22 July 2009

MABRUK KAK LANG!!!

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku gumbira sangat kerana dapat menemani Kak lang ke majlis graduationnya yang berlangsung di dewan universiti depa punya laaa ..Takkan aku punya pulak kot.Pagi-pagi lagi kami berdua beradik ni pi Universiti Kak lang.Hujan 'gerimis mengundang' mengiringi kami.Nyaman dan sejuk yang kurasai...Pergh..

Bila kami sampai jaa,masyarakat majmuk berbilangan kaum sudah membanjiri kawasan U.Macam-macam bangsa adaa.Habaq ja nak bangsa paa..Aku macam biasalaa..Photographer berpengalaman dari dulu,kini dan selamanya..Dari mula lagi aku dah usung kamera SLR Kak lang..Tugasku hanya 'mengekoq' Kak lang jaa di mana jua dia pergi.Aku dok ushar-ushar merata.Memang meriah sungguh laaa.Dan tak rugi aku mai sini teman Kak lang.Sebab aku tengok majoriti yang hadir semuanya berteman keluarga di sisi.Kalau lah aku tak mai teman Kak lang,tak leh aku nak bayangkan betapa dia keseorangan tanpa ahli keluarga yang bertamu di sisi.Siaaaaaan....

Antara tetamu yang hadir bersama anak masing-masinglaaa....

Mesti sedih kalau Kak lang takda saudara-mara teman.Hurm..

Aku yang takda pa ni pun dah rasa sayu..Apatah lagi mereka yang nak grad....Sabar ja laa yaa..
Bila kami masuk ja dalam dewan,aku sedikit terkejut kerana dewan depa bukan cam kita..Lain sikit laaa.Kak lang pi amek tempat dia.Takkan nak 'meghenyeh'(duduk bersebelahan) tepi aku plak kan.Aku dok tempat khas untuk tetamu jaaa..Sementara dok tunggu majlis nak mula tu,pihak U sajikan kami dengan bunyian seksefon(betoi ka aku eja ni?)..Dok wat lagu sedih bleh...Aku dengaq ja laa.Dok lama ja tiba-tiba tetamu tepuk tangan.Aku terkejut jugak laaa.Pasai paa ni???Laaaaaaaa,rupa-rupanya geng yang dok tiup seksefon macam tengah tiup belon tu dah habis wat persembahan.Hurm....

Nampak tak geng seksefon dok atas pentas tu??Kalau tak nampak alamatlaa.

Yang paling aku sukanya ialah majlis ni macam simple jaaa..Sebab paa??Sebab nampak cam majlis santai jaa.Canselor berucap pun tak lama.Aku suka sebab aku tak boring..Haha.Watpa laa depa cakap lama-lamakan,aku buka paham sangat.Pengerusi majlis cakap skit,terus umum nama-nama penerima ijazah.



Kelihatan para pensyarah dan orang kenamaan sedang dok baaaaaik punya.


Itulah gambaran dari sebahagian para tetamu yang hadir ketika majlis berlangsung.Aku mula-mula depa umum nama tepukla lagi..Hadirin semua pun tepuk jaaa..Pastu aku tak larat tepuk dahlaaa...sekali dua tu bleh gagah lagi,mai banyak-banyak ni lenguh jugak laa.Bayangakanlah penerima ijazah tadi 1oo lebih orang taqriban!

Tak sempat aku nak habis tepuk lagi untuk sorang ni,pengerusi sebut pulak nama pelajar yang lain..Kalau setakat 8,9,10 orang tu bleh laa lagi..Dah mai ramai sangat ni,aku dok diam ja laa...Tapi hadirin selamba jaa dok tepuk lagi..Yang paling bestnya bila geng kulit hitam naik pentas jaa,bersorakla keluarga atau sebangsa ngan depa macam kenduri kawen di Mesir..Pernah dengar mama bila ada kenduri kawen ja depa ni ditugaskan untuk bersorak ramai-ramai?Cuba kawan-kawan buat cam mama tu..Haaaaaaaaaa...Camtulah bunyi dia..Depa wat dewan tu cam kampung depa jaaa.Boleh dikatakan setiap pelajar kulit hitam naik pentas ja,mula laa depa menjalankan tugas.Hurm...Aku terkekek dalam hati ja laa..Memang sempoi laa majlis tu..Canselor pun tak kata pa.Depa siap gelak-gelak jaa.

Depa bagi ijazah bukan cam kita di Malaysia.Kalau di Malaysia,Canselor atau naib Canselor akan bagi ijazah la-la tu juga pada para penerima(la-la tu juga bermaksud,diwaktu itu juga.).Tapi kat sini Canselor hanya duduk dan depa mai salam jaa..Ijazah kena amek di bawah pentas.Ok tak?Haha..Maknanya tak dalaa nak bergambaq-gambaq dulu ngan pemberi ijazah tuu..

Dah abis semua ja,sesi bergambaq la pulak..So tugas aku pon bermula."Ya basha,ta'al hina ho..."
"Coming right up..................."











Aik budak ni gaya lebih-lebih cam ngaji sini jaaa..Baliklaa Mesir tuu....Dok pa lama-lama sini..Kak hang sebenarnya tak sampai hati nak halau jaa tu.Hehe.....

Apa-apa pun aku ucapkan alfun mabruk pada Kak lang di atas penganugerahan hari ini..Kak sulong aku dah abis ngaji,abang aku pun sudah..Kak lang baru ja sudah.Aku dalam perjalanan bersama adik aku sorang di UIA.Yang lain masih rendah dan menengah lagi..Dan jangan kita lupa bahawa pengajian sijil dunia mungkin dah abis...Tapi pengajian kita untk menghadap ALLAH takkan habis walaupun di dalam kubur sekalipun...Di alam kubur pun tok imam(tak semestinya tok imam jaa) ajarkan bagaimana nak jawab soklan yang sememangnya dah bocor di dunia lagi....Jadi....tuntutlah ilmu sampai mati.........

No comments: