31 July 2009

USAH MENGHARAP PADA YANG TAK SUDI....


click to create your own

SEMUA TENTANG KITA......

Kita asing tika masih tak mengenali.Kau dengan caramu dan aku dengan caraku.Bukan tak pernah bersua,cuma tak pernah menyapa.Saban waktu ku melihat telatahmu.Terkadang aku suka,terkadang aku tak senang.Jika berselisih di jalan,kau hanya memandangku sepi.Mungkin pada awalnya aku bukan citarasamu untuk dijadikan kawan.Bila waktu memainkan peranan mematangkan kita,aku semakin mengenalimu.Jika dulu tak pernah bertegur sapa,hari ini sepatah yang ku paculkan padamu.Mungkin malu menguasai,aku terhadkan bicara.Kau juga begitu.Sepatah dibalas sepatah.Jika ku melebih,kau seakan mengelak.Ku tahu kau juga ingin mengenaliku lebih rapat.Gelak tawaku seakan tak menjadi jika kita bersama dalam lingkungan bualan.Mungkin kerana masih baru di arena ini.Kau juga apa kurangnya.Terkadang bibirmu sumbing menahan tawa yang tak menjadi kala ku merenungmu.Ku faham.Kita masih belum biasa.



Kini bukan waktu dulu.Aku sudah mampu membiasakan diri jika bersama.Kau juga begitu.Sekali ku bersuara,berkali kau membalasnya.Untuk menyatakan kemesraanmu itu.Aku memahami.Aku juga sudah mampu untuk buat kau tersenyum indah tanpa cela lagi.Jika dulu ada serpihan sangkaan buruk padamu,kini sudah tiada.Namun ku akui kelemahanku ini kerana belum mengenalimu dahulu.Kerana itu,terzahir dalam fikiranku rasa tidak senang padamu terkadang itu.Aku cuba memahamimu.Tiap langkah,rentak,gaya,cara dan perasaanmu aku cuba fahami.Supaya tak timbul lagi rasa kurang senang itu.Dari itu kita mula berkongsi kisah suka duka.Jika aku ada masalah,kaulah tempat sandaranku menceritakan segala-galanya.Kau sabar melayan karenahku dan senang bila menghadapiku.

Kita cipta kenangan bersama.Aku dan engkau tersenyum puas.Kerana hari ini kita sudah mampu mencipta semua tentang kita.......


SEMUA TENTANG KITA

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

23 July 2009

IKAN TALANG MASIN DAN SAMBAL BELACAN.

Assalamualaikum semua.........

Semalam aku ada pergi satu kedai ni.Kedai makan hebatlah juga.Kak lang belanja...Macam besalah kan??Aku mana ada duit pon.Kak lang nak sambut sempena dia dah grad kot.Mana aku tau...Janji dia nak belanja kan..Bodohla kalau tolak lagi..Kak lang kata halal makanan kat situ.So,aku takda masalah lah.Kak lang promote aku makan steak.Aku ikut jaa sebab memang seumur hidup tak pernah makan daging steak ni.Ni lah peluang aku nak tengok(bukan tengok saja lah)steak ni.Macamana rupanya??Kak lang pesan sesuatu yang nampak macam spagheti.Ada kepah dalam tu.Aku tak pasti nak letak nama apa.Apa-apa hal pesan air dulu.Datanglah jus oren bersama gelasnya singgah sebentar di sisiku sebelum diambil semula oleh waiter nanti.Tak lah lama sangat tunggu steak aku ni.Steak aku ni nama dia Pollo Crema..Ni makanan Itali seperti yang telah Kak lang maklumkan sebelum tu.

Setelah sekian lama aku menunggumu,akhirnya kau tiba jua...............


Cuba tengok muka orang yang tak pernah makan steak.Pelikkan??


Inilah dia steak yang dipesan tu...Pollo crema.Daging ayam ni...

Aku dan bersedia untuk menglahapnya..Awas!Jangan tiru aksi ini di rumah.



Alhamdulillah,telah memakan lah oleh aku akan steak ituuuuuuuuu.Terus terang aku cakap,tak lah sedap sangat.Biasa-biasa aja.Sos dia yang warna putih tu buat aku jadi muak laa.Rasa macam gulai lemak pon ada juga sikit-sikit.Sikit-sikit aja.Bila dah selesai saja,aku bagitau Kak lang..

"Kak lang,bagi atehla kan,nasi berlaukkan ikan talang masin ngan sambal belacan lagi sedap.."

Bila diri ini sebut saja perkataan itu(ikan talang masin dan sambal belacan)membuatkan aku benar-benar terliur.Itu lah antara makanan kegemaranku...Nasi yang berlaukkan ikan talang masin dan sambal belacan.Betul-betul favourite aku..Aduuuuh.Dah lama tak makan..Dulu masa balik Malaysia,mak aku ada tanya...

"Mu nak makan apa kimi?Mak nak masakkan ni.Bukan senang mu kelik ni."

Aku dengan selamba jawab....

"Ateh teringin nak makan ikan talang masin ngan sambal belacan lah mak."

"Mu ni laaaaaa.Kalu hat tu mak buleh masak hari-hari.." balas makku.

Tapi itulah hakikatnya..Itulah kegemaranku..Bila dah ada di Mesir ni memangla payah nak makan camtu.Orang kampung aku ada balik tahun ni.Aku dah suruh abahku kirim kat dia sekilo ikan talang masin.Hehehehe.Tak sabar nk makan ia...Goreng garing-garing pulak kan..Pergh!

22 July 2009

MABRUK KAK LANG!!!

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku gumbira sangat kerana dapat menemani Kak lang ke majlis graduationnya yang berlangsung di dewan universiti depa punya laaa ..Takkan aku punya pulak kot.Pagi-pagi lagi kami berdua beradik ni pi Universiti Kak lang.Hujan 'gerimis mengundang' mengiringi kami.Nyaman dan sejuk yang kurasai...Pergh..

Bila kami sampai jaa,masyarakat majmuk berbilangan kaum sudah membanjiri kawasan U.Macam-macam bangsa adaa.Habaq ja nak bangsa paa..Aku macam biasalaa..Photographer berpengalaman dari dulu,kini dan selamanya..Dari mula lagi aku dah usung kamera SLR Kak lang..Tugasku hanya 'mengekoq' Kak lang jaa di mana jua dia pergi.Aku dok ushar-ushar merata.Memang meriah sungguh laaa.Dan tak rugi aku mai sini teman Kak lang.Sebab aku tengok majoriti yang hadir semuanya berteman keluarga di sisi.Kalau lah aku tak mai teman Kak lang,tak leh aku nak bayangkan betapa dia keseorangan tanpa ahli keluarga yang bertamu di sisi.Siaaaaaan....

Antara tetamu yang hadir bersama anak masing-masinglaaa....

Mesti sedih kalau Kak lang takda saudara-mara teman.Hurm..

Aku yang takda pa ni pun dah rasa sayu..Apatah lagi mereka yang nak grad....Sabar ja laa yaa..
Bila kami masuk ja dalam dewan,aku sedikit terkejut kerana dewan depa bukan cam kita..Lain sikit laaa.Kak lang pi amek tempat dia.Takkan nak 'meghenyeh'(duduk bersebelahan) tepi aku plak kan.Aku dok tempat khas untuk tetamu jaaa..Sementara dok tunggu majlis nak mula tu,pihak U sajikan kami dengan bunyian seksefon(betoi ka aku eja ni?)..Dok wat lagu sedih bleh...Aku dengaq ja laa.Dok lama ja tiba-tiba tetamu tepuk tangan.Aku terkejut jugak laaa.Pasai paa ni???Laaaaaaaa,rupa-rupanya geng yang dok tiup seksefon macam tengah tiup belon tu dah habis wat persembahan.Hurm....

Nampak tak geng seksefon dok atas pentas tu??Kalau tak nampak alamatlaa.

Yang paling aku sukanya ialah majlis ni macam simple jaaa..Sebab paa??Sebab nampak cam majlis santai jaa.Canselor berucap pun tak lama.Aku suka sebab aku tak boring..Haha.Watpa laa depa cakap lama-lamakan,aku buka paham sangat.Pengerusi majlis cakap skit,terus umum nama-nama penerima ijazah.



Kelihatan para pensyarah dan orang kenamaan sedang dok baaaaaik punya.


Itulah gambaran dari sebahagian para tetamu yang hadir ketika majlis berlangsung.Aku mula-mula depa umum nama tepukla lagi..Hadirin semua pun tepuk jaaa..Pastu aku tak larat tepuk dahlaaa...sekali dua tu bleh gagah lagi,mai banyak-banyak ni lenguh jugak laa.Bayangakanlah penerima ijazah tadi 1oo lebih orang taqriban!

Tak sempat aku nak habis tepuk lagi untuk sorang ni,pengerusi sebut pulak nama pelajar yang lain..Kalau setakat 8,9,10 orang tu bleh laa lagi..Dah mai ramai sangat ni,aku dok diam ja laa...Tapi hadirin selamba jaa dok tepuk lagi..Yang paling bestnya bila geng kulit hitam naik pentas jaa,bersorakla keluarga atau sebangsa ngan depa macam kenduri kawen di Mesir..Pernah dengar mama bila ada kenduri kawen ja depa ni ditugaskan untuk bersorak ramai-ramai?Cuba kawan-kawan buat cam mama tu..Haaaaaaaaaa...Camtulah bunyi dia..Depa wat dewan tu cam kampung depa jaaa.Boleh dikatakan setiap pelajar kulit hitam naik pentas ja,mula laa depa menjalankan tugas.Hurm...Aku terkekek dalam hati ja laa..Memang sempoi laa majlis tu..Canselor pun tak kata pa.Depa siap gelak-gelak jaa.

Depa bagi ijazah bukan cam kita di Malaysia.Kalau di Malaysia,Canselor atau naib Canselor akan bagi ijazah la-la tu juga pada para penerima(la-la tu juga bermaksud,diwaktu itu juga.).Tapi kat sini Canselor hanya duduk dan depa mai salam jaa..Ijazah kena amek di bawah pentas.Ok tak?Haha..Maknanya tak dalaa nak bergambaq-gambaq dulu ngan pemberi ijazah tuu..

Dah abis semua ja,sesi bergambaq la pulak..So tugas aku pon bermula."Ya basha,ta'al hina ho..."
"Coming right up..................."











Aik budak ni gaya lebih-lebih cam ngaji sini jaaa..Baliklaa Mesir tuu....Dok pa lama-lama sini..Kak hang sebenarnya tak sampai hati nak halau jaa tu.Hehe.....

Apa-apa pun aku ucapkan alfun mabruk pada Kak lang di atas penganugerahan hari ini..Kak sulong aku dah abis ngaji,abang aku pun sudah..Kak lang baru ja sudah.Aku dalam perjalanan bersama adik aku sorang di UIA.Yang lain masih rendah dan menengah lagi..Dan jangan kita lupa bahawa pengajian sijil dunia mungkin dah abis...Tapi pengajian kita untk menghadap ALLAH takkan habis walaupun di dalam kubur sekalipun...Di alam kubur pun tok imam(tak semestinya tok imam jaa) ajarkan bagaimana nak jawab soklan yang sememangnya dah bocor di dunia lagi....Jadi....tuntutlah ilmu sampai mati.........

11 July 2009

Satu hari di Sheffield...

Assalamualaikum semua..

Kelmaren sehari suntuk aku berjalan2 sekitar Sheffield.Start dari pukul 10 pagi kuaq umah sampai laa pukul 9 ptg lebih baru sampai umah.Sini maghrib pukul 930 malam.Isyak pukul 1130 malam.Subuh pukul 230 pagi.Zuhur 112 tengahari.Asar pukul 530 petang.Semua tu taqriban belaka.Sini payah nak dengaq azan.Letih sangat hari ni...Aku cita sikit laa tentang hari ni...Ada peristiwa menarik yang aku nak kongsi ngan kawan2 semua....


Susahnya nak solat di England.

Aku pi pasaraya yang kedua terbesar di UK(Kak aku laa yang abaq camtu).Sampai sana jaa memang besaq sungguh pasaraya tu.Luas....Aku ikut ja kak aku pi mana pun...Dia kan mushrifah aku.Orang pompuan ni apa lagi???Shopping laa keja dema....X larat aku nak mengekoqnya..Jumpa kedai ada sale jaa,nak beli.Murah sikit ja nak serbu..Aduuhh.Orang pompuan.Bini aku nanti jangan camtu sudah laa noh.Hehehehe.Tapi memang murah betoi pun.Bagi kak aku yang dok sini memang laa murah.Cuba tukaq ke genih tengok....Bayangkan 1 pounds sterling bersamaan 9 genih.Ok kan??Haaa...Tau pun.

Kak aku suruh aku beli baju,seluaq.Tapi aku x minat laa..Nak beli jersi Arsenal,mahal plak.Aku cuma beli kasut bola,beg,spek mata ngan topi kartunis(xtau nak abaq camna bentuk dia).Banyak kedai jugak laa kami meronda.Aku tanya kak lang zohor masuk pukul berapa?1 lebih jawabnya...Kalau camtu zohor memang dah lama menjengah.Aku terus bergegas cari botol untuk isi ayaq.Supaya mudah nak amek wuduk nanti.Aku tau dah,memang xda surau pun dalam pasaraya tu.So aku pun ajak kak aku keluaq sat solat di luaq jaaa...Aku pun cari port baaaek punya nak solat..Hampa tau dak kat mana aku cari port??Tepi tempat parking keta jaaa.Hehehehe.Aku cari kat tempat orang yang x lalu lalang sangat.Sebab 'bersih' sikit dari tempat lain kan.Lagi satu aku xda sejadah nak hampaq sama.Satu lagi masalah yang timbul.Mana kiblat nih???Kak aku bawa kuaq kompas kiblat,jadi kami pun mula kan operasi mencari arah kiblat.

Bila dah dapat,aku pun zhon laa arah kiblat tu.



Susah kan solat kalau dah camnni.Bersyukurlah kita di negara majoritinya Islam.Aku solat juga kat parking keta pun.Janji tertunai tanggungjawab aku.

Bersyukurlah kita kerana dok kat negara Islam yang menjadi majoritinya.Beginilah kalau kita dok negara kafir.Masjid atau surau payah nak jumpa.Di Mesir,mana2 pun ada kan masjid.Malaysia jugak camtu walau x sebanyak di Mesir.Azan juga payah untuk berkumandang.Bersyukurlah kita......Kak aku plak kalau jadi camni dia akan solat dalam fitting room(bilik persalinan dalam pasaraya) ja.Bayangakanlah begitu payahnya nak solat jika di luaq rumah...


Kejutan budaya bagiku.

Ada benda pelik yang aku tengok ngan kepala otak aku sendiri.Aku sebutkan di sini antaranya lah.Pertamanya bila aku mula2 masuk umah kak aku..Kasut x bukak maaaa...Umah omputeh kan.Mana bukak kasut..Sampai dekat ngan bilik baru bukak.Kalau dalam bilik pun pakai gak memang nak kena laa kak aku ni.Haaaaaa...

Kita mana ada wat camtu kan..Kasut mai dari mana entah.Tiba2 x bukak.Nak kena pelangkong??Omputeh memang dah besa dah camtu.So,orang melayu kat sini pun terkesan jugak laaa...Tapi omputeh masuk ngan kasut sampai dalam bilik maaaa.

