15 May 2010

PERKARA YANG PENTING UNTUK WANITA TAHU......

Assalamualaikum semua.......

Untuk kali ini, penulis menulis pula tentang darah kebiasaan bagi perempuan iaitu darah haid. Semua sudah maklum apakah ia darah haid. Namun di sini ada 1 perkara yang penting untuk penulis kongsi bersama kawan2 semua terutamanya orang perempuan. Kemungkinan masih ramai perempuan yang tidak ambil penting dengan perkara ini. Insyaallah penulis akan huraikan serba sedikit apakah ia perkara itu.

Di dalam kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi S.A.W. , tuan Musonnif ada menyebut dengan katanya;

"Dan setengah daripada yang wajib atas suaminya mengajar ia akan isterinya itu apabila putus(berhenti) darah haid dahulu daripada waktu maghrib sekira2 lulus takbiratul ihram maka wajib ia mengqodokan sembahyang zohor dan asar itu dan manakala putus darah haid itu dahulu daripada waktu subuh sekira2 lulus takbiratul ihram maka wajib atasnya mengqodokan solat maghrib dan isyak...."


Asal saranan ini ialah kepada para suami iaitu wajib dia(suami) tahu tentang darah haid dan mengajar pula kepada isterinya tentang darah haid. Sebab itulah untuk menjadi suami perlu mengetahui hukum hakam dalam islam. Tidak mampu tahu semua pun, cukuplah sekadar tahu yang asasnya.Supaya si suami tadi dapat mengajar isteri dan anak2nya pula.

Berbalik kepada kata2 tuan Musonnif tadi. Jika seorang perempuan itu putus(berhenti) darah haid sebelum atau dahulu daripada masuknya waktu maghrib maka si perempuan tadi wajib qodokan solat asar dan zohor.

Kita fokuskan dahulu kepada waktu asar. Kenapa si perempuan tadi perlu qodokan solat asarnya? Ini kerana dia yakin bahawa dia telah suci dari darah haid sebelum masuknya waktu maghrib. Yang dikatakan sebelum masuk waktu maghrib itu ialah sekira2 lulus takbiratul ihram. Kenapa tuan Musonnif datangkan misal dengan 'sekira2 lulus takbiratul ihram'? Ini kerana untuk menunjukkan betapa singkatnya waktu itu.

Sebagai contoh, seorang perempuan itu yakin bahawa dia telah suci dari darah haid ketika masih lagi dalam waktu asar walaupun hanya beberapa ketika lagi untuk memasuki waktu maghrib. Jika dia yakin bahawa dia telah suci dari darah haid ketika masih lagi berada di dalam waktu asar(walaupun jarak masa yang singkat untuk memasuki waktu maghrib), maka dia wajib qodokan waktu asarnya. Ini jelas. Sebab darah haidnya berhenti ketika masih lagi dalam waktu asar.

Mahfum(difahami)? Baik kita fokuskan pula kepada waktu zohor. Kenapa si perempuan tadi wajib juga qodokan solat zohornya? Sedangkan darah itu berhenti ketika waktu asar? Ulamak mewajibkan juga mengqodokan solat zohor itu sebagai langkah berjaga2. Kemungkinan darahnya berhenti ketika dalam waktu zohor lagi. Tetapi oleh kerana dia masih lagi berlengah2 menyebabkan masuk pula ke waktu asar. Dan ketika penghujung waktu asar itu barulah dia lihat bahawa darah haidnya sudah berhenti. Sedangkan darah haidnya berhenti ketika dalam waktu zohor lagi. Oleh kerana dia berlengah2 untuk mandi haid, maka menyebabkan telah masuk pula ke waktu asar. Di dalam waktu asar pun dia masih berlengah2 lagi sehinggalah waktu hanya berbaki beberapa ketika(sekira2 lulus takbiratul ihram) lagi untuk masuk ke waktu maghrib pula.

Ketika sudah hampir2 ingin masuk ke waktu maghrib barulah dia sedar yang darah haidnya sudah berhenti. Maka ketika itu dia wajib qodokan solat asarnya kerana waktu asar masih ada lagi(walaupun singkat waktunya). Dan wajib diqodokan juga waktu zohor adalah kerana ingin berjaga2. Kemungkinan dia sudah suci dari haid ketika waktu zohor lagi. Samalah juga jika dia berhenti darah haid sebelum waktu subuh sekira2 lulus takbiratul ihram. Maka dia wajib qodokan solat isyak dan maghribnya...

Inilah perkara penting yang perlu para wanita untuk tahu. Para lelaki juga perlu tahu. Jika dia berkahwin nanti boleh mengajar isteri dan anak2nya pula.

Penulis begitu khuatir kerana masih ada perempuan yang sengaja melengah2kan masa untuk mandi haid sedangkan dia telah suci. Bahkan ada yang sengaja melengah2kan sehingga beberapa hari. Nau'zubillahi minzalik...

Kata ulamak di dalam kitab Kashfu lisam....

"Diberi pahala akan orang yang haid atas meninggalkan sembahyang jika diqosadkan menjunjungkan syara' dan jika tiada(tak niat apa2), maka tiada diberi pahala..."


Jika tak solat kerana haid, maka diberi pahala kerana mengikut syariat. Tapi jika tak solat kerana sengaja melengah2kan mandi haid, bukan saja tak dapat pahala bahkan BERDOSA!

Pesanan penulis untuk kaum hawa. Jangan ambil mudah dengan perkara2 ini... Tak lupa juga pada kaum adam. Jangan lupa untuk pelajari ilmu yang membahaskan darah wanita ini samada haid, nifas, istihadhoh dan wiladah...... Semua ini walaupun tiada bagi kita, tapi untuk kepentingan orang lain pula terutamanya anak2 dan isteri kita nanti... Wallahu a'lam..



Rujukan :

مهمة فى علم حديث نبي صلى الله عليه و سلم.


كشف اللثام عن أسئلة الأنام

No comments: