3 July 2010

TABARRUJ : Agamawan juga terpengaruh.

Assalamualaikum semua.

Bila sebut tentang tabarruj, boleh dikatakan semua orang pernah dengar dengan perkataan ini. Tidak kira dia itu dari aliran agama atau sebaliknya. Hanya sedikit sahaja yang tak pernah dengar perkataan ini. Pendek kata ramai di kalangan kita sekarang ini pernah dengar perkataan 'tabarruj' ini.

Tabarruj adalah dari kalimah arab dan diguna pakai juga di dalam loghat melayu kita. Di dalam kamus At tullab, telah memberi erti tabarruj itu ialah,

" Berhias untuk menunjukan perhiasan badannya."

Di dalam kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi S.A.W. juga telah memberi pengertian tabarruj itu ialah,

"Apabila mereka(perempuan) ingin keluar dari rumahnya nescaya dia itu memakai pakaian yang kemegahan kainnya(cantik dan menarik) dan memperhiaskan dirinya dan membaikkan dirinya dan keluar dia memberi fitnah kepada orang lain."

Allah berfirman di dalam surah Al Ahzab ayat 33,

وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ

“…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)”.



Jika diceritakan tentang aurat mukallaf(akil baligh) tak kira lelaki atau perempuan, maka kebanyakan lapisan akan tahu. Jika ditanya pada orang islam yang tidak tutup aurat sekalipun mereka akan tahu batas-batas aurat orang islam. Bahkan orang kafir pun tahu batasan aurat bagi orang islam. Namun tahu hanya tahu sahaja. Berapa ramai umat islam yang masih tidak menutup aurat? Jika yang sudah menutup aurat pun adakah sempurna? Dan yang sudah menutup aurat dengan sempurna pun masih lagi melakukan kesilapan iaitu dosa TABARRUJ.

Di sini penulis ingin mengulas sedikit sebanyak berkenaan dosa tabarruj. Pengertian tabarruj yang penulis datangkan di atas tadi diharapkan dapat memberikan sedikit kefahaman kepada anda semua berkenaan tabarruj. Ramai dikalangan kita yang pernah dengar kalimah tabarruj ini. Tapi masih lagi melakukan kesalahan tabarruj itu sendiri. Ini bermakna kita hanya pernah dengar saja tapi masih tak tahu bagaimanakah rupa tabarruj itu.

Jika seseorang itu tidak berhias berlebih-lebihan sekalipun, tapi dia mendedahkan aurat maka awal-awal lagi sudah berdosa. Adapun seseorang yang sudah sempurna tutupan auratnya, namun dicelah-celah itu dia berlebih-lebihan pula di dalam berhias maka dia telah sengaja mengundang dosa. Inilah kesalahan yang tidak disedari oleh kebanyakan orang bahkan telah mempengaruhi golongan agamawan sekalipun.

Benar! Penyakit tabarruj ini telah menular di kalangan ustazah ketika mendirikan rumah tangga. Cubalah lihat sendiri ketika mereka berkahwin. Tabarruj ini bukan saja ketika berkahwin, bahkan ia boleh berlaku tiap ketika. Namun di sini penulis hanya khususkan tabarruj yang berlaku ketika hari perkahwinan. Kita tak pelik jika dilakukan oleh mereka yang jahil agama(bukan bermaksud kita biarkan mereka melakukan dosa). Tapi kita pelik dan ajaib bagaimana boleh berlaku dikalangan ustazah ketika bergelar pengantin baru. Kita tahu peranan mak andam yang tugasnya menghiasi muka pengantin perempuan. Tapi kenapa pengantin perempuan yang bergelar ustazah itu tidak tegas dalam bab ini?

Jika di dalam hal lain kita boleh bertegas, kenapa di dalam hal perhiasan diri ini kita tak mampu untuk bertegas? Adakah kerana ingin menjaga hati orang tua kita yang kurang memahami atau ingin menjaga hati mak andam yang bertandang ke rumah kita dari awal pagi lagi? Penulis lebih khususkan kepada perempuan kerana perempuan adalah pintu fitnah bagi lelaki jika tak dijaga betul-betul.

Hukum asal bersanding adalah harus. Bersanding yang penulis faham ialah duduk bersebelahan pasangan suami isteri samada duduk di atas kerusi atau bersila tanpa ada upacara seperti memuja semangat dan sebagainya. Jika begitulah persandingan yang dilakukan maka tiada salahnya. Jika ada yang mengatakan ia sebagai meniru adat hindu dan haram dilakukan maka penulis mengatakan ini tanggapan yang salah. Apa yang salahnya jika hanya duduk bersebelahan oleh pasangan suami isteri?

Yang salahnya ialah bila lakukan perbuatan seperti memuja semangat dan memperlihatkan isteri kepada mereka yang ajnabi(asing). Pendek katanya mereka yang bukan mahram. Jadi awal hukumnya yang harus itu boleh bertukar haram kerana berlaku perkara-perkara yang melanggari syara'. Inilah yang dipanggil sebagai haram 'aridhi iaitu haram yang baru datang.

Apa yang menjadi kesalahan orang kita sekarang ini termasuklah golongan ustazah ini ialah mereka berhias melampaui batas. Bak kata orang,

"Make up muka tu 7 lapis tebalnya.."


Jika kita melihat kepada pengertian tabarruj dari kitab Muhimmah, ia menyebut boleh memberikan fitnah kepada orang lain. Maksud orang lain di sini ialah orang ajnabi atau hilah iaitu orang asing yang bukan mahramnya. Ketika bersanding, sudah pasti pengantin perempuan akan berhias secantik-cantiknya untuk padankan dengan gelarannya sebagai 'raja sehari'. Bedak di muka bukan main lagi. Ditambah lagi gincu di bibir. Apatah lagi matanya yang berwarna warni. Pipi pula kemerah-merahan. Kalau dulu berjubah, masa bersanding boleh pula pakai kebaya atau kebarung? Semua sudah maklum bahawa baju kebaya atau kebarung menjadi sempit sedikit di pinggang. Jadi bukankah itu sudah tidak menutup aurat dengan sempurna? Sengaja memperlihatkan bentuk tubuh badan.

Kita cukup pelik kerana apa yang telah penulis nyatakan tadi dilakukan oleh mereka yang bergelar ustazah. Suami pula ustaz hanya diam membatu sahaja. Tak kiralah lulusan dari Mesir, Jordan, Syria dan sebagainya, masalah tabarruj ketika bersanding pasti berlaku. Jika persandingan itu hanya untuk tontonan mahramnya sahaja, maka tiada masalah.

Yang menjadi masalahnya bila ramai di kalangan orang ajnabi melihat dan menyebut-nyebut tentang kecantikan pengantin perempuan. Tidakkah perkara itu boleh mengundang fitnah? Bagi penulis, jika beginilah jadinya lebih baik pengantin perempuan memakai purdah saja ketika bersanding. Jika ingin juga bersanding dan berhiasi muka itu melampau-lampau biarlah hanya menjadi tontonan para mahramnya sahaja. Jika tidak, anda hanya mengundang dosa percuma sahaja.

Sila ambil penting kepada semua umat islam lebih-lebih lagi kepada mereka yang faham agama. Jika mengatakan bersanding hanya sekali seumur hidup maka dosa juga boleh sekali dapat ketika itu. Tatkala mana pahala boleh didapati dengan serta merta, dosa juga boleh didapati dengan serta merta. Fikir-fikirkanlah... Wassalam.

30 June 2010

Takwilan lafaz 'فوق'.



Assalamualaikum semua.


Allah a'zza wa jalla berfirman dalam surah al an'am ayat ke 18 ;


وَهُوَ ٱلۡقَاهِرُ فَوۡقَ عِبَادِهِۦ‌ۚ وَهُوَ ٱلۡحَكِيمُ ٱلۡخَبِيرُ

Dan Dialah yang berkuasa atas hamba-hambaNya. Dan Dialah maha bijaksana lagi maha mengetahui.


Bermula lafaz
'فوق' di dalam nas di atas mengandungi banyak makna. Yang dikatakan banyak makna itu kerana ia digunakan pada makna tempat, zaman, jisim, bilangan dan pangkat.

Berdasarkan nas di atas maka ia menjadi kesamaran (mutasyabihat) dari sudut maknanya.

Telah berkata Ar Roghib :
فوق itu digunakan pada tempat, zaman, jisim, bilangan dan pangkat.

Telah berkata pula Al Ghazali : Apabila didengar lafaz
'فوق' pada ayat Allah(ayat yang penulis tuliskan di atas tadi), maka diketahui bahawa الفوق itu adalah 1 nama yang berkongsi bagi 2 makna. Salah satu dari keduanya ialah; nisbah jisim kepada jisim. Iaitu kedua-duanya(antara 2 jisim itu) berada di atas antara 1 sama lain atau maksud yang mudah fahamnya ialah seseorang itu berada di atas orang lain.

Contohnya Ahmad berada di atas Abu dalam keadaan kepala Abu berada di bawah kaki Ahmad. Ini
فوق dari nisbah jisim kepada jisim.

Dan yang keduanya pula ialah terkadang di itlaq kan
dan dikehendaki dengannya الفوقية itu dengan makna pangkat atau kedudukan.


