Showing posts with label Cerpenku... Show all posts
Showing posts with label Cerpenku... Show all posts

1 April 2011

CINTA 50 TAHUN.... episod akhir.

Boleh baca episod 1 pada link ini.


Sambungan dari episod lepas....


Nur Mutmainnah jadi serba salah. Perlukah dia hubungi Sufian untuk minta maaf atau sebaliknya. Dia mundar-mandir sendirian di dalam biliknya. Akhirnya dia mencapai telefon bimbitnya..

"Assalamualaikum..." Nur Mutmainnah mulakan bicaranya.

"Waalaikumussalam, cik Nur..." lemah bicara Sufian.

"Saya nak minta maaf tentang hal kelmarin. Saya memang tak tahu yang ayah saya dah carikan calon untuk saya. Saya minta maaf sangat-sangat." Nur Mutmainnah cuba cerahkan keadaan.

"Tak apa. Saya faham. Kalau itu dah pilihan ayah Nur, apa lagi yang mampu saya buat? Nur ikutlah pilihan keluarga Nur itu. Itu lebih baik.." ujar Sufian.

"Izinkan saya bertanya pada awak... Kenapa awak pilih saya sedangkan awak baru mengenali saya dan baru juga awak nyatakan keinginan awak pada saya.." tanya Nur Mutmainnah.

"Awak silap Nur....Saya bukan baru kenal awak. Tapi dah setahun saya mengenali awak. Mula-mula saya kenal awak masa awak jadi pelajar baru di U kita. Saya dah lama perhatikan awak dan bertanya-tanya tentang awak pada kawan-kawan awak yang lain. Saya jatuh hati pada awak kerana perwatakan dan perangai awak yang cukup baik. Bukan baru 2,3 hari saya kenal awak. Dah setahun lamanya. Setahun saya simpan perasaan ini. Baru kini saya luahkan pada awak. Saya cintakan awak, Nur......" luah Sufian. Dia beranikan diri.

Nur Mutmainnah terkesima sebentar dengan luahan Sufian itu. Timbul rasa terharu dalam dirinya. Matanya mula bergenang air mata. Setahun bukanlah jangka masa yang singkat. Dia tak sangka Sufian sudah lama menaruh perasaan terhadapnya. Apa yang perlu dia buat?

"Tak mengapa lah Nur. Ini hanya perasaan saya saja. Bukan apa-apa pun. Saya doakan moga Nur bahagia hendaknya... Assalamualaikum.." Sufian matikan panggilan. Hampa perasaannya. Hajat hati untuk dapatkan Nur Mutmainnah tidak tercapai. Dia rebahkan badannya ke katil. Akhirnya dia terlelap.....

Nur Mutmainnah pula sudah gugur manik-manik jernihnya itu kerana terharu.


************************

2 tahun sudah berlalu...... Nur Mutmainnah akan menghadiri majlis konvokesyennya di universiti tak lama lagi. Dan dia juga akan melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan ayahnya seorang anak tok imam lulusan jurusan agama dari universiti tempatan juga. Nur Mutmainnah sudah bersedia untuk menjadi yang sah di sisi Ahmad, tunangnya. Ahmad kini bekerja sebagai seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah kerajaan di ibu kota. Ahmad seorang yang baik. Pandai mengambil hati. Nur Mutmainnah juga turut terpikat dengan keelokkan perangai Ahmad. Nur Mutmainnah sudah lama melupakan peristiwa 2 tahun lalu. Namun nama Sufian dia tetap ingati..

Sufian kini sudah bekerja sebagai pegawai di jabatan kerajaan di ibu kota juga. Dia sehingga kini masih membujang. Hati dan perasaanya tetap dambakan Nur Mutmainnah. Namun dia cuba terima kenyataan bahawa Nur Mutmainnah akan berkahwin dengan orang lain. 3 tahun dia dambakan cinta pada Nur Mutmainnah dan sehingga kini jua cintanya tetap pada Nur Mutmainnah. Sufian juga dijemput menghadiri majlis walimatul'urus Nur Mutmainnah dan Ahmad. Dia nak pergi, namun kadang-kadang perasaannya rasa sayu. Sayu kerana seorang wanita yang selama ini dia dambakan akan menjadi milik orang lain. Usman banyak memberikan nasihat pada Sufian. Mereka sewa rumah bersama walaupun Usman bekerja di tempat lain. Usman pernah bertanya pada Sufian agar berkahwin saja dengan orang lain. Tapi Sufian tak mahu. Hatinya tetap teringatkan Nur Mutmainnah.

"Sufi... kau tak boleh macam ni saja. Sampai bila kau harus begini? Nur akan berkahwin tak lama lagi. Terimalah kenyataan ini. Aku tak boleh tengok kau kadang-kadang muram." Usman cuba menasihati kawan baiknya itu. Sufian bukan tak sedar semua ini. Dan dia pun dah sedaya untuk lupakan. Tapi 3 tahun berlalu ini masih tak nampak hasilnya.

"Tak apa lah Sufi. Fikirlah yang terbaik untuk diri kau.." Usman tinggalkan Sufian sendirian di ruang tamu.

Tiba masanya majlis walimah Nur Mutmainnah dan Ahmad. Sufian tak datang. Hanya Usman saja yang hadir. Kelihatan berseri-seri wajah dua mempelai. Usman turut tumpang gembira.

"Assalamualaikum Nur. Saya nak sampaikan salam Sufi pada awak. Dia ucapkan moga bahagia hendaknya..." ujar Usman pada Nur Mutmainnah. Nur Mutmainnah senyum mendengar pesanan itu. Namun jauh di lubuk hatinya masih terasa dengan peristiwa lepas. Rasa itu perlu dibuang jauh-jauh agar tak mengganggu keharmonian rumah tangganya bersama suami tercinta.


*********************


"Man, aku nak kahwin lah.." kata Sufian lembut. Usman terkejut dengan kata-kata kawannya itu.

"Betul ni Sufi? Alhamdulillah.. Dengan siapa?" tanya Usman bersungguh.

"Dengan kawan sepejabat aku..." balas Sufian

"Kau bersungguh ni?" tanya Usman inginkan kepastian.

"Takkan aku nak main-main pulak..." tegas Sufian.. Lantas Usman memeluk erat kawannya itu.

Akhirnya Sufian selamat diijab kabulkan dengan seorang gadis yang sama tempat kerja dengannya. Sufian mahu melupakan segala episod dukanya dulu. Semoga perkahwinannya dengan Asmah menjadi permulaan hidup barunya walaupun cintanya pada Nur Mutmainnah masih berbuku..

"Abang redho Asmah jadi isteri abang..." kata Sufian pada Asmah sambil mencium ubun-ubun isterinya itu.. Asmah turut terharu....

Nur Mutmainnah turut hadir tika hari perkahwinan Sufian. Sufian menyambut dengan senyuman walaupun masih ada sekelumit rasa sayu itu. Dia cuba sedaya sembunyikannya agar siapa pun tak sedarinya.


***********************

"Abah, petang ni kita jalan-jalan kat taman nak?" rengek Amin anak Sufian sambil menarik lembut baju Sufian. Amin sudah berumur 5 tahun. Kini Sufian bahagia bersama isteri dan anak-anaknya. Anaknya yang nombor dua berusia 1 tahun 8 bulan dan masih menyusu dengan ibunya..

"Iyaaa.. Untuk anak abah, petang ni kita pergi yaa.." pujuk Sufian lembut pada anaknya. Didakap kemas tubuh kecil itu..Berkali-kali dia gomol pipi lembut anaknya itu. Asmah hanya tersenyum dari jauh melihat gelagat dua beranak itu. Terserlah benar kebahagiaan yang Sufian kecapi bersama keluarganya..


***********************


"Nenek..... Jom lah kita pergi sekali... Abah suruh ajak nenek sekali.." tiba-tiba lamunan Nur Mutmainnah dikejutkan panggilan oleh cucunya itu. Dia cepat-cepat mengesat air matanya.

"Eh, nenek menangis ke? Kenapa ni nenek?" cucunya yang sudah berada di alam universiti itu menghidu sesuatu dari Nur Mutmainnah.

"Tak ada apa lah.. Nenek teringatkan arwah tok wan kamu saja... Insyaallah nenek pergi bersiap-siap dulu yaa.." kata Nur Mutmainnah. Kini Nur Mutmainnah punyai 20 orang cucu dari 6 orang anak-anaknya. Yang tegurnya tadi adalah cucu keduanya. Suaminya Ahmad pula sudah lama meninggal dunia akibat sakit serangan jantung pada usia 65 tahun. Kini usia Nur Mutmainnah sudah menjangkau 70 tahun. 1 usia yang cukup tua bagi seorang insan. Kulit badan pun sudah berkedut. Dia pun sudah kurang sihat. Kadang-kadang perlu ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Kini banyak dihabiskan masa bersama cucu-cucunya sahaja. Tiba-tiba datang anak lelakinya..

"Mak, esok kita ada tetamu nak datang.." ujar anaknya itu.

"Siapa pulak yang nak datang ni?" balas Nur Mutmainnah kehairanan.

"Entah laah. Tadi kakak bagitau kat saya. Katanya tetamu istimewa..."

Nur Mutmainnah bertambah lagi kehairanannya. Namun dia tak banyak bertanya.

"Yaa, kita tunggu esok saja yaa.Mak nak bersiap-siap dulu ni. Abang kamu nak bawa mak jalan-jalan katanya." kata Nur Mutmainnah. Anak lelakinya itu mengangguk faham.


Esoknya mereka sekeluarga sudah awal menanti di rumah. Menanti tetamu seperti anaknya khabarkan. Nur Mutmainnah ingin tahu juga siapa tetamu istimewa itu.

"Mak, mereka dah sampai.." kata anak perempuan Nur Mutmainnah.

"Yaaa... Ajaklah mereka masuk.." Nur Mutmainnah mempelawa mereka.

Maka masuklah para tetamu itu. Kelihatan seorang lelaki tua bersama anak-anaknya. Tak kurang 5 orang mereka datang bersama 2 buah kereta. Tuan rumah sambut dengan gembira kedatangan mereka. Nur Mutmainnah mula kaget bila melihat kelibat lelaki tua itu. Umurnya juga lebih kurang Nur Mutmainnah dan mungkin tua sedikit darinya. Tidak sempat untuk mereka semua ambil tempat, tiba-tiba Nur Mutmainnah bersuara....

"Abang Sufian?" tegur Nur Mutmainnah.

"Yaaa Nur.. Ni abang Sufian. Tak sangka Nur masih kenal dengan abang.. Dah berpuluh tahun kita tak ketemu. Tapi Nur masih kenal dengan abang.." Sufian memulakan bicara. Anak-anak Nur Mutmainnah dan Sufian sengaja biarkan mak dan abah mereka berbicara.

"Ya Allaah.... Macamana abang tahu rumah saya?" tanya Nur Mutmainnah.

"Ni semua jasa baik anak-anak kita yang nak sangat abang berjumpa dengan Nur.." balas Sufian lembut.

"Allahu akbar... Nur tak sangka akan bertemu dengan abang lagi. Anak-anak saya pun tak pernah bagitau apa-apa pada saya tentang hal ni. Mana kak Asmah?" soal Nur Mutmainnah lagi.

"Kak Asmah dah lama tak da. Dia meninggal dunia 5 tahun lepas kerana sakit." ujar Sufian.

"Maaf, saya tak tahu...Bagaimana keadaan abang sekarang? Sihat kah?"

"Abang sihat. Tapi sihat cara orang tua lah. Dah 73 tahun dah umur abang sekarang. Dah tua kita Nur... Tapi muka Nur tetap macam 50 tahun yang lepas..."

"Mana ada abang Sufian. Saya dah kedut sana sini...." kata Nur Mutmainnah.

"Sebenarnya kami ada hajat besar datang ke mari.." sampuk anak lelaki Sufian yang sulong, Amin.

"Kami datang sini nak meminang seseorang..." ringkas kata-kata Amin.

"Nak minang siapa pulak?" Nur Mutmainnah cepat-cepat jawab.

"Abang nak pinang Nur untuk jadi isteri abang....." tiba-tiba saja Sufian meluahkan rasa. Nur Mutmainnah terkejut. Anak-anaknya yang lain turut terkejut. Tapi mereka tetap buat seperti tiada apa-apa.

"Abang biar betul? Nur bukan Nur yang dulu. Nur dah tua sekarang ni bang. Anak-anak ramai. Cucu pun ramai. Adakah abang masih nak berseloroh dengan Nur?" Nur Mutmainnah bagaikan tak percaya apa yang diluahkan Sufian itu.

"Abang benar-benar ni Nur. Abang juga dah tua. Abang juga punyai anak-anak yang ramai. Cucu-cucu abang pun ramai. Adakah Nur nak hampakan rasa cinta abang selama 50 tahun ini? Selama 50 tahun ini rasa cinta abang pada Nur tak pernah padam walaupun abang juga mencintai isteri abang, kak Asmah. Inilah kehebatan Allah bila Dia boleh berikan perasaan ini pada orang lelaki.." Sufian tertunduk segan kerana meluahkan rasa itu di depan anak-anaknya dan anak-anak Nur Mutmainnah. Anak-anak mereka semua sudah terdiam. Kaku tak terkata apa-apa...

"Nur, dulu abang boleh terima kenyataan yang Nur dah jadi milik orang lain. Bahkan abang bersyukur kerana lihat Nur bahagia... Tapi adakah sekarang Nur masih nak menolak lamaran abang ini?" Sufian bersungguh-sungguh dalam kata-katanya..

"Abang Sufian.. Jangan begini. Kita ada di depan anak-anak sekarang ni. Malu pada mereka nanti.."

"Biarkan.. Biarkan mereka tahu bahawa 50 tahun yang lepas, Nur adalah wanita pertama yang abang cintai...."

Akhirnya Nur Mutmainnah tak boleh berikan apa-apa alasan lagi. Tiba-tiba Nur Mutmainnah menitiskan air mata kerana begitu terharu pada Sufian yang masih lagi mengingati dirinya....


**********************

Sufian dan Nur Mutmainnah sudah selamat diijab kabulkan.. Anak-anak mereka semuanya tumpang gembira dan ada juga rasa terharu dengan kisah mereka berdua..

"Nur... Walaupun kita berdua sudah tua, tapi abang tetap cintakan Nur. Abang tetap cintakan diri Nur. Walaupun kita sudah tak lama di dunia ini, sekurang-kurangnya cinta 50 tahun abang ini tak sia-sia..." kata Sufian lembut sambil mencium ubun-ubun Nur Mutmainnah..... Nur Mutmainnah memejamkan mata sambil menitiskan air matanya. Akhirnya cinta mereka bersatu jua.............. Tamat kisah Cinta 50 Tahun... :)



Cinta Dalam Hati - UNGU.

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

31 March 2011

CINTA 50 TAHUN...



"Eh, Man! Tu budak mana tu?" tegur Sufian ingin tahu.

"Mana? Oh, yang tu ke? Aku tak kenal. Nanti dulu aku nak tanya 'kabel' aku." balas Usman sambil tersengih. Sufian kepelikan dengan jawapan Usman itu lantas bertanyakan semula.

"'Kabel' mana pulak ni Man?" soal Sufian.

"Alah kau ni. Intan budak sekuliah kita tu la. Dia mesti kenal siapa budak yang kau ushar tadi tu." Usman teruskan langkah ke kafeteria.

"Oh, Hee..." Sufian tersengih dan sudah tahu dengan jawapan kawan baiknya itu. Mereka berdua meneruskan langkah ke kafeteria. Sufian seorang pelajar universiti tempatan. Menuntut dalam bidang sains politik. Kini sudah berada di tahun 3.

3 hari selepas kejadian pada tengahari itu, Usman datang mendapatkan Sufian yang ketika itu berada dalam perpustakaan. Usman meluru laju ke arah Sufian.

"Sufi!" Usman jerit kecil.

"Man, kau tak nampak ke kita dalam perpustakaan ni. Suara kau tu perlahan lah sikit.." Sufian mula menegur tindakan Usman yang boleh mengganggu tumpuan orang lain.

"Ops, maaf Sufi. Aku ada benda nak bagitau ni." bersungguh-sungguh Usman.

"Apa dia Man?" soal Sufian inginkan kepastian.

"Aku dah tau siapa budak perempuan yang kau tengok hari tu." ujar Usman penuh perasaan.

"Yaka? Bagitaulah aku cepat." Sufian menarik Usman supaya duduk di sampingnya. Tangannya memeluk erat bahu Usman.

"Nama budak ni Nur Mutmainnah. Budak ni baru masuk universiti kita ni. Tapi aku rasa lebih baik kau tak payah kacau laa." Usman memaku tepat matanya ke arah Sufian.

"Kenapa pulak?" soal Sufian kehairanan.

"Dia ni budak bagus. Kawan aku bagitau memang bagus sangat. Sesuai ke dengan kau?"

"Kenapa? Kau ingat aku ni jahat sangat ke?" balas Sufian.

"Kau tak jahat. Tapi cuma baik tak sepenuhnya laa." ujar Usman pula menyindir. Sufian memeluk lembut tubuh kawan baiknya itu sambil tersenyum lebar.



********************


1 tahun berlalu..... Sufian masih lagi menyimpan perasaannya terhadap Nur Mutmainnah. Sehingga kini Nur Mutmainnah masih tidak menyedarinya. Dan sepanjang tempoh itu juga Sufian tak pernah menghubungi Nur Mutmainnah. Nur Mutmainnah seorang yang baik. Tak pernah bergaul sesuka hati dengan mana-mana lelaki. Sufian pun tak pernah melihat Nur Mutmainnah berbual-bual dengan lelaki lain di mana-mana tempat sekitar universiti. Tingkah laku Nur Mutmainnah juga penuh kelembutan sebagai wanita melayu. Keayuan wajahnya usah dipersoalkan lagi. Nur Mutmainnah juga sentiasa berbaju kurung dan bertudung labuh menampakkan perwatakannya seperti seorang ustazah walaupun Nur Mutmainnah bukanlah berjurusan agama. Walaupun Nur Mutmainnah berada di tahun 2 dan Sufian pula di tahun akhir, ini tak menyukarkan Sufian untuk selidiki sifat-sifat yang ada pada Nur Mutmainnah. Bagi Sufian, memang tepat pilihannya jika ingin dijadikan isteri. Tapi adakah Nur Mutmainnah sudi jika Sufian melamarnya? Perasaan itu masih bermain-main dalam mindanya. Ah, kalau aku tak cuba, bagaimana aku nak dapatkan hasilnya? Getus hati kecil Sufian. Bagi Sufian sudah tiba masanya untuk Sufian meluahkan rasanya selama setahun ini. Jika masih bertangguh, pasti dia juga yang akan menyesal. Akhirnya Sufian mengambil tindakan berani iaitu dengan merancang untuk melamar Nur Mutmainnah.

Petang itu Sufian menghubungi Usman untuk mendapatkan pertolongannya. Sufian ingin dapatkan nombor telefon Nur Mutmainnah. Dia nak telefon sendiri Nur Mutmainnah untuk dapatkan kepastian.

"Kau biar betul ni Sufi?" soal Usman yang tiba-tiba pelik dengan sikap Sufian. Sufian terus menganggukkan kepala. Yakin benar dia kali ini. Akhirnya Usman berjaya dapatkan nombor Nur Mutmainnah.

"Assalamu'alaikum.." perlahan suara Sufian memberi salam dalam talian.

"Wa'alaikumussalam.... Ni siapa yaa?" soal Nur Mutmainnah kembali.

"Eerr... Saya ni Sufian. Cik Nur memang tak kenal saya pun.Tak pa lah saya kenalkan diri saya dulu. Saya Sufian. Tahun akhir jurusan sains politik." Sufian seolah-olah mati akal untuk meneruskan percakapan.

"Yaa.. Boleh saya tahu jika ada yang boleh saya bantu?" tanya Nur Mutmainnah. Sufian sedikit gugup berhadapan dengan situasi begini. Dia serba salah samada nak putuskan talian atau berterus terang saja. Lama juga Sufian berdiam tak terkata apa-apa.

"Ada orang ke tak ada ni?" Nur Mutmainnah seakan bercakap seorang diri. Sufian cepat-cepat menumpukan perhatian. Peluh mula menyiram ke dahinya.

"Sebenarnya saya nak lamar cik Nur....." terus Sufian putuskan talian. Dia seolah-olah tak mahu dengar apa kata balas dari Nur Mutmainnah. Nur Mutmainnah sedikit terkejut dengan tindakan Sufian itu. Sufian terus meraup wajahnya.

"Aduuuh.... Agak-agak dia terima tak lamaran aku tadi? Dah la aku buat kerja ekspres pulak tu." Sufian masih lagi bermain dengan perasaannya. Dia pun tak percaya dengan apa yang dia katakan tadi.


Esoknya Sufian menerima 1 mesej dari Nur Mutmainnah. Ringkas saja tulisannya..

"Jika awak benar-benar serius, pergilah berjumpa dengan ibu bapa saya..."

Terbeliak mata Sufian bila membaca mesej itu. Dia bagaikan tak percaya apabila Nur Mutmainnah menerima lamarannya. Dibacanya sekali lagi mesej itu. Yaa. Benar. Nur Mutmainnah sudi terima lamarannya. Gembiranya bukan kepalang lagi. Tanpa membuang masa dia terus berjumpa Usman untuk berkongsi berita gembira itu. Usman turut menyokong sahabat baiknya itu. Akhirnya pada cuti raya puasa, Sufian pergi bertamu ke rumah Nur Mutmainnah. Dia mengajak Usman turut serta. Pada mulanya dia berasa gementar untuk ke rumah Nur Mutmainnah. Tapi oleh kerana ingin tunjukkan kesungguhannya, dia gagahi jua.

Encik Fuad, ayah Nur Mutmainnah sudah dimaklumkan bahawa ada kawan lelaki ingin bertamu ke rumah mereka. Dari awal lagi ayahnya sudah sedia untuk menerima tetamu. Sufian tiba bersama Usman ke rumah Nur Mutmainnah. Langkah mereka perlahan tika melintasi pintu pagar.

"Assalamualaikum..." mereka memberi salam.

"Waalaikumussalam..." sahut ayah Nur Mutmainnah.

"Masuk lah. Jangan malu-malu." pelawa encik Fuad kepada mereka berdua.

"Kau lah masuk dulu Man." Sufian masih bermain tolak-tolak dengan Usman. Masing-masing berasa malu untuk masuk dulu ke rumahnya. Akhirnya Sufian terpaksa menunjukkan kejantannya masuk ke rumah Nur Mutmainnah dengan tenang. Mereka berdua pun perkenalkan diri masing-masing. Nur Mutmainnah tak keluar dari dapur. Air dan kuih pun disuruh adik lelakinya yang hantarkan. Rancak mereka berdua berbual dengan ayahnya. Tiba-tiba...

"Pak cik nak tanya kamu, Sufian..." soal encik Fuad. Mata Sufian terkebil-kebil sambil cawan dipegangnya masih berada di mulut.

"Apa dia pak cik..." jawab Sufian. Tangannya mengelap lembut mulutnya. Usman dari tadi lagi sudah memaku tepat matanya ke arah encik Fuad. Nur Mutmainnah turut memasang telinga. Kebetulan dia berada tidak jauh dari ruang tamu.

"Pak cik nak tanya kamu betul-betul ni. Kamu ni nak kat anak pak cik ke?" Sufian terdiam.

"Macamana pulak ayah dia boleh tahu aku ni suka kat anak dia?" bisik hati Sufian. Dia masih terdiam. Tak tahu nak balas apa. Encik Fuad masih tepat memandang Sufian.

"Kamu dengar tak pak cik tanya ni?" encik Fuad mula sedikit mengeras.

"Saya, saya dengar pak cik... Yaa, memang saya suka kat anak pak cik dan saya dah bercadang nak lamar dia untuk jadi isteri saya pak cik..." Sufian berterus terang walaupun suaranya sedikit ketar.

"Sebenarnya camni Sufian.. Pak cik bukan tak suka dekat kamu. Cumanya pak cik dah ada calon untuk Nur Mutmainnah tu.."

"Calon??" Sufian tercengang. Nur Mutmainnah juga turut tercengang. Dia pun tak pernah tahu akan hal ini. Tiba-tiba saja ayahnya mengatakan begitu.

"Yaa... Lagipun anak pak cik ni tak abis lagi belajarnya di universiti." encik Fuad menjelaskan keadaan.

Nur Mutmainnah teringin benar bertanya pada ayahnya tika itu juga. Namun dia tahankan diri. Menunggu saja Sufian dan Usman pulang dahulu. Sufian sudah kelihatan hampa. Mukanya mula berubah. Usman awal-awal lagi sudah memegang bahu Sufian. Dia cuba menyelami perasaan Sufian kala ini. Sufian ingin sahaja membantah. Namun dia sabarkan diri. Dia tertunduk. Tiba-tiba terpacul dari mulutnya,

"Tak apa lah pak cik. Kami minta diri dulu..." lemah bicaranya....


Bersambung....... Ikuti episod akhir nanti...

18 July 2010

RINDU YANG TAK TERUCAP...

Pagi itu, aku bangun awal dari kebiasaannya. Ku lihat jam di tangan, sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Kedengaran sayup-sayup suara ‘tarhim’ dari surau berhampiran, memecah kesunyian fajar yang hening. Ketika umat manusia sedang lena diulit mimpi indah, aku gagahkan diri menolak ‘pelukan’ syaitan yang menyelimuti tubuhku ini. Ku gosok lembut mata yang masih berat untuk dibuka.

“Kuat sungguh pelukan syaitan ni.Patutlah ramai orang yang hanyut.” bisik hati kecilku. Aku bingkas bangun. Tidak mahu dilayan syaitan yang menghasut. Namun aku masih termanggu di birai katil. Mengapa tiba-tiba kali ini perasaan aku berkecamuk? Tidak seperti sebelumnya. Adakalanya sayu, adakalanya sedih. Dan adakalanya terharu… Aaahh!! Mengapa begini?? Seolah-olah ada sesuatu yang bakal terjadi… Aku terus ke bilik air. Menyucikan diri untuk mengadap sang Pencipta. Ku tinggal perasaan tadi sendirian. Biarlah! Usah singgah lagi padaku.



“Adiiik, awal bangun hari ni?” sapa ku lembut pada adikku yang keriangan untuk ke sekolah. Adikku baru berusia 6 tahun. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Islam berhampiran rumahku. Dan dia jugalah satu-satunya adik tunggalku. Jarak umur antara kami begitu jurang. Hanya kami 2 beradik sahaja dalam keluarga encik Ahmad, abahku. Ibuku pernah menjalani pembedahan di pangkal rahim. Doktor menasihatinya supaya mengelak dari mengandung lagi. Kerana itu bahaya untuk keselamatan ibuku katanya. Oleh kerana itulah aku dan adikku begitu rapat. Aku terlalu menyayanginya. Setiap kali aku di sekolah, pasti aku rindu dengan karenah dan celotehnya.



“Abaaang, nak pergi sekolah dengan abang boleh..?” soal adikku sambil menarik-narik lengan bajuku. Aku hanya mampu tersenyum. Tanganku perlahan-lahan diletakkan atas kepalanya.



“Mana boleh adik.Adik kan kena pergi dengan abah?” aku cuba memujuknya. Rengekkan manjanya itu membuatkan aku begitu sayu. Serba salah dibuatnya.



“Adik, jangan memandai-mandai. Pergi sekolah dengan abah.” celah ibuku yang dari tadi sentiasa sibuk menyediakan sarapan untuk kami. Adikku cepat-cepat menarik muncung bibirnya. Terzahir perasaan kecewa di hatinya. Dia menunduk tanda sedih kerana kemahuannya tidak ditunaikan.. Aku tidak henti-henti mengusap lembut rambutnya.



“Alaaa, adik abang ni. Petang ni abang bawa keluar jalan-jalan nak tak?” pujukku bersungguh. Ku harapkan dia kembali tersenyum ceria. Cepat-cepat dia mendongak ke arahku sambil tersenyum.



“Saaaayang abang.” satu ciuman singgah tepat di pipiku. Aku tidak henti-henti menguntum senyum.Ibu dan abahku hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua. Kadang-kadang terdengar ibu ketawa kecil. Ibu cukup paham dengan kami berdua.

Setiap hari aku akan menaiki bas untuk ke sekolah. Kini aku berada di tingkatan 5. Dan tahun ini juga merupakan tahun penting bagiku. Peperiksaan SPM hampir tiba. Aku tidak boleh leka lagi. Nabi pernah bersabda,”Siapa yang berusaha,dia akan berjaya.”



Hadis ini bukan sekadar hadis semata-mata. Bahkan merupakan kata azimat yang harus dipegang oleh sesiapa pun. Aku leka menunggu bas di luar pagar rumahku. Bunyi hon kereta abahku benar-benar mengejutkan aku. Kelihatan adikku melambai-lambai riang dari tempat duduk hadapan. Gembira aku melihat dia begitu ceria. Wajahnya yang comel itu tidak pernah lekang dari ingatanku. Tidak pernah aku lihat dia seceria ini. Bas sekolah sudah kelihatan.Lamunanku terhenti di situ sahaja…..



*****************



Belum sempat aku membuka kasutku, adik pantas meluru ke arahku. Dia sudah tahu. Pulang sahaja aku ke rumah dari sekolah, pasti aku membeli coklat kegemarannya. Dan aku pun tahu itu adalah kegemarannya. Dia akan merajuk jika aku balik dengan tangan kosong. Ibuku pernah menasihatiku supaya jangan dimanjakn sangat adikku ini. Tapi aku tak merasakan perbuatanku ini satu benda yang menyusahkan. Bahkan inilah salah satu cara menambah keakraban dan kasih sayang antara kami berdua. Aku bahagia begini. Dan dari riak wajah adikku jua, ku tahu bahawa dia juga bahagia. Aku tersenyum puas kerana dapat menunaikan hajatnya.



“Tadi kat sekolah belajar apa dik?” soalku.



“Tadi adik belajar cara-cara nak solat baaang.” jawabnya sambil mulut mengunyah-ngunyah coklat yang ku berikan tadi.



“Adik dah hafal doa iftitah, doa qunut, niat nak solat dan banyak lagi laaa.” balasnya lagi. Dia masih tidak henti-henti mengomol coklat itu.



“Wah,pandainya adik abang ni…” aku pantas merangkul lehernya dan satu ciuman singgah di pipi gebunya itu.



“Apa abang ni. Tak nampak ke adik tengah makan coklat ni..?” adikku kelihatan tidak selesa dengan perbuatanku. Mungkin kerana menganggu tumpuannya yang sedang khusyuk mengomol coklat itu….



Selepas solat zohor aku terus ke bilik untuk ulangkaji pelajaran di sekolah tadi. Hari ini agak banyak juga kerja yang di berikan oleh Ustaz Zulkifli. Ustaz yang mengajarku mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Sunnah.



“Aku kena banyak rujuk kitab-kitab arab ni. Nampaknya aku kena pergi ke rumah abang Rizal lah. Dia kan baru balik dari Mesir..” getus hati kecilku. Abang Rizal merupakan jiranku dan pernah belajar di Universiti Al Azhar, Mesir dalam jurusan Usuluddin. Aku juga ingin jadi sepertinya. Dapat menyambung pelajaran ke sana.Universiti yang tertua di dunia itu. Ia telah melahirkan begitu ramai para alim ulamak untuk seluruh dunia amnya. Aku bertekad, selepas tamat SPM nanti, aku akan sambung ke tingkatan 6 pula untuk mengambil STAM. Kerana dengan sijil STAM sahaja yang boleh melayakkan aku ke sana. Aku tinggalkan buku-buku pelajaran aku di meja belajar, dan terus ke rumah abang Rizal.

“Ibuuuu… Tolong tengok-tengokkan bilik abang ni ya. Jangan bagi adik main-main dalam ni ya ibu.” Aku sempat memberi pesan pada ibuku sebelum ke rumah abang Rizal.



“Wah banyaknya kitab-kitab abang. Ni semuanya beli kat sana ke abang?” soalku inginkan kepastian. Abang Rizal hanya tersenyum mendengar soalanku tadi.



“Ye laa, kat mana lagi abang nak beli. Mestilah kat sana. Lagipun di sana kitab-kitab murah ja. Kalau tak beli masa mengaji di sana, sangat-sangatlah rugi dik. Balik Malaysia nanti baru tahu betapa pentingnya kitab-kitab ni.” Abang Rizal cuba memberi penerangan. Walaupun tidak panjang lebar, namun aku boleh tangkap maksudnya itu.



“Seronoknya bang. Kitab Majmuk Syarah Muhazab pun ada? Muhgnil Muhtaj pun ada? Tafsir Munir? Macam-macam kitab abang ada?” soalku lagi bagaikan tidak percaya.



“Kenapa, tak percaya ke? Kalau nak tengok lagi, dalam bilik abang tu lagi banyak. Fathul Bari dan Musnad Imam Ahmad yang panjang berjela tu pun ada.” pelawanya sungguh-sungguh sambil tersenyum. Aku sudah pening untuk memilih kitab. Mula bermain-main di benak fikiranku. Betapa hebatnya ulamak-ulamak dahulu mengarang kitab. Bukan satu jilid sahaja. Bahkan berpuluh-puluh jilid. Kagum!



*******************



“Abaaang, adiiik.. Datang sini,makanan dah siap.” sahut ibuku dari bawah. Abahku pula kelihatan tergesa-gesa ingin keluar.



“Makan sekali abahnya?” pelawa ibuku.



“Takpa lah. Saya ada mesyuarat dengan AJK surau. Tunggu saya balik nanti ya? Kita makan sekali. Anak-anak dah takdak baru la romantik. Teringat macam mula-mula kahwin dulu.” balas abahku manja. Ibuku tersipu-sipu malu sambil mencubit-cubit abahku. Aku sempat melihat gelagat mereka ketika ingin turun dari tangga. Walaupun ia berlaku dalam masa yang singkat, namun aku dapat rasa betapa romantiknya abah dan ibuku. Aku tersenyum sendirian sambil menuruni anak tangga.



“Apa yang yang kamu senyum-senyum kan tu?” sapa ibuku tiba-tiba.



“Eh, takda apa-apa la ibu. Saja ja nak senyum. Takkan lah tak boleh kot.” aku cuba mencari alasan. Ibu seolah-olah dapat menghidu sesuatu. Mungkin dia malu kalau anak-anak melihat gelagat mereka berdua tadi. Adikku datang sambil menunduk-nundukkan kepalanya. Apa yang tak kena pula pada dia malam ini? Fikiranku tiba-tiba datang seribu persoalan.

“Ni kenapa pula ni? Muncung ja dari tadi?” soalku sambil tanganku mengusap lembut rambutnya.



“Abang mungkir janji dengan adik.” balasnya acuh tak acuh saja.



“Mungkir janji apa pula ni? Abang tak faham lah?” kataku inginkan kepastian.



“Abang kata nak bawa adik keluar berjalan-jalan petang tadi. Tapi abang tak bawa keluar pun.” jelas terpancar rasa kecewa di wajahnya.



“Alamak adik. Abang benar-benar lupalah. Tadi abang ada banyak kerja. Sungguh adik! Abang terlupa.” aku cuba memberi alasan yang benar-benar meyakinkan dia. Aku pun tidak menyangka dia masih ingat lagi janji-janjiku pada dia yang aku ungkapkan pagi tadi. Aku benar-benar terlupa dek kerana banyak kerja yang harus di siapkan. Bahkan sekarang pun kerja sekolah itu masih belum disiapkan. Ku harapkan mudah-mudahan malam ini boleh siapkan semuanya. Aku pun tidak tahu lagi bagaimana nak pujuk adikku ini.



“Adiiiik….Abang tak sengaja tu. Tak tengok tadi abang ada banyak kerja?” mujurlah ibuku bersuara memujuk adikku. Moga-moga adikku faham dengan keadaanku tadi. Dia masih menunduk sayu. Aku sudah mula rasa lain. Perasaan sayu melihatnya mula menyelubungi hatiku.



“Dah,dah… Jom makan. Nanti sejuk pula nasi tu. Alaaaa, esok abang belikan lah adik coklat tu. Adik jangan risau la ya..” ibuku terus memujuknya. Adikku mula mengangkat kepala setelah mendengar perkataan ‘coklat’ tadi. Terkebil-kebil matanya memandangku.



“Betul ke abang nak belikan adik coklat?” soalnya dalam nada yang begitu sayu. Aku pun tidak tahu. Mengapa tiba-tiba kelopak mataku bergenang air mata. Ahh!!! Ini perasaan ketika subuh tadi. Mengapa ia singgah lagi di benakku??



“Yaaaa…. Abang akan belikan adik coklat lagi. Kali ni abang beli banyak-banyak untuk adik abang yang tersayang ni.” aku menarik nafas lega kerana dia mula menguntum senyum. Sayu aku melihat wajahnya begitu… Kasihan adikku… Ibuku hanya menggeleng-geleng kepala melihat kami.



”Macam-macamlah kamu berdua ni.” mungkin itulah yang di ungkapkan oleh ibuku dalam hatinya.



*****************





Aku solat isyak bersama adik dan ibuku. Abahku masih belum pulang dari surau. Gelihati aku bila mendengar adikku iqomat tadi. Suaranya yang sedikit pelat itu membuatkan aku hampir-hampir nak tergelak kecil. Namun aku masih sempat menyorokkannya. Aku terus ke meja belajar. Masih ada sedikit kerja yang perlu aku selesaikan. Walaupun esok cuti hujung minggu, aku tidak mahu melengah-lengahkan kerjaku ini. Biarlah ia selesai dengan segera. Esok aku tak perlu fikirkan lagi kerana aku ada temu janji dengan kawan-kawan yang lain. Sebelum pen aku mula menari mengukirkan kata-kata ilmu, aku terkedu! Teringat peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Perasaan ketika subuh tadi mula datang kembali. Sedih! Sayu! Terharu! Aahh! Mengapa ini?? Nyah kau dari aku! Aku pun tidak faham mengapa perasaan ini seringkali hadir dalam benakku sejak akhir-akhir ini. Aku benar-benar sayu melihat wajah comel adikku tadi merajuk kerana kemahuannya tidak ditunaikan. Kasihan…….. Aku terdiam sejenak.. Tarian pena diteruskan …..



Tiba-tiba leherku terasa dirangkul kemas. Aku cepat-cepat kalih ke belakang. Oh, rupa-rupanya adikku. Aku rasa begitu bahagia tatkala dia memeluk erat tubuhku. Tak pernah kurasa bahagia sebegini. Aku mahu saat ini akan berulang lagi.



“Adik, abang nak buat kerja sekolah ni. Pergi kat ibu boleh?” aku menyantuninya dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut.



“Tak mau. Adik nak abang tengok adik buat sesuatu untuk abang ni.” rengeknya manja. Pelukannya semakin kuat dari tadi.



“Apa dia? Alaaa.. Bagi la abang wat kerja sekolah ni habis dulu ya?” kataku sambil perlahan-lahan meleraikan pelukannya itu. Bukan aku tidak mahu tunaikan permintaannya. Tapi aku masih ada sedikit kerja lagi yang perlu diselesaikan.



“Tak mau,tak mau!” dia mula mengeras sedikit.



“Adik nak abang tengok sekarang juga!” dia semakin membentak. Suaranya yang seakan-akan hendak menangis pun ada. Kasihan pun ada bila aku melihat tingkah lakunya itu. Aku juga berkeras tak mahu pergi ke biliknya. Namun masih lagi menolaknya dengan lemah lembut.



“Adiiikk…. Abang sibuk ni kan. Lepas siap ni abang pergi lah.” adikku mula meronta-ronta.



“Adiiiikkk.. Janganlah buat macam ni..” aku masih berlembut dengannya. Rontaannya semakin kuat. Tanpa disedari, air kopi yang berada berhampiran buku tulisku tumpah! Hampir semua buku tulisku basah. Adikku pun tergamam dengan apa yang terjadi. Dia terdiam seribu bahasa!



“Apa adik dah buat ni?” aku mula mengeras. Mataku tepat memandang ke arahnya. Dia tertunduk takut.



“Adik tau tak betapa susahnya abang buat kerja ni? Adik senang-senang ja bagi basah!” suara aku semakin meninggi. Aahh, apa yang aku sedang buat ini? Aku tak sepatutnya meninggi suara dengannya. Suara aku yang kuat itu lantas dihidu oleh ibuku di bawah.

“Apa bising-bising kat atas tu abang?” jerit ibuku dari bawah. Dia mula naik ke atas. Ingin melihat apa yang telah terjadi.



“Adik cuma nak ajak……” belum sempat adikku menyambung kata-katanya, aku terus sampuk.



“Ajak,ajak apa! Tak nampak ke abang banyak kerja ni?” aku terus memarahinya. Aku mula tak ketahuan. Seolah-olah telah dirasuk syaitan. Semakin hilang pedoman. Adikku mula terketar-ketar kerana dimarahiku. Ibuku sudah tercegat di depan pintu bilikku.



“Adik min… min.. mintak ma.. maaf.” menangis-nangis adikku meluahkan rasa. Badannya jelas terketar-ketat kerana dimarahiku.



“Sudah!! Pergi dari sini!” sergahku padanya. Tanganku tertolak dirinya sedikit tanpa disedari. Walaupun tolakkan itu tidaklah sekuat mana, tapi telah membuatkan dia terjatuh. Aku terkesima dengan apa yang terjadi. Apa yang telah aku buat ini?



“Abang!!! Apa yang abang dah buat kat adik ni?” ibuku benar-benar terkejut dengan tindakkanku itu. Adikku terus meluru ke arah ibu. Dia memeluk erat ibuku sambil menangis teresak-esak. Aku terdiam lesu. Ibuku tak henti-henti menyuruh aku mengucap panjang.



“Mengucap abang, mengucap…..” wajah ibuku pun mula berubah pucat. Dia tidak menyangka bahawa aku sanggup bertindak seperti orang dirasuk syaitan. Aku benar-benar telah hilang pedoman. Kalau betul pun aku marah kepadanya, aku tak sepatutnya bertindak sedemikian rupa…. Timbul seribu penyesalan dalam lubuk hatiku. Ibu telah membawa adik ke biliknya. Yang tinggal hanyalah aku seorang tanpa pengertian. Aku termenung panjang. Apa yang telah aku buat tadi? Seolah-olah tidak sedarkan diri. Aku merenung tajam pada tangan yang telah menolak adikku sendiri. Mana hilang kasih sayang kau pada dia selama ini? Hatiku mula berbisik sendirian. Malam itu aku ambil keputusan untuk tidur awal. Peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi betul-betul buat aku menyesal. Menyesal!! Perasaan ketika subuh kelmaren hadir kembali bertimpa-timpa. Aaahh!! Apa yang akan berlaku ini?? Aku terus bermain-bermain dengan perasaanku sendiri. Inilah kali pertama aku memarahinya dengan sedemikian rupa.. Adik, abang minta maaf…. Akhirnya aku terlelap…….



*****************





Awal-awal pagi lagi aku sudah keluar dari rumah. Sarapan pun tidak. Wajah adik pun aku tak sempat tatap. Ibu tidak bertanya banyak. Aku sengaja keluar awal. Peristiwa malam tadi masih segar di ingatan. Aku keluar hendak membawa hati yang telah berdosa pada adik sendiri. Biar aku hukum diri aku ini. Aku bertekad. Aku nak pujuk sungguh-sungguh adikku hari ini. Aku harapkan bila aku pulang nanti dia sudah sejuk hati. Pasti dia seronok kalau melihat aku balik dengan coklat kegemarannya itu. Tak sabar rasanya nak melihat wajahnya yang comel itu. Hatiku berbisik… Pasti dia seronok.. Yaaaa. Pasti dia seronok.. Yaaa.. Dia seronok.. Hatiku mula tersenyum riang….



Matahari sedang menegak. Aku harus pulang segera ke rumah. Aku sudah tidak sabar-sabar lagi memberikan coklat ini padanya. Sengaja aku beli banyak dari sebelumnya. Aku nak pujuk dan cium dia puas-puasnya. Hatiku semakin gembira. Pasti dia gembira juga. Aku tak akan memarahinya lagi. Anggaplah peristiwa malam tadi sebagai yang pertama dan terakhir dalam hidupku dan dirinya. Percayalah….



Kelihatan begitu ramai kenderaan di hadapan rumahku. Seolah-olah seperti ada kenduri doa selamat. Bila pula abahku ada buat kenduri doa selamat? Tanpa lengah lagi aku terus berlari anak menuju ke rumahku. Bungkusan coklat dipegang rapi. Aku ingin tahu, mengapa begitu ramai manusia yang datang ke rumahku? Aku sudah berada di depan muka pintu. Pandanganku meliar mencari seseorang.Hatiku mula berdebar-debar. Seperti ada sesuatu telah terjadi. Pandanganku terhenti tatkala melihat satu tubuh berselimut putih sedang terbujur kaku. Tubuh kecil itu begitu aku kenali. Adiiiiiikkk!! Bungkusan coklat yang aku pegang erat dari tadi terlepas dari genggaman. Aku melutut di hadapan pintu rumah. Badanku terasa lemah. Bagaikan tidak berpijak pada bumi yang nyata lagi. Aku gagahkan jua mendapatkan tubuh kecil itu. Kini sah lah jenazah yang ada di depanku ini adalah adikku yang disayangi! Aku terus menundukkan muka untuk memberikan ciuman terakhirku. Tapi kali ini aku benar-benar lemah. Dunia sekelilingku seakan berpusing.Aku tak mampu bertahan lagi… Tiba-tiba duniaku GELAP………………



********************



Sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Namun segala kenangan indah aku bersama adik takkan hilang sampai bila-bila. Ibu sudah menceritakan segala-galanya padaku. Adik dilanggar kereta ketika ingin mengambil bola yang terkeluar dari pagar rumah. Kecederaan yang teruk di bahagian kepalanya menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian. Ibu juga memberitahuku bahawa aku pengsan di sisi jenazah adik. Aku terima takdir dari Allah bahawa Dia lebih sayangkan adik. Tapi aku tetap menyesal sampai bila-bila kerana tidak sempat untuk memberikan dia coklat dan mencium dia sepuas-puasnya. Tambahan pula bila peristiwa aku marah dan menolak dia sehingga jatuh itu bermain-main di fikiranku, bertambah lah rasa sesal dan sedih di hati ini. Aku melihat pada sekeping lukisan yang menggambarkan seorang abang bersama adiknya. Lukisan yang penuh dengan kasih sayang. Inilah benda yang berhajat sangat adik ingin menunjukkan padaku tempoh hari. Sehinggakan aku sanggup menolak adikku sendiri. Aku menyesal sungguh-sungguh. Tapi masa itu takkan dapat diundur…. Tanpaku sedari, manik-manik jernih mula gugur satu persatu dari kelopak mata ini. Kini barulah ku sedar mengapa hatiku sebelum ini di ganggu perasaan sayu, sedih dan terharu. Dan perkara yang aku rasakan bakal terjadi itu sudah pun terjadi dan berlalu. Adik, abang terlalu menyayangi dan merindui adik tatkala ini. Kita takkan dapat bersama lagi seperti dahulu. Maafkan abang dik……….. Adik, kini rindu abang pada adik memang tak terucap lagi...









14 July 2010

YANG PALING DISAYANGI.......(episod 4)

Boleh baca dari episod awal cerpen ini,

YANG PALING DISAYANGI episod 1

YANG PALING DISAYANGI episod 2

YANG PALING DISAYANGI episod 3

Dari episod lepas,

"Maaakk, kenapa ni mak?" Anisah cepat-cepat mendapatkan mak cik Timah yang sudah terbujur kaku di lantai. Mak cik Timah tiba-tiba pengsan di lantai dapur. Puas Anisah cuba menyedarkan mak martuanya itu. Dengan sedikit kudrat yang ada, Anisah cuba mengangkat mak cik Timah ke tempat yang luas sedikit. Dia begitu panik tak tahu untuk lakukan apa-apa. Mak cik Timah terus tidak sedarkan diri. Akibat panik Anisah terlupa akan suaminya. Dia cuba merasa denyutan jantung mak cik Timah. Masih berfungsi. Urat nadinya juga masih berdenyut. Anisah sedikit lega. Tiba-tiba dia sekuat hati memanggil-manggil suaminya, Ahmad. Ahmad belum pulang dari kedai.

Sebentar kemudian kedengaran bunyi enjin motor Ahmad yang baru pulang dari kedai. Dia terdengar jeritan berkali-kali oleh Anisah, isterinya. Motor pun tidak sempat ditongkat, dia terus meluru ke tempat kejadian. Dilihatnya Anisah sedang memangku ibunya sambil air mata laju bercucuran.

"Apa dah jadi ni Anis?" soal Ahmad kekalutan.

"Anis tak tau abang. Anis keluar bilik air ja tadi terus nampak mak rebah di dapur." Anisah cuba memberikan penjelasan. Mak cik Timah terus kaku. Ahmad cuba memberikan pertolongan cemas kepada ibunya. Ahmad sedar bahawa ibunya pengsan kala ini. Anisah berkali-kali mengipas ke muka ibu mertuanya itu. Akhirnya Ahmad mencapai secawan air lalu direnjis-renjis ke muka ibunya. Mak cik Timah mula membuka mata sedikit. Kedua-dua wajah mereka memancar sinar gembira melihat reaksi mak cik Timah. Mak cik Timah terbatuk. Anisah cepat-cepat mengambil segelas air untuk ibu mertuanya itu.

*****************


Mereka anak beranak baru saja selesai menunaikan solat fardhu isya'. Ahmad masih lagi di posisi imam. Anisah juga masih di sisi ibu mertuanya sambil tangannya kemas memeluk lengan mak cik Timah. Terpancar jelas betapa dia menyayangi mak cik Timah.

"Kenapa tadi mak? Mak tak sihat ka?" soal Ahmad bersungguh-sungguh ingin tahu. Mak cik Timah masih kelihatan pucat akibat kejadian siang tadi. Anisah dari tadi sudah bergenang air mata. Tunggu masa untuk melimpah saja dari kelopak matanya.

"Mungkin mak buat kerja teruk sangat kot. Mak pun tak pasti sebab apa." jawab mak cik Timah. Lemah sungguh tutur katanya. Anisah pula diam membisu di sebelah mak cik Timah. Matanya memaku tepat pada wajah mak cik Timah. Kadang-kadang diurut lembut lengan ibu mertuanya itu. Ahmad mula menukar posisinya menuju dekat ibunya.

"Mak, esok kita pergi hospital ya. Check apa yang patut. Dik Mad risau la mak. Kan dik Mad dah pesan. Mak tak payah dah buat kerja-kerja tu semua. Tak padan dah dengan umur mak. Kami sayangkan mak. kami tak mahu mak dapat susah lagi. Lagi pun lepas ni kami duduk jauh dari mak. Tak boleh jenguk mak selalu.." ujar Ahmad sambil meletak lembut kepalanya di sisi bahu mak cik Timah. Anisah pula dari tadi sudah merebahkan kepalanya ke riba mak cik Timah. Tiba-tiba mak cik Timah menitiskan air mata melihat kelakuan anak dan menantunya itu. Tak pernah dia rasakan bahagia sebegini. Dipegang erat kedua-dua anaknya itu.

"Yaaa, mak tak buat dah kerja-kerja semua tu.." balas mak cik Timah sambil air matanya tidak henti-henti gugur. Esoknya Ahmad membawa ibunya ke hospital berdekatan untuk diperiksa.

******************

"Mak jaga kesihatan tu sama yaa. Jangan buat dah kerja-kerja berat tu. InsyaAllah ada masa kami balik kampung lagi yaa." pesan Ahmad. Dia mengemas-kemas barang dalam kereta. Anisah pula masih di sisi mak cik Timah. Seakan tak mahu dilepaskan mak mertuanya itu. Pernah Anisah mengajak mak cik Timah tinggal bersama mereka. Namun mak cik Timah tegas menolak kerana tak mahu meninggalkan rumah pusaka peninggalan arwah suaminya. Anisah memahami. Mereka pun mula bertolak pulang ke rumah mereka. Mak cik Timah keseorangan lagi. Setelah dinasihati oleh anaknya dan doktor, mak cik Timah tidak buat lagi kerja-kerja berat.

"Abang, kita kena ajak juga mak duduk dengan kita. Anis risau sangat-sangat dengan keadaan mak tu." kata Anisah. Ahmad dari tadi membatu sambil memandu kereta.

"Abang pun dah lama fikirkan semua tu. Tapi mak bertegas tak mau tinggalkan rumah pusaka tu. Kita nak buat macamana lagi?" balas Ahmad pula.

"Entahlah abang. Anis pun dah putus idea nak buat macamana."

Malam itu Ahmad tidur awal. Esok pagi mereka ada kelas di sekolah yang sama. Anisah sudah siap-siapkan tempat tidur suaminya itu. Dia takkan tidur selagi Ahmad masih belum tidur melainkan dia minta izin dari Ahmad dahulu untuk tidur awal. Begitulah betapa solehahnya Anisah. Ahmad sudah nyenyak di sebelahnya. Anisah mula merenung tajam pada wajah suaminya itu. Dia begitu gembira memiliki Ahmad kerana boleh terima dirinya seadanya. Bahkan baik dan begitu menyayangi dirinya. Dia rasakan begitu bertuah. Sempat lagi dia mencium lembut dahi suaminya sebelum tidur.

Beberapa jam kemudian,

"Maaaakk!!"jerit Ahmad. Tiba-tiba dia terjaga dari tidurnya. Anisah di sebelahnya turut terjaga akibat jeritan kuat Ahmad itu.

"Kenapa ni bang? Mengucap bang, mengucap..." Anisah cuba menenangkan suaminya itu.

"Astaghfirullahal 'azim..." Ahmad beristighfar panjang. Anisah cepat-cepat mengusap dada suaminya.

"Kenapa ni bang?" Anisah masih ternanti-natikan jawapan dari Ahmad.

"Abang mimpi tadi. Mimpikan mak ditimpa musibah." jawab Ahmad.

"Mimpi mainan tidur ja bang. Jangan percayalah dengan semua tu." balas Anisah meredakan keadaan.

"Tak, tak.. Kali ni abang rasa lain sangat. Abang nak balik tengok mak juga ni." Ahmad masih tidak keruan. Berkali-kali dia beristighfar.

"Anis nak ikut bang." ujar Anisah pula.

"Takpa, hari ni biar abang sorang ja balik tengok mak. Anis pergi sekolah macam biasa yaa.." balas Ahmad lagi.

"Tapi baaang.." rengek Anisah.

"Tak da tapi,tapi lagi.." tegas Ahmad.


Bersambung...... Tunggu episod akan datang... ^_^

12 July 2010

YANG PALING DISAYANGI.......(episod 3)

Cerpen 'YANG PALING DISAYANGI' ini pernah ditulis sebelum ini. Namum sambungan episod seterusnya terbengkalai kerana sibuk dengan perkara yang perlu diaulakn lagi. Alhamdulillah kali ini Allah telah berikan kesempatan untuk penulis mengarang lagi untuk episod seterusnya iaitu episod ke 3 bagi cerpen ini. Kawan2 semua boleh baca dari episod pertama sehinggalah ke episod yang ke 2 di link bawah ini.

YANG PALING DISAYANGI episod 1

YANG PALING DISAYANGI episod 2


Dan kali ini setelah sekian lama penulis tangguhkan sambungannya, penulis sambung pula untuk episod seterusnya... Selamat membaca.. :-)


Mak cik Timah awal-awal lagi sudah menunggu kepulangan Ahmad dan Anisah. Masakan kegemaran Ahmad sudah terhidang kemas di atas meja dapur. Tiba-tiba bunyi hon kereta wira Ahmad kedengaran. Mak cik Timah berlari-lari anak mendapatkan kedua-dua orang anaknya itu. Anisah keluar dahulu menerpa laju ke arah Mak cik Timah. Dipeluk erat tubuh tua itu. Mak cik Timah membalas eratan itu seperti sudah lama tidak ketemu. Ahmad memandang girang kelakuan isteri dan ibunya itu. Dia menguntum senyum. Cepat-cepat dia pula memeluk erat tubuh yang membesarkannya selama ini.

"Dik Mad rindu sangat kat mak..." sapa Ahmad. Anisah memandang penuh kegembiraan dua beranak tersebut. Tiba-tiba dia teringatkan kedua-dua orang tuanya. Terus bergenang airmata Anisah. Mak cik Timah seolah mendapat hidu reaksi Anisa menantunya itu.

"Anisah, jom masuk. Mak dah siapkan makanan untuk kamu berdua." tegur Mak cik Timah sambil tersenyum.

Malam itu menjadi saksi kegembiraan Ahmad dan Anisah bertemu semula ibu mereka selepas mendirikan rumah tangga. Anisah kerap berdamping dengan Mak cik Timah. Diurut-urut lembut belakang Mak cik Timah. Diturunkan pula tangan Anisah ke kaki Mak cik Timah. Dipicit-picit lembut. Mak cik Timah tersenyum melihat perbuatan menantunya itu.

Mak, Anis nak tanya boleh?" kata Anisah lembut.

"Apa dia Anisah.." balas Mak cik Timah.

"Tapi mak jangan terasa la yaa." kata Anisah lagi.

"Cakap ja. Mak baik-baik ja."

"Hurm, Anis nak minta maaf sebab Anis ni menantu Mak yang tak cantik macam menantu-menantu mak yang lain. Anis ni hitam ja mak. Kadang-kadang tu Anis malu dengan diri Anis sendiri.." ujarnya sambil menundukkan kepala.

"Astaghfirullahal 'azim.. Apa Anis cakap ni. Mak tak pernah pun ambil kisah siapa pun menantu mak. Kalau anak-anak mak suka pada seseorang tu tandanya baiklah bakal menantu mak tu. Anis, janganlah cakap macam tu dah yaa. Mak tak suka." balas Mak cik Timah menasihati Anisah.

"Ya, ya.. Anis tak cakap dah. Maafkan Anis ya mak kalau dah buatkan mak terasa." Anisah tertunduk segan dengan mak mertuanya itu. Mak cik Timah cepat-cepat merangkul kemas tubuh Anisah. Terharu Anisah dibuatnya. Ahmad yang dari tadi melihat jauh gelagat mak dan isterinya itu menitiskan air mata.

Esoknya Anisah menolong Mak cik Timah di kebun. Anisah sudah puas menasihati Mak cik Timah supaya rehatkan saja diri. Biar dia saja melakukan kerja-kerja itu semua. Namun Mak cik Timah cepat menjawab dengan katanya kerja berkebun ini sudah biasa dengan hidupnya. Anisah hanya memandang mak mertuanya itu tanpa jawapan balas. Anisah bersungguh-sungguh menolong Mak cik Timah samada di kebun, dapur dan sebagainya. Perkara ini tidak berlaku kepada menantu-menantunya lain. Bukan bermaksud mereka itu malas. Tap tidaklah serajin Anisah ketika melakukan kerja. Mak cik Timah kelihatan gembira melihat keadaan Anisah yang rajin itu. Berbeza dengan biras Anisah yang lain.

Ahmad pula berada di ruang tamu membelek-belek kitabnya yang masih berbaki di rumah ibunya. Dia bercadang-cadang untuk membawa kitab yang masih berbaki itu ke rumah barunya. Banyak juga kitab-kitab Ahmad ketika mula-mula sampai ke bumi Malaysia dahulu. Ahmad pergi ke dapur tiba-tiba terserempak denga isterinya Anisah yang baru pulang dari kebun bersama ibunya.

"Rajinnya isteri abang ni. Tapi janganlah pulun sangat. Anis dah laa kulit gelap. Nanti gelap lagi." sapa Ahmad sambil berseloroh kepada isterinya itu.

"Yalaaa, yang hitam ni jugak lah abang nak kan?" balas Anisah seakan merajuk. Ahmad masih tersenyum. Dipeluk erat bahu Anisah.

"Alaaa, jangan lah merajuk.. Abang lawak ja la... Maaf yaa." pujuk Ahmad semula. Anisah mula menguntum senyum.

"Dik Mad, tolong mak pergi kedai kejap. Beli barang-barang sikit untuk makan tengahari nanti." suruh mak cik Timah. Ahmad menunduk patuh suruhan ibunya. Anisah pula pergi membersihkan diri. Mak cik Timah terus ke dapur.

"Maaaakk!!" jerit Anisah seusai keluar bilik air..


Bersambung....... Tunggu episod seterusnya.. :-)

24 June 2010

HIMPUNAN KARYA PENJEJAK ZAMAN.

Assalamualaikum semua.

Di sini sengaja penulis menghimpunkan kembali karya-karya yang pernah penulis ciptakan sebelum ini. Jika berminat, kawan-kawan boleh saja klik di link yang penulis sertakan itu untuk membacanya. Penulis memang minat menulis. Tambah-tambah lagi cerita pendek iaitu cerpen.

Ini diantara karya-karya penulisan yang pernah penulis hasilkan dahulu...

SESAL SEBUAH CINTA


ESOK MASIH ADA (episod 1)

ESOK MASIK ADA (episod 2)

ESOK MASIH ADA (episod akhir)

TILIKLAH DIRI SENDIRI DAHULU

DIALOG PELAJAR AL AZHAR BERSAMA SEORANG PAK CIK

KISAH SEORANG USTAZAH AL AZHAR BERSAMA SEKUMPULAN MAK CIK DAN ANAK DARA

YANG PALING DISAYANGI (episod 1)

YANG PALING DISAYANGI (episod 2)

sambungan episod 3 masih dalam pembikinan.

NEGARA 7 GUNUNG DAN POLITIK KOTORNYA

Selamat membaca... :-)

29 March 2010

NEGARA 7 GUNUNG DAN POLITIK KOTORNYA................




Bermulanya sebuah kisah........


Negara 7 Gunung adalah sebuah negara yang dipimpin oleh seorang presiden dan bersama 10 lagi menteri kabinetnya atau dikenali juga dengan nama Menteri Bersepuluh. Negara 7 Gunung juga bersempadan dengan beberapa buah negara di bahagian utara, selatan, barat dan timurnya. Negara2 jirannya juga merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi seperti negara 7 Gunung. Negara 7 Gunung mempunyai rakyat berjumlah 20 juta orang. Setiap tahun akan berlakunya pertukaran kerajaan. Maknanya berlaku pilihanraya bagi setiap tahun. Kini hanya tinggal beberapa bulan saja lagi untuk diadakan pilihanraya umum negara 7 Gunung yang ke 200 dari bermulanya tahun jatuhnya kerajaan beraja. Kerajaan beraja negara 7 Gunung jatuh pada 200 tahun yang lalu bila berjuta2 rakyat bangun memberontak. Setelah raja ditumbangkan, maka negara itu bertukar kepada sistem pemerintahan demokrasi berpaksikan dengan seorang presiden sebagai ketua kerajaan dan dibantu oleh para menteri bersepuluhnya.

Presiden negara 7 Gunung bernama Wira Tempur Kelibat Kilat. Nama sebenarnya ialah Kelibat Kilat. Wira Tempur adalah gelaran bagi mereka yang berjaya menduduki kerusi presiden negara. Setiap tahun kerusi presiden pasti bertukar ganti. Tahun ini sekali lagi akan menyaksikan seluruh kerusi menteri bersepuluh dan kerusi presiden akan dikosongkan dan akan digantikan dengan pemerintah baru. Masing2 menginginkan kerusi presiden dan kerusi menteri bersepuluh. Ini kerana Negara 7 Gunung kaya dengan sumber asli dari bumi. Untuk menggubal perlembagaan negara perlulah menguasai kerajaan walaupun dengan hanya memenangi majoriti 6 kerusi dari sepuluh kerusi jawatan menteri bersepuluh dan kerusi presiden, itu sudah cukup untuk memerintah negara 7 Gunung.

Ketika ini, di bilik rahsia pejabat presiden negara 7 Gunung sedang menyaksikan Wira Tempur Kelibat Kilat sedang bermesyuarat bersama kesemua menteri bersepuluhnya. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan beberapa perkara berkenaan pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi..

"Kita kena kekalkan kerajaan kita yang ada ini.." kata Presiden negara 7 Gunung iaitu Wira Tempur Kelibat Kilat kepada semua ahli mesyuaratnya.

"Maksud tuan presiden??" celah seorang menteri dari menteri bersepuluh yang bernama Pangeran Hati Muda. Dia memegang portfolio sebagai pengawal harta negara.

"Maksudnya, kita kena calonkan mereka dari kalangan orang kita saja. Orang yang sama fikrah dengan kita saja. Mana2 calon yang dicalonkan dari bukan orang2 kita, pastikan mereka itu kalah dalam pilihanraya nanti..." jelas presiden negara 7 Gunung itu. Sebahagian ahli mesyuarat tercengang. Ada menteri lama yang reaksi mukanya biasa saja. Seolah2 taktik ini telah lama diguna pakai di dalam sistem pilihanraya negara 7 Gunung.

