6 November 2009

"Man... Aku tak tau pon kata Lah dah takda......"


Assalamualaikum semua.....

Berkenaan dengan tajuk entri di atas, tentang seseorang yang telah pergi meninggalkan kita semua di dunia ini. Seorang kawan....... Namanya Muhammad Hasbullah b. Zulkifli. Dia merupakan cucu kepada Tok Guru aku, Tuan Guru Ustaz Abdul Wahab b. Hasan(Ustaz Awang Lanai). Oleh kerana umurnya sebaya aku, kami memang berkawan baik lah. Sebetulnya aku baru mengetahui tentang pemergiannya tadi(jam 815 pagi waktu Mesir,Sabtu 7 hb 11 2009). Itu pun setelah aku chat bersama anak tok guru aku(Osman). Dia beritahu padaku,

"Kimi, hang tau x lagi kata Lah dah xda?" ujarnya.


Aku terkedu mendengar berita tersebut. Aku bertanya sekali lagi,moga2 bukan Hasbullah anak saudaranya itu. Tapi memang benar Hasbullah itu yang dimaksudkan. Innalillahi wainna ilaihi roji'un......

"Man, aku tak tau pon kata Lah dah takda... " balasku.

Osman....

Osman(pak saudara Lah) menyangka bahawa aku sudah mengetahui tentang berita tersebut. Aku betul2 tak tahu. Nasib baik Man beritahu padaku. Jika tidak sampai bila pun aku tak tahu....

Hasbullah meninggal dunia sehari sebelum raya dulu. Dia kemalangan di Kuala Ketil. Lah membonceng motosikal bersama adiknya. Tiba2 sebuah basikal melintas dengan tiba2 menyebabkan mereka hilang kawalan dan Lah tercampak, kepalanya jatuh ke batu. Menyebabkan tengkuknya patah dan kepalanya cedera teruk. Helmet yang dipakainya turut pecah. Adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Itulah takdir namanya... Aku kehilangan kawan lagi.. Mati itu pasti. Cuma kita tak tahu mati itu bila, di mana dan cara kita mati itu bagaimana... Husnul khatimah Alhamdulillah.... Su ul khatimah Na'uzubillah.... Aku mendoakan Lah bersama mereka yang soleh. Hari ini kawan kita yang pergi. Selepas ini siapa lagi?? Mungkin orang yang paling kita sayang juga akan pergi.... Yang paling penting ialah persediaan kita sendiri untuk menghadapi kematian.....

Sebelum itu Lah telah kehilangan 2 orang adiknya kerana lemas. Ya ALLAH, tempatkanlah mereka bersama orang2 yang soleh..... Al Fatihah......

4 November 2009

MUJAHIDIN CHECHNYA : MEREKA YANG KITA LUPAKAN.....

Assalamualaikum semua....

Aku teringat satu kisah benar yang pernah berlaku. Perkara ini sama ada kita tahu dan kita tak pernah tahu, atau kita sudah terlupakan mereka. Yaaa, mungkin kita sudah terlupakan mereka iaitu mujahidin Chechen atau Chechnya. Aku masih ingat lagi ketika peristiwa peperangan orang Islam Chechnya sewaktu rancak berlaku. Masa itu aku baru saja tingkatan 1(bahkan peperangan dengan tentera Rusia sudah bertahun lamanya sebelum itu). Aku ada membaca risalah tentang peperangan itu. Dan ketika itu jugalah aku mula mengenali apa itu qunut nazilah. Kami disarankan membacanya. Aku membaca 1 persatu risalah tersebut. Pelbagai cerita sedih terpapar di dalamnya. Cerita tentang kekejaman tentera Rusia la'natullah. Umat Islam bagaikan alat permainan bagi mereka. Episod kekejaman ini bukan lagi rahsia di mata dunia. Namun begitulah. Hanya mengecam saja segala tindakan tak bertamadun Rusia ketika itu. Negara2 Islam yang lain pun begitu. Kecam dan terus kecam tanpa lakukan sesuatu. Umat Islam Chechnya terus dibunuh. Wanita mengandung dibelah perut mengeluarkan bayi. Gadis2 dan is3 dirogol sebelum dibunuh. Membunuh wanita Islam dengan cara menembak menggunakan pistol dikemaluan dan lelaki pula dipotong kemaluan dan banyak lagi siri pembunuhan kejam tentera Rusia la'natullah itu. Umat Islam ramai di dunia ini. Tapi tak mampu untuk menyelamatkan saudara kita di sana. Kerana apa? Kerana penyakit AL WAHNU, iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati. Perkara ini Nabi telah nyatakan dalam hadis. Kita memang ramai. Tapi hanya seperti buih dilautan... Allaaaah.



Siri kekejaman terhadap umat Islam bukan saja berlaku di Palestin dan Chechnya, tapi telah berlaku juga sekian lama di merata dunia. Masihkah kita ingat Bosnia? Kashmir? Ambon? India? Patani? Algeria? dan banyak lagi siri pembunuhan beramai2 umat Islam. Kita ramai! Mencecah bilion orang di muka bumi ini. Tapi apa tindakan kita?

Aku fokuskan pada kisah Chechnya ini. Sedarlah bahawa bukan saja umat Islam yang berbangsa arab di Palestin dibunuh dan ditindas. Tapi bangsa yang sama dengan mereka juga mereka bunuh dengan senang hati hanya kerana mereka beragama ISLAM! Mujahidin Chechnya bukan berbangsa arab. Tapi mereka telah dibantu oleh pejuang dari bangsa arab kerana rasa sayang dan kasih sesama saudara seakidah. ALLAAAH.... Bukan saja dari bangsa arab. Banyak lagi mereka yang berbangsa selain dari eropah yang membantu mujahidin di sana. Hanya kerana nakkan SYAHID. Betapa sedapnya mati syahid itu, jika diberi pilihan untuk hidup lagi, mereka nak hidup lagi untuk berperang dan mati syahid. Hidup dan mati syahid, hidup dan mati syahid. Hanya kerana sedapnya mati syahid itu. Mereka tak pernah rasa sakit ketika mati syahid.

(
“Orang yang mati syahid itu tidak merasakan (kesakitan) pembunuhan kecuali sebagaimana seorang diantara kalian merasakan (sakitnya) cubitan.”) - Hadis-

Kita yang nak lawan hawa nafsu sendiri pun masih lemah, jauh sekali untuk kita jadi seperti mereka. Chechnya di dalam bahasa arab di panggil syiisyaan(الشيشان) . Aku masih ingat lagi doa qunut nazilahnya..

Antaranya ialah kita
bermohon pada ALLAH.......

.............. اللهم انصرالاءسلام والمسلمين والمجاهدين في الشيشان.

Rasa seronok dan cemburu kepada mereka. Kesusahan yang mereka tempuh akan dapat balasan syurga untuk mereka. Kita yang senang di dunia ini menyebabkan neraka tempat kita jika lalai dengan kesenangan ini. Na'uzubillahiminzalik..... Mereka iman kuat. Islam mereka kuat. Tatkala ALLAH uji dengan perkara ini, mereka masih kuat berpegang dengan ISLAM. Sedangkan kita yang tak pernah diuji sebegitu oleh ALLAH, kita dah berlagak dan sombong mendabik dada mengatakan iman kita sudah kuat. SOMBONG!!!! Bayangkanlah jika negara kita juga jadi begitu. Thailand dan Singapura bukan semata2 jiran negara. Harus berhati2 dengan mereka. Nak harapkan Indonesia? Kerana isu tarian pun sudah nak berperang dengan kita. Bagaimana mereka ingin membantu kita? Tapi aku yakin masih ada jiwa2 ISLAM dalam diri mereka untuk membantu kita kelak. Pergantungan kita terhadap ALLAH mesti kuat. Senjata bukan aspek utama. Namun benda itu tetap perlu ada untuk menjadi persediaan kita.

Ingatlah, saudara kita bukan saja di Palestin. Namun seluruh dunia mereka bertebaran. Kita memang cintakan saudara kita di Palestin dan ingin membela mereka yang ditindas dan dibunuh oleh Yahudi la'natullah, tapi jangan sampai kita lupakan saudara kita di seluruh dunia yang ditindas kuffar!!

Paling dekat dengan kita ialah PATANI DARUSSALAM. Pernahkah kita terfikirkan tentang mereka? Adilkah kita hanya membela saudara kita di Palestin saja? Penuh di blog2 membicarakan tentang isu Palestin. Sudah bagus kerana membangkitkan isu Palestin. Apatah lagi di sana terletaknya baitul maqdis(qiblat p1 umat Islam)! Namun bagaimana pula ulasan kita dalam blog tentang kekejaman kuffar terhadap umat Islam di negara lain pula? Paling dekat dengan kita PATANI. Tak jauh. Hanya dipisahkan oleh sebatang sungai dan hutan2. Mana ulasan kita? Takkan kita hanya ingin jadi juara dalam isu2 yang popular saja? Hanya kerana nak menunjukkan kita ini juga prihatin terhadap umat Islam? Begitu kah?

Sudah banyak perkara dan sejarah benar telah berlaku dalam dunia ini. Kenangkanlah kembali susah payah mereka itu. Walaupun kita bukan sebangsa dan tak pernah kenal mereka, tetapi kerana saudara seakidah menyebabkan kita teringin benar nak berjumpa mereka. Doalah sama2 walaupun kita tak dapat berjumpa dan berkenalan dengan mereka di dunia ini, muda2han ALLAh izinkan kita berjumpa mereka di syurga nanti. Amiin.

Ya ALLAH ya tuhan kami. Tolonglah agama Islam dan semua umat Islam dan mujahidin dan mereka yang lemah yakni yang ditindas kaum kuffar pada setiap tempat dan pada setiap masa.. Amiin ya ALLAH ya robbal 'Alamin....

Kekejaman Kerajaan KAFIR Thailand terhadap umat Islam PATANI DARUSSALAM boleh lihat di link di bawah,

http://patanikini.wordpress.com/



Gambar2 Mujahidin Chechnya...


Mujahid berbangsa arab di Chechnya..

Panglima Al Khattab yang digeruni Rusia....(berbangsa arab)

2 November 2009

TUMPUKAN PADA PENGAJIAN, LUPAKAN SEBENTAR ISU2 BERBANGKIT.

Sekadar gambar hiasan.....



Assalamualaikum semua.......




Pagi2 buta ni sebelum pi kuliah, aku amek masa sikit untuk menulis entri terbaru ni. Sejak kebelakangan ni kita dok dengaq macam2 isu yang berlaku. Bagi aku dari dulu lagi dah ada isu2 tergempar ni, cumanya sejak 2 menjak ni benda ni semakin menjadi2. Paling tergempaq isu yang berlaku(bagi akula), isu pelajar2 baru Terengganu. Macam2 blog dok hangat hurai bab ni. Pastu isu kutub sittah. 1 majlis mulia yang cuba digagalkan oleh pihak2 tertentu. Wallahu a'lam atas sebab apa majlis mulia ini ingin digagalkan. Sebab aku tak dapat berita yang sohih. Nak dapat berita yang sohih camna kalau pihak yang dijemput untuk memberikan penjelasan tak mai pada malam tu. Tapi takpala. Biaqla pihak kepimpinan persatuan yang uruskan. Aku orang besa ni, tunggu dan lihat ja laaa. Bila dah sohih betoi, tugas aku hanya dengar dan toat. Dok tak lama timbui plak isu curi kain rentang. Kain rentang tu dicurikah atau dirampas kerana ditampal tanpa kebenaran?? Wallahu a'lam. Tapi dari apa yang aku dok baca kat blog2 dan shoutbox, depa dok habaq kata kain rentang tu dicuri! Kalau betoi depa curi, aku tak tau laa sebab pa. Mungkin sebab depa x cukup kain kot nak wat lapik meja makan? Tak tau laa aku. Biaq laa orang atas setelkan. Aku dok sibuk2 pon bukan bleh wat apa pon. Bila dah timbui isu2 tergempar 1 Mesir ni, mula lah adegan nak maki orang. 'Hang maki aku, aku maki hang'. Lagu tu laa yang dok berlaku la ni. Serupa yang berlaku kat Malaysia laaa. Bila time pilihan raya jaaa, x ingat dah haih sedara mara, jiran tertangga. Janji hang parti lain jaa, dok main lawan maki laaa. Belah sana UPU parti lain. Belah sini plak UPU parti len. Apa lagi. Main lawan balah laa. Tapi yang peliknya. Bila abis pilihanraya, dok molek jaa. Jumpa sembang elok. Tanya habaq elok2. Dia jadi lagu tu time pilihan raya jaa.... Kat sini(Mesir) pon sama. Bila jadi isu2 tergempaq camni, pakat dok lawan maki laa. Yang ni kata puak sana tak islamik laa. Puak sana kata sini pecah belah laa. Macam2 laaa. Kalau nak tulis dalam ni, huusssh panjang meleghet laa jawabnya. Tapi apa pon bagi aku, marah macamana sekalipon, jagalah adab(usiikum wa nafsi..Muhasabah diri). Tak payah dok habaq dah pasai adab ni. Pakat terra belaka dah. Orang Malaysia dok tengok kita Al Azhari. Aku pon nak marah. Ish, rasa nak maki nuuu. Tapi nak wat camna. Pendam dalam hati ja laa. Tak sanggup nak maki kawan2 sendiri. Bukan pa, geng2 dok maki tu pon kalau jumpa depan bukan main baik lagi. Dok belakang dengan menggunakan nama samaran dalam shoutbox sedap ja dok maki orang. Bukan tak leh kritik, tapi bagi ada bahasa dia. Aku pon ada jaa dok kritik puak sana dalam blog aku ni. Tapi tulah kelemahan kita. Sama2lah kita muhasabah diri. Besa laa orang cakap. Darah muda kan. Dia kira nak cepat nek angin jaa. Jangan nek awan guling sudah. Hehehehe. Time tengah marah ni, dia bukan ingat apa dah. Tapi baguih laa ada sifat marah tu. Cuma bagi kena tempat jaa. Aku pon cepat marah gak. Tu yang nak ubah bagi lembut sikit nih. Tapi tak mau laa jadi laki lembut. Ish.

Bila berlaku isu2 camni, masyarakat kita kat sini dok tumpu isu2 yang berbangkit ni laaa. Tapi aku nak pesan pada diri dan semua(sekali lagi usiikum wa nafsi). Jangan kita sampai terlupa bahawa kuliah dah rancak bermula. Tak lama lagi nak peksa plak. Haaaaa. Kaa kita semua dah lupa tentang perkara tuu?? Besalaa tu. Kadang2 tu bila kita dok tumpu satu benda tu, mesti ada benda len yang kita keterlupaan. Macam orang tengah main bola atas padang laa kan, bila masanya dia sempat nak balas mesej??? Hehehe. Perumpamaan entah apa2 entah. Hmmmm..... Nasib laa labu.. Kita kena kembali semula kepada hadaf utama kita mai sini(Mesir). Apa dia kawan2?? Tuntut ilmu.... Haaa pandai pon.. Kita mai sini paling utamanya nak tuntut ilmu. Bukannya nak amek title Al Azhari pastu dok bangga ngan orang kampung. Bukan lagu tu.. Cumanya kita kena berbangga(bukan takabbur) kerana dapat ngaji kat sini. Bangga sebab ALLAH lorongkan kita ke sini. Jadi bila dah jadi lagu tu, kena pahamlaa hadaf utama kita ni.. Cheeee, aku cakap serupa aku ni rajin pi kuliah plak nooh? Bukan lagu tu.. Aku dok habaq ni dok 'tenyeh' hati aku sama laa ni. Bukan paa, kadang2 tu kita ni lebihkan pada persatuan lagi. Yang no 1 tetap pelajaran. No 2 baru persatuan. Ini tak, kita lebihkan persatuan lagi. Tu yang salah tu. Tapi bila aku cakap camni adakah persatuan tu tak penting?? Haaaaa ke guane? Hmmmm... Penting laaa. Aku tak nafikan persatuan tu.. Bahkan aku pon lani dok sibuk ngan USMB ni. 9 hb ni pelajar2 baru nak mai. Jenuh nak sambut depa ni. Nak wat benda2 camtu kena ada kata sepakat. Bila kata nak wat kata sepakat, kena adakan mesyuarat. Bila kata mesyuarat tu, otomatik laa kerja persatuan. Tak gitu kawan2??? Haaaa gitu laaa. Aku nak habaq kata persatuan ni penting juga. Organisasi ini penting. Nabi pon diawal Islam dulu dah wat organisasi untuk dakwah.Di bahagi2kan tugas kepada para sahabat untuk kerja dakwah ni. Bukankah benda ini sunnah Nabi juga?? Haaaaa. Dah dapat pahala free.. Cumanya yang jadi salahnya bila kita lebih seronok tumpu pada persatuan lagi. Hinggakan pelajaran terabai. Akhirnya dok sini lama2. Kalau memang nak dok lama takda masalah laa. Tapi bukan bermakna orang yang dok lama sini dia utamakan persatuan lagi. Ada jaa orang tak kuat persatuan tapi dok lama. Ada kan?? Adakah dia tak baca buku langsung? Tidaaaaak! Tu semua kerja ALLAH. Kalau kita dah baca buku sampai lasam dan lunyai dan la ik dan jawab pula semuanya yakin betoi tapi kalau ALLAh tak izinkan kita lulus, nak wat camna?? Terima ja laaa. Mesir kan popular dengan misterinya. Jika ALLAH nak kan kita ni tak lulus, tasfiah 2 madah pon masih tak lulus2 lagi. Adakah dia tak baca kitab langsung?? Mustahil tak baca langsung kan. Ada orang yang istisnak 13 madah pon boleh lulus semua. Sebab tu lah bagi sesetengah orang, benda itu satu misteri baginya.Takdir menentukan. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.. Tapi yang penting, usahaaaa. Apa dia kawan2? Usahaaa... Kalau dok saja tiba2 nak lulus peksa, mampuih nak dapat. Nak makan nasi pon kena guna tangan. Nasi tak mai terbang satu2 mai masuk dalam mulut kita ni. Itu asbab bagi sesuatu yang berlaku. Tapi jika berlaku sebaliknya pon tak mustahil sebab benda itu mustahil pada adat saja, tapi harus pada akal.. Kalau sebelom ni kita malas pi kuliah, rajin2 kanlah.. Aku pon sama laa. Nak kena bagi rajin lagi lepas ni(sekali lagi usiikum wa nafsi).

Dan bila dok sini kena ada duit. Nak ngaji kan kena ada duit. Tambah2 lagi bukan semua kita ni orang senang. Sebab tu kita perlukan zakat negeri. Kalau pak dia kaya gaji sebulan 1 juta tak pa laaa. Zakat negeri ni plak kena ada cop wakil kerajaan Malaysia di sini. Sapa lagi kalau bukan pegawai2 JPMK kan? Kan3. Haaa, point aku kat sini, aku nak pesan pada aku dan semua, jangan laa terlalu memaki JPMK dengan kata2 kesat camtu. Bukan pa, nanti kita juga nak kena jumpa pegawai2 JPMK mintak sain. Kalau takda sain depa tu, tak laku laa borang zakat kita tuu. Mungkin orang akan cakap balik, rezeki bukan depa yang bagi. Nak takut pa kat depa.Yaaaa betoi. Sapa cakap rezeki depa yang bagi.? Habaq mai kat cek sat. Cumanya kita kena pikir laa sama. Kita terlalu benci pada JPMK tapi dalam masa yang sama kita dok wat baik ngan depa dok mintak cop dan sebagainya. Kalau betoi meluat dah tengok muka depa, ok takpa. Jumpa depa pon jangan dah laa. Wat tak tau jaaa. Jumpa pon wat tak kenai. Haaa. Ok jaa kalau wat camtu.. JPMK atau Duta tidak dapat tidak adalah keperluan kita di sini. Walaupun BN yang memerintah(tak leh dengaq nama BN ni.Ish). Yaaa, salah yang depa wat, kita tetap kata salah. Oooo.. mana bleh mengiakan. Cumanya gunalah landasan yang betoi. Jumpa depa habaq mana yang tak puas hati. Nak wat demonstrasi tak leh plak kat sini. Pi jumpa molek2 laa yang mana tak puas hati sangat tu.. Bagi depa yang dok maki2 tu laaa. Yang dok kritik cara baik tu takda masalah. Lagi pon bukan kita tak kenai puak UMNO ni kan(sebut Umno lagi laa pantang nih). Cara depa camna. Walaupon depa kerajaan BN, tapi kita sebagai mahasiswa ada hak untuk memilih sapa2 yang berkenan di hati. Macam kita laah.. Mana bleh paksa ustazah tu suka kat kita.. Ooooo, bila dia tak suka kat kita mula lah nak cari bomoh?? Ish2 teruk sungguh perangai.. Ada jaa kawan2 kita yang mengaku depan2 pegawai2 JPMK kata dia penyokong PAS. Tapi tak disekat pon zakat atau biasiswa. Bukan semua dalam JPMK tu Umno piau. Nak uruskan pengajian kita di sini pon depa juga. Tak bermakna aku menafikan peranan persatuan aku ni(PMRAM). Cumanya bagi kena cara dia tuu. Ikut hati memang nak marah. Sapa tak marah kan? Kita dok kena tekan macam2. Tu bermakna jiwa kita sihat. Bukan seperti lembu dicucuk hidung.

Mesti ada yang kurang senang dengan tulisan aku ni. Tapi takpalaah nak wat camna kan. Nak puaskan hati semua orang memang payah. Tok Guru Nik Aziz seorang ulamak pon orang umno tak suka(apa punya perasaan laa orang umno ni pon). Namun aku harapkan pada mereka yang kuat berpersatuan ni, balik nanti jangan lupa dok dalam PAS. Terus terang jaa aku habaqlaa.. Bukan apa, takut2 nanti, di sini bukan main deras lagi, tapi bila balik Malaysia nanti, dah dapat plak kerja hebat, gaji pon hebat, senyap seribu bahasa plak. Na'uzubillahiminzalik................... Mintak jauh laa dari semua tuu. Kalau orang tanya aku pon, balik nanti nak keja apa? Terus terang aku cakapkan, nak ngaja sekolah lama aku,Yayasan Khairiah atau Diniah Islamiah. Aku tak mau kerja kerajaan. Senang untuk aku aktif politik kepartian bersama PAS nanti. Sebab nanti susah kalau dah lekat ngan kerajaan. Tapi bukan bermakna salah makan gaji ngan kerajaan. Kalau hampa nak kerja ngan kerajaan, kerja laaa. Takda masalah haih. Walaupun kerajaan sedia ada sekarang ni zolim pada rakyat sendiri, harus makan gaji ngan kerajaan sekang ni. Ka ada orang marah aku bila sebut kerajaan Malaysia sekarang ni zolim?? Satgi depa kata aku ni maki kerajaan plak? Laaaaa, maki ka lagu tu?? Ok xpala, aku guna ayat sopan sikit. Kerajaan sekang ni tak adil pada rakyat atau meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya. Lembutkan bahasa aku tu.....

Dalam kita dok sibuk menerjah semua isu, jangan kita lupa pelajaran dan peperiksaan semakin hampir... Ingat yang tu... Kita nak berjuang pon kena ada ilmu. Ini tak. Dok riuh pasai perjuangan, ta'rif ayaq musta'mal pon kita tak tahu lagi.. Kan susah camtu.. Azam aku nak bagi rajin laaa. Cukuplah aku dah i'adah tahun lepas. Pengajaran untuk aku. Main banyak. Ish2. Apa nak jadi dengan aku ni. Muhasabah diri sendiri lebih penting daripada dok cari salah orang jaaaa. Usiikum wa NAFSI................ Maaf jika terkasar bahasa. Aku dah lewat untuk ke kuliah ni. Aku pi dulu naah. Kitab banyak tak beli lagi ni. Duit baru masuk... Hehehe. Cook door paaa.. Ok laaa. Pi kuliah dulu.. Jom ke kuliah... Kempen DPMM......

30 October 2009

'MABUK' SEORANG ISTERI......

Assalamualaikum semua.....

Tengok tajuk entri cam pelik ja kan?? Tiba2 abaq pasai 'mabuk' sorang is3. Apa dia tuu ek?? Hehehehehe. Saja aku nak taip malam ni tajuk entri camtu.. Dok bersembang tadi ngan sorang kawan tentang perkara ni. Dia bukak cita dulu.. Aku teruskan ja laaa. Ada sorang kawan aku ni, dia dok cita tentang is3 dia dah mula hamil. Jadi bila dah mengandung ni, macam2 feel laa si is3 ni buat. Yang paling popular sekali ialah 'mabuk' ketika mengandung laa. Hampa x pernah dengaq ka?? Mesti pernah dengaq punya.. Kita ada ibu, so kita juga pernah lalui pengalaman ni. Cuba perati masa ibu kita tengah mengandung. Kalau time dia tengah 'mabuk' tu, macam2 feel ada.

'Mabuk' sorang is3 ketika tengah mengandung memang satu pengalaman yang baru. Tambah2 bagi depa yang baru kawen. Bagi yang tak kawen lagi tu, standby laa siap2 nooh. Hehehehe. Pengalaman kawan aku ni, is3 dia 'mabuk' jenis x leh makan kalau suami dia masak. Tapi kalau kawan2(akhawat) dia yang masakkan, is3 dia makan jaa.. X pelik ka tu?? Pelik la kan? Haaaaa. Tu baru satu pengalaman yang dialami. Nasib baik mak aku kalau 'mabuk' tak teruk sangat. Besa2 jaaa. Kak aku pon pelik juga. Dia xleh masuk dapuq umah dia sendiri. Jadi abang ipaq aku ja laa yang dok masak. Tapi yang peliknya, dapuq umah aku ok jaa masuk memasak. Dapuq umah sendiri jaa dia xleh masuk. Ada plak is3 yang xleh bau badan suami. Hehehe. Sian si suami tu ek. Nak wat camna kan?? Kena sabaq ja laaa.. Kena faham situasi is3 tu laaaa.

Yang paling teruk aku pernah jumpa berlaku pada mak kawan aku. Mak dia sampai xleh kena cahaya. Sampai pernah dok bawah katil jaa. Tu dah tahap kronik tu.. Mak dia kena dok dalam bilik jaaa.. Teruk kan.. Sian pada para is3. Sebab tu laah besaqnya pahala para ibu ni... Ketika mengandungkan anak... ALLAAAAAH. Dan doa para ibu ni lebih dimakbulkan kerana sifat kasih sayang mereka lebih kuat dari suami. Ini realitinya.... Dan mati ketika lahirkan anak juga mati syahid. Ibu yang sedang sakit ketika melahirkan anak nyawanya 50-50 antara mati dan hidup... So, kenangilah susah payah ibu kita.....

Dan kepada para suami, sabaq laa ketika melayan karenah is3 yang sedang 'mabuk' mengandung. Mungkin feelnya tu kadang2 mengguriskan hati... Nak wat camna kan... Cubalah fahaminya.. Dan paling penting sekali ialah anak yang dia akan lahirkan itu anak anda juga.... Jangan kerana sekali dia wat salah pada kita, sepuluh kali kita marah dan dok ungkit2 lagi kesalahannya tuu.,Sekali dia wat salah pada anda, xkan sama dengan pengorbanan dan kebaikan yang dia buat untuk anda berpuluh2 kali ganda itu..... Oleh itu hargailah is3 anda.......

23 October 2009

PMRAM DAN PARA ULAMA'......


Assalamualaikum semua...

Baru2 ini PMRAM telah menganjurkan 1 majlis ilmu yang mulia julung2 kalinya ia diadakan iaitu pembacaan kutub sittah. Aku secara peribadinya begitu gembira,syukur dan terharu dengan majlis tersebut. Kerana majlis ilmu yang mulia itu telah dihadiri oleh para Masyaikh dari Al Azhar. Dan majlis berkat itu juga dihadiri lebih daripada 500 peserta ikhawah dan akhawat, rata2nya pelajar pengajian Islam. Inilah peluang kami untuk bersama para masyaikh. Dan menunjukkan bahawa para pelajar Al Azhar tak kira dari cawangan mahupun pusat,sama2 mengambil peluang keemasan ini. Bermula 17 hb 10 sehingga 20 hb 10, dalam tempoh itu kami bersimpuh dan bersila bersama2 masyaikh, walaupun keadaan bilik yang kadang2 itu panas. Pernah sekali janggut aku basah kerana peluh yang mengalir. Sedangkan kami berada di dalam bilik yang ada
aircond. 2 kali aku kesat peluh yang mengalir. Namun kegagahan kawan2 yang lain, tabah dalam menuntut ilmu melupakan kami tentang kepayahan tersebut. Bermula waktu pagi dan berakhir malamnya,benar2 mencabar ketahanan fizikal kami. Aku berapa kali bertukar kedudukan dan posisi bersila aku. Tidur pun ada juga. Hehehehe. Terkadang itu jaaaa... Hehehe.


Berbalik kepada majlis yang mulia tersebut, aku secara peribadinya juga setuju dengan kenyataan Tuan Guru Ustaz Nazrul dalam blognya bahawa,


"Sepatutnya perlu dipersoalkan kepada JPMK , dan suruh mereka sendiri datang melihat bagaimana susah payah para ulama kita terpaksa menaiki tangga ke tingkat teratas di rumah Johor sebanyak 5 tingkat. Umur mereka bukan semuanya masih muda belia seperti kami. Semuanya sudah lebih separuh abad kecuali Syaikhuna Usamah al-Azhari hafizahullah yang masih muda."


Aku yang muda ini pun terasa mengahnya ketika naik tangga tersebut, apatah lagi para masyaikh?? Kalau kita tak mahu hadirkan diri dalam majlis ilmu sekalipun, janganlah menjadi mereka yang menghalang majlis ilmu! Amat malanglah bagi golongan yang menghalang majlis ilmu ini. Cukuplah SAR dulu diberhentikan bantuan perkapita, masjid dihalang dari mengajar, ustaz2 yang menceritakan hal yang benar ditukar tempat tugas... Kenapa di sini(Mesir) pula ingin membuat onar?? Betullah slogan mereka. Dulu,kini dan selamanya begitulah perangai mereka.

Malam kemuncaknya iaitu malam penutup majlis itu telah dihadiri sendiri Syaikhul Masyaikh al-Imam al-Allamah al-Muhaddis Dr Ali Jum’ah hafizahullah, Mufti Besar Kerajaan Mesir. Seseorang yang amat mulia. Aku boleh menatap secara berdepan dan dekat2 seorang yang usah dipertikaikan lagi keilmuan dan ketaqwaannya. Aku benar2 terharu. Tapi sayang, tak dapat cium tangannya ketika beliau ingin pulang kerana dihalang oleh pengawal peribadinya. Namun aku bersyukur dapat juga pegang dan cium tangan masyaikh yang lain walaupun tak semua. Yang paling aku terharu ialah para masyaikh ketika ucapan mereka tak lupa mendoakan kami.. Alhamdulillah. Terima kasih banyak2. Doa orang2 yang dekat dengan ALLAH tak ada hijab dengan ALLAH. Mereka juga berwasiat dengan kebaikan kepada kami. ALLAAAAh. Satu peristiwa yang tak dapat dilupakan oleh kami.

Masyaikh yang hadir pada malam penutup di Nadi Riadi H6

Syaikh Usamah Al Azhari sedang berucap...

Syaikh Yusri sedang berucap....




Sekitar pemandangan ketika majlis berlangsung...

Aku juga berbanyak berterima kasih kepada PMRAM dan adhoc perlaksanaan khususnya. Dan tidak lupa juga kepada Tuan2 Guru kami di sini iaitu Ustaz Nazrul,Ustaz Hairul,Ustaz Juzaili dan yang lain2 lagi. Kerana mereka ini yang rapat dengan para masyaikhlah kami juga dapat merasai kemanisan majlis ilmu ini. Terima kasih aku ucapkan sekali lagi. Aku yang baru beberapa hari bersama masyaikh pun dah merasai kesedihan ketika majlis perpisahan itu, apatah lagi bagi mereka yang lebih rapat dengan para masyaikh... ALLAAAh... Beruntunglah mereka itu semua. Dan amat rugilah mereka yang menghalang majlis ilmu yang mulia ini.

Aku benar2 terharu ketika sesi memberikan cendrahati kepada Syaikhul Masyaikh al Alim al Allamah Dr. Ali Jum'ah. Ketika itu sepatutnya papan cendrahati itu dalam keadaan berdiri. Tapi ketika ingin berikan kepada al Allamah, ia terjatuh. Dan semasa sudah berada di tangan al Allamah, al Allamah mengangkat sendiri papan tersebut. Dan yang paling aku terkejutnya ialah papan itu tertera lambang PMRAM!! AAAhhh... Aku benar2 terharu..... al Allamah memegang kembali lambang itu dan tunjukkan kepada kami semua. Masa itu juga tepukan gemuruh dari kami semua(lihat gambar di atas). Kami doakan moga ALLAH sejahterakan masyaikh kami ini serta keluarga mereka seluruhnya... Berkatilah hidup mereka. Jadikanlah
kami ini seperti mereka ya ALLAH.......



Benarlah.... PMRAM dan para masyaikh di sini tak dapat dipisahkan.... PMRAM dan para Ulama' sememangnya sentiasa dekat di hati.... Marilah sama2 bersama PMRAM. Kukuhkan persatuan yang sedia ada. Kepada mereka yang terlepas peluang ini, masih ada lagi peluang. Berkat dari para masyaikh itu penting.. Biarlah ilmu setinggi gunung sekalipun, tapi kalau hari2 'makan daging' para ulama', tak ke mana ilmu itu..Fikirkanlah....

18 October 2009

SESAL SEBUAH CINTA........




"Mak, Rizal nak kahwin... "


Rizal menekan butang 'hantar' pada telefon bimbitnya. Mesej ringkasnya itu diharapkan dapat jawapan yang baik dari keluarganya di Malaysia. Dia pun tidak menyangka mengapa dengan tiba2 boleh menghantar mesej sebegitu kepada keluarganya. Dan inilah kali pertama dia menyatakan hasratnya itu secara terang-terangan. Tangannya masih kemas memegang
hanset. Sabar menunggu jawapan dari Malaysia. Matanya tertumpu tepat pada skrin hanset. Berkali2 dia menelan air liur kerana bimbang dengan jawapan yang akan sampai nanti. 10 minit kemudian hanset nya berdering. Bunyi lagu A. Ramlie sayup2 itu sudah cukup untuk menyedarkan Rizal yang berada di dapur. Dia belari2 anak mendapatkan hanset nya.

"Jika itu yang Rizal nak, apa lagi yang mak mampu katakan? Kahwin lah jika itu yang terbaik untuk Rizal...."

Rizal terkedu setelah membaca mesej dari maknya, puan Halimah. Dia masih diam. Kepalanya tertunduk. Akhirnya Rizal bersuara lembut sambil tersenyum.

"Alhamdulillah....... Keluarga aku bagi. Betul2 buat aku
suspen jaaa... "

Rizal lantas merebahkan badan sujud syukur pada Ilahi. Dia memang benar2 tidak menyangka bahawa keluarganya akan bersetuju untuk dia berkahwin di sini(Mesir). Dahulu Rizal pernah juga menyatakan hasratnya untuk berkahwin di sini. Walaupun nadanya dulu sebetulnya dalam jenaka, namun puan Halimah berkeras tidak membenarkan. Hasrat jenaka itu pernah dilafaznya 2 tahun yang lalu, iaitu sebelum dia berlepas ke Mesir. Tapi kini dia sudah ditahun 2 kuliah Usuluddin, Universiti Al Azhar cawangan Mansurah. Dan kini diulanginya lagi lafaz itu dalam nada yang benar2 serius. Hatinya bimbang jika keluarganya tidak mengizinkan dia berkahwin di sini. Namun jangkaannya itu meleset sama sekali. Rizal mencapai
hanset nya sekali lagi. Kali ini dia ingin menghantar mesej kepada seseorang yang begitu dia kenali.

"Salam awak, keluarga saya dah izinkan. Keluarga awak macamana pula?"

Rizal cepat2 menekan butang 'hantar'. Mengharapkan mesejnya itu cepat sampai kepada seorang perempuan yang bakal menjadi isterinya kelak. Rupanya2 Rizal sudah mengenali perempuan itu, dahulu sebelum menyatakan hasrat itu kepada keluarganya. Zahlia menerima mesej itu dengan hati senang bercampur risau. Sebelum ini Zahlia pernah menyatakan kesudiannya untuk menjadi isteri Rizal. Cumanya dia masih lagi tidak memberitahu kepada keluarganya di Malaysia. Rizal juga begitu. Dia 'taqdim' Zahlia awal lagi sebelum menghantar mesej hasratnya itu tadi. Zahlia risau jika keluarganya berat untuk melepaskannya berkahwin. Walaupun Zahlia sudah berada ditahun akhir kuliah Syariah Universiti Al Azhar cawangan Mansurah, dia masih tidak yakin keluarganya akan mengizinkan dia berkahwin sebelum habis belajar. Fikirannya begitu runsing bila memikirkan masalah ini. Terasa berat jari jemarinya untuk membalas mesej Rizal. Akhirnya dia gagahkan jua....

" Wasalam awak, saya senang hati mendengar berita ini. Tapi saya kena tanya pula keluarga saya. Esok saya telefon mereka... Boleh yaa?"

Zahlia menaip lambat. Takut jika perkataan2 ini akan melukakan hati lelaki yang bakal menjadi ketua keluarganya nanti. Rizal membaca mesej Zahlia dengan teliti. Hatinya mula membibit rasa kurang senang. Dia menunggu hari esok dengan penuh sabar.

*******************************

Zahlia baru saja selesai bercakap dengan keluarganya di Malaysia. Sudah tidak sabar2 rasanya Zahlia ingin memberitahu Rizal jawapan dari keluarganya di Malaysia. Rizal dari tadi lagi sudah tercegat di depan
hanset. Mesej dari Zahlia masuk ke dalam inbox nya.

"Salam awak......."

Itu saja yang ditulis oleh Zahlia. Rizal yang dari tadi menuggu menjadi tidak tentu arah. Fikirannya mula diserang satu perasaan 'ngeri'. Dia sudah tidak mampu lagi untuk mendengar jawapan yang sebenarnya dari Zahlia. Satu lagi mesej masuk ke
inbox nya.

"Awak, keluarga saya izinkan kita kahwin. Tapi mereka nak kita buat kenduri di Malaysia... Macam mana tu?"

Rizal senyum lebar membaca mesej kedua dari Zahlia. Dia mula mengucap kalimah syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya impiannya untuk berkahwin dengan gadis pilihan hampir tercapai. Dan semua ini tidak pernah diimpikannya sebelum datang ke Mesir. Walaupun berita itu benar2 mengembirakan hati Rizal, namun jauh di sudut hatinya memikirkan masalah lain yang akan dihadapinya. Iaitu adakan kenduri di Malaysia. Baginya bukanlah kerana apa sangat dia mengelak untuk adakan kenduri di Malaysia. Cumanya dia ingin mengelak dari berbelanja besar. Jika berkahwin di Mesir, modal untuk adakan kenduri tidaklah sebesar mana. Rizal hanya seorang pelajar. Tak mampu untuk dia berbelanja besar jika di Malaysia.

"Tak mengapa, malam ini saya bagi jawapan lain.. Saya nak fikirkan dulu.."

Zahlia membaca mesej Rizal sambil tersenyum. Senyumannya dari tadi masih lagi belum hilang. Mungkin seronok kerana dapat keizinan dari keluarga. Zahlia juga begitu gembira kerana lelaki yang berjaya menambat hatinya itu bakal menjadi pasangannya yang sah. Bukan senang untuk Zahlia menerima mana2 lelaki. Tapi entah mengapa Rizal akhirnya berjaya 'menjatuhkan' egonya. Mungkin kerana pada diri Rizal itu ada ciri2 yang diidamkannya. Zahlia berada di Kaherah kerana ada urusan persatuan di sana. Sejak akhir2 ini dia memang sibuk di Kaherah. Perlahan Zahlia letakkan
hanset nya di hujung meja. Dia menyambung kembali tulisan minit mesyuarat yang di adakan kelmaren.

Rizal menelefon abahnya, encik Azman untuk memberitahu secara terperinci lagi keinginannya itu. Encik Azman mudah memberikan kerjasama pada anak lelakinya itu. Rizal pun tidak menyangka, mengapa semudah ini keluarganya memberikan 'lesen'. Mungkin berkat belajar di Mesir. Bisik hati kecilnya. Abahnya juga bersetuju jika kenduri dilakukan di Malaysia. Berkenaan dengan duit, abahnya akan keluarkan sedikit. Rizal mula menguntum senyum. Berkali2 dia mengucapkan kalimah syukur. Rizal sudah tidak sabar2 lagi ingin menceritakan pada Zahlia. Bagi Rizal, Zahlia seorang yang suka mengambil berat. Mungkin semua itu kerana umur Zahlia yang lebih tua dari Rizal. Zahlia lebih tua dari Rizal 3 tahun. Namun sedikit pun Rizal tidak rasa kekok untuk menerima Zahlia sebagai permaisuri hidupnya. Umur bukanlah penghalang untuk mengecap kebahagiaan. Dia cepat2 mendail nombor Zahlia. Perasaannya membuak2 ingin memberitahu kepada bakal isterinya itu.

"Assalamualaikum awak. Saya dah buat keputusan. Kita buat kenduri kat Malaysia ja lah."

Ujarnya penuh bersemangat. Zahlia tersenyum riang mendengar jawapan dari Rizal. Harapan mereka berdua untuk bersama sudah mula nampak jalannya. Ketika Rizal mula 'taqdim' Zahlia dahulu, bukannya dia tidak mahu beritahu kepada keluarganya di Malaysia. Tapi oleh kerana risau mungkin keluarganya tidak izinkan, dia lupakan saja niat itu. Zahlia juga begitu. Tidak menyatakan apa2 pada keluarganya di Malaysia. Dia mula menerima Rizal setelah 3 kali solat istikhoroh. Bisik hatinya begitu yakin menyatakan bahawa Rizal lah lelaki yang bakal menjadi 'pelindung' dalam hidupnya. Dan kini mereka berdua sudah berani meluahkan rasa masing2 pada keluarga. Takdir menetukan bahawa tiada halangan untuk mereka bersama di bumi para Anbiyak ini. Rizal pula tahun ini, entah mengapa perasaan ingin berkahwin mula menyelubungi dirinya. Mungkin sudah tiba masanya dia perlu berumah tangga walaupun dalam usia yang muda. Walaupun masih ditahun 2, dia yakin tiada masalah untuk memberikan tumpuan pada pelajarannya. Harapannya dengan cara berkahwin di sini, memudahkan lagi urusan sehariannya.

Cuti musim panas sudah mula masuk ke penghujungnya. Rizal dan Zahlia mengambil peluang ini untuk pulang ke Malaysia untuk mendirikan rumah tangga dengan segera. Rizal menyuruh Zahlia pulang dahulu ke Malaysia kerana dia masih ada kerja yang perlu diselesaikan di Mansurah. Zahlia telah selamat tiba di Malaysia. Tinggal Rizal saja lagi di Mansurah menghabiskan baki kerjanya. Sebulan kepulangan Zahlia, Rizal masih lagi berada di Mansurah. Dan dalam tempoh itu juga Rizal tidak sempat untuk menhubungi Zahlia.

*********************************

Kini sudah 2 bulan Zahlia berada di Malaysia. Zahlia termenung sendirian di balakon rumahnya sambil mengambil angin sepoi2 bahasa suasana malam kampungnya. Malam itu fikiran Zahlia begitu berkecamuk. Masalah lain pula yang timbul setelah mereka diizinkan berkahwin. Sejak akhir2 ini perasaan itu mula bermain di fikirannya. Dia merasakan masih belum layak lagi untuk bergelar seorang isteri. Banyak tugas dan tanggungjawab yang harus dipikulnya bila bergelar isteri nanti. Dia merasakan dirinya masih lagi banyak kekurangan. Dan impiannya masih belum tercapai. Dia inginkan dirinya dalam keadaan baik sebelum di'serah'kan kepada lelaki yang disayanginya itu. Dia mahu dirinya nanti boleh mengembirakan hati suami. Bila difikirkan lagi semua itu, rasa ingin dibatalkan saja perkahwinan yang bakal dilangsungkan itu. Adakah dia perlu buat begitu hanya kerana bermain dengan perasaan sendiri saja?? Rizal masih tidak tahu lagi tentang perkara itu. Zahlia menjadi takut untuk berumah tangga bila memikirkan segala2nya perkara yang sentiasa bermain di benak fikirannya sebelum ini. Sengaja tidak diceritakan pada Rizal tentang perkara ini. Dia ingin Rizal tiba dahulu ke tanah air, barulah dia akan menceritakan segala2nya pada Rizal.

Sudah seminggu Rizal di kampung halamannya. Dia begitu sibuk melayan tetamu yang hadir ke rumahnya. Adik beradiknya juga ada yang datang menziarahinya. Puan Halimah pernah bertanya padanya. Tidak mahu bertunang dahulu kah? Rizal tidak mahu seperti itu. Baginya, jika bertunang dahulu, perlu tunggu tarikh yang ditetapkan pula untuk melangsungkan perkahwinan.Dia inginkan akad nikah terus jalan cepat untuk bersama2 Zahlia. Semakin hari, rasa sayang dan cintanya pada Zahlia semakin membuak2. Namun berbeza pula situasi Zahlia. Semakin hari dia fikirkan perkara tersebut, semakin rasa ingin jauh dari Rizal. Bukan tiada rasa sayang dan cinta itu pada Rizal, tapi oleh kerana perasaan runsing itu sentiasa menyelubungi hatinya membuatkan dia tidak menyedari lagi keinginan bakal suaminya itu. Zahlia sudah nekad untuk membatalkan saja niat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Dia belum bersedia untuk berumah tangga. Walaupun keputusannya ini bakal mengecewakan hati Rizal, dia sudah sedia menghadapi
respon dari Rizal. Tiba2 hanset nya berdering. Kelihatan nombor telefon Rizal tertera di skrin hanset. Zahlia jadi serba salah untuk mengangkat telefon. Perlahan2 dia menekan butang call.

"Assalamualaikum awak. Sihat tak? Lama tak tanya khabar awak. Macam mana persediaan untuk majlis kita nanti?"

Rizal memulakan bicaranya. Zahlia terharu bila mendengar semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Rizal. Namun kerisauan yang menyelubungi dirinya selama ini lagi kuat menapak dalam hatinya. Bagaimana harus dia meluahkan pada Rizal tentang perkara sebenar yang dihadapinya. Baru saja bibirnya ingin meluahkan kata, terlintas raut wajah Rizal di benaknya. Raut wajah seorang lelaki yang benar2 ingin memperisterikannya. Adakah dirinya begitu kejam kerana ingin membatalkan perkahwinan mereka? Sedangkan Rizal sudah bersungguh2. Lagi kusut fikiran Zahlia bila difikirkan semua itu.

"Awak ada ke tak ada ni? Kenapa diam jaa?"

Zahlia terkesima bila ditegur Rizal dalam talian. Dia cepat2 menumpukan perhatian pada panggilan Rizal.

"Erk, ada ja. Maafkan saya. Awak, sebenarnya macam ni......"

Zahlia mula berkata2. Rizal pula sedikit kehairanan dengan sikap Zahlia malam ini. Ingin saja ditanya mengapa kelakuan Zahlia sedikit berubah. Tapi dibiarkan..... Zahlia menyambung semula perbualannya.

" Awak, saya nak beritahu sesuatu yang mungkin awak tak boleh terima. Saya tak sedia lagi nak kahwin tahun ini. Diri saya ni masih banyak kekurangan. Impian saya juga masih belum tercapai. Kalau boleh saya nak 'serahkan' diri ini pada lelaki yang saya sayang dalam keadaan yang 'terbaik'. Saya rasakan diri saya masih tak 'sempurna' untuk awak. Berat tanggungjawab jika dah berkahwin. Saya harap awak memahami saya. Bukan saya membenci awak,tapi hati ini masih belum bersedia untuk berkahwin. Berikan saya masa. 1 atau 2 tahun lagi macam mana? Maafkan saya Rizal. Saya tak berniat nak kecewakan perasaan awak......."

Rizal tergamam mendengar penjelasan dari Zahlia. Kelu lidahnya untuk berkata2. Perlahan2 dia menurunkan tangannya yang dari tadi kuat menggenggam
hanset ke sisi paha. Dalam masanya yang sama, air mata Zahlia juga turut menitis. Ini menandakan dia juga tidak sanggup meluahkan pada Rizal. Namun dia gagahkan jua dalam terpaksa. Rizal mematikan panggilan dengan tiba2. Dia masih tundukkan kepala. Menahan geram dan marahnya. Kelopak matanya mula menampakkan manik2 jernih. Air mata lelakinya gugur jua malam itu. Sambil kedua2 tangannya digenggam erat, dia berbisik sendirian,

"Sampai hati awak buat saya begini, Zahlia. Apa salah saya pada awak? Kenapa sekarang baru awak nyatakan begini?"

Titisan air matanya mengalir membasahi pipi. Rizal mengetap bibir. Cepat2 dia kesat kembali air matanya. Orang lelaki tak boleh menangis kerana perkara sebegini. Bisik hati kecilnya. Dia capai kembali
hanset nya. Didail semula nombor Zahlia. Rizal mahu selesaikan semua persoalan yang bermain di fikirannya malam ini juga. Zahlia terus mengangkat telefon walaupun dia sudah tahu apa akibatnya.

" Kenapa awak buat macam ni kat saya?"

Rizal memulakan bicaranya. Nada suaranya agak perlahan.

" Awak nak sempurna macam mana lagi? Kita ni manusia biasa ja. Tak da yang sempurna. Melainkan nabi2 ja. Awak nak diri awak macam mana lagi?? Apa yang kurangnya. Saya tengok awak
ok ja. Awak tak ada hidung? Mata? Kaki tangan? Nak macam mana lagi? Awak nak jadi sebijik macam saidatina Aisyah isteri nabi, barulah nak kahwin dengan saya? Gitu? Kalau awak cakap tak sedia lagi, sampai bila nak bersedia?? Bila? Saya nak tanya awaklah kan. Kalau kahwin nanti, akan menjadi penghalangkah pada impian awak tu? Kenapa denga awak ni? Sebelum ni ok ja. Tak ada pula bunyi2 macam ni. Kenapa sekarang jadi macam ni pula?"

Zahlia nak menjawab. Tapi dia ambil jalan untuk berdiam diri saja. Badannya sedikit ketar kerana mendengar suara Rizal.

"....... Sempurna macam mana lagi yang awak nak? Kita sama2 belajar agama. Jika ada salah dan silap tu, sama2 lah tegur. Awak tegur saya, saya tegur awak. Itulah tugas suami isteri. Awak nak berikan yang terbaik untuk saya? Saya dah terima awak seadanya. Buruk baik pun, saya tetap akan kahwini awak. Saya tak kisah lah awak macam mana sekalipun! Hati ini dah sayang pada awak. Rupa ke, umur ke, apa ke tak penting dah bagi saya. Cukuplah bagi saya sedap mata memandang. Dah memadai bagi saya. Bila lagi awak nak bersedia?? Tahun depan? 2 tahun lagi? 3 tahun lagi? Atau tunggu saya mati dulu baru awak nak bersedia??"

Suara Rizal sudah sedikit meninggi. Marahnya mula menguasai diri. Ingin saja Zahlia memotong percakapan Rizal tadi. Dia tidak mahu Rizal mengatakan yang bukan2.

"....... Awak dah lupa masa mula2 saya taqdim awak dulu?? Apa yang awak cakapkan pada saya? Dah lupa ke atau memang sengaja buat2 lupa?? Saya tak paksa awak masa tu, bahkan saya bagi peluang kat awak untuk istikhoroh dulu. Kalau awak tak padam lagi mesej tu, awak bacalah balik apa yang awak pernah hantar kat saya dulu. Kalau dulu awak bagitau awal2 tak boleh terima saya lagi,kan senang. Saya pun tak payah susah2 nak taqdim siapa2!! Saya taqdim awak sebab saya nak kahwin cepat2. Saya tak mau bercinta lama2. Bercinta lepas kahwin baru nikmat! Sekarang awak buat perangai macam ni pula. Kenapa dengan awak ni? Saya betul2 kecewa dengan tindakan awak ni. Saya benar2 sedih dan terkilan. Awak mudah la cakap tunggu 1,2 tahun lagi untuk awak bersedia. Hati saya ni macam mana?? Nak letak di mana 'sayang' dan cinta' saya pada awak ni?! ............... Tak mengapa lah awak. Apa lagi yang saya mampu lakukan jika awak masih tak sudi dengan saya."

"Awak jangan cakap camtu. Saya tak pernah cakap pun tak sudi dengan awak...."

Percakapan Rizal di potong Zahlia. kali ini dia benar2 ingin menafikan kata2 Rizal tadi. Rizal pula lantas tak memberi peluang lagi kepada Zahlia untuk berkata2.

"....... Saya tak boleh teruskan hubungan ini. Saya tak mahu nanti tersilap langkah dalam bercinta. Biarlah saya simpan saja 'sayang' saya ini. Mungkin awak masih tak nampak kesungguhan saya ini. Saya sanggup balik Malaysia hanya kerana nak kahwini awak! Awak pun tau kan kuliah dah nak mula? Duit saya banyak dah habis..... Cakaplah dari awal2 masih tak sedia.... Janganlah buat saya begini. Saya juga punya perasaan... Walaupun saya ni lelaki, tapi hati seorang lelaki juga mampu untuk 'jatuhkan' air mata. Saya ada sesuatu nak berikan pada awak. Niat saya ni dah lama saya simpan. Walaupun tak jadi kahwin, saya tetap nak berikan benda yang saya niatkan ini pada awak. Kalau saya tak sempat nak bagi pun, mungkin mak dengan abah saya boleh berikan pada awak... Terima kasihlah kerana buat saya begini... Semoga awak berbahagia tak kira lah dengan sesiapa pun.... Akhir sekali saya nak pesan pada awak. Keputusan yang awak buat hari ini, awak jangan sesalkan kemudian hari nanti... Assalamualaikum."

Tup!! Rizal mematikan panggilan. Kali ini Rizal benar2 kecewa dengan keputusan Zahlia tadi. Hatinya hancur luluh mendengar kata2 Zahlia. Zahlia pula dari tadi lagi sudah berderai air matanya mendengar kata2 Rizal. Laju air matanya mengalir. Bukannya tiada sebab untuk dia buat keputusan sebegitu. Mungkin bagi Rizal alasan Zahlia itu alasan bodoh dan tak masuk akal. Sebab itu dia tak boleh terima. Bagi Rizal, Zahlia terlalu merendah diri sehinggakan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Rizal terus merebahkan badannya ke katil. Tidak mahu diingatkan peristiwa singkat yang berlaku tadi. Zahlia pula masih berendam air mata. Berdosakah dia kerana menghancurkan hati insan yang benar2 menginginkannya? Zahlia membuka kembali
outbox dalam hanset nya. Ternyata dia masih belum padam mesej tersebut. Tertera perkataan......

"Wassalam awak. Saya dah buat solat istikhoroh dan saya dah fikir masak2. Saya sudi terima awak. Kalau boleh kita jangan berkawan lama2 ya......Saya tak suka kawan lama2 tanpa ada ikatan... "

Bertambah laju deraian air matanya bila dia membaca semula mesej yang pernah dihantarnya kepada Rizal dahulu...... Ingin saja dia menangis semahu2nya. Dia benar2 menyesal kerana perlakukan Rizal begitu... Zahlia akhirnya terlelap sambil matanya masih lagi berbaki air mata.

*********************************

Sikap Rizal mula berubah. Kalau dulu dia sentiasa ceria bersama keluarga dan kawan2nya, tapi kini dia lebih banyak diamkan diri. Sepatah Encik Azman bertanya, sepatah juga yang dibalasnya. Puan Halimah dan adik2nya juga mula menghidu perubahan diri Rizal. Dia juga sering menyendiri.

"Abang Long, bawa adik jalan2 naik motor petang ni?"

Tegur adik bongsunya sambil menarik2 lembut bajunya. Rizal tidak menunjukkan reaksi. Diam... Adiknya masih menarik2 bajunya. Kali ini agak kuat sedikit. Rizal mula menjeling adiknya itu.

"Pergi main jauh2...."

Balas Rizal serius. Adiknya terus lari mendapatkan puan Halimah. Rizal bersuara pula kepada maknya.

"Mak, saya tak jadi kahwin..."

Ujarnya ringkas. Rizal terus mencapai
helmet ARC dihujung sudut rumahnya. Dia sudah bersiap2 untuk keluar ke pekan. Motosikal Honda EX5 nya terus berlalu meninggalkan maknya yang masih terpinga2 dengan kata2nya tadi. Puan Halimah tidak sempat bertanya ke mana dia ingin pergi. Selalunya Rizal akan beritahu dahulu ke mana dia ingin pergi. Puan Halimah masih berdiri di muka pintu.

"Apahal dengan budak ni? Tiba2 ja kata tak jadi kahwin. Sebelum ni bukan main semangat lagi."

Bisik hati kecil puan Halimah. Sebetulnya puan Halimah tidak pernah lihat lagi bakal menantunya itu. Rizal juga tidak pernah menceritakan lebih2 tentang diri Zahlia pada puan Halimah. Puan Halimah pula tidak bertanya lebih. Encik Azman juga begitu. Mungkin Rizal nak kenalkan betul2 bila sudah jadi isterinya nanti. Rizal sudah sampai ke sebuah kedai. Kedai menjual barang2 kemas. Rupa2nya Rizal ingin hadiahkan sebentuk cincin pada Zahlia. Inilah benda yang sudah lama dia niat untuk berikan pada Zahlia. Saiz jari Zahlia, Rizal main agak2 saja. Selesai saja Rizal membeli cincin tersebut, dia bergegas pulang ke rumah. Dia amati kotak berisi cincin itu sungguh2.

" Aku cadang nak beli lambat lagi benda ni dan bagi pun masa kita kahwin nanti. Tapi bila kau dah buat macam ni, lebih baik aku bagi awal2. Lagipun benda ni dah lama aku niat nak bagi. Tak ada guna aku simpan lama2 niat aku ini sebab kau pun tak sedia lagi untuk berkahwin denganku...Tangguhkan perkahwinan seumpama tak sudi berkahwin denganku.... Aku ni lelaki, macam2 dugaan yang datang. Sebab tu aku tak mahu tangguhkan perkahwinan. Aku sanggup balik Malaysia walaupun kuliah dah nak mula. Hanya semata2 nak kahwin dengan kau, Zahlia...."

Getus hati kecilnya. Dia cepat2 masukkan kotak cincin itu ke dalam poket baju jaketnya. Rizal memandu motosikalnya dengan tenang. Walaupun dia begitu kecewa dengan keputusan Zahlia 2 minggu yang lepas, namun jauh di sudut hatinya gembira kerana akhirnya niat yang disimpan sekian lama itu akan tertunai jua. Gembira kerana dapat menghadiahkan sesuatu untuk gadis kesayangannya. Ketika Rizal sedang berhenti di perhentian lampu isyarat sambil menanti lampu merah bertukar hijau, tiba2 datang sebuah kereta yang gagal dikawal meluru menghampirinya. Rizal hanya sempat menoleh sedikit ke belakang waktu itu, tanpa mampu berbuat apa2. Duuuummm!!! Akhirnya tubuh Rizal tercampak jauh ke tengah jalan setelah dilanggar kereta tersebut.... Hentaman yang kuat itu menyebabkan Rizal mengalami luka teruk di bahagian dadanya. Dia masih lagi mampu untuk bangun. Namun datang pula kereta dari arah yang lain membahamnya dari belakang. Akhirnya tubuh Rizal terkulai layu di tengah2 persimpangan jalanraya. Tiada apa lagi yang mampu diucapkan melainkan terlantar sekujur tubuh yang tidak bergerak lagi...

****************************

Berkali2 Zahlia cuba menghubungi Rizal, namun tiada jawapan. Dia ingin meminta maaf kepada Rizal dengan apa yang pernah dia lakukan sebelum ini. Dia mula sedar kesilapannya itu. 'Kuasa' cintanya pada Rizal mengatasi segala perasaan kecamuk yang melandanya sebelum ini. Berpuluh mesej yang telah dihantarnya. Satu pun tiada balasan. Hati Zahlia mula di landa resah. Zahlia masih belum menyedari bahawa Rizal telah pergi meninggalkannya dan semua buat selama2nya. Kemalangan sebulan yang lepas telah meragut nyawa Rizal serta merta. Zahlia tak jemu2 menunggu untuk Rizal pula yang menghubunginya. Rizal juga pernah berjanji padanya untuk memberikan sesuatu. Yaaa. Rizal pasti akan menghubungiku. Dia takkan mungkiri janjinya. Hati Zahlia sedang bermain perasaan. Kini Zahlia tidak sabar2 lagi untuk mengajak Rizal melangsungkan perkahwinan. Sedia atau tidak itu tidak penting. Rizal ada untuk mengajarkan aku tentang ilmu rumah tangga dan macam2 lagi. Zahlia masih lagi bermain perasaannya. Dia kelihatan yakin kali ini. Tak sabar rasanya untuk dia menatap wajah lelaki yang dicintainya itu.

"Abang, masa orang kampung berikan baju jaket arwah pada kita dulu, saya dapati ada sesuatu dalamnya....Ini dia.."

Puan Halimah menunjukkan sesuatu pada suaminya. Kotak plastik yang berisi sebentuk cincin. Kotak itu kelihatan sudah pecah. Akibat kemalangan yang menimpa Rizal dahulu. Tapi cincin di dalamnya tidak cacat walau sedikit. Mungkin poket jaketnya dulu terselamat sedikit dari kesan pelanggaran kereta ketika itu. Encik Azman kehairanan mengapa cincin ini boleh berada dalam poket baju anaknya itu.

"Mungkin kot benda ini untuk Zahlia yang ingin dikahwininya tu, bang??"

Puan Halimah cuba mencerahkan keadaan. Suaminya memegang dagu kehairanan. Akhirnya mereka mula mendapat jawapannya. Puan Halimah baru menyedari ketika Rizal keluar tergesa2 dari rumah dahulu. Rupanya Rizal keluar pergi 'mencari' benda ini. Air mata puan Halimah menitis lagi bila terkenangkan peristiwa itu. Wajah anaknya itu masih lagi terngiang2 di fikirannya. Tapi puan Halimah terima takdir ini.

"Kita kena serahkan barang ini kepada Zahlia, bang. Benda ini milik Zahlia. Arwah anak kita tu memang nak bagi barang ini padanya. Sebab, masa hari kejadian dulu dia keluar rumah tergesa2. Patutlah perangainya berubah. Ni mesti sebab dia ada masalah dengan Zahlia...."

Puan Halimah cuba membuat andaian.

" Tapi macam mana kita nak bagi padanya sedangkan kita tak tahu nak hubunginya. Nombor telefon pun tak ada. Alamat lagi laaah."

Kata Encik Azman sambil melabuhkan punggungnya ke sofa. Puan Halimah lantas ke bilik arwah anaknya itu. Dibuka laci almari Rizal. Setelah agak lama mencari sesuatu, akhirnya puan Halimah terjumpa alamat rumah Zahlia pada satu lipatan kertas dan sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh Rizal. Puan Halimah sekali lagi menitiskan airmata bila mengenangkan anaknya itu. Sekarang baru lah dia faham mengapa Rizal pernah berkata dahulu....
" Mak,saya tak jadi kahwin......". Surat yang dibacanya tadi menceritakan segala2nya...........

****************************

Zahlia sedang berkemas barang2nya untuk pulang semula ke Mesir.. Sudah sebulan lebih dia tidak dihubungi Rizal. Dia merasakan Rizal benar2 sudah benci dan melupakannya. Jadi dia pun mengambil keputusan untuk pulang semula ke Mesir. Tambahan pula kuliah sudah rancak berjalan. Dahulu dia pulang ke Malaysia pun kerana ingin berkahwin. Tapi kerana kesilapan dirinya sendiri, perkahwinannya ditangguhkan dahulu.....
Tiba2 sebuah kereta memasuki halaman rumahnya. Dia menjenguk ke tingkap untuk mengetahui siapa yang datang. Puan Halimah dan encik Azman sudah tercegat di depan pintu rumah. Daun pintu dibuka........

"Assalamualaikum, maaf yaa anak. Ni rumah Zahlia bte Kamaruddin ke?"

Soal puan Halimah. Zahlia menganggukkan kepala tanda membenarkan persoalan puan Halimah tadi.

"Eh, apa2 hal masuk lah dulu, pakcik, makcik.."

Pelawa Zahlia. Puan halimah dan encik Azman lantas masuk ke dalam rumah.

"Kami berdua ni mak dan abah Rizal. Kami datang ni ada hajat besar untuk ditunaikan..."

Kening Zahlia mula berkerut2 mendengar kata2 puan Halimah. Tidak lama kemudian mak Zahlia pula datang dari dapur. Puan Halimah dan encik Azman mengukir senyum sebagai membalas senyuman dari mak Zahlia. Dia duduk di samping Zahlia mendengar perbualan mereka.

"Zahlia, pergi buatkan air. Biar mak saja yang layan mak dan abah Rizal ni."

"Eh, takpa2.. Tak payah susah2.. Kami benar2 nak bercakap dengan Zahlia ni. "

Puan Halimah cepat2 memanggil Zahlia semula yang kelihatan sudah bangun untuk ke dapur.

"Rizal macam mana makcik, pakcik? Dia dah lama tak hubungi saya. Saya telefon dia berkali2 tak dapat. Dia sihat ke makcik?"

Soal Zahlia pada kedua orang tua Rizal. Dia masih lagi tidak mengetahui hal yang sebenar. Puan Halimah dan encik Azman mula menundukkan kepala. Rasa berat untuk mereka berdua khabarkan kepada Zahlia. Namun puan Halimah kuatkan juga hatinya...

"Sebenarnya begini Zahlia... Rizal dah sebulan lebih pergi meninggalkan kita. Dia kemalangan dalam perjalanan dari pekan nak balik ke rumah. Dia meninggal di tempat kejadian.."

Puan Halimah sebak ketika menceritakan hal yang sebenarnya pada Zahlia. Air matanya kelihatan mula turun dari kelopak mata. Encik Azman cuba tenangkan perasaan puan Halimah. Tanpa disedari, kelopak mata Zahlia juga sudah bergenang air mata.... Akhirnya gugur jua manik2 jernih itu dari kelopak matanya.

"Maafkan kami kerana tak beritahu pada Zahlia. Bukan kami tak mahu beritahu, tapi kami tak ada nombor untuk hubungi Zahlia. Alamat rumah Zahlia ni pun kami cari2 dalam laci almari arwah... Maafkan kami Zahlia.. Ni ada barang yang arwah ingin berikan pada Zahlia...."

Puan halimah menghulurkan barang2 tersebut iaitu kotak plastik yang sudah pecah yang berisi sebentuk cincin dan sepucuk surat. Zahlia menangis tak henti2. Dia memeluk erat tubuh ibunya. Puas ibunya cuba menenangkan Zahlia. Puan Halimah juga menangis kerana mengenangkan anaknya, Rizal.

******************************

Zahlia membelek2 cincin di jarinya itu. Cincin yang diberikan oleh Rizal kepadanya. Walaupun bukan Rizal sendiri yang memberikan kepadanya, hatinya tetap gembira menerima barang itu. Dia benar2 hargai barang tersebut. Rizal terkorban ketika kalut membelikan cincin ini untuknya. Kelopak matanya mula bergenang air mata. Hatinya begitu sedih dan menyesal dengan apa yang telah dia lakukan pada Rizal. Walaupun itu sudah ditakdirkan, tapi sesalannya itu akan tetap bersama dirinya. Cintanya pada Rizal masih menebal walaupun Rizal sudah tiada lagi. Impiannya untuk bersama Rizal hancur sama sekali. Yang tinggal hanyalah cinta dan kenangan indahnya ketika mengenali diri Rizal walaupun tak lama. Perlahan2 Zahlia membuka surat yang tak sempat dibacanya sebelum ini.

Zahlia,
Awak tahu tak betapa diri ini menyayangi awak?
Sejak mula saya melihat awak di markaz banat dulu, hati ini benar2 ingin mengenali awak.
Saya tak mudah untuk mengenali perempuan.
Tapi dengan dirimu, keinginan untuk mengenali perempuan hadir.
Awak istimewa dari yang lain.Saya suka dengan cara awak. Lemah lembut awak itu memikat hati ini.
Bila saya dapat tahu awak rupanya lebih tua dari saya, hati ini lagi suka. Sebab kata orang, orang lebih tua ni penyayang lebih.
Saya tak kisah semua itu. Bagi saya, awak dah sempurna pada pandangan saya.
Saya ingat lagi waktu saya taqdim awak dulu. Seminggu selepas itu barulah awak berikan jawapan.
Awak sudi terima saya dan sudi menjadi isteri saya. Awak sempat pesan tak mahu kawan2 lama2.
Yaaaa, saya juga begitu. Saya nak kahwin segera, sebab itu saya berani taqdim ustazah Mansurah.
Kalau saya tak mahu kahwin lagi, untuk apa saya taqdim awak kan?
Keluarga kita dah bagi. Saya sanggup balik Malaysia untuk perkahwinan kita dan menunaikan permintaan keluarga awak supaya kenduri diadakan di Malaysia.
Tapi akhirnya awak pula yang buat perangai disaat2 akhir.
Saya tak tahu kenapa. Awak nak tangguhkan sehingga 1 tahun atau 2 tahun lagi atas alasan masih tak bersedia.
Bukan saya nak memaksa awak, tapi alasan awak tu tak masuk akal. Dulu awak dah fikir elok2 dan dah sedia bergelar isteri.
Tapi sekarang apa dah jadi?? Kalau nak tangguh2 macam ini, tak ingin saya nak kenal mana2 perempuan.....
Lebih baik saya kenal perempuan setahun atau 2 tahun akan datang.Bukannya sekarang.
Saya sayang dan cintakan awak. Tapi saya tak mahu perasaan saya ni begitu lama bertapak dalam hati ini tanpa ada ikatan yang sah...........

''Perhatian kepada semua penumpang..........!"

Zahlia tersentak. Tumpuannya ketika membaca surat tadi dikejutkan oleh pramugari kapal terbang yang sedang menuju ke Mesir. Rupa2nya penerbangannya menaiki Egypt Air tak lama lagi akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo. Pramugari mula menyuruh semua penumpang memakai tali pinggang keselamatan kerana kapal terbang ingin mendarat. Zahlia cepat2 memakai tali pinggang keselamatan. Namun sebelum itu, sempat lagi untuk dia mengesat air mata yang menitis....................... SESAL SEBUAH CINTA....

- TAMAT-

*Pesanan pada semua, SESUATU NIKMAT ITU AKAN MENJADI LEBIH BERHARGA APABILA IA TELAH HILANG..... OLEH ITU HARGAILAH IA SELAGI MASIH ADA....

Maaaflah kalau bahasa aku tak cantik.. sapa2 yang pakar kritik,kritik laa.. aku baru belajar2 nak wat cerpen..

Nukilan : Penjejak Zaman....




12 October 2009

PERBANDINGAN ANTARA SOLAT DAN MANUSIA......

Sekadar gambar hiasan..


Assalamualaikum semua....

Entri kali ini ingin berbicara tentang solat. Perbandingan antara solat dan manusia. Yaaa.. Mungkin sesetengah kita tidak menyedari tentang hakikat ini. Solat dan manusia ada persamaannya. Dan kita akan cuba cungkil serba sedikit rahsia persamaan ini....

Jika dibandingkan solat itu dengan manusia, maka bagi solat itu ada solat zohir iaitu mengerjakan syarat, rukun, sunat ab'ad dan sunat hai ah. Maka syarat sah solat itu seperti nyawa. Jadi jika tiada nyawa, tentu manusia itu tidak akan hidup. Begitulah jua jika tidak ada syarat solat, tentulah tidak sah solat kita itu....

Dan rukun solat itu pula seperti kepala dan badan manusia. Jadi jika tidak ada rukun, tentulah tidak dinamakan solat. Begitulah jika tiada kepala dan badan, tentulah tidak dinamakan manusia.

Dan sunat ab'ad itu pula seperti anggota kaki, tangan dan lainnya. Jadi jika tiada anggota apalah faedah bagi seorang manusia itu.?? Begitulah jika tidak mengerjakan sunat ab'ad,apalah molek solat kita itu?? Tentulah tidak molek solat kita itu walaupon tidak membatalkan solat. Oleh itu janganlah kita suka2 meninggalkan sunat ab'ad ini.

Dan sunat hai ah itu pula seperti bulu perhiasan manusia itu sendiri. Misalnya rambut, bulu kening, bulu roma dan lainnya. Jadi jika kita tinggalkan dari mengerjakan perkara sunat hai ah ini, pastilah licin dan huduh solat kita itu. Dan pastinya kelihatan tidak molek kan? Oleh itu janganlah kita bermudah2 lagi dengan meninggalkan perkara sunat hai ah ini. Kerana dunia sekarang ini manusia begitu mementingkan perhiasan diri. Rambut dan bulu2 inilah yang mereka akan hiaskan bersungguh2 dan mengelokannya. Maka pada solat itu lebih aula untuk kita hias2kan dan elokannya dengan mengerjakan segala sunat2 hai ah....

Aku harapkan moga kawan2 semua dapat memahami serba sedikit tentang persamaan ini. Insya ALLAH akan datang aku ceritakan pula apakah dia sunat ab'ad dan hai ah......