18 December 2009

TERKENANGKAN SEORANG KAWAN......

Assalamualaikum semua..


Selamat tahun baru Islam(MUHARRAM 1431 H) kepada seluruh umat Islam sedunia. Kini kita sudah memasuki tahun baru. Semua kita mengharapkan tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas. Dosa2 yang pernah dilakukan dahulu cepat2 kita bertaubat. Yang lepas(dosa) biarkan terlepas(jika air mata darah sekalipun tangisi untuk mengelak daripada melakukan dosa tersebut, masa tidak boleh diundur lagi) dan yang akan datang(kebaikan dan pahala) jangan lagi melepas.....

Dan masih sempat juga untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana memenangi pingat emas di sukan SEA baru2 ini. Jaringan 1-0 sudah cukup untuk membuatkan pasukan lawan berputih mata untuk menggondol emas. Pernantian lebih 18 tahun akhirnya berhasil dengan kemenangan tersebut. Cuma yang menarik minat aku ialah seseorang yang berada di dalam skuad kebangsaan itu. Seorang kenalan dan kawan lama ketika di bangku sekolah rendah dahulu. Dia yang aku maksudkan itu ialah Badrol Bakhtiar. Seorang pemain Kedah dan Kebangsaan. Aku tidak menyangka bahawa sekarang dia sudah mencipta nama sebagai seorang pemain yang hebat di padang. Siapa sangka kawan yang dulu pernah belajar di satu sekolah akhirnya menjadi seorang pemain bola sepak negara yang dikenali. Itulah Badrol Bakhtiar.

Kami sama2 belajar di Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Cuma yang membezakan kami ialah dia muda setahun dariku. Kami bersama2 mewakili sekolah dalam pasukan takraw sekolah. Ketika itu aku darjah 6 dan dia darjah 5. Kami tidak mewakili sekolah bersama dalam pasukan bola sepak kerana ketika itu cikgu Zulkifli(jurulatih) hanya mengambil kami yang darjah 6 sahaja. Dia mewakili sekolah selepas tahun itu. Tapi petang2 kami tetap bermain bola bersama. Kehebatannya di padang memang sudah terserlah ketika itu(sek.ren). Kelincahannya menggelecek bola. Memang aku kagum. Di samping itu juga, bermain sepak takraw juga dia hebat.

Bila tamat saja sekolah rendah. Aku meninggalkan sekolah rendah dan memasuki pula sekolah agama rakyat(SMAYK). Selepas dari itu aku tidak pasti lagi keadaan di sekolah. Badrol pula tidak ketahui pula ke sek. men. mana. Cuma yang aku dengar2 dia ke sekolah sukan Bukit Jalil(aku tak pasti kesahihannya). Kali terakhir aku bersua muka dengannya pada sekitar tahun 2001-2002 di Sungai Petani. Ketika itu kami masing2 berada di bangku sek.men. Hanya bertanya khabar dan tidak sembang banyak kerana mungkin masing2 segan kerana dah lama tak berjumpa. Selepas dari itu tidak bertemu lagi......

Setelah sekian lama tak bertemu, akhirnya aku terlihat gambarnya di dalam surat khabar. PASUKAN KEBANGSAAN BAWAH 20 TAHUN!! Pada mulanya aku tak percaya. Adakah ini Badrol yang aku kenal dahulu? Bila dilihat pada nama senarai pemain, tertera namanya. Wah, sudah mantap dia sekarang. Akhirnya kehebatannya di padang dulu(sek. ren.) terzahir sehingga menjadi pemain Kebangsaan dan Kedah. Badrol Bakhtiar juga menjadi ayam tambatan pasukan Kedah. Ketika sukan SEA baru2 ini pun dia ada menjaringkan gol untuk pasukan Kebangsaan. Tak perlu aku ceritakan kehebatannya bermain bola sepak. Bahkan dia juga pernah menjalani latihan di kelab bola sepak Chelsea. Boleh lihat di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Badrol_Bakhtiar






Aku kongsi gembira dan bangga dengan pencapaiannya itu. Mungkin ada orang yang akan bercakap begini "orang dah top baru nak ngaku member.." . Hehehe. Biarlah apa orang nak cakap. Walaupun kami berdua tidaklah rapat. Sekurang2nya aku dan dia pernah bersama dalam 1 pasukan ketika sek. ren. dahulu. Dan kehebatannya dalam permainan bola sepak memang diakui olehku sendiri kerana pernah bermain dengannya petang2 di padang sekolah ketika sek. ren. (1995-1999). Moga dia cemerlang bukan saja dalam sukan bola sepak. Bahkan dalam semua keadaan dan bidang sebagai seorang Muslim.....

Tahniah Badrol!!!!!

Badrol Bakhtiar ketika bersama pasukan Kedah.

Kenangan bersama(aku berdiri di sebelahnya) Badrol ketika di Sek.Keb.Kem Lapangan Terbang Sungai Petani,Kedah tahun 1999 dahulu.

Badrol Bakhtiar....


Kelincahan dan kehebatannya ketika di padang....

No comments: