26 December 2011
SYURGA ITU KEKAL ATAU AKAN MUSNAH??
كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٢٧)
(Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. )
Manakala pada ayat 88 dari surah Al Qasas Allah berfirman,
كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ ۚ
(Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah.)
Pada ayat yang lain lagi Allah berfirman pada surah Al Bayyinah ayat 6 dan 8,
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَآۚ
(Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya.)
جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬اۖ
(Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya;)
Jika kita melihat kepada makna zahir bagi ayat2 yang telah didatangkan ini, seperti ada percanggahan antara ayat2 lain. Allah berkata bahawa semua yang ada di alam ini akan musnah melainkan zatNya. Di dalam ayat yang lain pula Allah mengatakan ada benda lain yang kekal iaitu syurga dan neraka. Jadi mana satukah yang betul? Musnah semuanya atau masih ada benda2 yang kekal?
Sebenarnya tiada percanggahan antara ayat2 yang didatangkan ini. Baik, kita akan menerangkan satu persatu berkenaan ayat2 Allah ini. Pada ayat 88 dari surah Al Qasas betul maknanya. Memang semua benda akan musnah. Yang tinggal hanyalah zat Allah ta’ala sahaja. Mengapa kita katakan begitu? Pertamanya kita kena tahu dahulu apa maksud alam? Keduanya apakah ciri2 alam itu?
Ta’rif(pengertian) alam seperti yang disebut oleh ulama kalam ialah :
Sesuatu atau benda yang selain daripada Allah dan sifat2Nya.
Mudah fahamnya, benda2 yang selain daripada Allah dan sifat2Nya dinamakan sebagain alam atau benda baharu. Maka kita boleh faham bahawa benda2 itu termasuklah kita, malaikat, jin, syaitan, iblis, bumi dan seisinya, syurga dan neraka dan lain2nya. Kerana semua benda2 ini adalah selain daripada Allah dan sifat2Nya.
Bila kita sudah tahu ta’rif alam, maka kita pergi pula kepada ciri2 alam. Alam ini ialah benda yang ada permulaan kewujudannya. Bukan itu sahaja, ia juga ada pengakhirannya. Contohnya manusia itu wujud ada permulaan dan pengakhiran. Bahkan setiap makhluq itu ada permulaan dan pengakhiran. Maka di dalam perbahasan ilmu kalam, perkara ini disebut Al Huduth iaitu perkara baharu. Setiap kejadiannya ada mula dan ada akhir. Lawan bagi Al Huduth ialah Al Qadim. Al Qadim inilah disebut sebagai tuhan sekalian alam iaitu Allah. Maka Al Qadim ini ialah kewujudanNya yang tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Disebut juga sebagai Qidam iaitu sediakala di dalam pengajian sifat 20. Dikuatkan lagi dengan sifat Al Qadim yang seterusnya iaitu Baqa’, kekal. Maka fahamlah kita bahawa Al Qadim atau Allah ta’ala itu wujudNya tiada permulaan(Qidam) dan tiada pengakhiran(Baqa’).
Bila kita sudah faham tentang pengertian ini, maka saya letakkan bahawa Al Huduth itu ialah alam dan Al Qadim itu ialah Allah. Sekali lagi kita tekankan bahawa setiap perkara Al Huduth itu wujudnya ada mula dan ada akhir. Manakala Al Qadim itu wujudNya tiada mula dan tiada akhir. Saya bagi nampak lagi gambarannya kepada kawan2 semua.
Al Huduth : Semua benda selain daripada Allah dan sifat2Nya. Wujudnya ada mula dan ada akhir.
Al Qadim : Allah. WujudNya tiada mula dan akhir.
Jelas sudah di sini pengertian antara Al Huduth dan Al Qadim.
Jadi bila kita semua sudah tahu pengertian Al Huduth, kita akan faham iaitu samalah seperti maksud ayat Al Quran tentang semua benda akan musnah melainkan zat Allah ta’ala sahaja. Kenapa akan musnah? Kerana semua benda2 itu adalah benda baharu atau Al Huduth. Ia musnah kerana ada pengakhirannya. Kemusnahan yang berlaku itulah disebut sebagai pengakhiran kepada kewujudannya sebelum itu. Sedangkan Allah? Allah kekal selama2nya bahkan kekekalannya itu adalah wajib. Wajib bagi zatNya yang agung untuk kekal kerana Allah ada sifat yang bernama Baqa’(kekal).
Tapi tiba2 kita terbaca pula ayat Al Quran yang mengatakan ada benda atau alam atau makhluq lain yang kekal iaitu syurga dan neraka(sila rujuk ayat Al Quran di atas). Allah berkata bahawa penghuni syurga itu kekal selama2nya di dalamnya. Begitu juga dengan penghuni neraka itu kekal selama2nya di dalam neraka. Kita semua sudah maklum bahawa syurga dan neraka juga termasuk dalam perkara Al Huduth kerana kedua2nya adalah makhluq Allah. Allah yang ciptakannya.
Jika melihat kepada makna zahir sahaja, sudah semestinya kita mengatakan ada percanggahan antara ayat2 lain. Ayat lain kata semua akan binasa. Ayat lain pula kata syurga dan neraka kekal. Sebenarnya tiada percanggahan. Ulama2 kalam atau Al Mutakallimin sudah perbahaskan untuk memudahkan kita memahami ayat Al Quran tanpa ada rasa ragu2. Secara pengertiannya, syurga dan neraka juga akan musnah. Kita berbalik kepada makna Al Huduth itu tadi. Kewujudan Al Huduth ada mula dan akhir. Syurga pun begitu. Wujudnya ada mula dan ada akhir. Sebab ia adalah makhluq. Makhluq ini ialah setiap benda yang Allah ciptakan. Jelas.
Kita sudah maklum bahawa syurga dan neraka merupakan antara makhluq yang akan kekal selama2nya. Dalilnya seperti dalam ayat Al Quran di atas. Ini jelas. Tapi kita mengatakan ia boleh binasa. Kenapa? Kerana berdalilkan ayat Al Quran yang lain(rujuk ayat2 Al Quran di atas). Syurga boleh binasa jika itu adalah kehendak(sifat Iradah Allah ta'ala) Allah. Sebab syurga termasuk di dalam perkara yang mumkinul wujud(boleh ada dan boleh tiada). Pendek kata tiap2 benda Al Huduth ialah perkara yang mumkinul wujud.