Keduanya,tandas depa(Tandas luaq laa.tandas dalam umah ok jaa).....Paip bukan ada cam kat malaysia.Memang payah sungguh laaa..Nak masuk tandas mesti kena bawa ayaq botoi sama.Baru mudah untuk bersuci.

Ketiganya,kalau kita makan kat food court,bekas makanan kita tu,kita yang kena angkat sendiri buang sisanyaa dalam tong sampah.Kalau di food court Malaysia,lepas makan kita tinggal jaa atas meja tu.Kan?


Keempatnya plak orang pompuan kat sini slamba ja hisap rokok di khayalak ramai.Cam dah jadi adat depa...Mana x nya.Boleh dikatakan ramai hisap rokok.Walaupun buka smua laaa.Tapi ramai laa yang aku tengok.Selamba ja hisap rokok tepi suami.Yang anak kecik dia dok dalam keta tolak tu..Hahahaha.Camtu pun ada noh..Pelik2.Lagi satu aku tengok dia hisap rokok di luaq kedai makan,sambil2 anak dia dok main2 tepi dia...Aku gelak dalam hati jaaa...Kuar pasaraya selamba jaa cucuh rokok.Laki x pelik..Ni pompuan laaa...Memang ramai laa camtu..Merokok..Mungkin dah adat depa,so x pelik laa bagi masyarakat depa..Tapi adat yang camni jangan dok ikut naaaah...Mamnuk!

Pastu ada lagi....Ni bab kedai makan plak.Kedai makan ni makan style buffet.Dia masak masakkan India,Thailand dan Cina.Kedai makan ni,hampa bayaq 10 pounds satu kepala,makan ja nak makan apa pun.Nak tambah berapa kali pun xpa..Tapi dia bagi dok dalam kedai dia takat 2 jam ja.Haaaa..Kalau kita x abis makan,dia akan cas sebab membazir..Hahahaha.Camtu plak...Pelik kan???Hehehehehe.


Ni lah kedai makan yang aku maksudkan tuu...


Ada banyak lagi...Tapi x larat nak cerita dah......Memang banyak lah benda pelik yang x pernah kita alami....Kalau nak rasa,mai laa sini....Hehehehe.





10 July 2009

DARI MESIR KE ENGLAND......Catatan dariku..

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku dah ada kt England.Tulisan aku kali ni lebih santai dari sebelom2 ni.Xpayah la nak baku sangat kan.heheheh.Aku akan cerita serba sedikit kisah atau pengalaman aku sepanjang nak mai England ni..Macam2 dugaan yang aku tempoh.Sehinggalah aku selamat sampai di bumi England ni.Bermulalah sebuah episod suka dan duka itu....Hehehehehe..


LAPANGAN TERBANG MESIR YANG MENDEBARKAN.

Aku start bertolak dari Asyir lebih kurang pukul 12 pagi.Nak dekat pukul 1 lebih kurang tu laaa..Taqriban..Aku x pasti sebenarnya mator mana aku nak berlepas.Aku pi laa mator terminal 3.Tapi bila aku tanya pak long yang jaga 'information' tu,dia kata kat mator adim.Apa lagi,bergegas la aku ke mator adim.Nasib bek awai lagi.Dan laa lagi pi mator sana plak.

Bila sampai jaa mator sana,depa x buka gate lg..Baru dok on time..Kami ilek2 dulu.Setareh minda laa orang cakapkan...Kepala otak aku dah terbang ke sana dah..Badan ja x lagi.Hehehe.Depa pon dok perli2 aku...kuang hajaq betoi..hehehehe.
Lebih kurang pukul 230 pagi aku mula men'check in' kan diri ini.Semua ok sebelum timbang barang.Member2 pun masih dok tunggu lagi di luar.Aku tengok kesian sangat depa dok tunggu tu,aku bagitau laa kat iman(usuluddin kaherah)suruh depa balik dulu.Depa pun baliklaa dengan amannya.Tinggallah aku sendirian orang melayu di mator tu(Rasa2 akulaa.Aku yakin.xda orang lain dah melayu.)

Masa nak tukaq tiket betoi ni laa dah mula bibit2 masalah yang bakal berlaku.Depa tanya aku visa.Aku abaq laa,mana pakai visa sebab aku nak pi 2 minggu jaaa.Lagipun aku cakap lagi,orang Malaysia xpakai visa dalam tempoh 6 bulan pertama tu kalau pi England..Dok lama sat dia pun bagi laa tiket betoi kat aku..Xpala yang tu...Aku pun terus berbaris panjang untuk melepasi polis yang check passport.Kalau aku lepas jaa kawalan ni,maka aku boleh dah laa nk berlepas.Lama gila aku dok congok masa berbaris tu...Lamaaaaa..Bila sampai jaa turn aku,ingatkan dah lepas.Sekali lagi dia tanya aku visa.Mana visa?Aduuuuh..Berapa kali mau abaq daaaa...Xyah ada visa pun xpa.Pak long ni laaaa..Aku pun jawablaa,aku pi lissiyahah bas.Pak long tu pun tengok aku,pastu dia suruh aku pi kat pejabat tepi tu..Aku pun x cakap banyak laa.Teruih pi...

Bila masuk ja pejabat tu bagi passport aku,Pak ngah polis tu terus amek passport aku dan masuk ke dalam bilik satu lagi.Bilik ketua kawalan situ kot.Dahlaa aku tunggu lama masa berbaris tadi,ni kena tunggu lagi...Gggggrrrr.Aku dah mula cuak sebab memang xda langsung orang melayu.Semuanya geng hidung mancung.Aku pun tunggu ja laa..Tapi bila aku tengok orang yang beratur ngan aku tadi,dah xda..Aku lagi laa bertambah cuak..Memang kali ni.Aku dah mula risau.Masa untuk check in dan nak abis.Passport aku x kena cop lagi.Aku tanya depa geng2 pak long polis tu,aku cakap ta'khir dah ni.Dia dengan selamba jaa kata belum.Sabaq jaa laa aku ni.Ada sorang brader kulit itam dok tunggu cam aku gak.Dia pun sama kena tahan cam aku.Bila sampai masa yang dah lewat sangat dah,barulaa dia lepas dan cop passport aku..Berkat ayat kursi dan selawat nabi yg aku x putus2 baca.Alhamdulillah aku lepas.Yang aku risau sangat sebab dah lewat sangat.Sampai kan geng2 mator pun dah bunyi sebab polis x lepas kami lagi.Depa pun risau sebab dah lewat sangat.Pak long2 mator yang x naik flight pon dah risau,apatah lagi kami ni????fikir2kanlah.Untuk pengetahuan hampa,visa memang xyah kalau nak masuk England..OK??Tapi lepas 6 bulan kena laaa..
Aku pun terus pergi ke bilik menunggu flight...Lega..Habis satu masalah.Aku memang dah cuba bersedia untuk hadapi masalah lain yang akan timbul nanti..Kerana perjalanan aku belum selesai..Dan masalah lain itu pasti akan mucul.......



A
MSTERDAM YANG BERMANDIKAN HUJAN.

Alhamdulillah lebih kurang pukul 8 pagi waktu Mesir aku sampai di mator Amsterdam.Perjalanan aku amek masa lebih kurang 4 jam dari Mesir.Yang paling menyeronokkan aku ialah hujan..Hujan turun membasahi bumi Amsterdam..Dah lama x rasai suasana hujan..Rasa cam dok Malaysia la plak...Aduuuuh...
Dalam flight KLM menuju ke AmsterdamAmsterdam hujan.Rindula plak Malaysia.

Bila masuk ja kawasan mator Belanda ni jaa,terus kena check passport.2,3 kali jugalaa polis mator tengok muka aku ngan passport.Dia cam x caya jaaa.Ada ka patut pak long.Caya ja laa ngan saya..Dia sempat tanya aku nak pi mana?? "Manchester". Jawab aku ringkas.Dia pun lepas jaaa..Aku terus cari gate yang akan berlepas ke Manchester plak...Cari punya cari,tu diaaaaaaa aih..Jauh nak mapoh...Letih jugak laa berjalan tuu..Kalau laa ada motor dalam mator tu kan senang..Charr betoi laaa..Gate dia jauh dihujung sinun...Fuhh...

Aku pon dok lepak baik punya laa melepaskan letih yang bertamu...Aku dok harap ada orang melayu.Xda jugak.Yang ada Cina ngan Arab..Aku jugak laa melayu terakhir...Hurm...Aku ushar2 kat papan kenyataan depa.Haram satu patah pun aku x paham.Ye laaa,tulisan Belanda...paham ka??Kalau omputeh tu pahamlaa jugak..Dok tunggu check in punyalaa lama.Boring aku dah tahap nak menggelegak dah ni.Serius boring..Tunggu ja laaa..Kalau ada bini xpala jugak...(Oit,lem macam ja bunyi tu?).Sambil2 tu dok tengok laa hujan yang mencurah2.Memang rindu Malaysia betoi...

Tunggu punya tunggu,gate dibuka.Ni laa firstime aku kena check betoi2 punya.Pak long polis tu check abis.kat celah mana dia x check???Check habiiss.Fuuuuhh.Mator Malaysia ngan Mesir pon x camni.Ketat jugak laa.Masa dia nak tengok boarding pass tu,pak long lain plak tanya aku.Dia tanya aku nak pi Manchester watpa?Aku cakap laa nak pi melancong.Xkan nak pi motong getah plak kot pak long oi...Lepas lagi kali ni...Di Amsterdam x banyak songeh sangat..Cuma boring tunggu lama jaaa.Jadi penguasaan bahasa omputeh aku x diuji sangat laah.Hehehehe.Setakat tanya sikit2 tu ok jaa nak paham ngan balas balik(Cheee,cam terra jaa cakap omputeh).



Ni lah flight yang telah bawa aku ke Manchester.



Alhamdulillah..Di Amsterdam xda masalah yang besaq2.Maka aku pun berlepas dengan amannya ke Manchester...Alaa tuuul ya Amm!!!!



LAPANGAN TERBANG MANCHESTER YANG MEN'CUAK'KAN.


Ala gamb ya stooooo!!!Manchester ma'ak!!Aiwah nanzil hina..

Aku pun sampai laa ke destinasi terakhir aku datang ke England ni,iaitu mator Manchester.Dan di mator inilah yang betoi2 menguji tahap penguasaan bahasa inggeris aku.Ikutilah kisahnya ini.Hehehehehe.

Turun2 flight ja aku terus ke tempat kawalan iaitu untuk check passport sebelum memasuki secara halal negara orang ni..Aku pun terus isi borang non EU passengger.Ada satu port tu aku x berapa nak paham dia tulis apa.Jadi dengan menggunakan kemahiran aku berbahasa inggeris yang telah dipelajari sejak tadika hinggalah sekarang aku pun pi jumpa pak long polis tu..

Mator Manchester.