"Ini bukan demokrasi namanya tuan presiden..." rungut seorang lagi menteri dari menteri bersepuluh iaitu Pangeran Jiwa Tandus. Dia memegang porfolio penjaga harta awam. Bukan dia saja yang menunjukkan reaksi tidak puas hati. Bahkan 3 orang lagi menteri dari menteri bersepuluh menunjukkan reaksi yang sama. Keadaan mesyuarat sedikit gamat setelah kedengaran suara2 yang mencelah. Wira Tempur Kelibat Kilat kelihatan tenang. Dia seolah2 sudah biasa menghadapi situasi seperti itu. Dia meneruskan lagi kata2nya..

"Kaedah ini telah lama kita gunakan sejak berpuluh2 generasi yang lepas. 100 tahun yang lepas kerajaan kita pernah mengalami kekacauan akibat kuasa negara diambil oleh mereka yang tak sama fikrah..." sambung Wira Tempur Kelibat Kilat lagi. Semua hadirin memaku tepat ke arahnya..

"Dan tahun ini kita akan gunakan lagi kaedah ini. Kita tak boleh lenyapkan amalan warisan kita selama berpuluh2 generasi ini. Kita perlu memastikan kuasa pemerintahan dipegang oleh orang2 kita.." kata Wira Tempur Kelibat Kilat sambil meminum air.

"Tapi bukankah semua rakyat2 kita adalah mereka yang sama fikrah dengan kita, tuan presiden?" tanya Pangeran Pasir Berbisik iaitu salah seorang dari menteri bersepuluh yang memegang portfolio sebagai pengawal luar negara. Wira Tempur Kelibat Kilat hanya memandangnya sinis.

"Tidak, mereka hanya bertopeng saja. Kebanyakan dari rakyat2 kita adalah musuh dalam selimut yang perlu kita singkirkan!" tegas Wira Tempur Kelibat Kilat..............


1 bulan kemudian, Wira Tempur Kelibat Kilat memanggil tergesa2 kesemua menteri bersepuluhnya untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

"Pangeran Rimbunan Daun, cuba kamu bacakan siapakah calon2 pilihan kita dan bukan pilihan kita.." suruh Wira Tempur Kelibat Kilat kepada salah seorang menteri bersepuluh yang menjawat jawatan pengawal dalam negara.

"Saya cuba ringkaskan tuan presiden. Kesemua calon yang bertanding dalam pilihanraya umum kali ini seramai 15 orang. 11 daripadanya ialah calon2 pilihan kita. Dan selebihnya ialah calon2 pilihan rakyat yang tidak puas hati dengan pemerintahan kita." jelasnya.

"Kamu semua tengok! Apa dah jadi sekarang? Selama ini calon2 kita semuanya menang tanpa bertanding. Tapi sekarang ada rakyat yang berani meletakkan calon pilihan mereka. 4 orang calon ialah mereka yang sering mengkritik kerajaan kita. Kamu semua nak tengok kerajaan kita ini hancur jika mereka yang mengambil alih kerajaan??" soal Wira Tempur Kelibat Kilat kepada semua menteri bersepuluhnya. Mereka tertunduk sebentar. Tiba2 bangun seorang menteri iaitu Pangeran Jiwa Tandus.

"Tuan presiden. Mereka yang bukan dari calon pilihan kerajaan itu juga ada hak sebagai rakyat negara 7 Gunung. Mereka layak untuk mengundi dan diundi. Lagipun kritikan mereka itu selama ini untuk kebaikan kerajaan kita juga. Saya kenal benar dengan kesemua calon2 pilihan rakyat itu. Mereka tak ada niat untuk jatuhkan kerajaan apatah lagi nak jahanamkan negara kita ini!" bentak Pangeran Jiwa Tandus. Marah benar dia. Bangkit seorang menteri cuba menenangkannya.

"Kita ini negara demokrasi. Kenapa perlu buat begini? Kenapa kita takut dengan bayang2 sendiri?? Bukankah cara kita ini boleh menimbulkan kemarahan rakyat besar2an??" celah Pangeran Hati Muda pula. Dia juga bangun sebagai tanda tidak puas hati dengan presiden negara 7 Gunung itu. Seorang lagi menteri bangun iaitu Pangeran Pasir Berbisik.

"Ini zalim kepada rakyat kita. Saya tak puas hati. Salah cara ini. Kalau kita betul2 berani, biar rakyat yang tentukan dalam pilihanraya nanti. Kenapa perlu gunakan cara kotor ini hanya kerana nak menangkan calon2 pilihan kerajaan saja??" bentak Penggiran Pasir Berbisik pula. Tiba-tiba 3 orang menteri dari menteri bersepuluh iaitu Pangeran Jiwa Tandus, Pangeran Hati Muda dan Pangeran Pasir Berbisik bertindak keluar dari dewan mesyuarat sebagai tanda ketidakpuas hatian mereka dengan tindakan Wira Tempur Kelibat Kilat itu.

"Biarkan mereka keluar.." tegur Wira Tempur Kelibat Kilat setelah melihat Pangeran Rimbunan Daun ingin menghalang ketiga2 menteri itu dari keluar dewan.

"Sekarang ini kita atur strategi bagaimana nak singkirkan 4 orang calon yang bukan pilihan kita itu. Baik, Pangeran Mahkota Sari, saya nak dengar pendapat kamu tentang hal ini. Sila kan beri pendapat." Wira Tempur Kelibat Kilat mula menyuruh menteri kanannya itu untuk memberikan cadangan. Pangeran Mahkota Sari yang memegang portfolio menteri kanan negara 7 Gunung mula membetulkan kerusinya untuk memberikan cadangan.

"Begini tuan presiden... Kita boleh pengaruhi rakyat2 kita supaya mengundi calon2 pilihan kita. Hakikatnya kita mampu untuk kalahkan calon2 lain itu dengan cara terus. Tapi kita tak mahu nanti rakyat dapat hidu cara kita ini. Jadi kita kena gunakan tipu muslihat untuk menyingkirkan mereka. Tapi sebelum itu tuan presiden.. Ada sedikit masalah yang berlaku di kalangan calon2 pilihan kita.." tiba2 Pangeran Mahkota Sari mempersoalkan 1 perkara.

"Apa dia?" tanya tuan presiden.

"Jawatan menteri bersepuluh hanya ada 10 kerusi. Tapi calon2 kita sekarang ini ada 11 orang. Jadi menjadi masalah kepada rakyat untuk memilih calon2 kita. Ini kerana boleh menyebabkan berlakunya pecah undi. Dan kita nak berkempen untuk memenangkan calon2 kita akan jadi susah. Harap tuan presiden faham maksud saya ini." balas Pangeran Mahkota Sari.

"Betul juga kata kamu itu. Jika 11 orang calon kita bertanding, maka kempen kita untuk meyakinkan rakyat2 kita menjadi susah. Rakyat2 kita akan jadi serba salah untuk mengundi calon yang mana dari calon2 kita. Jika calon2 kita sudah cukup 10 orang maka senang lah untuk kita singkirkan terus 4 orang calon bukan pilihan pemerintah itu. Jadi bagaimana untuk selesaikan masalah ini wahai menteri kanan?" Wira Tempur Kelibat Kilat sedikit berkerut keningnya bila mengenangkan masalah lain mula timbul.

"Tuan presiden. Bila kita ada calon yang cukup2 untuk mengisi kerusi menteri bersepuluh maka senang lah kerja kita untuk menyingkirkan 4 orang lagi calon lain itu. Jadi saya cadangkan supaya kita suruh salah seorang dari calon pilihan kita itu tarik diri.. Bagaimana?? Tuan presiden setuju?" Pangeran Mahkota Sari memberikan idea dalam memastikan 4 orang lagi calon2 lain itu tersingkir. Wira Tempur Kelibat Kilat mula menguntum senyum bila mendengar cadangan dari menteri kanannya itu.

"Baik, bagus cadangan itu. Saya mahu kamu pujuk seorang calon kita itu untuk tarik diri. Jangan beritahu apa2 pada SPR. Biar calon itu sendiri yang beritahu pada SPR bahawa dia nak tarik diri. Kalau tidak kita nanti boleh di dakwa di mahkamah antarabangsa kerana cuba mempengaruhi calon. Ingat! Ini projek rahsia kita. SPR pun tak tahu. Sebab itu sampai sekarang SPR nampak kita bersih. Tak ada penyelewengan yang berlaku. Ha ha ha ha ha ha ha!!" gegak gempita dewan mesyuarat bila presiden negara 7 Gunung itu ketawa sepuas2nya. Menteri bersepuluh yang lain hanya tengok saja.

"Baik tuan presiden. Esok juga saya akan suruh seorang calon pilihan kita itu untuk tarik diri. Dan nanti saya akan cuba ciptakan alasan yang sesuai kenapa calon itu tarik diri. Sekarang tugas para menteri yang lain menggunakan segala alat eletronik dan media untuk mempengaruhi rakyat supaya mereka mengundi calon2 kita. Ingat, hanya 10 calon ini saja nama2 mereka tersiar ketika berkempen." Pangeran Mahkota Sari benar2 telah memainkan peranannya sebagai menteri kanan bagi negara 7 Gunung.

"Nanti!" tiba2 Wira Tempur Kelibat Kilat bersuara deras. Semua ahli jemaah menteri terkesima.

"Saya ada cara lain lagi untuk memastikan 4 orang lagi calon 'penyibuk' itu kalah dalam pilihanraya umum nanti. Perkara ini kita kena lakukan senyap2. Jangan sampai pihak SPR dapat tahu.." Wira Tempur Kelibat Kilat pula memberikan cadangannya.

"Apa dia tuan presiden?" soal salah seorang dari menteri bersepuluh itu, Pangeran Indera Muda.

"Begini, kita cuba ugut rakyat2 kita supaya jangan mengundi calon2 lain itu. Tapi kita ugut dengan cara lembut. Jangan bagi nampak sangat. Kita cuba buruk2kan calon dengan mengatakan bahawa jika 4 orang calon lain itu berjaya naik kerusi menteri bersepuluh, negara kita boleh jadi huru hara dan ceritalah lagi apa2 pun supaya rakyat mula menaruh syak wasangka kepada mereka." cadangan dari presiden negara 7 Gunung.

"Saya ada cadangan lain tuan presiden.." celah Pangeran Rimbunan Daun.

"Apa dia?" soal Wira Tempur Kelibat Kilat pula.

"Apa kata kalau kita sengaja ciptakan propaganda di negara2 jiran kita dengan mengatakan bahawa 4 orang calon lain itu adalah mereka dari fikrah lain atau cawangan parti pembangkang di negara2 jiran kita ini. Jadi bila sudah tersebar cerita ini ke negara jiran kita, tentu mereka akan bersimpati dengan negara kita kerana kita sedang menghadapi musuh yang sama di negara mereka. Maka ketika itu nanti, 4 orang calon lain itu pasti akan tertekan dengan desakan negara2 jiran kita itu. Ketika itu nanti ramai rakyat dari negara2 jiran akan bersimpati dan tak mahu negara kita ini akan jatuh ke tangan calon2 lain itu.." Pangeran Rimbunan Daun mula membetulkan kedudukannya di atas kerusi setelah memberikan cadangan tadi.

"Tak sia2 saya melantik kamu. Ha ha ha ha ha ha ha!!" Wira Tempur Kelibat Kilat ketawa deras.



Kini mula tersebar berita di negara2 jiran yang mengatakan 4 orang calon yang lain dari 14 orang calon yang bertanding ada rancangan untuk menjatuhkan kerajaan 7 Gunung. Ramai rakyat di seluruh negara masing2 mula kasihan dan simpati kepada negara 7 Gunung. Mereka juga mula mempengaruhi rakyat2 negara 7 Gunung supaya tidak memilih calon2 tersebut. 4 orang calon tadi yang bukannya pilihan kerajaan mula sedar dengan tindakan ini. Namun mereka tidak ada bukti untuk dilaporkan kepada pengerusi SPR. Mereka laluinya dengan hati yang tabah. Ejen2 kerajaan mula mempengaruhi rakyat2 7 Gunung dengan cerita yang pelbagai tentang diri 4 orang calon yang bukan pilihan kerajaan itu. Pelbagai cerita direka untuk memastikan 4 orang calon itu kalah dalam pilihanraya umum ke 200 itu nanti. Cerita yang paling hangat ialah '4 orang calon itu adalah fikrah songsang dan nak jatuhkan kerajaan 7 Gunung'.. Sungguh melampau dakwaan itu. 3 orang menteri dari menteri bersepuluh iaitu Pangeran Pasir Berbisik, Pangeran Hati Muda dan Pangeran Jiwa Tandus itu sudah dapat menghidu bahawa ini semua rancangan presiden negara 7 Gunung iaitu Wira Tempur Kelibat Kilat. Mereka juga tidak mampu untuk lakukan apa2. Media eletronik digunakan sepenuhnya oleh pihak kerajaan untuk memburukan 4 orang calon itu. Jika ada rakyat yang ingin mengundi 4 orang calon itu, mereka pasti akan dipulau atau disisih oleh kerajaan. Jadi rakyat makin takut untuk berhadapan dengan situasi sebegitu. Ada yang diugut dan sebagainya.

Akhirnya tibalah saatnya pada hari mengundi. Hari ini menyaksikan peristiwa bersejarah bagi rakyat negara 7 Gunung kerana akan bertukar kerajaan. Proses pengundian berlaku. Tiada masalah apa2. Tiba2 wakil kerajaan sempat lagi menghasut pengundi supaya mengundi calon2 pilihan kerajaan saja. Sedangkan jika mengikut undang2 negara 7 Gunung bahawa ketika hari mengundi dilarang sama sekali untuk berkempen. Tapi tindakan wakil kerajaan itu tidak disedari oleh pihak SPR. Ada rakyat yang tidak kenal langsung dengan calon2 kerajaan itu, tapi dipaksa oleh ejen2 kerajaan supaya mereka mengundi saja calon2 pilihan kerajaan. Rakyat tidak mampu buat apa2 selain buat apa saja yang di suruh oleh ejen2 kerajaan itu. Setelah tamat masa mengundi, malamnya itu tibalah waktu pengumuman siapakah mereka yang berjaya memenangi pilihanraya umum negara 7 Gunung.

SPR mula membacakan nama2 pemenang. Seperti biasa. Calon2 pilihan kerajaan pasti menang. 4 calon bukan pilihan kerajaan pun tersingkir. Maka bergembiralah rakyat2 dan menteri2 yang pro presiden Wira Tempur Kelibat Kilat itu kerana calon2 boneka mereka telah menang. Bagi 4 calon yang tersingkir itu, mereka dari awal lagi sudah menjangkakan kekalahan mereka itu. Bagi mereka, inilah pengalaman mereka berhadapan dengan pilihanraya yang paling kotor. Dunia melihat perjalanan pilihanraya negara 7 Gunung seperti biasa dan tiada apa2 iaitu demokrasi terpimpin. Tapi hakikatnya pemerintah 7 Gunung iaitu presiden bersama menteri bersepuluhnya mengamalkan politik kotor dalam sejarah tamadun manusia. Untuk memenangkan calon2 pilihan kerajaan, mereka akan melakukan apa2 saja. Hakikatnya mereka boleh kalahkan calon2 lain yang masuk bertanding dengan mudah sekali. Tapi mereka terpaksa gunakan segala tipu muslihat untuk mengaburi mata dunia dan SPR. Dan akhirnya dunia dan pihak SPR melihat pilihanraya umum negara 7 Gunung aman dan adil saksama. Hakikatnya tidak. Itulah dia negara 7 Gunung. Tidak tahu sampai bila penyelewengan ini akan terus berlaku. Apa yang peliknya ialah jumlah majoriti kiraan undi bagi setiap calon2. Calon2 yang menang iaitu calon2 pilihan kerajaan semuanya menang dengan majoriti 15 juta undi. Tapi lain pula jumlahnya bagi 4 orang calon yang kalah itu. Hanya mendapat 10 ribu undi saja atau lebih sedikit. Secara puratanya keempat2 calon yang kalah itu sama saja jumlah undi yang mereka dapat.

Di sini berlakunya kelemahan dalam rancangan jahat pemerintah. Iaitu mereka tak sedar bahawa jumlah yang sedikit yang diperolehi oleh calon2 yang kalah itu telah membuktikan bahawa sememangnya keempat2 calon yang kalah itu telah diboikot di dalam pilihanraya yang berlangsung tadi. Jika rakyat masih tak nampak lagi penyelewengan itu, maknanya rakyat takut dengan kerajaan yang ada sekarang dan akan datang. Walaupun pemerintahan bertukar ganti setiap tahun, tapi hakikatnya pemerintah2 yang ada ialah mereka yang sama. Mewarisi pemerintahan generasi2 dahulu. Walaupun jasad tak sama. Tapi pemikiran tetap sama. Dan hari ini juga menyaksikan bahawa pemerintah yang baru naik itu adalah boneka bagi kerajaan dahulu dan seterusnya. Terus menjadi boneka bagi kerajaan negara 7 Gunung sejak 200 tahun yang lampau............................ Tamat cerita..

25 January 2010

YANG PALING DISAYANGI......(episod 2)

Sambungan dari yang lepas...........


Sudah seminggu Anisah menjadi isteri kepada Ahmad. Dia kelihatan begitu seronok setelah bergelar 'yang halal' di sisi Ahmad. Ahmad pula begitu gembira, kerana akhirnya penantiannya selama ini ingin memperisterikan Anisah menjadi kenyataan. Kalau dulu Ahmad terpaksa menunggu Anisah tamatkan dahulu pengajian Qiroatnya di Mesir, kini dia sudah mampu tersenyum puas dengan apa yang telah dikecapinya.... Memiliki Anisah. Seorang gadis yang dicintainya. Ahmad mendapat kerja sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah agama rakyat di negeri kedah. Sama juga seperti Anisah. Berkerja di sekolah yang sama. Walaupun berkerja di negeri yang lain, tapi sebenarnya daerah itu dekat saja dengan rumah Ahmad. Hanya mengambil masa 1 jam lebih saja untuk ke daerah tersebut. Kini Ahmad terpaksa berjauhan semula dengan mak cik Timah. Dia sudah menyewa sebuah rumah di Kedah. Yang berhampiran dengan sekolahnya. Mudahlah untuk dia dan isteri berulang alik ke sekolah. Mak cik Timah sememangnya mengizinkan Ahmad berjauhan dengannya. Tapi jauh di lubuk hatinya akan kesunyian lagi. Sudahlah abang2nya duduk berjauhan dengannya, ditambah pula Ahmad yang merupakan anak bongsu mak cik Timah juga akan berjauhan dengannya. Sedih memang sedih. Namun dia juga tidak boleh mengharapkan Ahmad duduk di sampingnya saja. Ahmad juga punya hak dan tugas. Dia bukan keseorangan lagi kini. Sudah berkeluarga. Kini mak cik Timah keseorangan lagi. Cucu2nya bukan selalu pulang ke kampung. Jika ada majlis atau perayaan saja mereka akan pulang ke kampung. Ketika itu keriangan mak cik Timah mula mekar kembali. Melihat telatah anak cucunya begitu menghiburkan hati. Anisah beruntung kerana mendapat ibu mertua yang baik hati seperti mak cik Timah. Walaupun dia tidak cantik seperti menantu2 mak cik Timah yang lain. Tapi mak cik Timah tidak pernah membeza2kannya. Bahkan baik sungguh mak cik Timah terhadapnya. Anisah tidaklah terasa asing sangat. Lagipun dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu. Ayah dan ibunya meninggal ketika dia masih kecil. Mujurlah dia punyai kakak,abang dan ibu2 saudara yang pedulikannya. Kini dia sudah punya mak cik Timah yang seperti ibunya sendiri.... Akan dikhidmatnya seperti ibunya sendiri.....


"Nanti jangan lupa selalu jenguk2 mak di sini yaa dik Mad? Anisah,kalau dik Mad lupa kat mak, kamu tolong cubit telinga dia yaa??" pesan mak cik Timah sambil berseloroh. Anisah memahami maksud ibu mertuanya itu walaupun dalam gurauan kata2nya itu.

"Ye maaak, dik Mad dok dekat ja dengan mak. Sejam lebih ja kalau nak balik kampung. Mak jangan risau yaaa...." balas Ahmad. Dia tersenyum sambil mempelawa isterinya menaiki kereta proton wira nya.

Dalam perjalanan pulang ke Kedah, Ahmad tak henti2 menceritakan tentang ibunya itu. Ibunya seorang yang mesra. Walaupun baru kenal, tapi keramahan dan kemesraannya seperti sudah lama kenal. Anisah mengangguk faham dan dia juga akuinya.

"Ye laa bang. Anis sampai jadi segan kat mak sebab mak baik sangat. Patut lah anak dia yang sorang ni pon baik juga.. Ikut mak dia laa ni..." kata Anisah sambil memegang lembut bahu suaminya itu.

"Amboi, ada apa2 ka ni dok puji2 abang ni? Anak dia ni jangan dok kata dah. Memang baik pon. Hihihih.." balas Ahmad pula mengusik Anisah.

"Eleh, anak dia ni perasan ja lebih. Hihihihih." ujar Anisah pula sambil menumbuk lembut lengan Ahmad.

"Ishh, abang tengah bawa keta ni kan??" Anisah cepat2 berhentikan tumbukan mesranya itu.

"Kalau abang ni tak baik, macamanalah ustazah qiroat Mansurah ni nak kat abang kan? Hehehehe...." Ahmad dengan sengaja lagi mengusik mesra isterinya itu. Mereka berdua tertawa kecil bersama.......



Di kampung...... Mak cik Timah termanggu seorang diri di meja makan dapur rumahnya. Tiada teman di sisi. Anak cucu sudah pulang ke rumah masing2. Anak yang bongsu pun baru saja selesai mendirikan rumah tangga. Mak cik Timah benar2 kesunyian. Terasa saja ingin tinggal bersama dengan anak2nya yang lain. Tapi takut menyusahkan mereka pula. Makan minum seorang diri. Kalau ada cucu boleh juga aku bermain dengan mereka. Bisik hati kecilnya... Air matanya mula menitis tatkala mengenangkan kembali kenangan indah bersama suaminya dahulu. Ketika mereka mula2 berkahwin dahulu dan mempunyai anak seterusnya kini mereka sudah punyai menantu dan cucu. pelbagai dugaan dan karenah mereka hadapi bersama. Dari anak2 kecil sehinggalah mereka msing2 sudah berjaya. Mak cik Timah sedikit terkilan kerana Ahmad tidak sempat melihat abahnya buat kali terakhir. Abang2nya yang lain semua ada di sisi abahnya ketika arwah hampir2 menghembuskan nafas yang terakhir. Ahmad masih di Universiti Al Azhar ketika itu. Perlahan2 mak cik Timah mengelap air matanya....

"Dah besar semua anak2 ku... Mak harap kamu jadilah anak2 yang berguna untuk agama, bangsa, negara dan keluarga kamu sendiri... Mak doakan... Untuk anak2 mak semua....." doa kudusnya dalam hati. Air matanya masih mengalir.......


* * * * * * * * *


"Abang..... Dah seminggu kita tak tepon mak ni. Biar saya tepon yaa bang?" tegur Anisah pada Ahmad yang khusyuk membaca surat khabar.

"Ya laaa... Pergi amek tepon kejap.. Ish macamana boleh lupa ni.." Ahmad cepat2 membetulkan kedudukannya untuk menelefon ibunya di kampung.

"Assalamualaikum mak.... Mak wat pa tu?? Sihat ka??" perbualan pertama Ahmad. Anisah ada di sisinya mendengar penuh sabar.

"Waalaikumussalam.... Yaaaa, anak mak dik Mad. Mak tak buat apa pon. Baru tadi pergi cangkul ubi kayu di belakang rumah tu.. Mak sihat jaa.... Kamu berdua laki bini sihat ka??" balas mak cik Timah ringkas.

"Alhamdulillah kami sihat.. Mak, kenapa dok wat lagi kerja2 berat tu? Mak rehat ja di rumah. Nanti mak sakit camna? Mak rehat saja yaa?" kata Ahmad pula.

"Takpa... Mak bukan apa. Mak bosan dok sorang2 ni. Tu yang dok wat kerja sikit2 ni. Dik Mad jangan risau yaa? Mak ok jaa.." mak cik Timah cuba meyakinkan Ahmad kembali.

"Yalaa mak. Mak jangan wat keja berat yaaa? Kami risau ni mak. Insya Allah minggu depan kami balik kampung. Ahmad rindu laa kat mak." Ahmad mula stabil kembali setelah mendengar kata2 ibunya itu..

"Apa pulak dia sorang ja rindu kat mak?? Anis pon rindu juga laaa.. Abang ni pon.." tiba2 Anisah mencelah.

"Eh, ni mak... Menantu mak ni pon rindu kat mak juga. Dia marah bila saya sebut saya sorang ja yang rindukan mak. Hehehehe." sempat lagi mengerling pada isterinya. Anisah pula cubit2 lembut pinggang Ahmad.....

Mak cik Timah begitu seronok bila Ahmad anaknya menelefonnya tadi. Anak2nya yang lain kurang pula menghubunginya... Mungkin mereka sibuk dengan kerja. Getus hati kecilnya. Bertambah seronok hatinya bila mendapat tahu bahawa Ahmad serta Anisah akan pulang ke kampung menziarahinya. Awal2 lagi dia sudah membayangkan lauk kegemaran Ahmad iaitu sambal belacan dan ikan talang masin. Mak cik Timah kadang2 pelik juga dengan lauk kegemaran Ahmad ini. Begitu ringkas lauk yang menjadi kegemarannya. Mak cik Timah tersenyum sendirian.


"Abang ni, Anis jugak anak mak. Anis pon rindu jugak kat Mak. Bukan abang sorang ja.." rajuk Anisah.

"Alaaa2.. Yee,yee.. Anis pon anak mak. Alaa, janganlah merajuk. Nanti abang bawa pergi pasar malam ek?" pujuk Ahmad kembali. Anisah masih menunduk muka tanda merajuk dengan Ahmad..


* * * * * * * * *


Malam bertandang sepi.. Anisah masih di birai katil. Hatinya sedih bila mengenangkan kembali ibu bapanya. Dia tidak sempat menatap secara langsung wajah mereka. Ketika ibu bapanya meninggal dunia, Anisah masih kecil. Tidak tahu apa2. Tiba2 saja manik2 jernih mengalir perlahan gugur di pipinya. Ahmad baru masuk ke bilik. Dia pelik dengan keadaan isterinya itu. Anisah mula menyedari kehadiran suaminya itu. Cepat2 dia mengesat kembali air matanya. Ahmad sudah menyedari bahawa Anisah sedang menitiskan air mata. Lantas dia melabuhkan punggung di samping Anisah. Tangannya perlahan2 memeluk erat bahu Anisah.

"Kenapa ni sayang? Menangis pulak malam2 ni.. Ada masalah apa?? Bagitau laa abang." perlahan Ahmad menegur Anisah. Anisah seolah mengelak dari memberikan jawapan.

"Tak ada apa lah abang. Anis cuma teringat kembali pada mak ngan abah Anis. Anis tak sempat tatap wajah mereka. Waktu mereka meninggal dunia dulu, Anis masih kecil. Anis tak tahu apa2.. Bila melihat betapa bahagianya abang ngan mak, Anis betol2 sedih. Sebab tak sempat rasai kebahagiaan dari sorang ibu dan abah macamana abang rasa..." lemah bicaranya.

Ahmad menambah lagi eratan pelukannya itu. Dia cuba memujuk hati isterinya itu. Dia cuba menyelami perasaan Anisah kala ini. Kalau boleh dia juga ingin merasainya seperti mana Anisah rasa.

"Tak mengapa lah Anis... Sekarang ini Anis ada abang. Ada mak. Abang lah tempat Anis mengadu segala masalah. Sekarang Anis ada peluang untuk berbakti sungguh2 pada mak abang tu macam mak Anis sendiri. Kalau abang mati, Anis lah yang bakal menjaga mak abang tu pulak.." pujuk Ahmad. Anisah terus mengangkat kepala bila mendengar Ahmad menyebut tentang mati tadi.

"Apa abang ni... Sebut pasal mati pulak. Tak suka laa camni." kata Anisah sambil merengek manja.

"Betol laa sayang. Mati itukan pasti. Kita tak tahu kita akan mati bila. Ok lah, abang tak cakap camtu dah. Sekarang ni Anis berkhidmatlah sungguh pada abang dan mak abang. Ni lah peluang yang Anis ada. Anis kan isteri abang......" Anisah mengangguk faham. Hatinya sedikit berbunga harapan. Terasa bahagia dan terharu bila Ahmad memberi kata2 semangat dan memujuk hatinya.

"Yaa abang... Anis akan jaga abang dan mak selagi Anis masih bernafas...... Anis tak da siapa dah melainkan abang dan mak yang Anis sayangi seperti mak Anis sendiri ini..."

"Camnilah isteri abang. Anis jangan risau yaaa...." Ahmad tidak henti2 mengesat air mata yang mengalir di pipi lembut isterinya itu. Anisah mula menguntum senyum. Terasa bahagia sangat bila bersama Ahmad, suami tercinta.......................... Bersambung.......




Akan datang episod seterusnya......

9 January 2010

YANG PALING DISAYANGI......





Mak cik Timah punyai 5 orang anak. Kesemuanya lelaki. 4 orang dari mereka sudah berkahwin. Yang tinggal hanyalah Ahmad yang baru saja tamat belajar di Universiti Al Azhar, Mesir. Kehidupan mak cik Timah begitu bahagia dengan kehadiran menantu dan cucu. Tambahan pula telahan dari cucu2nya begitu menghiburkan hati. Suami mak cik Timah sudah meninggal dunia 3 tahun yang lalu akibat sakit tua. Mak cik Timah pun sudah berusia. Walaupun sudah menjangkau 60 'an, dia masih kuat untuk melakukan kerja2 rumah. Anak2 dan menantu masing2 tinggal berjauhan dengannya. Ahmad sebagai anak bongsu yang belum mendirikan rumah tangga menjadi peneman bagi ibunya itu. Sepeninggalan Ahmad ketika menuntut ilmu dahulu sedikit sebanyak mengosongkan hati mak cik Timah tanpa anak sebagai peneman sehari2 hidupnya. Anak2nya yang lain bukannya tidak pulang menjenguknya, cuma tidak selalu. Namun bagi mak cik Timah, semua itu tidak mengecewakannya kerana dia faham dengan tugas anaknya masing2.

Hari ini ketika mereka berhimpun beramai2 kesemua adik beradik, mak cik Timah bertanyakan 1 soalan pada Ahmad. Abang2 dan kakak2 iparnya menumpu perhatian kepada soalan tersebut.

"Dik Mad, kamu bila nak kawen? Umur kamu pon bukannya muda lagi. Dah masuk 25 dah kan. Dah setahun lebih kamu balik Malaysia ni. Tak berasa nak cari isteri ka?" soal mak cik Timah.

Ahmad terdiam seketika. Adik beradiknya yang lain semua tertumpu padanya. Benar, hanya tinggal Ahmad seorang lagi yang masih bujang. Mungkin sudah sesuai untuk dia berumah tangga. Ahmad masih menundukkan kepala.

"Kalau dik Mad betol2 nak kawen, kak boleh tolong carikan.." celah kakak ipar sulong Ahmad, puan Suraya.Seorang lepasan UIA. Dik Mad merupakan panggilan manja bagi Ahmad dalam keluarganya.

"Dik Mad memang nak kawen dan calon pon dah ada. Cuma nak ajak mak dan abang2 pergi meminang jaa.. Boleh?" balas Ahmad lembut.

"Laaaa,kenapa dik Mad tak bagitau awal2? Kan senang kalau bagitau awal2 jaa. Tak payahla mak nak tanya2 dah...Anak teruna mak ni dah ada yang punya yaaa." balas mak cik Timah sambil disertai gelak tawa abang2 dan kakak2 iparnya. Ahmad tersipu2 malu.

Esoknya, Ahmad menghubungi keluarga sebelah perempuan menyatakan hasratnya itu. Akhirnya keputusan dari keluarga si perempuan ialah Ahmad boleh datang dengan keluarganya minggu depan sebagai rombongan meminang bakal isterinya itu.

Anisah, bakal isteri Ahmad kelihatan resah dan gementar untuk menyambut rombongan meminang nanti. Dia berasa malu dengan kekurangan yang ada pada dirinya itu. Ketika di Mesir dahulu, Ahmad pernah mentaqdimnya. Namun ketika itu dia menolak sopan pelawaan Ahmad kerana ingin menghabiskan dahulu pengajian Qiroatnya. Bukan dia tak terima sepenuhnya lamaran Ahmad, cumanya dia tak mahu berkahwin lagi ketika dalam pengajiannya di Mesir. Setelah setahun lebih dia dan Ahmad pulang ke Malaysia pada tahun yang sama, kini tiada alasan lagi untuk dia menolak lamaran Ahmad.

Hari yang ditunggukan pun sudah tiba. Ahmad telah sampai bersama2 rombongan keluarganya yang lain walaupun tak semua abang2nya hadirkan diri. Hanya 2 orang saja abang2nya yang mampu hadirkan diri dan seorang bapa saudaranya untuk majlis meminang yang bakal berlangsung. Anisah masih berada di dalam bilik. Ahmad pula tidak keluar dari kereta. Mengikut adat orang melayu, pasangan lelaki tidak boleh hadir bersama ketika proses meminang berlangsung. Ahmad mengambil keputusan duduk di dalam kereta sahaja. Bapa saudara Ahmad, pak ngah Chop sibuk berbincang dengan wakil pihak perempuan. Dia menjadi wakil dari pihak keluarga lelaki. Mak cik Timah melihat dengan tekun dan penuh sabar. Akhirnya semua sudah sepakat. Wang hantaran sebanyak RM 6000, mas kahwin sebanyak RM 200 dan tempoh pertunangan selama 3 bulan saja. Tibalah pula sesi untuk menyarungkan cincin pertunangan pada si perempuan merangkap tunang kepada Ahmad iaitu Anisah. Ketika dia muncul dari bilik berdekatan semua mata tertumpu ke arahnya. Mak cik Timah sedikit terkejut kerana inilah kali pertama melihat bakal isteri anaknya itu. Adik beradik Ahmad yang lain pun sedikit terkejut. Namun mereka cepat2 sembunyikan perasaan dan gelagat mereka ditakuti keluarga sebelah perempuan sedar dengan kelakuan mereka itu.

"Kenapalah si Ahmad ni pilih pompuan camni? Hitam sungguh orangnya... Warna kulit sama ngan negro ja pon..' bisik hati kecil mak cik Timah. Benar, Anisah berkulit gelap. Hanya bibirnya saja kelihatan kemerah2an. Jika dibandingkan dengan orang afrika yang berkulit gelap itu hampir sama warnanya. Begitulah keadaan sebenar Anisah. Anisah tertunduk malu sambil duduk betul2 di hadapan mak cik Timah. Mak cik Timah memeluk erat bakal menantunya itu setelah cincin disarungkan...


Ketika dalam perjalanan pulang, mereka masing2 membatukan diri. Ahmad mula menyedari kelakuan mereka itu. Dia juga diam seribu bahasa. Dia seolah2 sudah tahu bahawa keluarganya pasti terkejut melihat bakal isterinya itu tadi. Satu perkataan pun tidak terpacul dari mulut masing2. Ahmad sengaja tidak mahu bertanya apa2. Tunggu saja bila sampai ke rumah nanti. Sampai saja di rumah, masing2 rehatkan diri. Perjalanan yang memakan masa selama hampir 2 jam itu begitu memenatkan mereka. Anisah berasal dari utara tanah air. Sama seperti Ahmad. Walaupun dalam negeri yang sama, tapi kedudukan rumah mereka agak jauh sedikit. Dan Ahmad lah satu2nya anak mak cik Timah yang bakal beristeri dengan orang dekat saja. Jika dibandingkan dengan abang2nya yang lain kebanyakan dengan orang jauh. Abang Longnya berkahwin dengan orang Pahang. Abang Ngahnya pula berkahwin dengan orang Selangor. Abang Langnya berkahwin dengan orang Kelantan. Dan abang Tehnya pula berkahwin dengan orang Perlis. Ahmad pula bakal beristeri dengan orang 1 negeri iaitu Perak.

Malam bertandang hening. Mak cik Timah memanggil Ahmad untuk bercakap sedikit beberapa perkara. Adik beradiknya yang lain termasuklah 2 orang kakak iparnya ada bersama. Cucu2 mak cik Timah yang masih kecil sudah tidur nyenyak. Semua adik beradik sudah bersila dan bersimpuh di depan mak cik Timah. Masing2 memaku tepat pandangan ke arah mak cik Timah.

"Dik Mad, mak nak tanya betol2 ni. Betol ka dik Mad nak kat Anisah tu? Mak nak, dik Mad jawab sungguh2 depan mak ni." soal mak cik Timah. Soalan yang memaksa Ahmad memikirkan lebih dalam untuk menjawabnya.

"Yaa mak, dik Mad memang nak sungguh kat Anisah tu. Takkan dik Mad nak permainkan perasaan dia pulak kot? Lagipon dik Mad memang dah berkenan lama dah kat Anisah sejak kat Mesir dulu lagi. Dia baik mak...." balas Ahmad lembut. Santun sungguh bicaranya tatkala berhadapan dengan ibunya tersayang.

"Tapikan dik Mad, mak mintak maaf awal2 kat kamu ni. Mak bukannya nak hina si Anisah tu. Cumanya mak nak kamu tak tersilap pilih. Anisah tu kan hitam. Bukan hitam yang lawak2 dik Mad, memang hitam sungguh. Pertama kali mak tengok dia tadi terkejut jugak mak dbuatnya..." mak cik Timah menyatakan luahan hatinya yang terbuku dari siang hari tadi lagi.

"Betol tu dik Mad. Hitam sangatlah Anisah tu. Mana padan dengan dik Mad ni. Jauh bezalah dengan dik Mad..." celah kakak iparnya yang kedua pula, puan Zurina. Seorang lepasan UKM.

"Ish kamu ni Ina. Mak bukan bercakap dengan kamu. Mak tengah bercakap dengan dik Mad ni." sampuk mak cik Timah pula. Puan Zurina cepat2 menundukkan kepala. Lari ke belakang suaminya sedikit.

"Mak tak mahu nanti, tak sempat apa2 lagi kamu dah nak cari pompuan lain sebab tak selesa dan tak senang dengan paras rupa isteri kamu tu.. Yala kan, dah hitam sangat cam tu, sedap ka mata kamu tu memandang nanti??" mak cik Timah masih meneruskan penerangannya. Ahmad dari tadi sudah menundukkan kepala. Dia tercari2 ayat untuk meyakinkan ibunya itu.

"Mak, memang hakikatnya Anisah tu hitam, mak. Tapi dik Mad bukan terpikat pada wajahnya. Dik Mad terpikat pada akhlaknya. Akhlaknya cantik.... Sungguh cantik... Dik Mad tak pernah jumpa lagi perempuan yang berakhlak baik camtu... Dik Mad akui mak. Rupa yang cantik bagi seorang isteri itu juga perlu. Tapi mak, dik Mad memang berkenan sangat nak jadikan dia isteri. Masa kat Mesir dulu, dik Mad dah pikir masak2 mak sebelom lamar dia...." sayu suara Ahmad ketika meluahkan rasanya...

"Ok laa dik Mad. Sebenarnya mak bukan tak suka kat Anisah tu. Mak tak pernah memilih2 dalam hubungan sesama manusia ni. Cumanya mak risaukan dik Mad nanti mudah bosan kerana dapat isteri camtu. Mak nak anak mak ni bahagia. Tapi kalau betol2 kamu memang ikhlas nak peristerikan dia, silakan. Mak lagi suka sebab dik Mad bahagia dengan pilihan dik Mad sendiri. Cumanya mak nak pesan satu. Jangan pulak nanti mudah2 nak pasang 1 lagi sebab dan bosan dengan Anisah tu. Dia tu dah tak ada ibu bapa. Nanti kamu lah tempat dia bergantung harap dan kasih sayang. Ingat pesan mak tuu?" ujar mak cik Timah di samping memberikan sedikit motivasi untuk Ahmad. Ahmad mengangguk faham.

"Baik mak. Dik Mad ingat pesanan mak tuu. Cumanya dik Mad nak bagitau sesuatu. Memanglah sunnah Nabi mencari isteri yang cantik. Tapi bagi Mad, cantik wajah tak kekal lama. Cantik akhlak insyaALLAH kekal lama.. Dan kalau semua orang dalam dunia ni nak cari pompuan yang cantik2, putih2 saja... Sapa yang nak kawin dengan mereka yang hitam seperti tunang dik Mad tuu?"

Ahmad melangkah perlahan meninggalkan mak cik Timah, abang2 dan kakak2 iparnya. Mereka terdiam kaku. Seperti ada sambaran petir menusuk ke jiwa mereka. Ahmad masuk ke dalam bilik dengan sedikit rasa sedih dan terkilan kerana bakal isterinya itu dipersoalkan hanya kerana dia berkulit hitam. Jika hendak dibandingkan dengan kakak2 iparnya yang lain memang bagaikan langit dan bumi. Mereka semua cantik2 dan pandai bergaya. Jika itu yang dibandingkan dengan Anisah. Memang Anisah tiada langsung semua itu. Tapi Anisah tetap hebat di hati Ahmad kerana akhlak yang baik yang Anisah miliki......... Bersambung......



Nantikan kisah seterusnya yang bakal menyusul.... Adakah Anisah akan diterima dalam keluarga Ahmad? Bagaimanakah hubungan Anisah nanti bersama kakak2 ipar Ahmad? Menjadi isteri dalam keluarga Ahmad benar2 mengajarnya erti kehidupan... Tunggu kemunculan episod kedua... YANG PALING DISAYANGI.......


22 December 2009

KISAH SEORANG USTAZAH AL AZHAR BERSAMA SEKUMPULAN MAK CIK DAN ANAK DARA..





Majlis Seminar Kekeluargaan baru saja bermula. Ramai dikalangan hadirin sudah mengambil tempat masing2 di dalam dewan orang ramai Kampung Nyiur 3 Batang. Hadirin rata2nya dari kelompok wanita yang sudah berpangkat mak cik-mak cik. Cuma tidak seberapa saja kelompok dari kalangan anak2 dara. Seminar ini diadakan bagi menerangkan kedudukan seorang wanita dalam Islam. Penganjur majlis telah menjemput seorang ustazah yang masih anak dara iaitu seorang ustazah yang masih lagi menuntut di Universiti Al Azhar cawangan Mansurah, Mesir. Ustazah yang dimaksudkan itu ialah ustazah Nur Hakimah binti Muhd Taib(bukan nama sebenar). Dia kini berada ditahun 2 pengajian Islam kuliah Syariah Islamiah. Sebulan yang lepas pihak Al Azhar seluruh Mesir mengizinkan seluruh pelajar2nya bercuti selama 3 bulan(taqriban). Peluang yang ada itu telah diambil oleh Nur Hakimah untuk pulang bercuti ke Malaysia. Ditambah pula rasa rindunya pada keluarga tercinta lagi membuak2 rasanya ingin pulang ke tanah air. Namun setelah sebulan meluangkan masa bersama keluarga tercinta, pada hari ini pihak penganjur telah menjemputnya untuk menjadi penceramah utama bagi menghuraikan serba sedikit berkenaan tajuk yag telah diberikan. Inilah kali pertama Nur Hakimah berhadapan dengan orang ramai. Perasaan gementarnya itu tetap ada. Namun berbekalkan pengalamannya yang pernah mengajar kelas tutorial untuk 'adik2' baru, dia berjaya juga mengawal keadaan supaya kelihatan biasa. Pengerusi lantas menjemputnya mengambil tempat di pentas. Dengan langkah yang teratur sebagai perempuan melayu yang kaya dengan keayuan dan sopan santun, Nur Hikmah meneruskan langkahnya menaiki pentas ceramah. Ketika itu hadirin semuanya memaku tepat pandangan ke arahnya. Masing2 kagum dan teruja dengan kecantikan Nur Hakimah. Wajahnya persis puteri Cik Siti Wan Kembang. Menampakkan lagi bahawa dialah gadis melayu sejati ketika itu. Nur Hakimah sudah terpacak berdiri di atas pentas. Ketika dia mengangkat perlahan kepalanya, barulah dia sedar betapa mereka semua itu memandang tepat ke arahnya. Dia cuba mengawal keadaan. Mujurlah tiada orang lelaki dalam dewan ini. Bisik hati kecilnya. Dia memulakan bicaranya.........

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. Alhamdulillah........"

setelah Nur Hakimah habis mengucapkan selawat dan salam ke atas jujungan besar Nabi Muhammad serta pujian2 ke atas baginda dan seluruh keluarga dan sahabat baginda, Nur Hikmah memulakan isi ceramahnya........

"Jika kita melihat semula ketika zaman jahiliyah ataupun zaman kegelapan sebelum diutuskan Nabi Muhammad S.A.W.. Orang arab ketika itu tidak memuliakan langsung orang perempuan. Bahkan anak2 kecil yang perempuan dibunuh hidup2 kerana bagi anggapan mereka orang2 perempuan ini membawa sial atau malang dalam kehidupan mereka. Begitulah betapa mereka mempercayai kepercayaan karut itu sehingga membawa kepada pembunuhan si anak kecil dari darah daging mereka sendiri. Hanya kerana itu mereka sanggup membunuh anak sendiri. Mereka membunuh anak perempuan dan membiarkan hidup anak lelaki. Tidakkah mereka sedar bahawa anak lelaki mereka dan diri mereka sendiri yang lelaki itu lahir daripada seorang perempuan yang bergelar ibu?? Jika tiada perempuan yang bernama ibu itu, mana mungkin mereka akan lahir di dunia ini!!"

lantang juga Nur Hakimah. Para hadirin masing2 tercengang dengan penjelasan Nur Hakimah itu. Masing2 mula terfikir betapa bodohnya masyarakat jahiliyah dahulu. Nur Hakimah meneruskan lagi ceramahnya......

"Bila Nabi Muhammad diutuskan maka baginda telah membuang sejauh2nya kepercayan karut ini. Dan baginda menceritakan pula betapa tingginya darjat seorang wanita ini. Hanya Islam saja yang meninggikan martabat seorang wanita. Sebab itu lah Islam benar2 menjaga para muslimatnya supaya menutup aurat yang mengikut benar2 landasan syarak. Bukan sekadar menutup urat2 atau kudis2 yang meliputi badan. Kalau menutup badan kerana kudis, parut, kesan luka semata2, maka di manakah nilai tuntutan Islam itu sendiri? Sia2 saja kerana pahala tidak diberikan. Hendaklah kita lakukan segala perkara di dalam muka bumi ini kerana ALLAH! Kerana itu adalah tuntutan syarak ke atas kita. Jika kita lakukan kerana manusia,bukan saja sia2 bahkan syirik kecil dengan ALLAH taala!"

begitulah semangatnya Nur Hakimah ketika menyampaikan ceramahnya. Caranya itu bukan saja ingin memudahkan hadirin untuk fahaminya, tapi ingin juga membuka mata mereka supaya tidak terlena. Bagi Nur Hakimah, di dalam dewan itu hanya perempuan saja. Apa salahnya untuk dia meninggikan sedikit suaranya. Mungkin dengan cara itu juga mereka yang hadir semangat untuk terus mendengar. Tapi benar sangkaan Nur Hakimah kerana rata2 mereka yang hadir begitu memberikan perhatian. Nur Hakimah lagi semangat meneruskan ceramahnya........

"Sebagai seorang wanita Islam tidak kiralah yang sudah berkahwin ataupun masih anak dara, wajib ke atas kita ini menjaga keperibadian kita sebagai seorang muslimah. Kita jaga sungguh2 apa yang telah Nabi ajarkan dan ulamak susunkan untuk kita. Walaupun kita ini takkan mampu dah untuk menjadi seperti isteri2 Nabi, sekurang2 kita ini cuba belajar dan mendalami untuk menjadi seperti mereka. Maka percayalah, disaat itu nanti ALLAH akan memudahkan jalan kita. Jika kita tak mampu untuk lakukan semua, janganlah pula kita meniggalkan semua.... Nabi juga pernah bersabda dalam Hadis baginda. Yang bermaksud, ' Orang perempuan yang solehah itu lebih daripada lelaki yang soleh'...au kama qol... Kenapa orang perempuan juga mampu untuk jadi yang terbaik? Bahkan boleh jadi lebih baik dari orang lelaki? Kerana Islam lah. Kerana Islam itu meninggikan martabat wanita Islam itu. Yaaaa, memang benar orang lelaki ini hebat dalam semua bidang, bahkan jika melihat ulamak2 yang tersohor di dalam dunia ini dari kalangan lelaki. Tapi itu tak bermakna ALLAH kurangkan kedudukan orang perempuan. Jika kita ini mampu untuk jadi yang terbaik iaitu solehah, maka kita akan lebih baik dari lelaki yang soleh. Adakah kita semua tak mahu semua ini? Oleh itu saya berpesan kepada diri saya dan semua yang hadir hari ini, sama2lah kita perbaiki diri supaya boleh menjadi wanita yang solehah. Cuba kita lihat sejarah kehidupan waliyullah Robi'atul Adawiyah. Seorang perempuan yang telah mencapai taraf waliyullah. Dan dialah orang yang mulia ketika itu. Walaupun ada ulamak hebat yang hidup sezaman dengannya, tapi mereka tetap merasakan kewujudan Robi'atul Adawiyah sebagai seorang yang tinggi darjatnya di sisi ALLAH..." hadirin yang hadir bertambah minat mendengar isi2 ceramah Nur Hakimah. Mereka tidak berganjak walau sedikit. Anak2 dara yang hadir juga bertambah ramai dari sebelumnya. Nur Hakimah lagi bersemangat berada di atas pentas. Dirinya seperti telah diresapi rasa zouq. Dia meneruskan lagi.............

"Kita melihat lagi dalam hadis Nabi, menceritakan seorang sahabat Nabi bertanyakan kepada Nabi perihal antara abah dan mak. 2 kali ditanya siapakah lebih utama, barulah nabi menjawab yang seterusnya barulah abah kita... 2 kali yang pertama itu yang lebih utama ialah mak kita lah. Allah dan Rasul tu jangan dipersoalkan lagi. Semua orang tahukan bahawa Allah dan Rasul lebih utama dari segala2nya. Kenapa Nabi berkata begitu? Mak yang lagi utama? Kerana Islam lah. Kerana Islam lah yang meninggikan kaum wanita. Keperitan dan kesusahan seorang wanita atau ibu ketika mengandungkan anak dan melahirkannya adalah salah satu asbab mengapa perempuan itu mulia di dalam Islam. Jika kita melihat kepada doa. Doa seorang ibu lebih dimakbulkan ALLAh kerana sifat kasih sayang yang ada pada orang perempuan itu lebih kuat dari orang lelaki. Dan cuba kita melihat lagi, seorang anak itu lebih mudah untuk mengadukan masalah kepada ibunya. Jarang2 orang menjadikan ayahnya sebagai peneman atau tempat meluahkan perasaan. Bukannya tiada langsung. Cuma tak ramai yang begitu.. Kenapa anak2 lebih mencari ibu ketika meluahkan rasa dan masalah?? Kerana kasih sayang ibu pada anak2nya lebih hebat lagi., Dan matinya seorang ibu ketika melahirkan anak mendapat pahala syahid."

ramai di kalangan hadirin mula terharu dengan kisah yang diceritakan oleh Nur Hakimah itu. Ada yang baru sedar betapa mereka itu orang perempuan begitu bernilai dalam Islam. Nur hakimah masih lagi bersemangat.......

"Apa hikmahnya ALLAh menyuruh kita menutup aurat? Walaupun perkara ini memang wajib kita buat dan tak boleh ingkar tapi sebenarnya ada hikmahnya ALLA taala suruh. Cuba kita umpamakan wanita yang menutup aurat dan wanita yang tidak menutup aurat dengan makanan." tiba2 semua hadirin terpinga2. Apa kena mengena makanan dengan perintah tutup aurat ini? Nur Hakimah menyedari perubahan muka mereka. Kerana masing2 tak sabar2 menunggu Nur Hakimah meneruskan ceritanya..

"Mak cik2 dan kawan2 semua, jangan risau. Saya akan huraikan kenapa saya cakap camtu tadi. Begini..... Makanan yang ditutup rapi dengan menggunakan tudung saji sebagai contoh akan lebih diinginkan orang untuk memakannya. Berbanding makanan yang terbiar begitu saja.. Lalat pun datang hinggap. Orang yang melihat makanan itu pun tak ada rasa keinginan untuk memakan makanan tersebut. Sebab apa? Sebab telah dikerumuni lalat2 yang kotor itu. Samalah juga seperi wanita yang menutup aurat akan lebih disukai untuk dijadikan pilihan hati berbanding dengan wanita yang dedah sana,dedah sini... Macam2 orang dan macam2 jenis mata yang telah melihat tubuhnya. Sama tak seperti lalat2 yang telah mengerumuni makanan tadi? Sedangkan setiap bakal suami mengidamkan bahawa merekalah orang pertama yang akan melihat gerangan gadis pilihan mereka itu sepuas mungkin.. Harap difahami yaaa..."

mereka yang lain mengangguk faham. Kagum dengan cara penyampaian Nur Hakimah. Nur Hakimah tersenyum puas. Tudung labuh berwarna putih yang dipakainya itu turut membantu menzahirkan keayuan wajahnya yang berkulit kuning langsat.

"Dan perkara ini pula saya lebih kepada para isteri. Para isteri adalah insan yang cukup mudah untuk memasuki syurga ALLAh.... Kenapa saya berkata begitu? Kerana memang mudah saja. Berdasarkan apa yang telah saya belajar dan kaji.... Orang perempuan yang bergelar isteri cukup mudah untuk masuk ke syurga ALLAH. Tapi perlu diingatkan juga bahawa mereka juga mudah untuk memasuki neraka ALLAH. Na'uzubillahiminzalik....." tiba2 ada seorang anak dara bersuara ditengah2 majlis berlangsung..

"Ustazah, ceritalah pada kami, kami tak sabar2 nak tahu nii.." Nur Hakimah sedikit terkesima. Terkejut sedikit dengan keadaan yang berlaku. Dengan tenang kembali dia meneruskan ceramahnya....

"Begini... Ada hadis Nabi pernah menyebutkan yang maksudnya, ' Apabila mengerjakan oleh perempuan iaitu isteri akan solat lima waktu dan mengerjakan akan puasa ramadhan dan memeliharakan kemaluannya dan mengikut segala suruhan suami yang tidak bertentangan denga syarak maka dikatakan kepada si isteri itu tadi, ' Masuklah kamu wahai perempuan ke dalam syurga daripada mana2 pintu yang kau kehendaki'... Nampak tak begitu senang untuk si isteri tadi untuk masuk ke dalam syurga ALLAH. Tapi perkara yang mudah ini pun ramai yang tidak mampu untuk lakukan. Taat suami, taat Rasul, taat ALLAH.... Maka syurgalah yang selayaknya baginya....."

"Ramai isteri zaman sekarang ini melawan cakap suami. Mereka tidak sedar bahawa jika mereka mati dalam keadaan suami mereka tidak redho kepada mereka, nerakalah tempatnya. Walaupun ketika di dunia dahulu amalannya begitu banyak. Tapi 1 saja perkara yang dia buat iaitu menyakitkan hati suami.. Maka bila dah mati neraka lah tempatnya.. Mintaklah kita berlindung dari semua ini.. Moga2 kita bukan dari golongan ini."

"Saya mintak maaflah kerana bercakap seolah2 seperti dah kahwin pula." Nur Hakimah tersenyum sendiri.. Hadirin pula ada yang tergelak kecil. Setelah hampir sejam Nur Hakimah memberikan ceramahnya, dia pun ingin menghabiskan ceramahnya. Ceramahnya yang tidak dirasakan letihnya itu sudah tamat. Pengerusi mula menjemput hadirin yang hadir untuk bertanyakan soalan jika ada. Sesi soal jawab pun bermula. Bangun seorang mak cik bertanyakan soalan.

"Assalamualaikum ustazah. Mak cik ada 1 soalan ni. Apa hukum kalau mak cik keluar belajar ilmu tanpa izin suami??" soalan pertama telah ditanyakan pada Nur Hakimah. Dia tenang untuk menjawabnya.

"Waalaikumussalam mak cik.. Yaaaa.... Pertamanya sukalah saya sebut bahawa para isteri wajib mintak izin suami dahulu jika hendak ke mana2.. Melainkan dalam perkara darurat seperti anak sakit yang memerlukan kepada keluar rumah sedangkan suami tidak dapat dihubungi. Dalam kes mak cik ni, kalau mak cik keluar kerana ingin tuntut ilmu yang fardhu ain seperti feqah,tauhid,tasauf atau khas dalam bab2 haid,nifas dan sebagainya, maka tidak mengapa kalau mak cik keluar tidak beritahu pada suami. Bahkan wajib pula mak cik keluar kerana ingin melepaskan mak cik dari perkara yang fardhu ain itu. Dan suami akan berdosa kalau menghalang mak cik keluar. Kalau mak cik hanya sekadar keluar ke majlis2 zikir atau ceramah politik yang fardhu kifayah misalnya, dan tanpa izin suami, maka mak cik dosa kerana derhaka pada suami. Tapi kena ingat. Itu jika suami tidak alim, maka bolehlah mak cik keluar menuntut ilmu fardhu ain itu. Tapi kalau suami alim, maka mak cik boleh belajar saja dengan suami mak cik dan tidak boleh keluar dah masa tuu. Kalau mak cik keluar juga, maka haram hukumnya. Jelas yaa mak cik?" mak cik tersebut mengangguk faham. Bangun pula orang lain. Seorang anak dara pula..

"Assalamualaikum ustazah.. Saya nak tanya ni. Camna ek kalau saya nak ke masjid untuk solat tarawih misalnya. Boleh tak??" soalan kedua telah diutarakan. Nur Hakimah faham dengan soalan.

"Waalaikumussalam....Yaaa.. Memang benar solat di masjid lebih besar pahalanya. Kerana masjid itu rumah ALLAH. Di dalam masjid ada i'tikafnya dan tahiyatul masjidnya. Itu pahala besar jika kita lakukannya. Cumanya dalam kes adik ni, perlu melihat kepada keadaan semasa. Memang niat adik baik untuk ke masjid. Tapi kalau boleh menimbulkan fitnah, maka baik solat di rumah saja. Macamana yang dikatakan fitnah tu? Contohnya kalau adik ke masjid boleh menyebabkan orang laki kacau atau ganggu adik atau mereka bertanya2 sesama sendiri tentang kecantikan adik, maka itu tak boleh. Tengok keadaan. Kalau adik datang dengan ayah naik kereta misalnya dan turun pula terus ke tempat perempuan, saya rasa tak da masalah. Apa2 pun sebaik2 masjid bagi wanita ialah rumahnya sendiri. Bukan apa, Nabi nak elakkan supaya tak terjadinya fitnah. Jadi orang perempaun di rumah lebih baik. Tapi kalau dah terang2 masjid tu kurang orang laki yang datang, datang ja laah.. Faham yaa adik??" selesai 2 soalan yang telah dijawab Nur Hakimah. Dia juga lega kerana mampu memahamkan orang kampungnya sendiri. Tak sia2 dengan apa yang dipelajarinya di Al Azhar. Bangun pula seorang lagi. Kelihatan seperti isteri orang. Tapi masih muda. Dia memulakan soalannya.

"Assalamualaikum ustazah... Saya nak tanya. Saya baru saja kahwin dan baru saja abis di UPSI.. Soalan saya bolehkah saya bekerja seperti mengajar contohnya.?" lembut bicara si penanya soalan. Nur Hakimah sudah bersedia untuk menjawab.

"Waalaikumussalam.. Yaaa, Islam tidak pernah menyekat kebebasan orang perempuan. Cumanya perlulah ikut garis panduan yang telah Islam letakkan. Semua itu untuk kebaikan wanita Islam juga. Berkenaan masalah puan ni, memang tak da masalah langsung untuk puan keluar bekerja. Apatah lagi mengajar kan. Cumanya perkara ini tertakluk kepada suami puan lah. Kalau dia izinkan berkerja, berkerja lah. Kalau dia tak izinkan, puan kena taatlah. Tapi saya percaya, suami puan pasti paham.... Jelas yaa puan?" dia mengangguk faham. 3 soalan sudah dijawab tenang oleh Nur Hakimah. Pengerusi majlis pun memberikan 1 peluang soalan lagi yang boleh ditanya kepada penceramah. Keadaan dewan lengang sementara. Masing2 melihat antara 1 sama lain. Siapakah pula akan bangun bertanyakan soalan... Bangun seorang mak cik ingin bertanyakan soalan. Masing2 memaku tepat pandangan ke arahnya.

"Asalamualaikum ustazah... Apa hukumnya jika suami dengan sengaja membiarkan anak2 dan isteri tidak terurus hidup mereka. Sebagai contoh, tidak berikan nafaqoh ka, lari dari masalah keluarga ka atau seolah2 macam buat tidak hirau dah pada keluarga sendiri.?" soalan terakhir dari seorang mak cik. Nur Hakimah cuba mengingati kembali hukum berkenaan supaya mak cik tersebut boleh faham dan tidak pening kepala. Akhirnya Nur Hakimah sudah dapat jawapannya.

"Waalaikumussalam mak cik... Yaa mak cik... Tentang soalan mak cik tadi, saya jawab secara ringkas saja dan saya rasa mak cik boleh faham. Dan semua orang pun boleh memahaminya... Hukum bagi para suami yang sengaja membiarkan anak2 dan isterinya terkontang kanting yang tidak terurus hidup mereka dan tidak memberikan nafaqoh atau cuba lari dari masalah keluarga atau memang seolah2 tidak pedulikan keluarga sendiri dan yang dia tahu hanyalah mendatangi isteri saja. Jadi orang atau suami seperti ini telah disebut dalam kitab para ulamak bahawa tidak diterima solat dan puasa mereka oleh ALLAh taala. Nabi juga ada menyebut dalam hadis yang bermaksud, 'Cukuplah bagi seseorang lelaki atau suami itu dinamakan dan mendapat seksa sebagai seorang yang derhaka dan berdosa kerana menghilangkan atau tidak pedulikan hak orang yang wajib nafaqoh ke atasnya'..... Jadi dalam konteks ini tadi. Anak2 dan isteri ialah orang yang diwajibkan nafaqoh ke atas mereka oleh seorang suami. Jika suami tadi sengaja melepas diri daripada memberi nafaqoh, maka dia berdosa dan derhaka... Solat dan puasa mereka tidak diterima ALLAH... Jelas yaa mak cik dan semua????" Nur Hakimah lega kerana mampu menjawab semua soalan dengan baik tanpa ada rasa ragu2.... Pengerusi majlis pun mempersilakan Nur Hakimah mengambil tempat di bilik VIP kerana ada sedikit jamuan. Semua hadirin tersenyum puas kerana faham dengan apa yang telah disampaikan oleh Nur Hakimah tadi. Ketika Nur Hakimah ingin melangkah turun dari pentas utama, dia tidak henti2 berdoa dan bersyukur kepada ALLAh kerana memahamkan dia di dalam menuntut ilmu dan dia pula mampu untuk memahamkan pula orang kampungnya sendiri.... Teringat pula kepada arwah ayahnya yang susah payah bergadai tanah hanya kerana ingin menghantarnya ke Universiti Al Azhar, Mesir....... Pengorbanan ayahnya itu tidak sia2..... Air matanya mula bergenang kerana terharu....... Ketika hampir dia memasuki bilik VIP, dia berhenti tiba2 di hadapan pintu bilik dan lantas berpaling satu badannya ke arah hadirin yang belum lagi berganjak dari tempat duduk masing2.... Dia berdiri seketika di situ sambil melihat betul2 kepada hadirin....... Sambil mengesat lembut air matanya, dia pun berkata perlahan.......

"Aku bersyukur kerana mampu memahamkan orang lain. Inilah antara tujuan aku menuntut ilmu. Di samping aku dapat amalkan apa yang aku tahu, aku juga wajib sampaikan pula pada orang ramai. Dan mereka juga akan faham seperti mana aku faham..... Aku bersyukur ya ALLAH .....
Terima kasih Al Azhar......."





* Nukilan khas dari ku buat tatapan semua pelajar puteri kebanggaan Malaysia yang berada di bumi anbiyak ini... Selamat menghadapi imtihan..




Mohammad Hakimi bin Abdul Mutalib,
Izbatul Syal,
Syari' Romli,
Mansurah,
Mesir.