Boleh tak kita mengatakan syurga itu WAJIB KEKAL? Tak boleh. Kerana yang wajib kekal hanyalah Allah sahaja. Tapi kita boleh mengatakan SYURGA ITU KEKAL KERANA KEHENDAK ALLAH. Jika Allah berkehendak untuk binasakan syurga, tak mustahil akan berlaku. Kita tak boleh kata syurga wajib kekal kerana di situ seolah2 Allah dipaksa untuk kekalkan syurga. Paksaan adalah mustahil bagi Allah. Allah bukannya zat yang boleh dipaksa. Seperti islam mewajibkan solat 5 waktu. Maka sebenarnya kita dipaksa untuk solat. Ikhlas atau tidak, kita wajib solat. Jika tidak kita berdosa. Tapi zat Allah bukan kena paksa untuk melakukan sesuatu. Maka fahamlah kita bahawa syurga itu makhluq Allah yang kekal. Tapi kekekalannya bukanlah bersifat WAJIB KEKAL. Semua itu di dalam qudrat dan kehendak Allah ta'ala. Jika Allah berkehendak untuk binasakan syurga, Allah dengan qudratNya boleh membinasakan syurga atau apa2 sahaja.
Maka bertepatanlah antara ayat2 Al Quran di atas. Tiada sebarang percanggahan. Semua benda akan binasa kecuali zat Allah kerana benda2 selain Allah dan sifat2Nya adalah baharu iaitu yang ada permulaan dan pengakhiran. Manakala Allah kata syurga dan neraka itu kekal kerana itu adalah kehendak dan qudrat Allah. Allah berkehendak bahawa syurga dan neraka itu kekal, maka kekallah 2 makhluq Allah ini. Jika Allah berkehendak membinasakan kedua2nya, binasalah kedua2nya..... Wallahu a'lam.
Rujukan :تحفة المريد على جوهرة التوحيد
دراسات كلامية في السمعيات من العقيدة الإسلامية
2 September 2011
MEMOIR JIHAD DI MESIR...
Pagi itu bumi Mansurah tenang seperti biasa. Penduduk setempat mula melakukan kegiatan harian mereka. Kedai-kedai mula dibuka. Kereta, van, motosikal mula memenuhi jalanraya. Penjalan kaki juga begitu. Cuaca masih berbaki musim sejuk. Namun di sebalik suasana begitu, Mesir telah mendapat ancaman perang dari israel. Ramai penduduk Mesir tidak percaya dengan ancaman tersebut. Bagi mereka, israel takkan berani untuk menyerang Mesir. Di muka depan surat khabar harian Mesir juga seringkali mengulas berkenaan ancaman ini. Ini berikutan daripada ketidakpuashatian israel terhadap tindak tanduk kerajaan Mesir yang baru itu. Banyak perkara yang telah merugikan pihak israel. Bermulanya kejatuhan pemerintah yang dulu. Diikuti pula pembukaan sempadan Rafah secara berterusan dan perdamaian di antara Hamas dan Fatah di Palestin. Paling terbaru bila kerajaan baru Mesir dikuasai oleh parti-parti yang pro Islam. Israel merasakan kedudukannya di semenanjung tanah arab terancam. Oleh sebab itu mereka mula melakukan propaganda memberi ancaman peperangan kepada Mesir jika kerajaan Mesir masih berterusan dengan agenda islam. Perkara itu tidak membimbangkan kerajaan baru Mesir. Walaupun baru memerintah beberapa bulan selepas selesai pilihanraya umum negara itu pada bulan 9 tahun lalu. Parlimen Mesir dikuasai parti-parti yang pro kepada perjuangan islam.
Bahkan kerajaan Mesir juga turut memberi amaran balas sekiranya Mesir diserang, mereka tidak tunggu lama untuk menyerang balas negara haram itu. Presiden baru Mesir telah mempersiapkan angkatan bersenjata negaranya. Siap siaga untuk berhadapan apa jua kemungkinan. Bila tersebar luas ancaman serangan dari israel, penduduk Mesir telah menyatakan kesanggupan untuk berjuang bersama-sama bagi mempertahankan agama dan negara mereka. Bukan pertama kali negara itu berperang dengan israel. Dahulu Mesir pernah berperang dengan israel. Mesir menerima kekalahan walaupun ada siri peperangan yang dimenangi mereka. Di sebalik ancaman israel itu, bukan sahaja kepada penduduk Mesir, bahkan termasuk kepada seluruh manusia yang berada di Mesir terutamanya rakyat dan pelajar Malaysia yang masih ramai menuntut di universiti-universiti utama negara Mesir. Lebih kurang 10 ribu orang rakyat Malaysia yang masih bermukim di Mesir. Ancaman itu turut memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia. Dunia amnya turut mengetahui ancaman perang dari israel. Kerajaan Malaysia khususnya sudah dimaklumkan tentang perkara itu. Sebahagian besar rakyat Malaysia mahukan rakyat Malaysia di Mesir dibawa pulang sekali lagi ke tanah air. Pertama kali peristiwa rakyat Malaysia dibawa pulang beramai-ramai ketika rusuhan terbesar negara itu sehingga menjatuhkan presiden yang lepas. Perkara ini menyukarkan kerajaan Malaysia untuk membawa pulang sekali lagi. Di samping bilangan rakyat Malaysia yang ramai, kos belanja yang tinggi juga menyebabkan kerajaan Malaysia mula mengira-ngira tindakan yang perlu diambil.
Malam 17 Mac 2012.
Tiba-tiba peluru berpandu pertama dilancarkan dari israel menuju ke Mesir. Jarak mampu pergi sejauh 1000 k/m itu sudah memadai untuk sampai ke bandar Kaherah. Kementerian Pertahanan Mesir telah menyedari ancaman peluru berpandu tersebut. Namun sudah terlewat kerana peluru berpandu itu sukar dikesan radar untuk jarak yang jauh. Sudah hampir menjunam ke bandar Kaherah barulah kerajaan Mesir sedarinya. Akibat dari itu, bergegarlah bandar Kaherah dibom peluru berpandu dari israel. Kesan dari serangan pertama itu telah memusnahkan bangunan-bangunan yang berdekatan. Kelihatan mayat-mayat sudah bergelimpangan. Penduduk mula mencari tempat yang selamat. Keadaan menjadi kacau bilau. Kesan serangan pertama itu menyebabkan waktu malam bumi Mesir disinari cahaya api yang menjulang tinggi.
Angkatan bersenjata Mesir mula memberikan arahan. Semboyan dibunyikan menandakan negara diserang. Tidak cukup dengan itu, pesawat-pesawat tempur israel mula memenuhi ruang udara negara Mesir. Keadaan yang mengejutkan itu tidak dapat ditepis sepenuhnya oleh tentera Mesir. Pesawat-pesawat tempur israel mula mengebom tempat-tempat strategik kerajaan Mesir. Tidak lama selepas itu, pesawat-pesawat tempur tentera Mesir mula beraksi di udara. 5 pesawat tempur israel berjaya ditembak jatuh. Dibantu pula oleh unit penangkis kapal terbang yang menembak dari bawah.
Pagi 18 Mac 2012.
