebut? Pasti jawapan kita berbeza-beza. Dan mungkin tak tahu langsung untuk menjawab air apakah yang sebenarnya di dalam cawan tadi. Sebab apa?? Sebab sudah bercampur pelbagai jenis air. Seperti itu jugalah bila si isteri berkahwin dengan 4 orang suami. Anak yang bakal dilahirkan tidak diketahui nasabnya. Keempat-empat suami mengaku anak masing-masing. Maka kesannya nanti,rosaklah masyarakat kita. Aku rasa cukup sekadar itu saja aku menerangkan maksud tajuk aku di atas itu. Ada akal yang sejahtera,fikirkanlah.........
No comments:
Post a Comment