17 March 2010

Jemputan ke re- union pelajar SMAYK dari lapis tahun 2000-2005.






Assalamualaikum semua...

Diharapkan kawan2 semua dalam rahmat Allah selalu. Kali ini entri ini ditulis kerana ingin mengumumkan 1 perkara. Insyaallah jika Allah perkenankan, aku ingin adakan 'reunion' pelajar Yayasan Khairiah(SMAYK) dari lapis tahun 2000-2005. Ketetapan tahun ini dipilih kerana merupakan tahun pertama bagi kami menjejakkan kaki ke Sek. Men. Agama (ARAB) Yayasan Khairiah ataupun lebih dikenali dengan nama Yayasan Khairiah untuk sesi tahun 2000(tingkatan 1) hinggalah kami menduduki STAM pada tahun 2005.

Aku, insyaallah balik ke Malaysia tahun ini. Dan aku dah bersembang dan berbincang beberapa perkara tentang rancangan ini dengan 2 orang kawan di Malaysia dan mereka menunjukkan reaksi positif. Jika jadi rancangan ini, maka kami ingin menjemput kesemua bekas pelajar Yayasan Khairiah dari lapis tahun 2000(tingkatan 1) hinggalah tahun 2005(tingkatan 6). Tujuan utama alumni ini diadakan bagi menemukan kembali kawan2 lama yang setelah sekian lama terpisah kerana membawa haluan masing2. Ada yang sudah berkahwin, mempunyai anak dan sebagainya. Ukhuwwah antara pelajar2 Yayasan Khairiah tidak pernah pudar. Bilangan kami ketika lapis tingkatan 1 pada tahun 2000, ramai. Bayangkan kelas bagi tingkatan 1 saja ada 6 kelas dengan purata 30 orang setiap 1 kelas. Ini pada bilangan pelajar lelaki sahaja. Aku tak tahu pada bilangan sebenar pelajar puteri kerana sekolah kami tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. Bila kami meningkat ke peringkat seterusnya iaitu dari segi tingkatan pelajaran dan kelas kami, maka pelajar semakin berkurang. Sehinggalah ke tingkatan 5(2004), pelajar putera hanya mampu membentuk 3 kelas saja. Iaitu 5 AL, 5 BL, 5 CL dengan purata 30 orang juga bagi setiap kelas. Ini kiraan kasar sahaja. Dan ketika tingkatan 6 hanya sebuah kelas saja.

Jika ingin diceritakan tentang kenangan2 yang kami tempuhi bersama rasanya tak larat untuk menaip di keyboard ini. Tapi cukuplah aku menceritakan secara ringkasnya bahawa pelbagai pengalaman yang kami hadapi dan semua itu telah mematangkan kami dalam meniti kehidupan yang semakin mencabar ini. Bumi ilmu Yayasan Khairiah bukan saja mencurahkan ilmu, tetapi mengajar kami untuk menjadi 'orang' dalam tak sedar. Susah, senang, gelak, tawa, senda dan gurau masih segar terpahat di ingatan ini. Sejujurnya inginku katakan bahawa aku rindu untuk bertemu kawan2 lama yang sudah lama tidak ketemu. Ada yang sudah hampir 10 tak berjumpa.. Allahu robbi... Mujurlah ada laman 'facebook' yang telah menemukan kembali kawan2 lama aku. Bila bertemu di laman itu, ada yang sudah hampir2 tidak cam mukanya. Namun bila mereka mengungkit kembali kisah lama yang pernah menjadi 'trade marked' tersendiri sebagai contoh, kami masing2 tersenyum sipu dalam hati. Ketawa kecil di dalam hati bila melawak dan bergurau kembali bersama. Memang mengimbau kenangan benar.

Oleh itu, aku dengan berbesar hatinya ingin mengumpul kembali kesemua pelajar2 lapis 2000-2004 insyaallah. Itu harapan besarku. Bukan bermakna bila kami adakan majlis seperti ini lantas kami mengenepikan lapis yang lain. Cumanya aku ingin khususkan sahaja. Kalau ada lapis lain yang ingin 'join' ahlan kami ucapkan. Aku harapkan moga rancangan ini berjaya. Insyaallah bila aku sudah sampai ke tanah air nanti, aku akan terus hubungi kawan2 ku di sana untuk memudahkan kerja.

Secara realitinya, anak didik lepasan SMAYK ini ramai dan bertebaran di seluruh negara. Bermula dari tertubuhnya SMAYK sebagai pondok pengajian umumi sehinggalah sekarang yang telah memperkenalkan sistem nizomi iaitu teratur dari segi kelas dan pengajiannya. Jika orang Kedah khususnya Baling, siapa yang tidak kenal dengan 'Pondok Kg. Pisang'? Itulah nama lain yang terkenal di bibir masyarakat. Pengasas SMAYK iaitu Tuan Guru Hj. Yahya b. Toha merupakan seorang waliyullah di zamannya dahulu. Tuan Guru Hj. Yahya b. Toha juga merupakan tok guru kepada Tuan Guru Omar Zuhdi iaitu pengasas pondok Lanai yang terkenal di Kedah yang terletak di Parit Panjang.

Sebagai pengetahuan semua, ramai dikalangan anak didik Yayasan Khairiah yang telah menjejakkan kaki ke bumi anbiyak ini(Mesir). Jika ingin dihitung 1 persatu jumlah bekas anak didik SMAYK yang sedang menuntut dan sudah tamat pengajian di Mesir ini, cukup ramai. Cukuplah bagi aku rasanya untuk menghitung jumlah pelajar Yayasan Khairiah bagi lapis pelajar SPM tahun 2004 sahaja yang sedang menuntut di bumi berkat ini. SPM pada tahun 2004 merupakan tahun kemuncak bagi kami sebelum menamatkan pengajian di YK dengan menduduki STAM pada tahun 2005.

Para pelajar YK pada tahun 2004(SPM) dan STAM pada tahun 2005 yang sedang menuntut ilmu di bumi Mesir ini begitu ramai dan insyaallah aku cuba senaraikan seorang demi seorang... Dan ternyata ukhuwwah kami di sini tetap kuat. Kalau di sekolah dulu tidak rapat, tapi bila datang ke Mesir ini, ia bertambah rapat. Bukan asobiyah tapi hanya ingin bercerita tentang apa yang telah berlaku. Dan aku yakin, masing2 ada blog dan kawan2 dari sekolah terdahulu. Jadi anda juga mampu untuk kumpulkan semula kawan2 lama anda. Tulislah di blog masing2... Kepada kawan2 di Malaysia yang membaca blog ini, bersedialah untuk menghadiri majlis yang dijangka pada bulan 8 nanti. Insyaallah.. Ini perancangan awalku... Moga kita berjumpa kembali nanti di majlis gilang gemilang itu nanti...






Di bawah ini senarai pelajar2 Mesir yang pernah menjadi anak didik SMAYK ketika SPM tahun 2004 dahulu.



























p/s : Kepada kawan2 yang mampu hadir nanti di majlis itu, sila tinggalkan pesan di blog ini. Jemputan kepada semua bekas pelajar termasuk pelajar puteri dan putera YAYASAN KHAIRIAH.

1 comment:

Unknown said...

Bila tarikh pulang tuan? Kirim salam pada Abg Kirin dan Abg Zubair. MasyaAllah.