Kesemua pesawat tempur israel yang dihantar malam itu berjaya dimusnahkan oleh tentera Mesir walapun terpaksa makan korban 3 buah pesawat tempur mereka. Tidak cukup dengan itu, israel mula menyerang melalui darat. Tentera Mesir sudah awal-awal lagi ke sempadan Rafah dan sempadan-sempadan yang lain untuk berhadapan dengan tentera israel. Di seluruh negeri-negeri di Mesir mula diisytiharkan darurat. Dijangka lebih 300 orang yang syahid akibat serangan israel pada malam itu. 3 batalion askar dihantar ke sempadan Mesir-israel. Bersama mereka berpuluh-puluh kereta kebal dan pelancar roket jarak dekat. israel bukan saja menghantar tentera melalui darat, malah mereka juga ingin masuk Mesir melalui jalan laut. israel mula melalui jalan laut dari Gaza ke Port Sa'id. Namun tentera Mesir awal-awal lagi menanti di perairan yang melepasi terusan Suez. Kapal laut tempur milik Mesir sudah melakukan pertahan di sebelah utara laut semenanjung Sinai. Di laut Gaza, pejuang Palestin turut melakukan serangan ke arah kapal-kapal perang israel sebagai bantuan kepada tentera Mesir. Berlaku pertempuran hebat di laut yang memisahkan sempadan Mesir dan israel. israel melepaskan torpedo dari unit kapal selam mereka. Namun dipintas laju oleh unit roket jarak sederhana yang terlebih awal menunggu sebarang serangan melalui udara.
Bagaikan tsunami yang melanda, laut di utara semenanjung Sinai menjadi saksi kehebatan tentera Mesir mengawal perbatasan negara mereka dari serangan israel. Pesawat tempur israel mula memasuki ruang udara Mesir sekali lagi. Kali ini mereka menguatkan serangan dengan menghantar puluhan pesawat tempur dari unit elit tentera udara mereka. Walaupun tentera udara Mesir turut beraksi di udara, namun israel masih mampu masuk ke Mesir sehinggalah sampai ke bumi Mansurah. Sekali lagi Mesir dibom. Kali ini di Mansurah pula. Jelas orang awam menjadi mangsa. Tentera Mesir yang berpengkalan di Dumyat mula menghantar pasukan kereta kebal ke Mansurah. Unit penangkis kapal terbang sudah bersedia di Ghamsah. Ruang udara Mansurah dipenuhi serangan oleh penangkis kapal terbang. Pesawat tempur Mesir masih menguasai ruang udara. 2 buah pesawat tempur israel telah tewas.
Tentera Mesir tidak saja bertahan, malah unit tentera udara mereka yang berpengkalan di Kaherah mula melakukan serangan balas terhadap negara haram israel itu. 3 Batalion askar Mesir sudah mula menyusup masuk ke israel melalui Gaza dan kawasan sekitarnya. Keadaan ini menyebabkan israel terkejut kerana tak menyangka Mesir akan menggunakan strategi perang begitu. Berlakulah pertempuran hebat di perbatasan Mesir-Palestin antara tentera Mesir dan israel. Peluru berpandu Scud milik Mesir mula dilancarkan dari semenanjung Sinai. Jarak mampu pergi sejauh 700 k/m yang dimiliki peluru berpandu Scud sudah memadai untuk menghentam negara haram itu. Jatuh tepat di tengah-tengah bandar israel. Mayat mula kelihatan di sana sini.
Petang 18 Mac 2012.
Bersambung......
9 August 2011
Peringkat-peringkat pengharaman arak.
Assalamualaikum semua...
Allah ta'ala telah menurunkan 4 ayat berkenaan arak sebelum diharamkan terus secara mutlak sehinggalah hari ini...
Ayat pertama,
Diturunkan di Mekah iaitu,
ومن ثمرات النخيل والأعناب تتخذون منه سكرا ورزقا حسنا
(Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik....) surah An Nahl ayat 67.
Umat islam ketika zaman permulaan islam meminum arak. Dan ketika itu halal bagi mereka.
Ayat kedua,
Diturunkan di Madinah iaitu,
يسئلونك عن الخمر و الميسر قل فيهما اثم كبير و منافع للناس
(Mereka bertanyakan kepadamu(Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah, 'Pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia...' ) surah Al Baqarah ayat 219.
Ketika itu sudah ada sahabat yang meninggalkan minum arak berdasarkan ayat, '..padanya terdapat dosa besar..' Manakala sahabat yang masih minum berdasarkan ayat, '..dan beberapa manfaat bagi manusia..'
Kemudian 1 ketika Sayyiduna Abdur Rahman bin 'Auf telah menyediakan makanan dan menjemput para sahabat yang lain untuk menjamu selera. Sekalian mereka yang hadir makan dan minum arak. Tidak lama kemudian, masuk waktu maghrib. Salah seorang dari mereka membaca ayat,
قل ياأيها الكافرون . أعبد ما تعبدون
Ayat ini telah dibuang huruf لا . Bila buang 1 huruf maka berubahlah makna sebenar ayat tersebut. Ini terjemahan ayatnya setelah dibuang huruf 'Lam',(Katakanlah Muhammad, "Wahai orang2 kafir, Aku sembah apa yang kamu(orang2 kafir) sembah). Sedangkan terjemahan sebenar ialah 'Aku tak akan sembah apa yang kamu(orang2 kafir) sembah.' Ia terjadi kerana sahabat mabuk ketika solat akibat minum arak.
Ayat ketiga,
Maka akibat peristiwa itu, turunlah ayat,
يأيها الذين ءامنوا لا تقربوا الصلاة و أنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون
(Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sehinggalah kamu sedar apa yang kamu katakan..) surah An Nisa' ayat 43.
Allah mengharamkan umat islam minum arak ketika ingin mendirikan solat. Dikhuatiri mabuk menyebabkan mereka salah lagi dalam membaca ayat Al Quran. Oleh kerana itu, mereka pun minum arak selepas solat 'isyak. Dan tatkala subuh menjengah, mabuk itu sudah hilang.
Kemudian pernah 1 ketika Sayyidina 'Itban bin Malik menyediakan makanan dan menjemput para lelaki dari kalangan umat islam datang bertamu. Antara mereka itu ada sahabat bernama Sayyiduna Sa'ad bin Abi Waqos. Dia telah memanggang kepala unta. Maka mereka pun makan beramai2 dan meminum arak sehinggalah mabuk. Kejadian itu menyebabkan mereka berasa sungguh seronok dan mereka pun menyanyi dan mendendangkan sya'ir. Ada setengah daripada mereka bersyai'r memuji kaum mereka sendiri dan mencela kaum lain iaitu kaum Ansor. Oleh kerana dicela, maka seorang lelaki dari kaum Ansor mengambil tulang rahang unta dan terus memukul kepala Sa'ad bin Abi Waqos. Maka sedihlah Sa'ad bin Abi Waqos diperlakukan begitu. Dia pun berjumpa dengan Sayyidina Nabi Muhammad dan mengadu kepada Nabi tentang perbuatan lelaki dari kaum Ansor itu. Maka turunlah ayat di bawah ini,
Ayat keempat,
يأيها الذين ءامنوا انما الخمر و الميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون . انما يريد الشيطان ان يوقع بينكم العداوة والبغضاء فى الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله و عن الصلاة فهل أنتم منتهون
(Wahai orang2 yang beriman, hanya sanya arak, berjudi, berkorban untuk berhala dan menilik nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk dari perbuatan syaitan.. Maka jauhilah perbuatan2 itu agar kamu beruntung. Hanya sanya syaitan mahu mewujudkan permusuhan dan kebencian antara kamu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan melaksanakan solat. Maka tidakkah kamu mahu menghentikan semua perbuatan2 kamu ini?) surah Al Maidah ayat 90-91.
Selepas turunnya ayat ini maka berkata Sayyidina 'Umar bin Al Khattab, " Kami berhenti dari segala perbuatan kami ini ya Allah.. Kami berhenti..."
Maka barulah arak diharamkan secara mutlak.
Inilah peringkat2 yang berlaku sebelum arak diharamkan secara terus sehinggalah hari ini arak tetap diHARAMkan. Antara hikmah dilakukan secara berperingkat ialah kerana orang arab memang sudah biasa dengan arak. Bahkan telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Kalaulah arak ini diharamkan ke atas mereka hanya dengan sekali larangan sahaja, menyebabkan berlakunya kesukaran ke atas diri mereka untuk meninggalnya. Boleh jadi mereka tidak menghiraukan larangan ini. Seperti kata2 Sayyidatuna 'Aisyah radhiallahu 'anha, "Awal2 apa yang yang diturunkan dari Al Quran itu adalah surah yang menerangkan padanya tentang syurga dan neraka sehinggalah bila telah tetap hati manusia kepada islam, barulah disebutkan tentang apa yang halal dan haram dalam islam..Kalaulah awal2 lagi ayat Al Quran terus menyebut, 'Janganlah kamu minum arak..' nescaya mereka akan berkata, " Kami takkan tinggalkan arak selama2nya..."
Secara ringkasnya marilah kita lihat peringkat2 pengharaman arak sebelum diharamkan terus. Pertamanya Allah sebut arak ini ada dosa yang besar padanya dan ada juga beberapa manfaat untuk manusia. Maka ada sahabat yang tinggalkan minum arak dan ada yang masih teruskan. Kemudian datang lagi ayat seterusnya iaitu Allah haramkan ketika ingin dirikan solat sahaja. Maka para sahabat tak minum jika ingin dirikan solat. Kemudian turun pula ayat seterusnya mengharamkan terus arak secara mutlak kerana telah berlaku beberapa peristiwa seperti cerita di atas... Wallahu a'lam.
Rujukan kitab Tafsir Maudhu'i kuliah Usuluddin Al Azhar Mansurah.
8 August 2011
Isu JAIS serbu gereja.
Assalamualaikum semua...
Negara baru saja dikejutkan dengan serbuan oleh JAIS terhadap sebuah gereja yang telah menjemput umat islam makan-makan di sana. Mengikut laporan dari YB Dato' Hasan Ali, memang ada usaha untuk memurtadkan umat islam. Jika benar laporan ini, maka kita wajib sokong 100% serbuan JAIS. Kalau ada orang nak marah atas serbuan JAIS, maknanya dia sokong usaha permurtadan itu. Sedangkan dosa paling besar ialah keluar dari islam. Isu ini memang tak wajar dipolitikkan kerana ini isu aqidah. Namun saya pelik kerana awal-awal lagi PAS disalahkan kerana berlembut dengan orang kafir atau ikut terlunjuk orang kafir. Sedangkan PAS mahu laporan lengkap sebelum keluarkan sebarang kenyataan. Kalau begitu, saya juga ingin nyatakan bahawa isu ini salah kerajaan pusat kerana selama ini tak pernah menghalang jika ada orang islam nak murtad. Adakah saya pula dituduh politikkan isu?
Memang negara kita benarkan kebebasan beragama. Tapi wujudkah undang-undang supaya dilarang murtad? Ada? Islam tak memaksa agama lain untuk masuk islam. Tapi bila sudah islam, tak boleh keluar lagi dari agama islam. Bahkan amaran dari Sayyidina Nabi Muhammad kepada orang yang murtad jika tak mahu bertaubat setelah diberikan tempoh, perlu dihukum bunuh. Murtad bukan benda kecil. Sebab itu bila berlaku isu ini, tidak dapat tidak ia perlu tilik kepada parti yang berkuasa dalam negara ini untuk muhasabah semula. Bukannya nak politikkan isu ini. Hatta sesiapa sahaja yang perintah, ia pasti berlegar-legar di sekitar sistem pemerintahan sesebuah negara. Tepuk dada tanyalah iman kita adakah sistem negara kita ini adalah sistem islam yang syumul atau ambil sekerat-sekerat yang hanya memenuhi citarasa pemimpin negara sahaja? Dan jika PAS sudah menerima laporan sebenar(ingin murtadkan umat islam), tapi masih lagi nak jaga hati agama lain, kita juga turut tentang!
Ingat, segala sistem negara dikawal oleh pemerintah yang ada. Untuk jadi pemerintah, ia perlu menang dalam pilihanraya. Sistem pilihanraya itu pula mewujudkan parti-parti yang bertanding. Nah, lihatlah tidakkah ada kena mengena dengan parti yang memerintah? Saya tak mahu bercakap panjang tentang isu ini, saya secara peribadi menyokong penuh usaha JAIS kerana itulah peranan jabatan agama. Bukan sekadar serbuan pada gereja yang ingin memurtadkan umat sahaja, bahkan mahkamah juga tidak boleh membenarkan umat islam menukarkan agama....
Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit langkah-langkah gerakan kristianisasi seluruh dunia islam khususnya untuk menyesatkan umat islam. Dan apakah yang perlu dilakukan untuk menangkis dakyah mereka.
Sebagai pengenalan awal, gerakan ini bermula selepas kegagalan mereka di dalam perang salib. Oleh kerana dendam masih membara, maka mereka mulakan penjajahan ke atas negara-negara umat islam. Dan negara kita juga tidak ketinggalan.
Saya ceritakan serba ringkas langkah-langkah yang diambil oleh mereka ini.
1. Mereka perlu mengetahui bahasa ibunda negara yang ingin mereka kuasai itu.
2. Mereka perlu mengetahui secara keseluruhan adat dan pegangan masyarakat setempat agar mudah bagi mereka untuk menarik perhatian masyarakat setempat.
3. Mereka menggambarkan negara-negara timur sebagai negara yang mundur. Dan mengggambarkan negara-negara barat sebagai negara yang maju. Jika di negara-negara umat islam, mereka mengatakan, " Inilah hasilnya(mundur) dari agama kamu yang tak mementingkan kemajuan.."
4. Mereka perlu mengetahui cara-cara berdakwah dalam agama kristian dan cara-cara untuk menghujum agama lain khususnya agama islam. Mereka akan menciptakan pelbagai penipuan tentang agama islam dan memberikan syak wasangka kepada agama islam.
5. Mereka juga perlu mengetahui ilmu kedoktoran supaya mudah untuk merawat dan memberikan rawatan kecemasan kepada umat islam yang sakit. Bahkan memberikan rawatan yang terbaik kepada umat islam.
6. Mereka bersungguh-sungguh atas penyebaran kesesatan tentang agama islam. Bahkan mereka lakukannya dalam gambaran yang pelbagai.
7. Mereka menguasai sekolah-sekolah, universiti-universiti, jabatan-jabatan kerajaan, NGO dan sebagainya.
8. Membantu umat islam yang kesempitan hidup dengan memberikan pelbagai jenis bantuan.
9. Mereka membina hospital-hospital dan sekolah-sekolah.
Ini antara langkah-langkah yang mereka ambil untuk memastikan agenda mereka berjaya. Cuba lihat balik. Wujudkah semua ini di tanah air kita?
Baik, ini pula langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk menangkis dakyah-dakyah mereka ini.
1. Perkukuhkan aqidah umat islam dengan aqidah yang sohih.
2. Jika mereka mendirikan sekolah, universiti dan hospital maka kita juga lakukan seperti itu juga. Bahkan lebih baik dari mereka.
3. Perbaharui sistem yang sedia ada jika sistem yang lama tidak memberikan kesan yang mendalam. Terutamanya pada badan-badan yang menjaga kebajikan umat islam.
4. Sediakan harta benda yang secukupnya untuk umat islam yang memerlukannya. Agar tiada pintu yang boleh gerakan ini masuk.
5. Jika dalam rancangan tv penuh dengan perkara-perkara lalai, tukar dengan banyakkan perkara-perkara agama.
6. Tukar sistem pendidikan kepada sistem islam. Pelajaran barat diambil sekadar untuk menguasai ilmu-ilmu tertentu berkenaan dunia hari ini sahaja. Bukan dijadikan sistem pendidikan utama.
7. Berikan penekanan tentang agama islam kepada anak-anak sejak kecil lagi.
8. Laksanakan amar ma'ruf nahi mungkar untuk mewujudkan suasana yang baik dalam masyarakat umat islam.
Dan banyak lagi....
Apa yang penting ialah permikiran kita mestilah permikiran islam. Bagi saya, sudah lebih 50 tahun Allah bagi peluang kepada orang melayu islam perintah negara. Dan kalaulah sistem islam benar-benar dilaksanakan, insyaAllah negara kita susah nak dengar isu-isu begini. Tapi bila dah berlaku sebaliknya, maka tak usah terkejut jika ramai umat islam murtad dan gerakan ini bebas dalam negara ini... Wallahu 'alam.
9 May 2011
Nama-nama hari kiamat berdasarkan Al Quran.
2.Yaumuttaghobun ( At Taghobun ayat 9)
3.Yaumuttalaq (Al Mu'min ayat 15)
4.Al Ghosyiah ( Al Ghosyiah ayat 1)
5.Al yaumul akhir ( Al Baqarah ayat 232)
6.As sa'ah ( Al Mu'min ayat 59)
7.Yaumul ba'thi ( Ar Rum ayat 56)
8.Yaumuddin ( Al Fatihah ayat 4)
9.Yaumul hasrah (Mariam ayat 39)
10.Ad darul akhiroh (Al Ankabut ayat 64)
11.Yaumuttanad (Al Mu'min ayat 32)
12.Darul qoror (Al Mu'min ayat 39)
13.Yaumul fasli (As Soffat ayat 21)
14.Yaumul jam 'ie (Asy Syura ayat 7)
15.Yaumul hisab ( Sod ayat 53)
16.Yaumul wa'id ( Qof ayat 20)
17.Yaumul khulud ( Qof ayat 34)
18.Yaumul khuruj ( Qof ayat 42)
19.Al waqi'ah ( Al Waqi'ah ayat 1)
20.Al haqqah ( Al Haqqah ayat 1-3)
21.At tommatul kubro ( An Nazi'at ayat 34)
22.As sokkhoh ( 'Abasa ayat 33)
23.Al azifah (An Najmu ayat 57)
24.Al Qori'ah ( Al Qor'iah ayat 1-3)
Maksud nama2 mengikut nombor.
2. Hari diungkapkan segala kesalahan.
3. Hari bertemu Allah ta'ala dan dihisabkan kesemua perkara yang pernah kita lakukan.
4. Hari yang ramai wajah manusia tertunduk dan terhina.
7. Hari kebangkitan dari kubur.
8. Hari pembalasan segala amalan baik atau buruk
9. Hari penyesalan.
11. Hari saling panggil memanggil. Kerana pada hari itu nanti, manusia di padang mahsyar saling panggil memanggil krn inginkan prtolongan.
12. Hari yang kekal.
13. Hari Allah memberikan keputusan dan balasan kepada hamba2nya.
14. Hari berkumpul.
15. Hari perhitungan.
16. Hari ancaman.
17. Hari yang abadi.
18. Hari keluar dari kubur.
19. Hari yang benar2 berlaku.
20. Hari yang pasti terjadi kerana ketika itu telah jelaslah segala ancaman dan janji Allah selama di dunia ini.
21. Hari datangnya malapetaka besar.
22. Hari yang datang padanya suara yang memekakkan(tiupan sangkakala yg kedua).
23. Hari yang semakin dekat.
24. Hari kehancuran.
1 May 2011
KITA WAJIB TAHU AGAR DIMANFAATKAN BERSAMA.
بسم الله الرحمن الرحيم
" Ketahui olehmu akan bahawasanya wajib atas suami mengajar ia(suami) akan anak isterinya dengan segala hukum agama islam dan memberi akan nafaqahnya(anak isteri) dan pakaiannnya yang patut bagi kadar martabat(kemampuan) suaminya(samada) kayanya dan miskinnya, (ini berlaku) jika isterinya itu taat kepada suaminya mengikut suruh(arahan) dengan hukumnya(yang taat dengan arahan suaminya).