Seperti kita mengatakan,

الخليفة فوق السلطان

Seorang khalifah itu kedudukannya atau pangkatnya lebih tinggi daripada seorang sultan.



Dan kita sebagai orang mukmin wajiblah meng i'tiqodkan secara putus bahawasanya makna yang awal, iaitu makna
فوق dari nisbah jisim kepada jisim itu adalah ghoiru murod. Jadi murod yang betul untuk menghindarkan kesamaran dan waham pada manusia berdasarkan nas di atas ialah takwilan kepada pangkat dan kedudukan. Iaitu Allah ialah zat yang melebihi segala-galanya. Hakikat manusia ialah lemah selemah-lemahnya. Manusia tidak mampu lakukan apa-apa melainkan sedikit qudrat yang Allah berikan kepada kita. Kedudukan Allah setinggi-tingginya. Bukan bermaksud Allah berada tinggi dari kita. Jika menyebut Allah itu maha besar bukan bermaksud Allah itu zat nya berbentuk besar. Na'uzubillahi min zalik.

Perlu diketahui bahawa jihah atau berpihak ini mustahil pada Allah taala. Apa itu jihah? Jihah ialah atas, bawah, depan, belakang, kiri dan kanan. Sebab itu salah jika mengatakan Allah taala berada di langit kerana langit itu jihahnya di atas.

Al quran menyebut di dalam surah As sajdah ayat 4,


ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۖ

.... kemudian Dia bersemayam di atas 'arasy...


Jika terjemah kepada bahasa melayu kita memanglah akan menyebut bersemayam dalam erti kata lain duduk di atas 'arasy. Hakikatnya Allah taala suci daripada bertempat atau berjihah.



Apa itu makhluk?


Ulamak kalam menta'rifkan makhluk itu ialah,

' Sesuatu yang selain daripada Allah dan sifat-sifatNya.'

Oleh yang demikian itu, fahamlah oleh kita bahawasanya selain dari Allah dan sifat-sifatNya, semuanya adalah makhluk termasuklah 'arasy dan arah. Semua sudah maklum bahawa Allah taala tidak berhajat kepada makhluk. Ini jelas!

Ulamak balaghah pula menyebut bahawa lafaz
ٱسۡتَوَىٰ itu terbahagi kepada 2 makna. Makna zahir bagi lafaz itu ialah,

الجلوس في المكان و الاءستقرار فيه

'Duduk pada tempat dan tetap padanya(tempat).'


Sedangkan Allah taala itu suci daripada bertempat. Maka murod bagi lafaz tersebut perlu ditakwil kepada,

الاءستيلاء و السيطرة و الملك

'Menakluki(menguasai) dan menguasai dan memiliki(kepunyaan).'


Mengapa ulamak mentakwil ayat yang mutasyabihat? Ini kerana mereka nak menyucikan Allah taala daripada bertempat atau sama dengan makhluk.

Telah berkata Syaikhul Azhar, Syaikh Dr. Ahmad Tayib,

"Adalah sekalian Salafu soleh mengatakan bahawa 'lillahi yadun' akan tetapi makna ini ghoiru murod."


Hakikat maknanya hanya Allah taala saja yang tahu(kerana ia adalah ayat mutasyabihat). Makna zahir bagi 'yadun' ialah sesuatu yang jarihah(sesuatu dari anggota badan samada kaki atau tangan). Namun bukanlah makna zahir itu dikehendakinya. Jika kita inginkan makna zahir itu pada lafaz 'yadun' maka kita telah menyamakan Allah dengan makhluk. Sebab itulah salafu soleh tidak menjawab makna sebenar lafaz 'yadun' itu. Mereka hanya menyerahkan maknanya pada Allah tanpa mengisbatkan apa-apa bentuk jarihah pada Allah. Ini berlaku pada zaman salaf. Mereka tetap mengatakan 'yadun' kerana berdasarkan nas dari al quran. Seperti Allah berfirman dalam al quran surah al fath ayat 10,

يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ

....tangan Allah di atas tangan-tangan mereka..


Tapi bukanlah mereka(salafu soleh) kehendaki 'yadun' itu dengan makna tangan seperti mana sesetengah golongan memahaminya. Sebab dari awal-awal lagi mereka(salafu soleh) sudah menyatakan 'hazal ma'na ghoiru murod'. Mereka(salafu soleh) yang lebih tahu bahasa arab pun tidak berani terjemahkan maknanya. Namun kita hari ini yang baru tahu serba sedikit sudah berani menterjemahkannya pada makna tangan. Na'uzubillahi min zalik!

Perlu diketahui bahawa ada kamus yang terjemah dari bahasa arab ke bahasa melayu. Dan ada juga kamus yang terjemahkan bahasa arab ke bahasa arab sendiri. Jadi bagaimana dengan mudahnya golongan mujassimah menterjemahkan lafaz 'yadun' dengan makna tangan??

Setelah datangnya zaman khalaf, bila ditanya lagi apa maksud 'yadun' itu(jangan terjemah tangan)? Maka khalaf pun mentakwil dengan kata mereka al qudrah. Pentakwilan berlaku kerana terjadinya fitnah dari segi bahasa. Maka untuk menyucikan Allah taala dari segala bentuk yang menyerupai makhluk, takwilan dilakukan. Salah besar jika mengatakan Allah itu ada tangan tapi tak sama dengan makhluk. Kalam-kalam seperti inilah sebenarnya sebesar-besar bid'ah(sesat) kerana salafu soleh pun tidak pernah mengungkapkan sebegitu.

Benarkah mereka mengikut salafu soleh sedangkan salafu soleh pun tidak pernah mengatakan "Allah ada tangan tapi sama dengan makhluk."

Ilmu Allah ini luas. Untuk memahami al quran, bukan saja perlu tahu nahu sorof, balaghah dan lain-lain... Ilmu adab jahili(kesasteraan arab jahiliyah) pun perlu tahu. Adab jahili ini ialah ilmu yang membicarakan tentang asal usul syair di zaman jahiliyah. Orang arab ialah 1 bangsa yang terkenal dengan bersyair. Jadi oleh kerana mereka ini ialah orang arab sejati, maka ketika bersyair, mereka menggunakan pelbagai bahasa yang indah untuk menggambarkan sesuatu. Jika manusia pun boleh menghasilkan bahasa yang indah apatah lagi kalamullah? Sehebat-hebat para syu'ara'(pensyair) di zaman Nabi pun, mereka tidak mampu untuk hasilkan 1 ayat yang menyerupai al quran. Ini menunjukkan bahawa al quran itu penuh balaghah dalamnya.

Kembalilah kepada tafsiran ulamak ahlus sunnah wal jamaah.

Ada golongan kini yang mengakui ikut salafu soleh. Benarkah? Sedangkan salafu soleh tidak seperti mereka. Jika begitu, siapakah yang mereka ikut? Adakah mereka mengikut fahaman mujassimah? Ada aqal yang salim, fikir-fikirkanlah...... Wallahu a'lam.



Rujukan :

تهذيب علم الكلام بشرح الباجورى.
(Kitab madah tauhid, kuliah usuluddin tahun 2 Universiti Al Azhar cawangan Mansurah.)

قطوف من علم البديع (Kitab madah balaghah, kuliah usuluddin tahun 2 Universiti Al Azhar cawangan Mansurah.)


Entri ini telah ditahqiq oleh Tuan Guru Ustaz Al Amin bin Daud Al Azhari.

26 June 2010

Kami akan sambung perjuangan itu! Jika kami mati, biar anak dan cucu kami pula yang sambung!




Assalamualaikum semua.

Kali ini penulis ingin membawa 1 kisah menarik dari Tuan Guru Ustaz Sidek Noor. Penulis ada mendengar pengajian aqidah daripada beliau. Di celah itu beliau menyelit kisah yang begitu sedih dan buatkan penulis begitu terharu. Kisahnya begini.... Penulis adaptasi semula dalam bentuk perbualan.

Tuan Guru Ustaz Sidek Noor...

Di dalam perjuangan kita bersama PAS untuk menegakkan negara Islam, kita perlu kepada keyakinan dan banyakkan berdoa kepada Allah. Usaha itu penting. Biar pun kita susah untuk menang. Tapi jangan putus asa di tengah jalan.

Telah berkata Tuan Guru Ustaz Sidek Noor, "Mungkin Islam tak menang zaman kita, tak menang zaman anak kita, tapi aku yakin satu hari Islam pasti akan menang...Ini lah keyakinan pejuang2 dahulu..."

Beliau menceritakan pengalaman beliau ketika berceramah di Sayong, Kuala Kangsar. Ketika itu seminggu sebelum beliau dikenakan tindakan ISA. Dan ketika itu juga ustaz Sidek Noor menjawat jawatan ketua pemuda PAS(tak dinyatakan di peringkat apa). Selepas habis ceramah beliau bertemu dengan sepasang suami isteri yang sudah tua. Pak cik dan mak cik tersebut datang ke tempat ceramah hanya menunggang basikal bertemankan cahaya lampu picit sahaja. Jarak antara rumah pak cik itu dengan tempat ceramah sejauh 7 batu. Jalannya pula berbukit-bukau. Ustaz Sidek Noor kagum dan memikirkan bagaimana pak cik dan mak cik ini mampu datang ke tempat ceramah yang begitu jauh. Apa lah sangat daya orang tua jika mengayuh basikal. Namun kerana komitmen mereka kepada perjuangan, mereka gagahi jua.

Ustaz Sidek Noor terus bertanyakan soalan kepada pak cik itu.

"Pak cik, lama dah ka pak cik dalam PAS?" soal Ustaz Sidek Noor.

"Saya masuk PAS tahun 52. Cawangan pertama PAS di Perak iaitu Kota Lama Kiri, Kg. Professor Zulkifli Muhammad." balas pak cik itu.

"Pak cik, pak cik yakin Islam menang?"
soal ustaz Sidek Noor lagi.

"Insyaallah.."
balas pula pak cik tadi.

"PAS ni boleh menang ka pak cik?"
soal lagi ustaz Sidek Noor ingin menduga.

Ketika inilah pak cik tersebut memaku tepat pandangannya kepada ustaz Sidek Noor seolah2 ingin membahamnya. Sambil menggoncang2kan tubuh ustaz Sidek Noor pak cik itu berkata.

"Ustaaaz... PAS boleh menang ustaz.. Pasai pa PAS tak menang? PAS pejuang Islam!!" kata pak cik tersebut kepada ustaz Sidek Noor dalam nada bersungguh2 dan bersemangat. Lantas pak cik itu terus memeluk ustaz Sidek Noor kuat2. Dalam nada sedih pak cik itu berkata kepada ustaz SIdek Noor.

"Ustaaz.. Ustaz masih muda. Saya dah tua. Hajat saya daripada dulu sampai sekarang, kalau boleh sebelum saya mati saya nak tengok tanah air saya ini diperintah dengan syariat Allah. Kalau taqdir saya mati, ustaz. Dan hukum Islam tak tertegak lagi di muka bumi Allah, ustaz berjuang naa ustaz.. Ustaz berjuang naa.." rintih pak cik tersebut sambil menangis2 di sisi ustaz Sidek Noor.

Lihatlah betapa tingginya keyakinan pak cik tersebut terhadap kemenangan Islam suatu hari nanti. Dia sanggup kayuh basikal semata2 ingin hadiri ceramah PAS. Dan sempat lagi memberikan peransang dan kata2 semangat kepada pejuang2 Islam yang lain.. Ini lah serba sedikit kisah yang penulis boleh adaptasikan dari ceramah ustaz Sidek Noor.

Sekarang ini kita kehilangan seorang demi seorang pejuang2 Allah di bumi Malaysia kita. Kalau dulu kita sudah kehilangan Tuan Guru Ustaz Fadhil Nor... Yang terbaru ini Tuan Guru Ustaz Hassan Syukri pula. Dan ramai lagilah pejuang2 agama kita yang telah pergi meninggalkan kita semua. Kerana pengorbanan mereka selama ini, kita masih mampu berada dalam PAS dan PAS masih tetap utuh. Inilah jasa2 mereka. Perjuangan yang tak pernah kenal erti putus asa dan penat lelah.

Ayuh bangunlah pelapis muda hari ini.. Pemuda hari ini adalah pemimpin hari esok. Ya Allah jadikanlah kami bersama pejuang2 agamamu.....


Jika hari ini kita tidak dapat merasai pemerintahan berteraskan syariat Allah yang syumul, sekurang2nya anak2 kita, cucu-cicit kita dapat rasainya nanti.... Apa yang penting ialah keyakinan, usaha dan pergantungan kita terhadap Allah...Al Fatihah untuk pejuang2 kita yang sudah pergi meninggalkan kita semua.... TAKBIIIR!!!

Allahyarham Tuan Guru Ustaz Hassan Syukri....


Kenangan terakhir Allahyarham Ustaz Hassan Syukri ketika muktamar PAS baru2 ini..

Allahyarham Tuan Guru Ustaz Fadhil Nor....

25 June 2010

Siapa pencetus perbalahan sebenarnya??

Assalamualaikum semua.

Isu wahhabi jika ingin dibahaskan memang panjang. Penulis beberapa kali bersembang dengan sahabat penulis di FB berkenaan isu ini. Dia nasihatkan penulis supaya berhenti daripada menceritakan kepincangan wahhabi. Isu wahhabi memang sudah lama. Penulis tak mahu ulas berkenaan aqidah(tauhid). Tetapi penulis ingin ulas berkenaan perkara cabangan(fiqh) sahaja.

Semua sudah maklum bahawa puak wahhabi menggunakan istilah bid'ah. Mereka cukup suka mengungkap kalimah ini sehinggakan kita ini dianggap ahlul bid'ah. Telah berkata Syaikh Nuruddin Al Banjari Hafizahullah bahawasanya bid'ah bukan hukum. Ya benar. Bid'ah bukan hukum. Hukum hanya ada lima sahaja iaitu 5 hukum taklifi itu. Wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Ini jelas. Bila kita lakukan apa2 jua perkara ia pasti tidak lari dari 5 hukum ini. Si fulan mencuri, hukumnya haram. Si fulan makan nasi, harus hukumnya. Si fulan berpuasa di bulan Rejab, sunat hukumnya. Si fulan memakan petai, hukumnya makruh dan sebagainya.

Wahhabi, bagi mereka bid'ah itu semuanya sesat dan masuk neraka. Sebab itulah jika mereka mengatakan majlis tahlil ini bid'ah, baca qunut ketika subuh itu bid'ah, membaca saiyiduna di pangkal nama Nabi Muhammd itu bid'ah dan banyak lagilah maka fahamlah oleh kita bahawasanya mereka mengatakan kita ini sesat dan akan ke neraka. Percaya atau tak? Inilah realitinya. Pergilah ke forum2 wahhabi.. Mereka menggelarkan kita ini ahlul bid'ah!! Dan mereka saja pro sunnah..

Sudah sekian lama mereka menyerang kita. Pelbagai gelaran yang mereka berikan kepada kita. Namun kita masih lagi berdiam diri. Dan akhirnya sampai saatnya kita dah tak tahan lagi dihukumkan sesat maka kita pun aturkan strategi dan 'angkatan tentera' untuk mempertahankan diri. Kita tak menyerang lagi.. Bila mereka serang kita, kita pun bertahan dengan dalil2 yang ulamak susun. Kita cuma ambil guna saja. Bila mereka mula menyedari mereka tidak mampu untuk patahkan hujjah kita, akhirnya mereka gunakan pula cara yang lagi kasar iaitu menggelar bahawa 'Asyairah kesemuanya kekal dalam neraka! Na'uzubillah...

Ini dah lebih2.. Maka kita kuatkan angkatan tentera kita untuk menyerang balas balik bersama hujjah2 ulamak. Akhirnya muncullah 'tentera2' yang berjaya menewaskan puak wahhabi. Penulis tak nafikan ada 'tentera2' kita yang terlalu marahkah wahhabi melebihi batasnya. Ini semua kerana wahhabi yang mula dulu. Kalau tak, takkan muncul 'tentera2' begini.

Bila kita berjaya merempuh benteng pertahanan mereka dan berjaya menyedarkan masyarakat tentang bahayanya fahaman ini, maka kita pula disalahkan sebagai pemecah belah masyarakat. Apa semua ini?? Apa ini? Penulis tak faham lah. Kenapa kita yang nak pertahankan diri dari terus dikecam sesat dan masuk neraka, kita pula disalahkan?

Kami tak marah dan tak kacau kalau wahhabi tak mahu qunut subuh, tahlil, talqin, baca yasin malam jumaat, talafuz biniat(lafaz usolli) atau sebagainya... Kami tak marah pun kalau mereka tak mahu buat benda2 ini semua. Sebab kita tahu itu hanyalah khilaf ulamak. Samada sunat atau harus saja. Nak buat, buatlah. Tapi kalau malas buat, jangan ajak orang lain malas juga.

Tapi inilah yang berlaku kepada fahaman wahhabi. Nak cerita bagaimana lagi tentang mereka ini? Siapa yang mula2 sesatkan orang? Siapa yang mula2 kata orang ini masuk neraka? Siapa yang mula2 bid'ahkan masyarakat sewenang2nya? Siapa yang mula dulu semua ini? Jawablah wahai kawan2 semua. Kenapa tuduh kami yang porak perandakan masyarakat? Dulu Malaysia dah kurang dengar isu ini. Tapi kini kecoh kembali. Kalau setakat melarang sahaja tak mengapa lagi. Tapi sampai menghukum sesat dan kekal dalam neraka ini tuduhan berat!! Bukan perkara main2.. Ahli keluarga kita dizalimi adakah kita nak tengok saja tanpa buat apa2 tindakan?


Salahkah kami bangkit mempertahankan diri kami sendiri? Kenapa kami pula dipersalahkan?? Kenapa? Penulis sedih sangat. Kalau wahhabi tak mahu buat seperti adat masyarakat kita buat, tak jadi masalah. Siapa pun tak kacau. Tapi bila melarang dan menghukumkan sesat dan masuk neraka, itu yang kami tak boleh terima!

Penulis tak pernah menghukumkan sesat kepada wahhabi dan umno. Penulis pernah jadi makmum salafi. Pernah ikut imam umno. Penulis tak pernah nak kata kafir pada mereka. Ini bukan kelayakan penulis walaupun ulamak dah sebut macam2 berkenaan perbuatan yang boleh membawa kepada kekufuran.

Namun yang membuatkan penulis marah benar pada mereka kerana mereka mudah2 hukum orang sesat dan masuk neraka. Apa ini? Tapi bila kami serang balik, kami pula dituduh salah. Lagi pelik! Namun penulis akui ada di kalangan kami yang terlalu syadid. Penulis tak nafikan.. Mungkin kerana mereka dah tahan lama dengan sikap wahhabi ini. Sebab itulah bila mereka pula menyerang wahhabi, macam2 keluar.

Puak wahhabi juga mengkritik ulamak secara sopan. Bagaimana? Dengan mengatakan bahawa ulamak tak maksum dan bisa melakukan kesilapan juga. Astaghfirullahal 'azim.. Benar ulamak tak maksum. Tapi ungkapan ini begitu biadap dengan ulamak apatah lagi terhadap ulamak mazahib arba'ah ini serta ashab2 mereka? Kenapa wahhabi kurang ajar sampai macam ini sekali?? Ungkapan tidak maksum ini kalau bercakap dengan kawan2 kita boleh lah. Dengan ulamak besar a immah jangan biadap begitu. Mana adab kita selaku orang jahil ni?

Jika makna hakikat mereka tidak maksum memang benar. Tapi sebagai adab kita, kenalah jaga kalam2 begitu. Kita yang baru tahu hadis saja, bukan hafal kesemua perawi hadis pun, itu pun dah berlagak nak kritik imam2 besar.

Sebagai contoh. Hakikatnya segala perkara samada buruk atau baik semuanya dari Allah kerana Allah saja pemberi bekas dan kesan. Makhluk tak mampu apa2 pun. Namun kerana adab kita dengan Allah sebab itulah kita mengungkapkan lafaz "Apa yang baik itu datang dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendri.."

Kenapa kita cakap begitu? Ini kerana adab kita dengan Allah.

Tapi puak wahhabi senang lenang menghina ulamak. Kurang ajar!

Istilah 'mereka tidak maksum' adalah penghinaan 'sopan' oleh wahhabi terhadap ulamak!

Daripada Tarmidzi, daripada Ali, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana(bala) ke atas mereka..."

Antara 15 perkara tersebut ialah, apabila orang(generasi) hari ini menghina orang(generasi) yang terdahulu(sahabat,tabi'in dan tabi' tabi'in).


Penulis ingin bertanya kepada kawan2 semua. Siapakah golongan yang suka menghina orang terdahulu terutamanya ulamak2 dahulu?? Kawan2 boleh nampak sendiri...


Sekarang ini ramai pula yang persoalkan "Kenapa nak bergaduh sesama islam?"

Siapa yang ingin bergaduh sebenarnya? Penulis nak tanya balik kepada semua. Siapa yang perbesarkan isu khilafiah? Siapa? Jadi siapa yang sebenarnya mencetuskan perbalahan??

Fikir2kanlah....

24 June 2010

HIMPUNAN KARYA PENJEJAK ZAMAN.

Assalamualaikum semua.

Di sini sengaja penulis menghimpunkan kembali karya-karya yang pernah penulis ciptakan sebelum ini. Jika berminat, kawan-kawan boleh saja klik di link yang penulis sertakan itu untuk membacanya. Penulis memang minat menulis. Tambah-tambah lagi cerita pendek iaitu cerpen.

Ini diantara karya-karya penulisan yang pernah penulis hasilkan dahulu...

SESAL SEBUAH CINTA


ESOK MASIH ADA (episod 1)

ESOK MASIK ADA (episod 2)

ESOK MASIH ADA (episod akhir)

TILIKLAH DIRI SENDIRI DAHULU

DIALOG PELAJAR AL AZHAR BERSAMA SEORANG PAK CIK

KISAH SEORANG USTAZAH AL AZHAR BERSAMA SEKUMPULAN MAK CIK DAN ANAK DARA

YANG PALING DISAYANGI (episod 1)

YANG PALING DISAYANGI (episod 2)

sambungan episod 3 masih dalam pembikinan.

NEGARA 7 GUNUNG DAN POLITIK KOTORNYA

Selamat membaca... :-)

23 June 2010

Sembahlah Allah.....

 Assalamualaikum semua.

Kali ini penulis ingin membawa kawan2 semua melihat betapa taatnya umat Islam yakni saudara2 kita seagama seluruh dunia menunaikan kewajipan mereka terhadap Allah. Penulis rasa begitu terharu melihat keadaan mereka yang begitu musyaqqah(kepayahan) namun masih lagi mampu menyembah Allah. Cuba tilik diri kita ini yang mempunyai tempat yang baik, tapi masih lagi lalai daripada solat.. Na'uzubillahi min zalik... Penulis pun pernah lalui saat sukar untuk solat ketika berada di London dahulu. Penulis solat di sudut hujung tempat letak kereta saja. Kerana di situ lah tempat yang penulis ihtimal bahawasanya ia bersih.


Saiyiduna an Nabi Muhammad a'zomul makhluqot pernah bersabda ;

أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِيْ: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ، وَجُعِلَتْ لِيَ الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُوْرًا؛ فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِيْ أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ، وَأُحِلَّتْ لِيَ الْمَغَانِمُ وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِيْ، وَأُعْطِيْتُ الشَّفَاعَةَ، وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً. 


 "Saya diberi lima (keistimewaan) yang tidak diberikan kepada se-orang pun sebelumku: (Pertama), aku diberi pertolongan dengan (ditimpakannya) rasa ketakutan (di hati musuhku) sekalipun aku masih berada sejauh satu bulan perjalanan. (Kedua), bumi ini (seluruhnya) dijadikan sebagai masjid dan suci untukku; maka siapa pun yang waktu shalat telah tiba baginya, hendaklah dia shalat (di mana pun dia berada). (Ketiga), dihalalkan bagiku harta rampasan perang, padahal tidak pernah dihalalkan bagi seorang pun sebelumku. (Keempat), aku diberikan syafa'at. Dan (kelima), bahwa setiap nabi diutus kepada kaumnya secara khusus sedangkan aku diutus kepada semua manusia." (HR. al-Bukhari no. 335; dan Muslim no. 521, dari Jabir bin Abdullah p).


 Ini penulis ketika solat di London dahulu.











































Kita sekarang yang Allah berikan tempat yang baik dan elok masih lagi lalai. Ya Allah tetapkan lah kami dalam iman yang sentiasa bertambah.. Allahumma amiin...

22 June 2010

SALAH PI

Salah pi,
hampa ni berlagak macam ulamak mujtahid,
hadis pon dok ingat 'an abi hurairah..... ja,
tu pon jenuh ngulang berapa hari baru nak ingat 'an abi hurairah tu,
tak masuk matan hadis lagi tu,
tu pon berlagak cam ulamak hadis dah?

Salah pi,
hampa pun mengucap cam kami,
solat lagi lah,
tapi pasai pa dok suka hukum kami bid'ah sangat ni?
sebab hampa ja yang alim kabir ka?

Salah pi,
hampa ni sudah sesat jalan ka?
hampa dah salah pi jalan mana2 ka?
hampa ni dah kona dari jalan ahlu sunnah wal jamaah ka?
atau hampa ni suka ikut jalan yang orang lain tak pi?

Salah pi,
orang baca tahlil pon hampa marah,
orang sambut maulid pun marah,
tapi kalau orang sambut malam tahun baru hampa sengap ja noh?
pasai pa sengap?

Salah pi,
salah pi tang mana hampa ni?
hampa guna quran jugak,
guna hadis cam kami jugak,
salah pi tang mana lagi hampa ni?

Salah pi,
hampa suka kata ini bid'ah!
tu bid'ah jugak!
yang ni pon bid'ah?
laaaaaaaaa, yang tu pon bid'ah jugak?

Salah pi,
pelikla ngan perangai hampa ni,
kadang2 nampak cam budak2 ja,
tapi orang tua belaka kalau tengok,
insyaAllah baligh belaka.

Salah pi,
kalau dah ikut jalan yang salah tu,
mai la kot kami ni semula,
kami tak bawa hampa ke jalan yang salah dah,
pas ni tak da dah salah pi mana2.

Salah pi,
pas ni jangan salah pi mana2 dah naa?
dok ja ngan kami ni,
kami bawa hampa ke jalan yang benar ja,
betoi,pas ni tak salah dah nk pi mana2 pun.

Salah pi,
nak masuk syurga jugak kan?
jadi janganlah dok pi jalan lain,
ni tak, asyik salah pi jalan jaaa,
pastu mula la jauh dari ahlu sunnah wal jamaah.

Salah pi,
ikut macam kami ni,
insyaAllah tak salah pi dari jalan ahlu sunnah wal jamaah,
mai la join kami ni,
tinggai2 lah salahpi hampa tu.

Salah pi,
jangan dok suka hukum orang sesat dah naa,
kalau penyegan tak mau ikut kami pon,
dok la sengap2 ngan salahpi hampa tu naaa,
tak larat kata pa dah kat hampa ni,
ikut hampa la salahpi ooi.....