26 January 2010

GANDINGAN MANTAP : Agamawan dan profesional..



Assalamualaikum semua........


Imtihan masih berlangsung. Aku pun masih berbaki 3 mawad(kertas) lagi. Penantian satu penyiksaan. Sejak dua menjak ini aku dapat jemputan kahwin. InsyaAllah dengan izinNYa, bulan ini akan berlangsungnya pernikahan kawan2ku. Tahniah aku ucapkan kepada mereka semua yang akan mengadakan majlis perkahwinan masing2. Perkahwinan bagi pelajar2 Malaysia di bumi anbiyak ini adalah satu perkara yang biasa. Tiada apa yang memelikkan. Bulan 2 ke depan ini 3 orang kawan2 ku akan berkahwin. 2 orang dari mereka adalah tarikh yang sama. Aku akan pergi insyaAllah....

Cuma yang memelikkan aku ialah pasangan yang mereka akan mengahwininya. Bukan pelik macamana. Cuma pelik kerana kurang dibuat orang. Bagi aku lah. Bagi orang lain mungkin tak pelik. Sebab sepanjang 2 tahun aku bermukim di Mesir ini,inilah fenomena yang aku rasakan agak baru akan berlaku. Apa yang sedang berlaku sebenarnya??? Ialah ustaz2 pengajian islam kita akan berkahwin dengan akhawat pelajar perubatan. Tiada salahnya mereka nak berkahwin dengan sesiapa saja. Allah berikan ikhtiar kepada manusia untuk memilih sesiapa saja bakal isterinya. Dan sekarang mereka telah memilihnya. 2 orang ustaz itu ialah kawan baikku dan seorang lagi seorang ukhtun(kuliah perubatan.http://cintailahialways.ning.com) iaitu orang kampung aku sendiri akan bernikah dengan seorang ustaz. Ini bermakna 3 orang ustaz akan berkahwin dengan pasangan masing2 yang merupakan pelajar perubatan. Ini sekadar yang aku tahu dan dijemput lah. Kemungkinan ada lagi ustaz2 yang akan berkahwin dengan pelajar perubatan?? Mungkin.......

Aku gelarkan mereka ini pasangan gandingan mantap iaitu golongan agamawan dan profesional. Mengapa aku berkata begitu? Kerana berlainan jurusan dan pengkhususan. Seorang takhasus pengajian islam dan seorang lagi takhasus pengajian perubatan. Bagi aku ini ialah suatu perubahan yang baik yang telah dilakukan oleh para ustaz. Mengapa? Kerana mereka berani mentaqdim akhawat tib. Yaaaa, selalunya kita akan mendengar bahawa ustaz2 mestilah berkahwin dengan ustazah. Tapi fenomena kini sudah berubah. Dan kemungkinan dimasa akan datang 'trend' ustaz2 akan berubah iaitu memilih bakal isteri dari kalangan pelajar perubatan. Mungkin!

Mengapa gandingan ini mantap? Ini pada pandangan kasar mataku bahawa memang gandingan ini mantap. Kita sedia maklum bahawa orang jurusan perubatan semestinya belajar tentang kimia, biologi, fizik dan seangkatan dengannya. Kalau salah tolong betulkan. Dan orang yang belajar jurusan agama mempelajari tentang hukum hakam dalam islam. Jika kita tengok di dalam PAS sekalipun mereka ini digelar golongan ulamak dan profesional. Kedua2 golongan ini perlu ada bersama tiap ketika. Dan kita melihat pula pada pelajar tib dan pengajian islam ini adalah satu gandingan yang mantap di dalam sebuah keluarga. Sang suami ustaz dan sang isteri doktor dan sebaliknya. Tapi aku percaya bahawa ramai dikalangan pelajar perubatan pun ada yang '30 ajzak' dalam kepala. Suatu perkara yang aku pun tak mampu lakukan(kerna ku bukan hafiz). Bahkan ramai saja pelajar perubatan juga bekas sekolah agama semasa dibangku sekolah menengah dahulu. Pendedahan agama secara 'basic' sudah mereka miliki. Ditambah pula dengan ilmu kedoktoran. Wah, sesuatu yang membanggakan! Menjadi kelebihan kepada sesebuah keluarga itu jika suaminya ustaz dan isterinya doktor atau sebaliknya. Benar? Yaaa,bagi pandanganku begitulah. Aku secara jujurnya tidak faham sangat apa itu fizik, kimia, biologi, matematik tambahan dan seangkatan dengannya. Kerana aku bukanlah dari mereka yang berada dipengkhususan ilmu tersebut. Tapi jika kita ada isteri atau suami yang memahami semua itu alangkah bagusnya. Pendek kata saling memerlukan. Dunia hari ini begitulah. Ilmu akhirat dan dunia saling memerlukan. Jika anak2 kita sakit jasmani,boleh berjumpa dengan ibunya sendiri kerana ibunya seorang doktor. Jika anak kita sakit rohani boleh berjumpa dengan abahnya sendiri kerana abahnya seorang ustaz dan begitulah sebaliknya. Bukankah ini satu perkara yang baik? Sebab itulah aku mengatakan bahawa gandingan mereka ini mantap!

Bagiku, keberanian para ustaz 'mengubah angin' dengan cara mentaqdim para akhawat tib adalah suatu yang baik. Tapi jangan pula lupa dengan 'sekufu' sendiri iaitu para ustazah! Dengar kata ustaz2 lebih suka mencari bakal isteri di Malaysia saja? Ustazah di sini bagaimana? Dan fardhu taqdir(jika) semua ustaz mencari akhawat tib saja, alamaaaaak... Habis lah ustazah2 di sini. Mungkin para ustazah kita juga berani melakukan perubahan iaitu berkahwin pula dengan ikhwah tib....?? Mungkin.. Hehehehehe....

6 comments:

Z said...

bagaimana ustaz kahwin dgn engineer?
hehe..

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

amboi kak lang..mentang2 laa dia seorang engineer yg akan berkahwin ngn ustaz mesir..hehehe.sma laa tuu.agamawan kawen ngn profesional.. ateh sokong.hehehe

Muhamad Amirul bin Hasim said...

erhmm.. sapa la us tu ye? penulis ke? :-?

semoga mereka semua berbahagia.. jgn lupa bt kenduri.. hehe..

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

ish,sy plak..sy muda lgi.ustaz laaa.bila lagi??jgn lupa jemput naaa..

yohanna said...

moga Allah merahmati qimi selamanya..Aminn

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

Amin ya robb,yohanna juga begitu,dan kita smua,moga Allah berikan pertunjuk dn rahmatnya..