Dan jika (isteri itu) tiada ikut akan suruhnya(arahan suami) maka tiada (wajib) nafaqah makan minumnya dan pakaiannya. Dan berdosa atasnya(isteri) dan dilaknat (lagi) disumpah atasnya oleh malaikat dan tiada pahala segala amalannya yang sunat kerana derhaka ia(isteri) kepada suaminya dan derhaka ia kepada Allah ta'ala. Besar seksanya pada hari akhirat dan di dalam kubur. Dan jika ia(isteri) taat kepada suaminya maka dapat ia akan pahalanya dan beberapa malaikat minta ampun baginya dan terpelihara (si isteri itu) daripada api(neraka) di akhirat dan beberapa darjat di dalam syurga. Inilah(isteri yang taat pada suami) perempuan yang mulia di dalam dunia dan akhirat, tetapi payah wujudnya pada zaman ini(kitab ini tamat ditulis pada tahun 1925).
Dan tiada wajib atas suami itu memberi akan pakaiannya(ke atas anak isteri) yang berlebih2an daripada adat(kebiasaan) dan (dari segi) hukum syara' hanya kadar boleh bersalin jua(mampu tukar untuk waktu siang dan malam).
Dan jalan amalan perempuan yang baik ada baginya suami itu(yang dikatakan sebagai wanita yang baik di sisi suaminya ialah) taat ia(isteri) kepada Allah ta'ala dan taat kepada suaminya. Tiada boleh pergi ke mana2 dengan suka hatinya melainkan dengan izin daripada suaminya kerana isteri itu di bawah perintah(arahan) hukum suaminya. Maka memadalah dengan kadar ini(taat kepada Allah dan suami) bagi perempuan yang berkehendak ia(isteri) kepada jadi solehah. Dan yang baik aqalnya dan fikiran yang elok maka dapatlah ia(isteri) akan kemuliaan dunia dan akhirat. Tetapi tiada boleh(susah untuk) dapat akan sifat perempuan(seperti ini) dan jika isteri ulamak sekalipun pada masa ini , wallahu a'lam."
Ini sebahagian daripada tulisan seorang ulamak iaitu Tuan Guru Muhammad Yasin bin Muhammad Taha. Diambil dari kitabnya, مجموع ثلاث رسائل
Saya tak ubah ayat kitab jawi lama ini kepada ayat bahasa melayu moden. Cuma ditambah ayat dalam kurungan untuk mudahkan kawan2 faham maksud ayat tersebut.
Apa yang dapat saya ulas dari kata2 tuan pengarang dalam tulisan tadi ialah,
1. Ilmu yang wajib diajar oleh suami ialah ilmu fardhu ain. Jika aqidah, ajar aqidah yang sohih iaitu aqidah adunan Imam Abu Hasan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi. Dan ajar pula anak isteri ilmu tentang feqah bermula dari bab toharah(bersuci) dan seterusnya. Dan tidak dilupa juga tentang ilmu tasawuf.
2. Nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada anak dan isteri ialah nafkah zahir dan batin. Nafkah zahir itu seperti pakaian, tempat tinggal, sara hidup dan sebagainya. Manakala nafkah batin pula memenuhi keinginan seks dari isterinya dan mengajar anak dan isterinya tentang agama islam. Dan nafkah ini wajib selagi mana isteri itu taat pada suaminya. Jika derhaka, maka gugur kewajipan nafkah makan minum dan pakaiannya.
3. Suami wajib mengajar isterinya jika telah jelas derhakanya. Namun tidak boleh bagi suami terus memukul isterinya. Bahkan islam memberi langkah2 dan peringkat2nya untuk mengajar isterinya. Peringkat pertama ialah suami perlu menasihati isterinya. Suami wajib menceritakan jenis2 seksa yang akan diperolehi oleh isterinya jika menderhakai suami samada seksa di dunia mahupun di akhirat nanti. Jika masih berdegil, maka suami boleh mengasingkan tempat tidur. Dan jika masih berdegil lagi, maka suami boleh pukul iaitu pukul yang bersifat mengajar. Bukan bersifat untuk menyakiti isterinya. Dilarang keras memukul muka isterinya apatah lagi sampai pecah dan berdarah(HARAM hukumnya). Antara contoh pukul untuk mengajar ialah pukul dengan menggunakan kain yang digulung dengan hayunan yang tidak terlalu kuat.
4. Cuba kawan2 bayangkan iaitu tuan pengarang telah mengingatkan kita tentang susah nak dapat isteri yang solehah pada zamannya lagi. Sedangkan zamannya menulis kitab itu pada tahun 1925. Pada tahun 1925 pun tuan pengarang sudah sedar bahawa susah nak cari isteri yang solehah. Sekarang tahun 2011. Cubalah bayangkan. Bukan tiada isteri yang solehah tapi SUSAH untuk jadi isteri yang solehah kerana ramai isteri yang derhaka pada suami walaupun isteri ulamak sekalipun.
5. Suami tak wajib berikan nafkah pada perkara yang luar dari kebiasaannya. Bahkan hanya tertakluk pada kemurahan dan kebaikan hati suami untuk menyenangkan hati keluarganya.Jadi jika suami tak mampu, maka tak berdosa. Sebagai contoh, suami wajib sediakan tempat tinggal dan pakaian bagi keluarganya. Adapun peralatan tambahan seperti tv, komputer, radio, sofa, pakaian tambahan dan sebagainya sudah tidak wajib bagi suami. Tapi jika suami ingin beli, maka tiada masalah.
6. Untuk menjadi isteri yang solehah, cukup saja dia taat kepada suaminya pada perkara yang tidak menyanggahi syariat dan taat kepada rasul dan taat kepada Allah. Maka isteri itu boleh pilih dari mana2 pintu syurga yang dia ingin masuk.
7. Isteri dilarang keras keluar rumah sesuka hati tanpa izin suami. Hanya pada keadaan yang terlalu berhajat sahaja yang dibenarkan keluar tanpa izin suami. Contohnya jika anaknya sakit dan memerlukan rawatan maka boleh bagi isterinya keluar rumah tanpa izin suami. Dan boleh keluar rumah tanpa izin suami untuk belajar ilmu yang fardhu ain(contohnya tentang haid, nifas, istihadhoh, wiladah) jika suaminya tak alim. Bahkan suaminya berdosa jika menghalang isterinya daripada belajar ilmu yang fardhu ain. Tapi jika suaminya alim, maka haram keluar belajar ilmu di luar jika tanpa izin suami. Adapun aktiviti2 luaran yang berlaku pada zaman kini, ada baiknya berbincang dengan suami dan suami hendaklah memahami dan bertolak ansur terhadap isterinya.
Ulasan ini saya buat berdasarkan dari kitab مهمة في علم حديث karangan Syaikh Abdullah bin Abdur Rahim Al Fathoni.
Moga bermanfaat untuk kawan2 semua.. Wallahu a'lam.
1 April 2011
CINTA 50 TAHUN.... episod akhir.
Sambungan dari episod lepas....
Nur Mutmainnah jadi serba salah. Perlukah dia hubungi Sufian untuk minta maaf atau sebaliknya. Dia mundar-mandir sendirian di dalam biliknya. Akhirnya dia mencapai telefon bimbitnya..
"Assalamualaikum..." Nur Mutmainnah mulakan bicaranya.
"Waalaikumussalam, cik Nur..." lemah bicara Sufian.
"Saya nak minta maaf tentang hal kelmarin. Saya memang tak tahu yang ayah saya dah carikan calon untuk saya. Saya minta maaf sangat-sangat." Nur Mutmainnah cuba cerahkan keadaan.
"Tak apa. Saya faham. Kalau itu dah pilihan ayah Nur, apa lagi yang mampu saya buat? Nur ikutlah pilihan keluarga Nur itu. Itu lebih baik.." ujar Sufian.
"Izinkan saya bertanya pada awak... Kenapa awak pilih saya sedangkan awak baru mengenali saya dan baru juga awak nyatakan keinginan awak pada saya.." tanya Nur Mutmainnah.
"Awak silap Nur....Saya bukan baru kenal awak. Tapi dah setahun saya mengenali awak. Mula-mula saya kenal awak masa awak jadi pelajar baru di U kita. Saya dah lama perhatikan awak dan bertanya-tanya tentang awak pada kawan-kawan awak yang lain. Saya jatuh hati pada awak kerana perwatakan dan perangai awak yang cukup baik. Bukan baru 2,3 hari saya kenal awak. Dah setahun lamanya. Setahun saya simpan perasaan ini. Baru kini saya luahkan pada awak. Saya cintakan awak, Nur......" luah Sufian. Dia beranikan diri.
Nur Mutmainnah terkesima sebentar dengan luahan Sufian itu. Timbul rasa terharu dalam dirinya. Matanya mula bergenang air mata. Setahun bukanlah jangka masa yang singkat. Dia tak sangka Sufian sudah lama menaruh perasaan terhadapnya. Apa yang perlu dia buat?
"Tak mengapa lah Nur. Ini hanya perasaan saya saja. Bukan apa-apa pun. Saya doakan moga Nur bahagia hendaknya... Assalamualaikum.." Sufian matikan panggilan. Hampa perasaannya. Hajat hati untuk dapatkan Nur Mutmainnah tidak tercapai. Dia rebahkan badannya ke katil. Akhirnya dia terlelap.....
Nur Mutmainnah pula sudah gugur manik-manik jernihnya itu kerana terharu.
Sufian kini sudah bekerja sebagai pegawai di jabatan kerajaan di ibu kota juga. Dia sehingga kini masih membujang. Hati dan perasaanya tetap dambakan Nur Mutmainnah. Namun dia cuba terima kenyataan bahawa Nur Mutmainnah akan berkahwin dengan orang lain. 3 tahun dia dambakan cinta pada Nur Mutmainnah dan sehingga kini jua cintanya tetap pada Nur Mutmainnah. Sufian juga dijemput menghadiri majlis walimatul'urus Nur Mutmainnah dan Ahmad. Dia nak pergi, namun kadang-kadang perasaannya rasa sayu. Sayu kerana seorang wanita yang selama ini dia dambakan akan menjadi milik orang lain. Usman banyak memberikan nasihat pada Sufian. Mereka sewa rumah bersama walaupun Usman bekerja di tempat lain. Usman pernah bertanya pada Sufian agar berkahwin saja dengan orang lain. Tapi Sufian tak mahu. Hatinya tetap teringatkan Nur Mutmainnah.
"Sufi... kau tak boleh macam ni saja. Sampai bila kau harus begini? Nur akan berkahwin tak lama lagi. Terimalah kenyataan ini. Aku tak boleh tengok kau kadang-kadang muram." Usman cuba menasihati kawan baiknya itu. Sufian bukan tak sedar semua ini. Dan dia pun dah sedaya untuk lupakan. Tapi 3 tahun berlalu ini masih tak nampak hasilnya.
"Tak apa lah Sufi. Fikirlah yang terbaik untuk diri kau.." Usman tinggalkan Sufian sendirian di ruang tamu.
Tiba masanya majlis walimah Nur Mutmainnah dan Ahmad. Sufian tak datang. Hanya Usman saja yang hadir. Kelihatan berseri-seri wajah dua mempelai. Usman turut tumpang gembira.
"Assalamualaikum Nur. Saya nak sampaikan salam Sufi pada awak. Dia ucapkan moga bahagia hendaknya..." ujar Usman pada Nur Mutmainnah. Nur Mutmainnah senyum mendengar pesanan itu. Namun jauh di lubuk hatinya masih terasa dengan peristiwa lepas. Rasa itu perlu dibuang jauh-jauh agar tak mengganggu keharmonian rumah tangganya bersama suami tercinta.
"Man, aku nak kahwin lah.." kata Sufian lembut. Usman terkejut dengan kata-kata kawannya itu.
"Betul ni Sufi? Alhamdulillah.. Dengan siapa?" tanya Usman bersungguh.
"Dengan kawan sepejabat aku..." balas Sufian
"Kau bersungguh ni?" tanya Usman inginkan kepastian.
"Takkan aku nak main-main pulak..." tegas Sufian.. Lantas Usman memeluk erat kawannya itu.
Akhirnya Sufian selamat diijab kabulkan dengan seorang gadis yang sama tempat kerja dengannya. Sufian mahu melupakan segala episod dukanya dulu. Semoga perkahwinannya dengan Asmah menjadi permulaan hidup barunya walaupun cintanya pada Nur Mutmainnah masih berbuku..
"Abang redho Asmah jadi isteri abang..." kata Sufian pada Asmah sambil mencium ubun-ubun isterinya itu.. Asmah turut terharu....
Nur Mutmainnah turut hadir tika hari perkahwinan Sufian. Sufian menyambut dengan senyuman walaupun masih ada sekelumit rasa sayu itu. Dia cuba sedaya sembunyikannya agar siapa pun tak sedarinya.
"Iyaaa.. Untuk anak abah, petang ni kita pergi yaa.." pujuk Sufian lembut pada anaknya. Didakap kemas tubuh kecil itu..Berkali-kali dia gomol pipi lembut anaknya itu. Asmah hanya tersenyum dari jauh melihat gelagat dua beranak itu. Terserlah benar kebahagiaan yang Sufian kecapi bersama keluarganya..
"Nenek..... Jom lah kita pergi sekali... Abah suruh ajak nenek sekali.." tiba-tiba lamunan Nur Mutmainnah dikejutkan panggilan oleh cucunya itu. Dia cepat-cepat mengesat air matanya.
"Eh, nenek menangis ke? Kenapa ni nenek?" cucunya yang sudah berada di alam universiti itu menghidu sesuatu dari Nur Mutmainnah.
"Tak ada apa lah.. Nenek teringatkan arwah tok wan kamu saja... Insyaallah nenek pergi bersiap-siap dulu yaa.." kata Nur Mutmainnah. Kini Nur Mutmainnah punyai 20 orang cucu dari 6 orang anak-anaknya. Yang tegurnya tadi adalah cucu keduanya. Suaminya Ahmad pula sudah lama meninggal dunia akibat sakit serangan jantung pada usia 65 tahun. Kini usia Nur Mutmainnah sudah menjangkau 70 tahun. 1 usia yang cukup tua bagi seorang insan. Kulit badan pun sudah berkedut. Dia pun sudah kurang sihat. Kadang-kadang perlu ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Kini banyak dihabiskan masa bersama cucu-cucunya sahaja. Tiba-tiba datang anak lelakinya..
"Mak, esok kita ada tetamu nak datang.." ujar anaknya itu.
"Siapa pulak yang nak datang ni?" balas Nur Mutmainnah kehairanan.
"Entah laah. Tadi kakak bagitau kat saya. Katanya tetamu istimewa..."
Nur Mutmainnah bertambah lagi kehairanannya. Namun dia tak banyak bertanya.
"Yaa, kita tunggu esok saja yaa.Mak nak bersiap-siap dulu ni. Abang kamu nak bawa mak jalan-jalan katanya." kata Nur Mutmainnah. Anak lelakinya itu mengangguk faham.
Esoknya mereka sekeluarga sudah awal menanti di rumah. Menanti tetamu seperti anaknya khabarkan. Nur Mutmainnah ingin tahu juga siapa tetamu istimewa itu.
"Mak, mereka dah sampai.." kata anak perempuan Nur Mutmainnah.
"Yaaa... Ajaklah mereka masuk.." Nur Mutmainnah mempelawa mereka.
Maka masuklah para tetamu itu. Kelihatan seorang lelaki tua bersama anak-anaknya. Tak kurang 5 orang mereka datang bersama 2 buah kereta. Tuan rumah sambut dengan gembira kedatangan mereka. Nur Mutmainnah mula kaget bila melihat kelibat lelaki tua itu. Umurnya juga lebih kurang Nur Mutmainnah dan mungkin tua sedikit darinya. Tidak sempat untuk mereka semua ambil tempat, tiba-tiba Nur Mutmainnah bersuara....
"Abang Sufian?" tegur Nur Mutmainnah.
"Yaaa Nur.. Ni abang Sufian. Tak sangka Nur masih kenal dengan abang.. Dah berpuluh tahun kita tak ketemu. Tapi Nur masih kenal dengan abang.." Sufian memulakan bicara. Anak-anak Nur Mutmainnah dan Sufian sengaja biarkan mak dan abah mereka berbicara.
"Ya Allaah.... Macamana abang tahu rumah saya?" tanya Nur Mutmainnah.
"Ni semua jasa baik anak-anak kita yang nak sangat abang berjumpa dengan Nur.." balas Sufian lembut.
"Allahu akbar... Nur tak sangka akan bertemu dengan abang lagi. Anak-anak saya pun tak pernah bagitau apa-apa pada saya tentang hal ni. Mana kak Asmah?" soal Nur Mutmainnah lagi.
"Kak Asmah dah lama tak da. Dia meninggal dunia 5 tahun lepas kerana sakit." ujar Sufian.
"Maaf, saya tak tahu...Bagaimana keadaan abang sekarang? Sihat kah?"
"Abang sihat. Tapi sihat cara orang tua lah. Dah 73 tahun dah umur abang sekarang. Dah tua kita Nur... Tapi muka Nur tetap macam 50 tahun yang lepas..."
"Mana ada abang Sufian. Saya dah kedut sana sini...." kata Nur Mutmainnah.
"Sebenarnya kami ada hajat besar datang ke mari.." sampuk anak lelaki Sufian yang sulong, Amin.
"Kami datang sini nak meminang seseorang..." ringkas kata-kata Amin.
"Nak minang siapa pulak?" Nur Mutmainnah cepat-cepat jawab.
"Abang nak pinang Nur untuk jadi isteri abang....." tiba-tiba saja Sufian meluahkan rasa. Nur Mutmainnah terkejut. Anak-anaknya yang lain turut terkejut. Tapi mereka tetap buat seperti tiada apa-apa.
"Abang biar betul? Nur bukan Nur yang dulu. Nur dah tua sekarang ni bang. Anak-anak ramai. Cucu pun ramai. Adakah abang masih nak berseloroh dengan Nur?" Nur Mutmainnah bagaikan tak percaya apa yang diluahkan Sufian itu.
"Abang benar-benar ni Nur. Abang juga dah tua. Abang juga punyai anak-anak yang ramai. Cucu-cucu abang pun ramai. Adakah Nur nak hampakan rasa cinta abang selama 50 tahun ini? Selama 50 tahun ini rasa cinta abang pada Nur tak pernah padam walaupun abang juga mencintai isteri abang, kak Asmah. Inilah kehebatan Allah bila Dia boleh berikan perasaan ini pada orang lelaki.." Sufian tertunduk segan kerana meluahkan rasa itu di depan anak-anaknya dan anak-anak Nur Mutmainnah. Anak-anak mereka semua sudah terdiam. Kaku tak terkata apa-apa...
"Nur, dulu abang boleh terima kenyataan yang Nur dah jadi milik orang lain. Bahkan abang bersyukur kerana lihat Nur bahagia... Tapi adakah sekarang Nur masih nak menolak lamaran abang ini?" Sufian bersungguh-sungguh dalam kata-katanya..
"Abang Sufian.. Jangan begini. Kita ada di depan anak-anak sekarang ni. Malu pada mereka nanti.."
"Biarkan.. Biarkan mereka tahu bahawa 50 tahun yang lepas, Nur adalah wanita pertama yang abang cintai...."
Akhirnya Nur Mutmainnah tak boleh berikan apa-apa alasan lagi. Tiba-tiba Nur Mutmainnah menitiskan air mata kerana begitu terharu pada Sufian yang masih lagi mengingati dirinya....
Sufian dan Nur Mutmainnah sudah selamat diijab kabulkan.. Anak-anak mereka semuanya tumpang gembira dan ada juga rasa terharu dengan kisah mereka berdua..
"Nur... Walaupun kita berdua sudah tua, tapi abang tetap cintakan Nur. Abang tetap cintakan diri Nur. Walaupun kita sudah tak lama di dunia ini, sekurang-kurangnya cinta 50 tahun abang ini tak sia-sia..." kata Sufian lembut sambil mencium ubun-ubun Nur Mutmainnah..... Nur Mutmainnah memejamkan mata sambil menitiskan air matanya. Akhirnya cinta mereka bersatu jua.............. Tamat kisah Cinta 50 Tahun... :)
Cinta Dalam Hati - UNGU.
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja