8 August 2011

Isu JAIS serbu gereja.


Assalamualaikum semua...


Negara baru saja dikejutkan dengan serbuan oleh JAIS terhadap sebuah gereja yang telah menjemput umat islam makan-makan di sana. Mengikut laporan dari YB Dato' Hasan Ali, memang ada usaha untuk memurtadkan umat islam. Jika benar laporan ini, maka kita wajib sokong 100% serbuan JAIS. Kalau ada orang nak marah atas serbuan JAIS, maknanya dia sokong usaha permurtadan itu. Sedangkan dosa paling besar ialah keluar dari islam. Isu ini memang tak wajar dipolitikkan kerana ini isu aqidah. Namun saya pelik kerana awal-awal lagi PAS disalahkan kerana berlembut dengan orang kafir atau ikut terlunjuk orang kafir. Sedangkan PAS mahu laporan lengkap sebelum keluarkan sebarang kenyataan. Kalau begitu, saya juga ingin nyatakan bahawa isu ini salah kerajaan pusat kerana selama ini tak pernah menghalang jika ada orang islam nak murtad. Adakah saya pula dituduh politikkan isu?


Memang negara kita benarkan kebebasan beragama. Tapi wujudkah undang-undang supaya dilarang murtad? Ada? Islam tak memaksa agama lain untuk masuk islam. Tapi bila sudah islam, tak boleh keluar lagi dari agama islam. Bahkan amaran dari Sayyidina Nabi Muhammad kepada orang yang murtad jika tak mahu bertaubat setelah diberikan tempoh, perlu dihukum bunuh. Murtad bukan benda kecil. Sebab itu bila berlaku isu ini, tidak dapat tidak ia perlu tilik kepada parti yang berkuasa dalam negara ini untuk muhasabah semula. Bukannya nak politikkan isu ini. Hatta sesiapa sahaja yang perintah, ia pasti berlegar-legar di sekitar sistem pemerintahan sesebuah negara. Tepuk dada tanyalah iman kita adakah sistem negara kita ini adalah sistem islam yang syumul atau ambil sekerat-sekerat yang hanya memenuhi citarasa pemimpin negara sahaja? Dan jika PAS sudah menerima laporan sebenar(ingin murtadkan umat islam), tapi masih lagi nak jaga hati agama lain, kita juga turut tentang!


Ingat, segala sistem negara dikawal oleh pemerintah yang ada. Untuk jadi pemerintah, ia perlu menang dalam pilihanraya. Sistem pilihanraya itu pula mewujudkan parti-parti yang bertanding. Nah, lihatlah tidakkah ada kena mengena dengan parti yang memerintah? Saya tak mahu bercakap panjang tentang isu ini, saya secara peribadi menyokong penuh usaha JAIS kerana itulah peranan jabatan agama. Bukan sekadar serbuan pada gereja yang ingin memurtadkan umat sahaja, bahkan mahkamah juga tidak boleh membenarkan umat islam menukarkan agama....


Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit langkah-langkah gerakan kristianisasi seluruh dunia islam khususnya untuk menyesatkan umat islam. Dan apakah yang perlu dilakukan untuk menangkis dakyah mereka.


Sebagai pengenalan awal, gerakan ini bermula selepas kegagalan mereka di dalam perang salib. Oleh kerana dendam masih membara, maka mereka mulakan penjajahan ke atas negara-negara umat islam. Dan negara kita juga tidak ketinggalan.


Saya ceritakan serba ringkas langkah-langkah yang diambil oleh mereka ini.


1. Mereka perlu mengetahui bahasa ibunda negara yang ingin mereka kuasai itu.

2. Mereka perlu mengetahui secara keseluruhan adat dan pegangan masyarakat setempat agar mudah bagi mereka untuk menarik perhatian masyarakat setempat.

3. Mereka menggambarkan negara-negara timur sebagai negara yang mundur. Dan mengggambarkan negara-negara barat sebagai negara yang maju. Jika di negara-negara umat islam, mereka mengatakan, " Inilah hasilnya(mundur) dari agama kamu yang tak mementingkan kemajuan.."

4. Mereka perlu mengetahui cara-cara berdakwah dalam agama kristian dan cara-cara untuk menghujum agama lain khususnya agama islam. Mereka akan menciptakan pelbagai penipuan tentang agama islam dan memberikan syak wasangka kepada agama islam.

5. Mereka juga perlu mengetahui ilmu kedoktoran supaya mudah untuk merawat dan memberikan rawatan kecemasan kepada umat islam yang sakit. Bahkan memberikan rawatan yang terbaik kepada umat islam.

6. Mereka bersungguh-sungguh atas penyebaran kesesatan tentang agama islam. Bahkan mereka lakukannya dalam gambaran yang pelbagai.

7. Mereka menguasai sekolah-sekolah, universiti-universiti, jabatan-jabatan kerajaan, NGO dan sebagainya.

8. Membantu umat islam yang kesempitan hidup dengan memberikan pelbagai jenis bantuan.

9. Mereka membina hospital-hospital dan sekolah-sekolah.


Ini antara langkah-langkah yang mereka ambil untuk memastikan agenda mereka berjaya. Cuba lihat balik. Wujudkah semua ini di tanah air kita?


Baik, ini pula langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk menangkis dakyah-dakyah mereka ini.


1. Perkukuhkan aqidah umat islam dengan aqidah yang sohih.

2. Jika mereka mendirikan sekolah, universiti dan hospital maka kita juga lakukan seperti itu juga. Bahkan lebih baik dari mereka.

3. Perbaharui sistem yang sedia ada jika sistem yang lama tidak memberikan kesan yang mendalam. Terutamanya pada badan-badan yang menjaga kebajikan umat islam.

4. Sediakan harta benda yang secukupnya untuk umat islam yang memerlukannya. Agar tiada pintu yang boleh gerakan ini masuk.

5. Jika dalam rancangan tv penuh dengan perkara-perkara lalai, tukar dengan banyakkan perkara-perkara agama.

6. Tukar sistem pendidikan kepada sistem islam. Pelajaran barat diambil sekadar untuk menguasai ilmu-ilmu tertentu berkenaan dunia hari ini sahaja. Bukan dijadikan sistem pendidikan utama.

7. Berikan penekanan tentang agama islam kepada anak-anak sejak kecil lagi.

8. Laksanakan amar ma'ruf nahi mungkar untuk mewujudkan suasana yang baik dalam masyarakat umat islam.

Dan banyak lagi....


Apa yang penting ialah permikiran kita mestilah permikiran islam. Bagi saya, sudah lebih 50 tahun Allah bagi peluang kepada orang melayu islam perintah negara. Dan kalaulah sistem islam benar-benar dilaksanakan, insyaAllah negara kita susah nak dengar isu-isu begini. Tapi bila dah berlaku sebaliknya, maka tak usah terkejut jika ramai umat islam murtad dan gerakan ini bebas dalam negara ini... Wallahu 'alam.


Rujukan kitab subjek Tayyarat Fikriah.

1 comment:

khadamgerakanislam.blogspot.com said...

yang penting sekali, duit2 zakat yang saban tahun diuar-uarkan di media meningkat hingga berjuta-juta ringgit pi mana?? tak cukup ka nak bagi kat ummat Islam? adakah disimpan sahaja ke dalam Pusat zakat?? Ramai pihak mempersoalkan ke mana perginya duit zakat yang mencecah berjuta-juta ringgit?

syarat-syarat untuk memohon dan menerima zakat perlu disemak. Apabila berlakunya begini, mangsa akan ungkit bahawa mereka pernah memohon bantuan daripada pusat zakat tetapi tidak laya menerima..

Wallhu'alam..