18 December 2009

TILIK LAH DIRI SENDIRI DAHULU.....







Mawar(bukan nama sebenar) sedang bersemangat memberikan ceramah tentang barangan boikot. Hadirin yang hadir begitu kagum dengan cara penyampaiannya itu. Penuh dengan dalil. Paling kurang pun kalam2 ulamak. Semuanya mengangguk faham. Khusyuk benar mereka. Mawar masih lagi meneruskan ceramahnya. Dalam masa yang sama, dewan orang ramai penuh sehingga terpaksa duduk di luar. Hebat!

"1 ringgit yang kita bayar untuk membeli barangan yang telah diboikot, samalah seperti sebutir peluru kita berikan kepada Israel untuk mereka menembak saudara kita di Palestin!!!" ujar Mawar penuh bersemangat. Hadirin bagaikan direntap kuat ketika mendengar kalamnya itu. Semuanya gerun!!

Setelah lebih sejam berceramah, Mawar hampir kepada ucapan akhirnya. Dia sempat berpesan kepada hadirin,

"Oleh itu,saya menyeru kepada diri saya dan semua marilah sama2 kita memboikot barangan yang ada kena mengena dengan Israel!!" kalam akhirnya yang begitu teruja bila mendengarnya.

Selepas saja majlis selesai, Mawar didatangi seseorang. Dahlia(bukan nama sebenar) menghampirinya. Lagaknya seperti ingin bertanyakan sesuatu. Mawar tenang berhadapan dengan orang ramai.

"Assalamualaikum cik Mawar. Maaflah mengganggu cik. Saya ada benda nak tanya ni. Tapi soalan saya ni pedas juga lah. Boleh tak?" Dahlia menyapa Mawar. Mawar sedikit terkedu bila mendengar jenis soalan yang akan ditanya itu.

"Waalaikumussalam... Eerr, sila2.." Mawar mempelawa Dahlia untuk bertanyakan soalan tersebut.

"Cik Mawar guna nombor telefon pra bayar syarikat apa yaa?" tiba2 soalan itu yang ditanya Dahlia. Memang agak2 pedaslah juga. Mawar terdiam seketika. Dia tidak dapat mengagak lagi apa tujuan Dahlia bertanya begitu. Kemudian dia menjawab dengan tenang soalan itu tadi.

"Hmm, syarikat 'tuuuut'....." jawab Mawar bersahaja.

"Eh, itu bukankah syarikat yang diboikot juga cik Mawar? Kenapa cik Mawar boleh guna pula no. telefon daripada syarikat terbabit?" Dahlia sengaja bermain akal dengan Mawar. Kini Mawar mula sedar soalan pedas tersebut. Dan apa tujuan Dahlia bertanyakan sedemikian. Dialog mereka berdua ini terhindar daripada pengetahuan orang ramai. Awal2 lagi Dahlia sudah mencari tempat yang sesuai untuk bertanyakan soalan pedas ini.

"Eerr, saya memang gunakan no. tersebut.Dah lama dah. Tapi saya bukannya beli sendiri dari syarikat 'tuuuut' itu. Saya warisinya dari orang2 lama. Jadi no. ini sudah turun temurun digunakan. Sehinggalah kepada saya pula hari ini. Oleh yang demikian, tak timbullah soal saya sumbang atau tidak pada barangan boikot itu. Kerana bukan saya yang beli pada awal2nya. Eerr... Harap enti faham ya?? Jangan suuzhon pula lepas ni." panjang juga jawapan yang diberikan Mawar itu. Dahlia hanya diam sambil mendengar saja kalam2 Mawar dari tadi.

"Tapi kan cik Mawar, adakah cik Mawar tidak pernah topup no. tersebut? Untuk pencerahan soalan, saya ulang sekali lagi. Adakah dari awal2 lagi ketika cik Mawar guna no tersebut, cik Mawar tidak pernah topup no. itu??" Dahlia masih bertanyakan soalan yang agak2 pedaslah juga.

"Eh, mestilah saya pernah topup. Kalau saya tak pernah topup, macamana saya nak hubungi orang selama ni? Kamu ni tanya soalan pun, biarlah logik sikit.." jawab Mawar.

"Baguslah cik Mawar jujur dengan saya. Sekarang camni lah senang. Saya terus terang saja dengan cik Mawar." muka Mawar jadi lain tatkala mendengar kata2 itu dari Dahlia. Dahlia meneruskan percakapannya.

"Cik Mawar mengatakan no. tersebut cik Mawar warisi dari orang2 lama. Dan 1 sen pun cik Mawar tak keluarkan duit untuk membeli no. tersebut apatah lagi menyumbangkan kepada barangan boikot? Kan cik Mawar kan?" Mawar mengangguk segan.

"Tapi cik Mawar.... Cik Mawar lupa 1 perkara iaitu topup itu sendiri.... Cik Mawar topup guna duit cik Mawar sendiri. Bukannya di sponsor oleh orang2 lama2 atau sesiapa saja. Jadi persoalannya di sini, tidakkah setiap kali cik Mawar topup itu sebenarnya turut menyumbang kepada barangan boikot?? Tidakkah begitu cik Mawar?" Dahlia bertanyakan seperti berada di mahkamah pula. Mawar dari tadi lagi sudah terdiam. Tak tahu untuk jawab apa2.Dahlia menyambung lagi...

"Berapa ringgit cik Mawar guna kalau sekali topup?" tanya Dahlia lagi.

"10 ringgit.." jawab Mawar gopoh gapah.

"Ok, 10 ringgit yang cik Mawar topup itu bukankah akan masuk ke dalam akaun syarikat 'tuuuut' tersebut?? Dan duit yang cik Mawar bayarkan kepada syarikat 'tuuuut' tersebut untuk membeli topup akan disumbangkan pula kepada Israel seperti mana cik Mawar ceritakan dalam ceramah cik Mawar tadi? Betul tak camtu cik Mawar?" Mawar dari tadi sudah menundukkan kepalanya. Kali ini dia pula diberi ceramah.

"Cik Mawar ada cakap tadi, 1 ringgit yang kita beli dari barangan yang diboikot, samalah seperti kita menyumbangkan sebutir peluru kepada Israel untuk menembak orang Palestin. Sedarkah cik Mawar bahawa cik Mawar bukan saja menyumbangkan sebutir peluru, tapi 10 butir peluru dalam 1 masa kepada israel! Yalah, sekali topup 10 ringgit, 10 butir peluru disumbangkan kepada Israel. Tak gitu cik Mawar?"

"Saya tak pernah terfikirkan tentang perkara tu pun..." balas Mawar perlahan.

"Ok. macamana cik Mawar nak fikirkan benda ini kalau dah cik Mawar nampak salah orang lain saja? Salah sendiri buat2 tak nampak. Sebab tu cik Mawar tak perasankan benda ini. Tak mengapalah cik Mawar. Saya cuma nak sedarkan cik Mawar saja. Di negara ini banyak lagi pilihan no. telefon dari syarikat yang tidak diboikot. Jadi cik Mawar ada ikhtiar untuk menggunakan no. yang lain. Kalau cik Mawar punya banyak alasan untuk membenarkan perbuatan cik Mawar ini, cik Mawar jangan pula terkejut kalau orang ramai juga punya banyak alasan untuk memakai atau membeli barangan boikot..... Saya minta maaf cik Mawar kerana kata2 saya ni kasar..."

Mawar terdiam seribu bahasa................

1 comment:

Jiera said...
This comment has been removed by the author.