Pak long tu abaq skit ja kat aku,yang lebihnya dia suruh tanya pihak mator satgi.Camtu plak pak long ni pun..Hmmm.Aku terus ke tempat tu...Masa ni lah bermulanya pelbagai soklan yang menyerang aku sendirian.Terpaksalah aku tepis serangan itu dengan kemahiran yang ada..Hehehehe
Hampa tau dak dia tanya aku macam2..Serius cakap.Cam aku ni nak masuk bom England laa plak..Charr betoi..Aku gelabah.Memang gelabah.Sebab bukan orang melayu yang tanya.Tapi omputeh ori dari England yang tanya.Dahla dia cakap B.I. England pekat.Cam periksa listening MUET dulu.Tapi ni pekat lagi..Aduuuh,jenuh aku menjawab.Nasib baik aku ada paham jugak dia cakap.Aku pun bals balik.Walaupun aku sedar ada grammar yang lari.Tapi takpa,dia pun paham gak aku cakap.Memang betoi2 mencabar aku.X penah aku hadapi situasi camni.Kalau tanya dalam melayu pun dah nak cuak.Apatah lagi ni dalam B.I. Englad plak tu..Bahasa dia x sama cam bi Amerika.Dia cam x puas hati ngan jwapan yang aku bagi tuu,walaupun xda sepatah pun yang aku bohong ketika jawab.Aku jawab ngan jujur taaauu.Dia suruh aku dok dulu tepi tu.

Ah,masalah apa plak yang akan timbul ni.Bisik hati kecilku.Aku pun tunggu sementara dia bawa masuk passport aku dalam satu bilik tu.Bilik ketua dia kot rasanya.5 minit jugak laa aku tunggu.Dok sat ja dia lepas aku untuk masuk dari sekatan pertama tu.Ingatkan dah lepas dah.Rupa2nya ketua dia plak kuaq.Tanya aku lagi macam2.Ketua dia ni lagi pekat cakap B.I. England.Boleh laa aku paham dan balas balik.Aku cuak lagi.. Aku memang ketaq gila dah masa tuu.Ayat kursi lah jadi peneman aku ketika tu.Moga ALLAH permudahkan semuanya.

Ketua dia tu cam kurang caya lagi.Dia suruh aku tunggu plak 10 minit.Aduuh..Kena tunggu lagi.Dia bawa passport aku entah ke mana.Rupa2nya dia wat pengumuman di luar(yang ni kak aku bagitau setelah aku lepas).Dia tanya sapa yang sedang tunggu Mr Mohammad Abdul Mutalib di luar sana?Nasib bek kak aku dah sampai tunggu aku di luar.Dia nak cakap ngan kak aku.So kak aku pun jawab segala pertanyaan ketua polis mator tu.Kak aku pun kena tanya macam2.Laaaa,macam kak aku plak yang nak masuk England.Dahla tinggal aku sorang ja masa tuu.Lagilaa cuak.Aku risaukan beg kargo aku sama.Sebab memang xda orang dah masa tu..Aku baca lagi ayat kursi ngn selawat Nabi.X putus,moga ALLAH permudahkan.

Akhirnya penantian aku selesai..Setelah ditanya macam2,dia lepaskan aku jugak.Alhamdulillah ALLAh buka jalan...Dengan selamba jaa ketua tu cakap kat aku,"Moga seronok bercuti di sini".Amboi2...Dahla wat aku gelabah.Hurm...sabaq ja laaa....Aku pon cepat2 pi tengok beg kargo aku..Memang betoi aku sorang ja yang tinggai.....Dan terus keluar dari mator tu.Jumpa laa kak aku di luar.Kak aku pun cita laa yang pihak mator cakap ngan dia tadi..Hurm..Memang betoi2 mencabar nak mai Uk ni.....Memang menguji mental dan fizikal aku...ALLAH bersama orang2 yang sobar..


Itulah serba sedikit kisah aku nak mai England ni.Sekarang aku dah sampai.Hehehehe.Ok lah aku nak bersiap2 pi berjalan plak ni...Kita jumpa lain kali ja laa yaaaa..Rindu kawan2 semua...Wassalam..


Tunggu train dari mator Manchester untuk ke Sheffield

Dah sampai Sheffield.Rumah kak aku di sini..Hehehehehe.1 jam perjalanan dari mator Manchester tadi.

3 July 2009

Aku dah jadi ahli AKAR.......He hehehehehehehe...


Kad ahli