Showing posts with label Politik... Show all posts
Showing posts with label Politik... Show all posts

17 December 2010

Senjata makan tuan.. Kita tengok sapa yang kena.. :-)



Diambil dari blog Kedahlanie.





KUALA LUMPUR, 17 Dis:
Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.

15 December 2010

TERBARU : Ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Taman Melati.



16 November 2010

Gerakan Islam: Antara punca kekalahan....

Assalamualaikum semua.

Sudah lama penulis tidak mengemaskini blog ini. Alhamdulillah hari ini Allah izinkan jua.


Sebagai pejuang gerakan islam tak kira di mana jua kita berada, pasti kita menghadapi cabaran dan dugaan. Dan dugaan itu semuanya adalah tarbiyah dari Allah untuk sama-sama kita muhasabah dan bersyukur dengan apa yang berlaku. Gerakan islam berparti ini lebih menjurus kepada memasuki pilihanraya. Pendek kata menjurus kepada keterlibatan gerakan islam bersama sistem demokrasi yang asalnya bukanlah dari islam. Namun seperti kata seorang tokoh gerakan islam di Malaysia, " Kita ambil barang musuh ini dijadikan senjata untuk melawan balik musuh.."

Setelah sekian lama kita berjuang, akhirnya Allah izinkan kita untuk menang. Kita bersyukur, maka tertubuhlah sebuah negeri yang dipimpin oleh pemimpin dari gerakan islam di samping dibantu oleh gerakan-gerakan yang lain. Ramai dikalangan pemimpin gerakan islam menjadi pimpinan atasan kerajaan negeri. Samada sebagai exco kerajaan negeri atau wakil rakyat. Ketika kita sekarang berada di puncak kejayaan, Allah sentiasa memerhatikan kita. Adakah kita ini bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan ini? Maka di sini penulis datangkan beberapa perkara yang memungkinkan kejayaan yang sedang kita kecapi sekarang ini bisa jatuh. Jatuh bukan kerana musuh itu kuat. Tapi kerana masalah dalaman yang berlaku.

Antara perkara yang membolehkan kita kalah dan jatuh ialah sikap wakil rakyat yang tak pedulikan masyarakat kawasannya. Ketika kempen pilihanraya dulu, kita boleh pergi ke sana ke mari untuk berkempen. Turun padanglah orang kata. Namun setelah menang, mengapa muka kita susah nampak di kawasan sendiri? Adakah kerana sibuk sehinggakan terlalu jarang nampak muka kita? Masyarakat di kawasan kita mula bersuara. Tak puas hati dengan cara kita memimpin. Maka jangan terkejut pilihanraya akan datang kita akan jatuh. Kalah bukan kerana musuh itu kuat, tapi kerana masalah yang kita datangkan sendiri. Rupa-rupanya penyakit kita ialah hubburriyasah(cintakan jawatan) dan hubbuljah(cintakan kemegahan). Kita hanya nak kepada jawatan wakil rakyat dan bermegah-megah dengan jawatan itu sahaja. Apa nak jadi pada orang kampung, kita tak pernah peduli. Maka kerana sikap kita beginilah, Allah jatuhkan kita sebagai muhasabah diri... Jangan salahkan para pengundi di kawasan kita sendiri.

Dan antaranya lagi ialah masalah dalaman gerakan islam itu sendiri. Ada yang dengki kerana tak dapat jawatan atau kelebihan seperti mana orang lain dapat. Maka menyebabkan kita sudah mula pandai untuk mengkhianati ahli jemaah kita sendiri. Ke sana ke mari kita menjaja dan memburukan namanya hanya kerana kita tak dapat jawatan dalam jemaah kita. Akhirnya jemaah jadi kacau bilau. Bila berterusan keadaan begitu berlaku tanpa ada baik pulih, maka Allah ajar dengan kekalahan..

Ingatlah wahai para pemimpin gerakan islam khususnya... Dulu kita pernah susah. Tapi bila Allah uji pula dengan kesenangan, mengapa kita mudah lalai? Jawatan yang ada bukan untuk dimegahkan. tapi sebagai amanah. Oleh itu marilah sama-sama kita pelajari ilmu tasawuf untuk hilangkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita. Antara sifat mazmumah itu ialah cintakan dunia, cintakan pangkat, cintakan kemegahan, riak, takabbur, umpat, mengadu domba dan lain-lain. Inilah penyakit dalam gerakan islam yang berlaku hari ini. Jika kita lambat menang, bukan kerana musuh itu kuat, tapi kerana kita telah ketepikan 1 ilmu yang wajib dipelajari iaitu ilmu tasawuf....... Marilah kita muhasabah kembali... Salam perjuangan dari penulis. Takbir!!.

10 October 2010

Orang bodoh ja dok hingaq pasai ayaq di Kedah!


Ramai yang meminta penjelasan berhubung kenyataan yang mendakwa kenaikan tarif air yang diumumkan di Kedah adalah atas ‘arahan dan restu Pusat’. Penjelasannya begini:

Cadangan penyemakan dan pelarasan tarif ini pernah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau juga membangkit rungutan kerajaan negeri (di semua negeri) yang menghadapi masalah kewangan akibat dari tarif air, cukai tanah dan cukai pintu yang kebanyakannya tidak disemak dan diselaraskan sejak sekian lama.

Jamaah Menteri memutuskan agar semakan semula tariff dijalankan dan dikuatkuasakan di semua negeri.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) telah mengadakan mesyuarat dengan semua operator air negeri berhubung dengan pelarasan tarif pada 7 Januari 2010. Semua negeri diminta mengemukakan cadangan untuk pelarasan tarif kepada SPAN selewat-lewatnya pada 7 Februari 2010.

Lanjutan itu SADA telah mengemukakan permohonan untuk pelarasan tarif kepada SPAN pada 7 Februari 2010. Beberapa siri perbincangan antara SPAN dan SADA diadakan.

Jemaah Menteri kemudian meluluskan cadangan semakan dan pelarasan itu berdasarkan Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air) Negeri Kedah 2010 yang akan berkuatkuasa mulai 1 Okober 2010.

SPAN juga telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa negeri Melaka, Johor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang adalah kumpulan negeri pertama yang akan mengumumkan pelarasan tarif mulai 1 Oktober 2010. Bagaimanapun kadar tersebut hanya berkuatkuasa sehingga 2012 sahaja kerana selepas itu SPAN akan turut menyeragamkan semua tarif air di Malaysia.

Pada tahun 2013 nanti, insyaAllah seluruh rakyat Malaysia akan dikenakan satu tarif air sahaja; sama seperti tarif elektrik, telefon (Telekom) atau harga minyak yang selama ini seragam di seluruh negara.

23 August 2010

HUKUM ISLAM DI DALAM UMNO ADA 2 KATEGORI.

Diambil dari blog Kedahlanie.

Penulis Tamu - rahim othman,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimaPEhP8IpzWmCDPAacCWolf10OLlieQkZfPZ9vcT6StIubWuGFl7P5VPUcyIOqpSk0sPuJOtLKys7VpDzz7Jt5nkyIdm058wkxST29OhHGS0cejkvIHBDD5HFdxc_JP4C0thdrceTVSpp/s1600/2010-08-23_112137.jpg

Kepada orang Pakatan hukumnya lain. kepada orang UMNO BN hukumnya lain. Begitu juga undang-undang di Malaysia, satu undang-undang untuk pemimpin dan satu undang-undang untuk rakyat bawahan. Undang-undang untuk penyokong kerajaan lain, undang-undang untuk pembangkang lain..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam kenyataan akhbar baru-baru ini -menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tuan Mufti kata, tak kena pada tempatnya.. Ini juga membuatkan kita kurang faham..Apakah niat yang murni dan pengucapan yang begitu baik tak sesuai dilafazkan dalam masjid? atau dalam khutbah sekali pun??

Bagaimana pula dengan kes yang satu ini... Bertarikh 23 April 2010 dua hari sebelum PRK Hulu Selangor, dimana imam UMNO, pemimpin dan penyokong-penyokong UMNO berdoa di masjid untuk Kamalanathan calun BN bukan Islam. Majlis tersebut lengkap dengan solat hajat dan bacaan yasin lagi!! ... semata-mata untuk kemenangan Si Kamal..... Boleh pulak !. Tak haram kah ? ......... Jangan lah cuba nak mengelirukan rakyat. Rakyat boleh berfikir.

Ulamak UMNO di Jabatan Perdana Menteri kenapa tak bersuara dalam isu ini? Dah bisukah? atau dah hilang telor?. Ulamak muda UMNO pun sama ! Kenapa senyap menikus?

terbitan :

19 August 2010

IMAM DAN MAKMUM POLITIK....


Kau ingin menjadi imam
Kau juga ingin menjadi muazzin
Semuanya kau ingin boloti
Apakah terdaya kau nanti
Siapakah yang menobatkan
Siapa sudi engkau menjadi pemimpin
Biasan wajah di kaca
Memperlihatkan kedutmu

Tak ingin kami menjadi makmum
Sekiranya engkau imamnya
Kerana kami akur bersama
Engkau kekurangan syaratnya

Haruskah kami yang menanggung dosa
Sedangkan kami tahu engkau siapa
Si tua nyanyuk yang gila kuasa
Bukankah sudah masanya berundur

8 July 2010

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)



SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.

1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm.
Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.


Diambil dari blog; Sejarah Parti Islam SeMalaysia (PAS).

26 June 2010

Kami akan sambung perjuangan itu! Jika kami mati, biar anak dan cucu kami pula yang sambung!




Assalamualaikum semua.

Kali ini penulis ingin membawa 1 kisah menarik dari Tuan Guru Ustaz Sidek Noor. Penulis ada mendengar pengajian aqidah daripada beliau. Di celah itu beliau menyelit kisah yang begitu sedih dan buatkan penulis begitu terharu. Kisahnya begini.... Penulis adaptasi semula dalam bentuk perbualan.

Tuan Guru Ustaz Sidek Noor...

Di dalam perjuangan kita bersama PAS untuk menegakkan negara Islam, kita perlu kepada keyakinan dan banyakkan berdoa kepada Allah. Usaha itu penting. Biar pun kita susah untuk menang. Tapi jangan putus asa di tengah jalan.

Telah berkata Tuan Guru Ustaz Sidek Noor, "Mungkin Islam tak menang zaman kita, tak menang zaman anak kita, tapi aku yakin satu hari Islam pasti akan menang...Ini lah keyakinan pejuang2 dahulu..."

Beliau menceritakan pengalaman beliau ketika berceramah di Sayong, Kuala Kangsar. Ketika itu seminggu sebelum beliau dikenakan tindakan ISA. Dan ketika itu juga ustaz Sidek Noor menjawat jawatan ketua pemuda PAS(tak dinyatakan di peringkat apa). Selepas habis ceramah beliau bertemu dengan sepasang suami isteri yang sudah tua. Pak cik dan mak cik tersebut datang ke tempat ceramah hanya menunggang basikal bertemankan cahaya lampu picit sahaja. Jarak antara rumah pak cik itu dengan tempat ceramah sejauh 7 batu. Jalannya pula berbukit-bukau. Ustaz Sidek Noor kagum dan memikirkan bagaimana pak cik dan mak cik ini mampu datang ke tempat ceramah yang begitu jauh. Apa lah sangat daya orang tua jika mengayuh basikal. Namun kerana komitmen mereka kepada perjuangan, mereka gagahi jua.

Ustaz Sidek Noor terus bertanyakan soalan kepada pak cik itu.

"Pak cik, lama dah ka pak cik dalam PAS?" soal Ustaz Sidek Noor.

"Saya masuk PAS tahun 52. Cawangan pertama PAS di Perak iaitu Kota Lama Kiri, Kg. Professor Zulkifli Muhammad." balas pak cik itu.

"Pak cik, pak cik yakin Islam menang?"
soal ustaz Sidek Noor lagi.

"Insyaallah.."
balas pula pak cik tadi.

"PAS ni boleh menang ka pak cik?"
soal lagi ustaz Sidek Noor ingin menduga.

Ketika inilah pak cik tersebut memaku tepat pandangannya kepada ustaz Sidek Noor seolah2 ingin membahamnya. Sambil menggoncang2kan tubuh ustaz Sidek Noor pak cik itu berkata.

"Ustaaaz... PAS boleh menang ustaz.. Pasai pa PAS tak menang? PAS pejuang Islam!!" kata pak cik tersebut kepada ustaz Sidek Noor dalam nada bersungguh2 dan bersemangat. Lantas pak cik itu terus memeluk ustaz Sidek Noor kuat2. Dalam nada sedih pak cik itu berkata kepada ustaz SIdek Noor.

"Ustaaz.. Ustaz masih muda. Saya dah tua. Hajat saya daripada dulu sampai sekarang, kalau boleh sebelum saya mati saya nak tengok tanah air saya ini diperintah dengan syariat Allah. Kalau taqdir saya mati, ustaz. Dan hukum Islam tak tertegak lagi di muka bumi Allah, ustaz berjuang naa ustaz.. Ustaz berjuang naa.." rintih pak cik tersebut sambil menangis2 di sisi ustaz Sidek Noor.

Lihatlah betapa tingginya keyakinan pak cik tersebut terhadap kemenangan Islam suatu hari nanti. Dia sanggup kayuh basikal semata2 ingin hadiri ceramah PAS. Dan sempat lagi memberikan peransang dan kata2 semangat kepada pejuang2 Islam yang lain.. Ini lah serba sedikit kisah yang penulis boleh adaptasikan dari ceramah ustaz Sidek Noor.

Sekarang ini kita kehilangan seorang demi seorang pejuang2 Allah di bumi Malaysia kita. Kalau dulu kita sudah kehilangan Tuan Guru Ustaz Fadhil Nor... Yang terbaru ini Tuan Guru Ustaz Hassan Syukri pula. Dan ramai lagilah pejuang2 agama kita yang telah pergi meninggalkan kita semua. Kerana pengorbanan mereka selama ini, kita masih mampu berada dalam PAS dan PAS masih tetap utuh. Inilah jasa2 mereka. Perjuangan yang tak pernah kenal erti putus asa dan penat lelah.

Ayuh bangunlah pelapis muda hari ini.. Pemuda hari ini adalah pemimpin hari esok. Ya Allah jadikanlah kami bersama pejuang2 agamamu.....


Jika hari ini kita tidak dapat merasai pemerintahan berteraskan syariat Allah yang syumul, sekurang2nya anak2 kita, cucu-cicit kita dapat rasainya nanti.... Apa yang penting ialah keyakinan, usaha dan pergantungan kita terhadap Allah...Al Fatihah untuk pejuang2 kita yang sudah pergi meninggalkan kita semua.... TAKBIIIR!!!

Allahyarham Tuan Guru Ustaz Hassan Syukri....


Kenangan terakhir Allahyarham Ustaz Hassan Syukri ketika muktamar PAS baru2 ini..

Allahyarham Tuan Guru Ustaz Fadhil Nor....

11 June 2010

ISU WAHHABI : Jangan cepat menghukum PAS...



Assalamualaikum semua...



Sekarang ini kecoh semula isu kedua2 tok guru kita iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz dan Tuan Guru Dato' Seri Abd Hadi. Seorang Mursyidul am PAS dan seorang lagi Presiden PAS. Tak perlu rasanya untuk perkenalkan lebih lanjut sebab semua sudah kenal. Cumanya penulis nak ulas sedikit tentang isu menuduh kedua2 tok guru ini sebagai Wahhabi. Ramai kawan2 penulis bertanyakan tentang isu ini. Ya benar, penulis menentang fahaman Wahhabi. Adakah penulis nak biarkan fahaman Wahhabi menular di dalam PAS? Tidak... Cumanya terus terang penulis katakan, penulis pening memikirkan hal ini. Penulis tak layak nak menghukum sapa2 apatah lagi kepada 2 orang tokoh ulamak dalam PAS ini. Aqidah penulis jelas Al Asyairah dan Al Maturidiah. Mazhab fiqh penulis ialah Syafie dan parti haraki penulis ialah PAS. Sahabat penulis yang sama2 bersama penulis di dalam menyebarkan aqidah Asyairah dan Maturidiah sering bertanyakan penulis tentang isu ini yang melibatkan dua orang tokoh ini.

Penulis terus menghubungi tuan guru penulis iaitu Tuan Guru Ustaz Al Amin Al Azhari di YM. Alhamdulillah penulis mendapat pencerahan sedikit tentang isu ini setelah bermuzakarah dengan beliau. Dalam masa yang sama penulis bermuzakarah juga dengan sahabat penulis iaitu Tuan Guru Ustaz Helmi di facebook. Di sini penulis sertakan copy paste isi2 muzakarah bersama Tuan Guru Ustaz Al Amin Al Azhari.









Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.


Dan ini sedikit kata2 Tuan Guru Ustaz Helmi.






Dan ini pula sedikit ulasan penulis.

Sekarang ini kena bezakan antara PAS, WAHHABI dan UMNO. Sekarang PAS berlawan dengan UMNO. Berkenaan wahhabi pula memang tak nafikan ada di dalam PAS. Tapi bukan semua sehinggakan menghukumkan PAS adalah wahhabi. Dasar PAS ialah Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Ini jelas... Kalau nak katakan wahhabi, dalam umno pun ada wahhabi sehinggakan boleh tubuhkan sebuah negeri. Itu apa cerita pula?? Baca molek2 pendapat Ustaz Al Amin. Walaupun bukanlah bersifat muktamad tapi sekurang2nya membuatkan kita berfikir.. Beradablah dengan ulamak.... Wassalam.

6 June 2010

Kenapa susah sangat nak cadangkan Hudud dilaksanakan??


Assalamualaikum semua...

Tadi penulis ada membaca berita di portal berita harian online. Tajuknya, Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch. Bagi penulis secara pratikalnya memanglah baik kerana ingin menyelamatkan bayi2 luar nikah daripada mati begitu saja. Ini antara komen2 ahli agama negara kita;

-Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain.
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.


-Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch adalah baik kerana ia menjadi tempat perlindungan bayi yang tidak bersalah serta boleh menjamin masa depan bayi itu. “Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja. Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.

-Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Noh Gadut, berkata gejala buang bayi pada masa kini sudah semakin teruk dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab menyelesaikan perkara berkenaan. “Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan. “Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,” katanya.

Boleh baca keratan berita penuhnya di sini.


Tapi apa yang memelikkan penulis ialah kenapa susah sangat ahli2 agama negara kita untuk mencadangkan saja supaya hukum hudud milik Allah itu dilaksanakan saja. Mereka(ahli2 agama negara) juga mengatakan bahawa gejala sosial zina semakin menjadi2 sekarang. Yaa, benar. Dari sudut lain kita melihat bahawa cadangan menyelamatkan anak2 tak berdosa itu baik. Tapi yang paling utama perlu dilakukan ialah pencegahan dari awal.

Kita yakin dengan hukum Allah, jika hudud dilaksanakan bukan saja dapat mencegah pembuangan bayi, malah zina pun dapat dihentikan..

Selepas ini jangan pelik jika penzina2 tegar ini tak kisah jika mereka melakukan perkara fahsya' (keji) ini mereka mengatakan;

"Kita jangan risau kerana ada badan yang bertanggungjawab untuk menerima anak2 luar nikah ini.."

Penulis merayu pada ahli2 agama negara kita, tolonglah cadangkan kepada kerajaan supaya laksanakan hudud. Kenapa perlu cadangkan cadangan lain untuk mencegah zina atau perkara2 keji yang lain? Dulu kecoh isu rogol, dicadangkan supaya dikasikan kemaluan saja. Apa ini? Ini bukan jalan penyelesaiannya. Penulis teringin benar nak dengar suara2 dari mufti negara kita begini;

"Kini sudah tiba masanya negara kita perlu laksanakan hudud...."

Cadangan yang ringkas dan padat. Tapi sayangnya tak ada lagi para mufti kita mencadangkan begini(cadangkan secara hebahan. Bukan persendirian).

Cuba lihat pada kes dadah. Jika seseorang disabitkan punyai dadah atau ganja pun boleh dihukum gantung sampai mati sedangkan kesalahan itu bukannya ada terang2 dalam al quran. Tapi ini (zina) kesalahan yang nyata2 ada dalam al quran dan Allah pula berikan jalan penyelesaiannya, maka lebih utama(bahkan wajib) perlu dilaksanakan. Kenapa nak reka cadangan atau undang2 lain? Tepuk dada tanyalah iman... Di dunia tak mengapalah selamat. Tapi akhirat nanti tunggu saja balasan bagi kita yang ada kuasa ini... Wassalam..

2 June 2010

Terkenang waktu dulu : Kisah menarik ketika pilihanraya.




Assalamualaikum semua,

Ada orang menulis blog kerana ingin berdakwah dan meyampaikan perkara agama. Ada kerana mengiklan sesuatu. Ada yang menyampaikan maklumat seperti berita atau isu semasa. Ada pula kerana suka-suka. Dan tidak lupa juga yang menulis tentang pengalaman hidupnya. Seolah2 seperti diari hariannya. Apa yang penulis nyatakan ini ialah 'atau'. Bukan maksud 4 dalam 1 atau 6 dalam 1. Tapi bagi penulis yang mempunyai blog ini, ingin menulis tidak kira kerana dakwah, perkara agama, maklumat isu semasa, iklan, suka2 atau diari hidup. Bahkan blog penulis mahu merangkumi kesemua itu selagi mana yang termampu oleh penulis. Penulis cuba 'satukan' di dalam blog penulis ini. Maknanya blog penulis ini bukanlah khusus untuk mana2 'jenis' penulisan sahaja. Bagi penulis, bila terasa ingin menyatakan tentang agama, penulis tulis. Bila ingin nyatakan tentang isu semasa, penulis tulis dan begitulah seterusnya jika terasa ingin menulis sesuatu, penulis akan menulis. Mungkin kerana minat penulis juga dalam bidang penulisan ini. Tambah2 lagi di dalam penulisan cerpen.. :-)

Tulislah apa yang ingin ditulis. Asalkan tidak keluar dari norma2 kehidupan sebagai seorang Islam. Pendek katanya tulislah kerana Allah. Bila kita faham konsep ini(tulis kerana Allah), maka ia adalah merangkumi kesemuanya. Dosa dan pahala. Untuk kali ini, penulis ingin menulis pengalaman penulis ketika bersama Parti Islam Se-Malaysia PAS suatu ketika dahulu. Tujuan penulis menulis tentang ini kerana ingin berkongsi pengalaman penulis bersama kawan2 semua. Dan tidak lupa juga ingin mengajak kawan2 supaya berada di dalam perjuangan atau gerakkan Islam yang sebenar di Malaysia sana.

Berjuang tidak semestinya melalui parti. Ada orang berjuang melalui menuntut ilmu. Ada orang berjuang melalui tuntutan hak. Ada orang berjuang melalui anak dan isteri, ada juga orang berjuang melalui kerjayanya dan begitulah seterusnya. Perjuangan tidak saja berlegar2 di dalam kepartian. Apa yang penting, di mana jua kita berada, berjuanglah dengan apa realiti kehidupan yang kita hadapi dan letakkan niat hanya kerana Allah semata2.

Berbalik kepada tajuk entri. Suatu ketika dahulu sebelum penulis datang ke Mesir, penulis pernah bergiat aktif dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS. Hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan kawan2 semua. Penulis juga percaya ramai di kalangan kawan2 semua pernah bergiat aktif di dalam gerakkan Islam di Malaysia ini. 1 kisah yang ingin dikongsi bersama kawan2 semua ialah peristiwa ketika pilihanraya umum yang ke-11 dahulu. Ketika itu penulis masih lagi di bangku sekolah menengah.

Salahkah untuk penulis berbicara tentang politik? Tak salah. Lagipun penulis sudah layak untuk mengundi. Jika ada pihak yang cuba menyekat penulis, ketahuilah bahawa negara Malaysia bersistemkan demokrasi berparlimen. Maka mereka tiada hak untuk menghalang penulis dari memilih mana2 parti yang penulis inginkan. Sebagai manusia yang Allah berikan aqal yang salim, alhamdulillah Allah lorongkan penulis bersama perjuangan Islam yang syumul. Bukannya hanya mengambil Islam itu sebagai umpan atau sebahagian yang kita inginkan saja.

Walaupun kadang2 kita seronok dengan kehidupan duniawi, namun hakikatnya terimalah hukum Allah di muka bumi ini. Hukum tetap hukum. Walaupun kadang2 ada terlintas di hati kita tidak berapa senang dengan hukum agama, maka wajib kena akur dan tunduk. Sebab kita ada nafsu dan syaitan yang menghasut. Jadi bukanlah sesuatu yang mustahil jika hati ini meronta2 dan memberontak inginkan kebebasan dan keseronokan duniawi. Tapi kita adalah orang islam lagi mukmin. Kita ada Allah yang sentiasa menerima taubat kita. Betapa penyayangnya Allah itu. Jika melakukan kesilapan, cepat2 bertaubat.

Sejauh mana pun kita larikan diri, kita takkan dapat lari dari kongkongan syara'. Hukum taklifi yang 5 iaitu haram, wajib, sunat, makruh dan harus senantiasa berlegar2 di dalam kehidupan kita. Berubah2 mengikut keadaan. Cuma bid'ah sahaja bukan hukum. Namu telah di ada2kan oleh sesetengah golongan. Maka mereka mengada2kan hukum sendiri. Ternyata merekalah sebenarnya pembid'ah.

Kita kembali semula kepada tajuk entri.. :-)

Peristiwa menarik(tapi sadis jugak la) ini berlaku 6 tahun yang lalu(Pilihanraya umum ke 11 tahun 2004). Ketika itu BN menang besar. Ini kerana ketika itu Tun Pak Lah baru naik sebagai perdana menteri Malaysia dan terkenal dengan Mr. Clean dan merupakan keturunan dari ulamak. Ini telah mempengaruhi undi Melayu ketika itu. PAS hanya menang sedikit sahaja kerusi Parlimen. Ketika itu, penulis ditugaskan untuk mengawal markaz besar bagi Parlimen Baling yang terletak di Kupang, Baling, Kedah. 10 hari penulis diamanahkan bertugas di sana menjaga pintu pagar utama markaz. Memang benar2 memberikan pengalaman besar dan cabaran bagi penulis. Komanden yang bertugas ketika itu mengarahkan kami supaya jangan terlalu dekat dengan pagar jika berurusan dengan orang yang tak dikenali. Dikhuatiri mereka ada senjata tajam. Kami ikuti arahan tersebut..

Penulis bersama 3 orang lagi rakan penulis, bergilir2 24 jam tanpa henti mengawal pintu utama markaz besar PAS Baling. Kami hanya beralaskan khemah camping sebagai tempat tidur kami. Kami ditugaskan supaya memastikan orang luar tak boleh masuk sesuka hati ke dalam pekarangan markaz. Jika musuh yang masuk memudahkan mereka untuk mencuri rahsia parti. Jika ada mereka yang datang dari mana2 cawangan, mereka dikehendaki tunjukkan pas dari cawangan masing2. Jika tiada pas, mereka kena serahkan pengenalan diri dan ditukarkan dengan pas yang telah disediakan. Dan pesanan dari pegawai atasan supaya ambil no. plat mana2 kereta yang mencurigakan. Semua arahan itu sedaya upaya kami laksanakan. Bertindak mengikut arahan!!

Ketika hanya tinggal kurang dari 24 jam lagi untuk proses pengundian bermula, kawan penulis dari pemuda (PAS) cawangan Kg. Tawar menghubungi penulis untuk konvoi bermotosikal. Ketika itu waktu kira2 jam 11 malam dan bukan giliran penulis bertugas, maka penulis bersama seorang lagi kawan penulis pergi mendapatkan mereka yang lain. Ketika inilah berlakunya peristiwa yang sedih, kalut, risau, takut, cuak dan lawak pun ada. Penulis bermotosikal berdua menuju ke kumpulan mereka. Namun kami tiada bendera untuk dikibarkan. Entah bagaimana idea untuk mengambil bendera PAS di tepi jalan pun datang(ish2, apa punya idea lah ni. Jangan tiru amalan ini). Penulis pun cuba menurunkan sehelai bendera PAS di kawasan Kg. Landak, Kupang.

Tiba2 sebuah kereta perdana v6 warna hitam melintasi kami. Dan akhirnya mereka berhenti mengejut ketika melihat tindakan 'tak bertamadun' kami itu. Kami yang gelabah ini terus melarikan diri dengan meninggalkan bendera yang tak sempat dicabut. Namun apa daya kami. Motosikal dan kereta perdana mana yang lebih laju? Akhirnya kami di blocked! Penulis memang dah gelabah sangat masa itu. Sekumpulan pemuda keluar dari kereta dan terus meluru kepada kami. Akhirnya tanpa bercakap banyak mereka terus membawa kami ke markaz Unit Peti Undi (UPU) Kg. Landak untuk disoal siasat. Memang perasaan penulis risau sangat masa tu.

Sampai saja di markaz UPU mereka, terus dikerumuni oleh ramai geng2 muda. Penulis risau takut2 dipukul terus tanpa bicara panjang. Bermulalah soal balas antara penulis dan mereka.

"Hampa mai dari mana ni? Hampa dok watpa tengah2 malam bawak turun bendera kami(PAS) ni?" sergah mereka.

"Kami mai dari markaz Kupang ni. Kami pon orang PAS juga. Kami amek bendera tu sebab nak bawak pi konvoi." jawab penulis dalam nada gelabah.

"Hampa toksah dok muhong(tipu). Entah2 hampa ni umno dok mai menyamaq PAS plak. Hampa wat elok2 sikit. Kami ghimbuk(pukul) satgi kot." jerkah mereka lagi. Penulis bertambah gelabah.

"Tunggu sat, ni pas kami. Bukti kami dari markaz PAS Kupang. Bukannya orang umno." balas penulis sambil menunjukkan pas milik kami tanda bahawa kami juga dari PAS.

Mereka hampir ingin percaya. Akhirnya mereka membawa kami ke markaz besar Kupang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kami. Bila sampai saja di markaz besar Kupang, mereka terus bertanya kepada kawan penulis yang sedang bertugas ketika itu.

"Depa ni mai dari sini(markaz besar Kupang) ka?" soal mereka.

"Yaa, yaa, depa mai dari sini."
balas kawan penulis. Akhirnya mereka percaya dan melepaskan kami.

"Hampa ni pon kalau nak bendera habaq la elok2. Dok pi amek lagu tu kami ingatkan geng umno dah tadi. Nasib baik kami tak belasah hampa ja tadi.." tegur mereka sebelum pulang semula ke markaz UPU mereka.

Penulis pun cepat2 meminta maaf dengan apa yang telah terjadi. Mereka pun pulang ke markaz UPU mereka. Tiba2 datang pegawai atasan(merangkap bodyguard Us. Taib Azzamuddin) menghampiri penulis. Penulis bertambah gelabah bila pegawai atasan pula yang datang. Penulis dah cuak semacam ja. Dia bersuara,

"Hang ni kimi, kalau nak bendera pon awat tak habaq? Ish2.. Dok pi amek bendera orang pasai pa?" kata pegawai atasan itu sambil tersenyum.

Penulis sedikit lega. Penulis sangkakan dimarahi pula olehnya. Alhamdulillah selesai masalah yang telah membuatkan penulis gelabah dan cuak. Selepas dari peristiwa itu, penulis tak mahu buat lagi perkara yang hampir2 membuatkan penulis dibelasah beramai2. Mujurlah mereka menyoal penulis dahulu. Apa akan terjadi jika mereka terus menyerang kami? Tak dapat penulis bayangkan. Salah faham yang membuatkan kami hampir2 dibelasah. Memang salah penulis pun. Penulis akui kesilapan penulis.

Bila teringat kembali peristiwa itu, penulis pasti tersengeh sendirian.

"Heheheh. Apa punya idea lah aku ni, pi rentap bendera orang walaupun parti sendiri buat apa? Nasib baik tak kena belasah malam tu.. Tobat dah tak mau buat dah..."
getus hati kecil penulis.


Kini penulis berada di Mesir. Tak mampu lagi untuk bergiat aktif untuk parti. Paling akhir penulis terlibat ialah ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh. Ketika itu penulis pulang cuti ke tanah air. Selepas penulis selesai program bakti siswa di Bukit Gantang, kami terus ke Permatang Pauh untuk membantu di sana pula. Walaupun tak mampu membantu parti secara keseluruhan namun hati tetap gembira ketika menyaksikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika itu. Hati ini puas!! Alhamdulillah...

Ketika itu(2004) penulis masih muda lagi di dalam politik. Masih banyak perkara yang kurang faham. Alhamdulillah kini sudah 6 tahun berlalu. Perjuangan bersama PAS tidak cukup hanya aktif saja. Ia perlu kepada kestabilan dan pelan tindakan jangka panjang. Oleh itu pada tahun 2006 penulis daftar sebagai ahli PAS melalui cawangan Banggol Berangan, Parit Panjang, Baling Kedah. Penulis semakin faham apa itu politik dan semakin sayang dengan perjuangan PAS khususnya. InsyaAllah moga Allah thabatkan penulis di dalam PAS bersama kawan2 seperjuangan semua. Amiin.. Tunggu penulis pulang ke tanah air nanti. InsyaAllah kita akan bersama2 dalam perjuangan Islam. Kita gempur habis2an!!!

Sekarang ini pilih antara 2 saja... Hidup mulia di sisi Allah atau mati syahid di jalanNya....Wassalam..

Kad ahli Parti Islam Se- Malaysia PAS.

1 June 2010

"Setakat kecam dan kutuk, adik aku pun boleh!!"



Assalamualaikum semua,

Dunia baru saja dikejutkan oleh serangan dari komando Israel ke atas konvoi kapal yang membawa pelbagai bekalan untuk penduduk Gaza, Palestin. Diberitakan seramai 19 orang telah meninggal dunia dan 30 orang lebih cedera. Perlu diambil perhatian ialah ramai dikalangan aktivis keamanan pro-Palestin itu terdiri dari mereka yang beragama Islam. Jika ada di kalangan mereka yang terkorban maka mereka adalah mati syahid... Kita doakan mereka semua.. Allahumma amiin..

Penulis ingin bertanya kepada kawan2 semua.. Adakah ini serangan atau pembunuhan yang pertama kali dilakukan oleh Israel laknatullah ini?? Tidak..... Sudah beribu2 serangan dan pembunuhan yang telah dilakukan oleh mereka terutamanya terhadap umat Islam Palestin. Apa reaksi antarabangsa? Penulis tak mahu tahu reaksi negara2 kafir. Mereka bukanlah pembela kepada umat Islam. Tapi penulis nak tanya kepada negara2 Islam khususnya. Apa yang telah kita lakukan untuk umat Islam yang ditindas ini? Bukan negara umat Islam Palestin saja ditindas. Banyak lagi negara2 lain. Sebagai contoh, Patani, Bosnia, Kashmir, Chechnya, Afghanistan, sedikit di Wilayah China, Sudan, Somalia dan banyak lagi... Tapi apa tindakan kita? Bukankah orang2 Islam ini adalah amanah kita? Kita wajib jaga amanah ini. Tapi sayang. Kita lebih sayangkan kedudukan, pangkat, harta dan jawatan kita sehinggakan kita lebih suka tengok saudara2 seIslam kita disembelih hidup2 oleh puak kuffar laknatullahi alaihi ajma'in!!

Israel atau yahudi adalah 1 bangsa yang tak pernah tahu untuk hormat kepada bangsa lain apatah lagi agama. Bagi mereka selain daripada bangsa mereka, semuanya 'najis'! Wajib dinyahkan dari dunia ini. Dah lupakah kita pada sejarah bahawa yahudi dan kristian pernah berperang? Jangan sangka hari ini mereka berbaik2 sesama kristian itu adalah niat murni mereka. Amerika yang merupakan kuasa besar dunia pun dimain2kan oleh Israel.

Nak ajak berdamai? Tunggu air mata darah sekali pun Israel tak akan berdamai dengan umat Islam. Mereka memang sudah terkenal dengan bangsa yang tak boleh dipercayai. Itulah yahudi. Kita adakanlah berjuta2 perjanjian damai pun, mereka tetap begitu. Kisah mereka dengan para anbiyak alaihimus solatu wassalam bagaimana? Bunuh nabi2, suka khianat janji... Itulah yahudi!

Cuba kira berapa jiwa umat Islam Palestin khususnya yang telah dibunuh mereka? Ramai!! Sudah lupakah kita peristiwa Shabra dan Shatila? Yang terbaru ialah Gaza diserang habis2an. Dunia hanya melihat saja. Maka Israel lagi 'naik minyak'. Kerana baginya dunia pun tak mampu nak lakukan apa2 pada mereka.

Bila timbul isu2 begini, mulalah pemimpin dunia bersuara. Hanya bersuara? Setakat bersuara, adik penulis yang darjah 6 pun boleh... Kecam.. Kutuk... Itu saja yang mereka mampu lakukan. Saban hari umat Islam berterusan dibunuh. Ini antara komen2 pemimpin dunia terhadap isu yang baru terjadi ini;

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai 'pembunuhan besar-besaran' sementara Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa menyifatkan ia sebagai 'jenayah' ke atas misi kemanusiaan. Moussa juga meminta mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh badan yang dianggotai 22 negara Arab itu terhadap 'tindakan pengganas' Israel ke atas flotila bantuan antarabangsa itu.

Kesatuan Eropah (EU) menuntut diadakan siasatan segera mengenai kematian aktivis di atas kapal bantuan kemanusiaan Palestin yang dirampas tentera Israel hari ini dan mahu rejim tersebut membenarkan laluan bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

"Perwakilan Tinggi Catherine Ashton melahirkan rasa kekesalan terhadap berita korban nyawa dan keganasan yang berlaku serta menyatakan rasa simpati beliau kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera," kata jurucakap Ashton yang merupakan Ketua Polisi Luar EU.

Konsul Penerangan Sosial dan Budaya Indonesia ke Malaysia, Widyarka Ryananta turut mengutuk tindakan kejam rejim Zionis ini. Menurut beliau, Israel sepatutnya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan bukan menghalangnya sehingga mengakibatkan ramai aktivis pro-Palestin terkorban.

Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur pula ketika dihubungi berkata, seorang wartawannya adalah antara yang terkorban dalam insiden hari ini. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Israel ini. Ini adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan di luar norma-norma masyarakat dunia.


Penulis bukanlah nak salahkan wakil2 kerajaan yang memberi komen tersebut. Tapi nak salahkan ketua2 kerajaan negara Islam tersebut. Berpuluh2 negara Islam di dalam dunia ini, tambahan pula kerajaan2 Islam yang berjiran dengan Palestin ini. Mana perginya? OIC buat apa? Adakah hanya Oh, I see that.... Begitu kah?

Penulis percaya, jika ditanya kepada rakyat2 beragama Islam ini, mereka pasti menginginkan Israel diserang saja.. Tapi apakan daya mereka mempunyai pemimpin yang bacul, menjaga jawatan dan periuk nasi mereka saja. Bagi mereka(pemimpin bacul), "Peduli apa nak jadi pada umat Islam yang lain. Kalau musuh serang negara aku pun, aku boleh lari ke negara lain meminta suaka politik." Yang jadi mangsanya rakyat juga. Pemimpin2 boleh larikan diri saja jika negara diserang.

Inilah akibatnya jika pemimpin tidak ditanam rasa taqwa dalam diri mereka. Nabi sudah sebut 1400 rahun dahulu... Kenapa kita jadi begini sekarang sedangkan umat Islam ramai? Sebab "Cintakan dunia dan takutkan mati.." Lihat, apa yang Nabi kata 1400 tahun dahulu dah jadi kenyataan.

Sudah berpuluh2 tahun berlaku isu umat Islam dibunuh. Tapi yang keluar dari mulut2 pemimpin Islam ialah 'Kecam.. Kutuk..' Itu saja kah yang pandai sebut? Israel peduli apa dengan kecaman dan kutukan kita itu! Melainkan mempersiapkan segala armada ketenteraan dan serang balas balik Israel. Itu saja cara terbaik nak 'layan' Israel ini. Kenapa? Takut sekutu2 Israel dan Amerika serang negara kita balik? Tak susah. Mati tetap akan mati. Cuma pilih saja. Hidup mulia atau mati syahid. Itu saja.... Kalau takut sangat, selepas ini jika ada musuh yang penggal kepala adik beradik kita, jangan balas apa2... Hanya kecam dan kutuk saja yaa? Kena tahu, mati kerana pertahankan ahli keluarga juga adalah mati syahid. Apatah lagi jika kita tolong saudara kita kerana aqidah yang sama! Allahu robbuna..

Apa guna siap siagakan angkatan tentera negara sendiri kalau hanya pandai 'belasah' rakyat sendiri saja? Adakah kita beli kelengkapan peperangan untuk 'serang' rakyat sendiri? Jika dengan rakyat sendiri berani lah pula ya?

Kini tibalah masanya pemimpin2 OIC memikirkan bagaimana cara terbaik untuk 'ajar' Israel. Jika kamu takut untuk hadapi kuffar, ramai lagi rakyat2 kamu yang berani. Tengok sudahlah kepada peserta konvoi ke Gaza itu. Adakah mereka(rakyat biasa) membawa kelengkapan perang untuk hadapi Israel? Bahkan mereka lebih berani dari kamu yang mempunyai angkatan dan armada tentera yang besar!! Kalau penakut begitu, kereta kebal, helikopter dan segala jenis peralatan perang letakkan saja di kedai kitar semula atau bagi saja pada pengutip besi lama.

Sekarang ini pilih saja. Mati syahid atau hidup mulia di sisi Allah... Amat rugi jika mati dalam keadaan lari dari perjuangan...

Sekarang cuba kita lihat antara kekuatan tentera2 negara Islam..



Tentera Malaysia



Tentera Indonesia



Tentera Turki



Tentera Pakistan




Tentera Mesir



Tentera Algeria (Al Jazair)



Tentera Iran



Tentera Maghribi (Morocco)



Tentera Tunisia



Tentera Sudan



Tentera Comoros (Juzr Qomar)



Tentera Brunei



Tentera Turkmenistan



Tentera Jordan



Tentera Syiria



Tentera Arab Saudi



Tentera Kuwait



Tentera Bahrain



Tentera Oman



Tentera Yaman



Tentera Iraq



Dan banyak lagi tentera2 Islam seluruh dunia..... Sebagai umat Islam, kita wajib berlembut sesama Islam dan berkeras sesama kuffar.. Tapi sekarang dah terbalik.. Dengan kuffar kita bukan main lembut lagi. Tapi dengan saudara seIslam sanggup kita 'belasah' dan 'serang'... Na'uzubillahi min zalik..

Cuba bayangkan jika semua tentera2 ini bergabung melawan Israel?? Tepuk dada tanyalah iman... Anda saja yang dapat menjawabnya.... Wassalam.