18 January 2010

'Burger Akhi' di pasaran antarabangsa...

Assalamualaikum semua....

Entri ini ditulis selepas aku bersama ahli bait Tahzibunnufus, Ferdaus dan Mad Daud selamat menjamu selera dengan 'burger Akhi'..... Ada apa dengan burger Akhi ini? Apa yang istimewa sangat burger ini? Haaaaa, sebelum aku nak cerita serba sedikit tentang 'burger Akhi' ini, sukalah aku menceritakan serba ringkas siapakah orang di sebalik nama 'Akhi' ini??

'Akhi' ialah nama gelaran bagi Tuan Guru Ustaz Ahmad Kamil bin Muallah. Beliau berasal dari Johor dan sekarang bermukim di Mansurah bersama isteri tercinta. Aku mengenali tuan guru dari beliau masih di Malaysia lagi. Cumanya tidak pernah bersua muka dan tidak pernah berhubung. Aku tahu nama saja. Namun semuanya berubah bila tuan guru datang ke Mesir setelah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya iaitu Ustazah Faridah binti Selamat(Qiraat Mansurah) juga berasal dari Johor. Ustaz Fathi(Lughah Mansurah) memberitahuku bahawa 'Akhi' ini hebat orangnya. Terdetik di hati ini untuk mengenali lebih dekat siapakah dia 'Akhi' ini. Alhamdulillah, setelah tuan guru selamat sampai di bumi Mansurah ini, aku mula mengenali beliau lebih rapat. Aku nak berdamping dengan seorang Alim. Walaupun tidak mampu mendapatkan ilmu dengannya hari2, dapat berkat kerana duduk di sampingnya pun alhamdulillah..... "Berdampinglah dengan orang solih, kerana jika rahmat dan berkat itu turun kepadanya, mudah2an kita juga dapat walaupun hanya tempias saja.."

Aku menghormatinya bukan saja sebagai saudara dan sahabat, tetapi aku juga menyayangi dan memuliakan beliau kerana beliau juga adalah guruku. Tuan guru ustaz Ahmad Kamil mengajarku dalam ilmu nahu(tatabahasa bahasa arab). Tuan guru seorang yang alim dalam ilmu nahu. Peluang yang ada ini tak dilepaskan olehku untuk berguru dan menadah kitab bersamanya. Apa yang aku suka dengan cara tuan guru mengajar ialah beliau mengajar kami sekitar 30 atau 40 minit dan mungkin lebih. Selepas dari itu, 15 minit akan diberikan kepada kami oleh tuan guru dan beliau akan menyuruh kami membaca kitab arab yang tiada baris. Tuan guru akan menegur kami jika ada kesalahan dari segi baris dan perkataan(nahu dan sorof). Dikesempatan yang ada ini aku juga menyeru pada diri ini dan semua, walaupun ilmu nahu ini kita pernah belajar, janganlah kita merasakan bahawa kita sudah alim. Kata guruku,

"Walaupun kamu pernah belajar ilmu(agama), tapi tuntutlah ia seperti mana kamu tidak pernah belajar tentang ilmu itu."

Bukan hanya pada ilmu nahu saja, bahkan semua ilmu2 dalam dunia ini lebih2 lagi ilmu agama Islam ini, belajarlah berulang kali walaupun kita pernah mempelajarinya. Amat malang sekali bagi penuntut Al Azhar jika 'mubtada dan khobar' , 'dhomir ghoib dan dhomir mukhotob' pun masih tidak kenal bagaimana.... Belajar agama dari kecil sehinggalah ke peringkat universiti, namun ilmu nahu dipandang 'sepi'... Rugilah kita.. Usiykum wa NAFSI.....

Berbalik kepada kisah tuan guru tadi, aku berbesar hati dan berbangga dapat berguru dengan orang alim sepertinya. Terima kasih tuan guru......

Aku dapat tahu bahawa tuan guru memang terkenal dengan panggilan 'Akhi' dari Malaysia lagi. Tapi aku tak selesa dengan panggilan itu kerana beliau adalah guruku. Jadi tak selayaknya bagi aku untuk memanggilnya dengan panggilan 'Akhi' saja.. Orang yang mengajar kita 1 huruf atau satu ayat pun sudah menjadi guru kita, apatah lagi bagi mereka yang telah mengajar kita beribu2 ayat?

Dan burger ini juga adalah kesinambungan kerjaya sampingan beliau ketika di Malaysia dahulu. Ketika tuan guru menceritakan kepada kami kisahnya menjual burger ini, aku sedikit terkejut kerana hasil jualan burger ini beliau mampu membeli motosikal dan berkahwin! Kita sedia maklum bahawa menjual burger tidaklah mendapat pulangan untung yang berganda seperti menjual kereta kebal atau kapal terbang tempur atau enjin kapal terbang itu sendiri. Di situ aku dapat melihat betapa gigihnya usaha tuan guru ketika menjual burger di Malaysia dahulu. Tahniah ustaz!

Dan kini, 'burger Akhi' kembali lagi. Tapi kini beroperasi di bumi Mansurah pula. Nampaknya 'burger Akhi' sudah mencecah jualan sehingga ke peringkat antarabangsa. Hehehehe. Alhamdulillah. Aku diberitahu oleh tuan guru bahawa jualan burgernya agak memuaskan... Sebelum ini aku pernah menempah untuk membelinya,namun kecewa menyelubungi bila burger sudah habis........ Tapi tak mengapa... Malam ini aku berjaya juga membelinya... Dan tadi saja baru habis makan. Heheheheh.... Hampa dah rasa ka belom?? Kalau tak rasa lagi baik pi beli lekaih... Tapi untuk orang Mansurah ja laa..... Yang muhafazah lain tuan guru hanya gunakan basikal saja hantar ke rumah tempahan, jadi mana laah mampu nak kayuh basikal kan sampai ke Damanhur tuuuuuuuu. Hehehehe.

Komen aku berserta ahli bait Tahzibunnufus ialah SEDAAAAAAAAPPP..... Ferdaus dan Mad Daud memuji kesedapannya. Nasib baik aku tak rakam saja pujian tadi. Hehehehe. Mengikut kata tuan guru, akulah orang pertama yang merasai sos buatannya sendiri. .Wah2... Lepas ini ajar kami pula yaa syaikhuna?? Sos buatan sendiri... Kepada kawan2 yang seMansurah, pi laa beli kalau hampa tak rasa lagi.... Harga L.E. 2.50.. Kalau tukar ke duit Malaysia pun baru harga RM 1.54. Harga biasalah burger kan di Malaysia sekarang ini. Kalau nak mengetahui lebih lanjut tentang 'burger Akhi' ini sila pergi ke blog tuan guru sendiri..

http://akhi-ahmad-kamil.blogspot.com/2010/01/sdk-burger-akhi-dan-secebis-kenangan.html





Nyam2....

'Burger Akhi' best!!!

Ferdaus dan Mad Daud makan dengan lahapnya..Hehehehehe.

Sehingga menjilat jari..........

1 comment:

Ahmad Kamil bin Muallah said...

assalamualaikum

wah sedapnya tengok ustaz makan. :)

Ramai lagi sebenarnya di Mansurah yang jauh lebih mahir ilmu nahu berbanding ana sebenarnya. Terutama ustaz-ustaz lughah. Mungkin mereka sibuk dengan study, jadi kurang masa untuk muzakarah nahu dengan sahabat2 lain.

Ana doakan Allah jadikan ustaz seorang alim yang amat cintakan ilmu dan menyampai ilmu. inilah perniagaan yang keuntungannya tidak akan padam, insyaAllah.. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diamalkan oleh kita sendiri, dan kemudiannya oleh mereka2 yang mewarisi ilmu daripada kita dan seterusnya.. masyaAllah. MLM yang amat menguntungkan..

Ana juga tumpang barakah ustaz dan tolibul ilmi yang lain.. :) wassalam..