24 March 2010

JAWATAN BP PMRAM : Jangan jadi kawan makan kawan..




Assalamualaikum semua.....

Penulis ingin mengulas sedikit berkenaan pilihanraya bagi menjawat jawatan Badan Pengurus(BP) ataupun jika di peringkat negara dipanggil Menteri2 kabinet. Apa yang penulis tahu, sudah 2 tahun rasanya jawatan ini tidak ada 'perlawanan' walaupun ia dipertandingkan. Maksudnya jawatan2 ini dijawat kerana calon2 yang masuk bertanding menang tanpa bertanding. Ada mulut2 busuk yang mengatakan bahawa jawatan BP PMRAM ini, orang tak berminat nak menglibatkan diri, sebab itu hanya menang tanpa bertanding saja. Adakah begitu? Hanya orang yang bermulut busuk itu saja yang tahu jawapannya.

Penulis memandang perubahan ini dari sudut positifnya bahawa sudah mula ada kesedaran mahasiswa dalam menglibatkan diri dalam persatuan peringkat tertinggi ini. Kenapa? Kerana bagi penulis bahawa mahasiswa sekarang ini masing2 berebut untuk memberikan sumbangan berbentuk tenaga dan buah fikiran dalam memastikan persatuan yang ada ini semakin utuh. Bukan bermakna mereka yang masuk bertanding ini gilakan jawatan yang ada. Tapi mereka ini, bagi pendapat penulis ingin melakukan perkara yang mereka rasakan baik untuk persatuan seterusnya untuk seluruh mahasiswa/wi di perlembahan Nil ini. Mereka bukan saja telah mengkritik PMRAM. Tapi mereka juga telah memberanikan diri untuk sama2 menampung kekurangan yang ada. Dengan makna katanya bahawa mereka bukan saja menegur kepimpinan, tetapi ingin masuk sendiri dalam persatuan. Bukan dengan cara menyisihkan diri lantas menubuhkan persatuan lain. Tak. Jika berlaku begitu, maka mereka adalah orang2 yang berjuang bukan kerana dasarnya(Al Quran dan As Sunnah). Tapi kerana kepuasan dunia...

Jika kita menilik kepada fenomena ini(berlakunya 'perlawanan' dalam menjawat jawatan BP), maka penulis boleh samakan seperti pernah berlaku di bumi tempat mukiman penulis sendiri iaitu Mansurah. Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sudah sekian lama tidak 'berlawan' dalam pilihanraya. Kesemua calon hanya menang tanpa bertanding. Tapi pada Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) ke 17 (2009) baru2 ini,iaitu ketika turunnya kepimpinan lama dan naiknya kepimpinan baru, telah menampakkan perubahan drastik iaitu jawatan bagi AJKT dan HEWI dipertandingkan(ada 'perlawanan'). Perubahan yang berlaku itu juga telah 'menyentak' sebahagian mahasiswa dari keselesaan mereka.. Mahasiswa sudah mula berani untuk melakukan perubahan. Tapi sayang.... Niat mereka untuk menampung kekurangan yang ada itu telah disalah tafsirkan sehinggakan membawa kepada prasangka yang berlebihan. Akhirnya menimbulkan fitnah dan sebagainya. Sedangkan sebelum itu kita adalah kawan. Hanya kerana ingin memenangkan calon pilihan mereka akhirnya kawan pun sudah jadi lawan...... Sudah muhasabah kah kita dengan pengajaran lalu??? Hurm.

Kini jawatan BP PMRAM dipertandingkan tanpa ada lagi calon yang menang tanpa bertanding. Tidak dapat tidak, pasti ada calon yang akan ditolak pengundi. Cumanya pesan penulis, berkempenlah untuk memenangkan calon pilihan hati. Bukannya berkempen memburukkan calon yang lain. Apa yang pernah penulis sendiri lalui ialah ada sebahagian mahasiswa iaitu kawan sendiri yang berkempen memburukkan calon2 sehinggakan mengatakan bahawa " Ada calon yang bertanding itu berfikrah lain! Singkirkan mereka! Kalau tidak persatuan kita akan jahanam." Begitulah lebih kurang taqdir kalam mereka dari penulis. Namun maksudnya sama saja.

Ingat! Jangan menganggap kita saja berfikrah PMRAM! Ramai lagi kawan2 kita yang berfikrah PMRAM. Kalau kita sesuka hati menuduh mereka yang lain itu 'berfikrah lain' hanya kerana mereka pernah tidak bersetuju dengan sedikit perkara saja apa yang kepimpinan buat, maka ketahuilah bahawa kita ini berjuang bukan kerana dasarnya tapi lebih kepada asobiyah atau kekitaan saja. PMRAM atau DPM bukan milik individu. Bukan milik presiden saja. Bukan saja milik pengerusi. Tapi adalah milik kita semua. Sama2 kita tampung kekurangan yang ada dan bersama2 dalam merealisasikan harapan dan dasar perjuangan kita iaitu wadah perjuangan kita di sini.......................

Apa2 pun penulis cukup berbangga dengan calon2 yang bertanding semua. Mereka semuanya hebat dalam bidang masing2. Tambahan pula, kenal benar penulis dengan bakal presiden PMRAM iaitu Tuan Guru Ustaz Shahrizan. Seorang yang alim, hebat dalam pelajaran dan berfikiran terbuka. Kenapa penulis berani berkata begitu? Kerana penulis sendiri pernah berguru dengannya : -) Tahniah kepada semua calon yang bertanding! Selamat mengundi....


KITA PMRAM!!!!

1 comment:

Anonymous said...

jom turun ngundi! kita pangkah ikut suke hati kite bkn ikut org. klu ikut org baik takyah pangkah.